Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Yang Mulia tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim, guru-guru serta
rakan-rakan sekalian.
Mari kita ke dusun Raihan
Hendak mencari buah berangan
Kisah Nabi Salleh dan kaumnya jadi pilihan
Sudilah dengar dilupa jangan
Nabi Salleh berasal dari cicit Nabi Nuh. Kaum ini sangat makmur. Mereka
mempunyai kemahiran mengukir batu-batu menjadi bangunan yang cantik.
Sayangnya.mereka telah lupa kepada Allah S.W.T dan menyembah berhala
sebagai Tuhan.
Rakan-rakan sekalian..
Kaum Tsamud seni orangnya
Batu diukir bangunan di bina
Bukan hanya Allah diderhakai mereka
Sombong dan zalim sikap mereka
Allah telah mengutus Nabi Salleh untuk memberi peringatan kepada kaum
ini supaya menyembah Allah. Tetapi mereka semakin kufur dan tidak
mensyukuri nikmat Allah.
Ya.kawan-kawan
Insaflah kita terhadap segala dosa selama ini. Kembalilah dan bertaubat
segera kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha pengampun terhadap
hamba-hambanya.
Nabi Salleh terus berdakwah tetapi ajarannya tidak dihiraukan. Beliau diejek
dan dipersendakan. Segala-galanya diserahkan kepada Allah.
Dakwah Nabi terus dicabar. Pada suatu hari Kaum Tsamud bertemu Nabi
Salleh untuk meminta bukti kenabian. Mereka meminta seekor unta. Nabi
Salleh hanya berdoa kepada Allah agar hajat itu ditunaikan. Dengan kuasa
Allah jelmalah seekor unta betina yang besar, cantik dan gemuk. Nabi Salleh

memberi peraturan
dicederakan.

agar

unta

tersebut

dibiarkan

bebas

dan

tidak

Sidang hadirin,
Kemungkaran terus berlaku. Bukan sekadar penyembahan, unta juga turut
dibinasakan sehingga berlakunya pembunuhan kejam.
Kawan-kawan.
Janganlah kita melanggar larangan Allah. Apakah yang terjadi kepada kaum
Tsamud?
Mereka telah didatangkan bala. Gempa bumi membelah, kilat petir
menyergah sehingga mereka rebah.
Begitulah kawan-kawan..
Allah akan memberi balasan atas apa yang kita lakukan. Bencana alam yang
berlaku adalah satu peringatan supaya kita lebih mengingati Allah.

Kisah nabi berakhir sudah,


Kaum yang ingkar menerima padah,
Ampunkan segala silap dan salah,
Semoga kita mendapat hidayah.

Sekian, wabillahitaufik
wabarakatuh.

walhidayah

wassalamualaikum

warahmatullahi