Anda di halaman 1dari 13

Modul Ulangkaji 7 Geografi Alam sekitar Fizikal

Tingkatan Enam

Isi Kandungan
1

a)
b)
c)

BAB 4: SISTEM HIDROLOGI


Apakah yang dimaksudkan dengan konsep kitar hidrologi
Dengan bantuan gambarajah , jelaskan proses-proses yang
terlibat dalam kitar hidrologi
Nyatakan proses mendatar dalam kitar Hidrologi

[5 markah]
[10 markah]
[10 markah]

a)
b)

Lukis dan labelkan rajah kitaran hidrologi


[5 markah]
Jelaskan pengaruh manusia terhadap kitaran hidrologi di [10 markah]
kawasan tropika lembap

a)

Jelaskan pembentukan hujan perolakan, hujan bukit(orografi)


dan hujan perenggan
Terangkan punca-punca krisis air
Huraikan langkah-langkah menangani krisis air

[10 markah]

Berikan definisi banjir kilat


Jelaskan mengapa banjir kilat sering berlaku di kawasan bandar
Jelaskan kesan-kesan banjir kilat kepada manusia dan alam
sekitar
Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi
masalah banjir di kawasan bandar

[5 markah]
[10 markah]
[8 markah]

Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan air?


Huraikan proses-proses yang terlibat dalam menentukan
imbangan air
Jelaskan kesan-kesan ketidakseimbangan air positif

[5 markah]
[10 markah]

b)
c)
4

a)
b)
c)
d)

a)
b)
c)

a)
b)

[8 markah]
[10 markah]

[8 markah]

[10 markah]

Mengapakah sesetengah negeri di Malaysia mengalami lebihan [9 markah]


bekalan air manakala sesetengah negeri mengalami kekurangan
air
Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi
[10 markah]
masalah kekurangan air di Malaysia

a)
b)
c)

Takrifkan konsep kemarau


Huraikan faktor-faktor berlakunya kemarau di sesuatu kawasan
Jelaskan tiga kaedah mengatasi kekurangan air

[5 markah]
[10 markah]
[10 markah]

a)
b)
c)

Apakah yang dimaksudkan dengan lebihan air


Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi variasi imbangan air.
Huraikan lima kesan lebihan air terhadap aktiviti manusia

[5 markah]
[10 markah]
[10 markah]

Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan pada mana-mana


bahagian sungai
i
Nyatakan bagaimana anda menentukan air sungai tersebut [6 markah]
tercemar dengan menggunakan penunjuk fizikal, penunjuk kimia
59

ii
iii
iv

dan penunjuk biologi


Nyatakan jenis bahan yang mencemari sir sungai tersebut
Huraikan tiga punca pencemaran air sungai tersebut
Jelaskan langkah yang boleh diambil oleh pihak tertentu untuk
memelihara kualiti air sungai tersebut

[5 markah]
[6 markah]
[8 markah]

10 a)
b)
c)

Apakah ya ng dimaksudkan dengan edaran air tanih?


Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi imbangan air tanih
Jelaskan kepentingan air tanih kepada alam sekitar fizikal dan
manusia

[5 markah]
[12 markah]
[8 markah]

11

i)Nyatakan fasa air yang wujud di bumi


ii)Apakah yang dimaksudkan dengan sejatan dan sejat peluhan
Jadual 2 menunjukkan kerpasan dan sejatpeluhan di stesen
Kota Bharu bagi tahun 1995

[3 markah]
[4 markah]

a)

Bulan
J
F
M
A
M
J
J
O
S
O
Kerpasan 140 112 82
77
89
152 165 180 200 233
(mm)
Sejat
120 136 138 140 146 140 128 114 103 92
peluhan
(mm)
b) i) Kira lebihan air dan kurangan air di stesen cuaca Kota Bharu
bagi tahun 1995
ii) Berdasarkan Jadual 2, lukis graf yang sesuai untuk
menunjukka n lebihan air dan kurangan air di stesen cuaca Kota
Bharu bagi tahun 1995
c) Jelaskan bagaimana manusia boleh mengatasi masalah lebihan
dan kurangan air

N
D
280 295
70

61

[2 markah]
[8 markah]
[8 markah]

60

SKEMA JAWAPAN
HIDROLOGI
1

a)

b)

c)

BAB

4:

SISTEM

Apakah yang dimaksudkan dengan konsep kitar hidrologi


[5 markah]
Kitar hidrologi ialah proses perubahan bentuk air yang
berterusan dalam pelbagai bentuk seperti wap, cecair dan
pepejal melalui pelbagai ruang samada ruang hidrosfera,
atmosfera, biosfera dan litosfera. Contohnya air tersejat ke
dalam atmosfera dari lautan oleh sinaran matahari lalu
membentuk wap air yang akan berkumpul membentuk awan.
Wap-wap air di dalam awan ini akan dialirkan secara melintang
oleh tiupan angin ke bahagian daratan. wap-wap air ini apabila
mencapai peringkat tepu akan turun sebagai kerpasan(hujan,
embun,salji dan sebagainya). Kerpasan ini akan dialirkan ke
sungai melalui larian permukaan ke sistem sungai dan terus ke
laut. Semua air larian akan sampai ke laut dan akan di sejat
semula oleh oleh matahari Sebahagian kerpasan akan
menyusup masuk ke bawah tanah sebagai air bawah tanah
yang juga menuju ke laut. Proses ini akan berulang dan dikenali
sebagai kitaran hidrologi
Dengan bantuan gambarajah , jelaskan proses-proses yang
[10 markah]
terlibat dalam kitar hidrologi
1. Lukis gambarajah (2m)
2. Proses sejatan iaitu proses pertukaran daripada bentuk
cecair(badan air) kepada bentuk wap ke atmosfera
3. Proses sejat peluhan iaitu proses kehilangan air melalui
proses perpeluhan daripada tumbuhan dan sejatan daripada
lembapan tanih dan lain-lain.
4. Pemeluwapan /kerpasan iaitu proses pertukaran wap air
kepada bentuk air semula apabila berlaku kejatuhan suhu
dalam jisim udara apabila ia naik semakin tinggi dalam
atmosfera dan turun sebagai hujan,ibun,dan sebagainya
5. Proses pintasan dan cegatan silara- proses halangan air
oleh tumbuhan(daun, ranting, dahan,batang) menyebabkan
bukan 100% titisan hujan menimpa bumi
6. Penyerapan/air bawah tanah susupan air secara menegak
ke dalam lapisan tanih
7. Proses alir lintang atmosfera iaitu proses pergerakan
titisan air dari lautan ke daratan atau sebaliknya
8. larian air permukaan- iaitu proses pergerakan/aliran air di
permukaan dan di dalam alur
9. Aliran air bawah tanah- iaitu proses pergerakan /aliran air di
bawah tanah secara mendatar
Nyatakan proses mendatar dalam kitar Hidrologi
1. Proses mendatar dalam kitar Hidrologi ialah aliran air dari
daratan ke lautan melalui
a. aliran air di permukaan bumi dan di dalam alur
b. aliran air bawah tanah
c. alirantara(antara permukaan / dalam alur) dengan air

[10 markah]

61

bawah tanah
2

a)

Lukis dan labelkan rajah kitaran hidrologi

[5 markah]

b)

Jelaskan pengaruh manusia terhadap kitaran hidrologi di [10 markah]


kawasan tropika lembap

a)

Jelaskan pembentukan hujan perolakan, hujan bukit(orografi) [10 markah]


dan hujan perenggan
1. Hujan perolakan terjadi apabila sejatan berlaku di
permukaan bumi atau lautan. Bahangan yang dikeluarkan
oleh bumi akan memanaskan udara berhampiran permukaan
bumi.Udara panas akana mengembang dan naik ke atas
bersama wap-wap air didalamnya. Udara yang naik ini akan
mengalami penyejukan adiabatik sehingga suhu mencapai
takat embun(0 darjah celcius). Jisim udara di dalam awan ini
akana mencapai takat tepu dan akhirnya turun sebagai hujan
yang disertai kilat dan petir.
2. Hujan perenggan berkait dengan pertembungan dua
kumpulan udara yang berlainan. Apabila jisim udara panas
dan udara lembap bertembung akan mewujudkan zon
sempadan. Jisim udara panas akan naik perlahan-lahan ke
atas garis perenggan dan mengalami penyejukan adiabatik
sehingga mencapai takat embun dan akan turun sebagai
hujan di kawasan sempadan/perenggan.
3. Hujan bukit/orografi- Berlaku apabila angin dari arah laut
akan membawa udara lembap(wap-wap air) dan dipaksa
naik mengikut cerun bukit yang mengadapnya. Awan ini akan
mengalami penyejukan adiabatik dan turun hujan apabila
capai takat embun. Hujan biasanya turun di cerun hadap
angin.

b)

Terangkan punca-punca krisis air


1. Fenomena semulajadi khususnya kejadian El-Nino yang
mewujudkan kemarau
2. Pembalakan di kawasan tadahan dan di zon penampan
3. Kadar perbandaran yang terlalu pesat
4. Kapasiti pengeluaran air yang tidak sepadan dengan
permintaan
5. Kelemahan pengurusan iar tempatan dan nasional

[8 markah]

c)

Huraikan langkah-langkah menangani krisis air


1. memajukan dan menggunakan sumber air bawah tanah
2. Usaha pembenihan awan bagi menurunkan hujan
3. membina laluan air/terowong merentasi antara kawasan
tadahan
4. memperoses air dari sumber-sumber takungan seperti tasik
dan lombong tinggal

[10 markah]

62

5. memperbaiki dan memperkemaskan sistem pengurusan dan


pengagihan air

a)

Berikan definisi banjir kilat


Banjir kilat ialah banjir yang berlaku akibat curahan hujan lebat
menghasilkan aliran permukaan yang banyak dalam
jangkamasa yang singkat. Aliran permukaan yang banyak tidak
dapat menyusup ke dalam tanih dan disalirkan di permukaan
mengakibatkan limpahan air di permukaan dalam masa yang
singkat.

[5 markah]

b)

Jelaskan mengapa banjir kilat sering berlaku di kawasan bandar


1. litupan permukaan yang tidak telap air seperti bitumin dan
konkrit adalah tinggi/kadar infiltrasi air rendah
2. Keamatan hujan yang tinggi dalam jangkamasa yang singkat
3. Kadar air larian permukaan adalah tinggi di bandar
4. sistem perparitan yang tidak sempurna/cekap akibat
pembuangan sampah sarap menyebabkan kapasiti saliran
rendah
5. kapasiti sungai menampung isipadu air rendah akibat
pengenapan
6. kurangnya litupan tumbuhan untuk menyerap air hujan
7. Sikap penduduk- pembuangan sampah ke longkang/parittersumbat/menyekat aliran air

[10 markah]

c)

Jelaskan kesan-kesan banjir kilat kepada manusia dan alam


sekitar
1. Gangguan ekosistem siratan makanan haiwan terjejas dan
berlaku gangguan , haiwan hilang makanan, air menyerap
masuk ke tanah terlalu banyak struktur tanah longgar,
hakisan tanah
2. kuantiti dan kualiti air merosot banjir bawa sampah sarap,
bangkai dan mendakan dari kawasan banjir ke kawasan
rendah lalu cemarkan sumber air
3. menganggu kegiatan perlombongan- bahan galian akan
mengalami luluhawa kimia spt proses pengoksidaan, larutan,
perkarbonan, hidratan dan sebagainya- bahan mineral
membazir
4. aktiviti pertanian terganggu- nutrien dibawa oleh banjir, tanah
tidak subur-kos tinggi untuk menyuburkan semula tanah
pertanian
5. perpindahan penduduk- kos tinggi spt di sekitar Kuala
Lumpur
6. gangguan aktiviti perniagaan menjejaskan pendapatan
penduduk
7. menjejaskan kegiatan pelancongan/rekreasi

[8 markah]

63

8. gangguan aktiviti harian seperti pergi dan pulang kerja,


sekolah dll

d)

Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi


masalah banjir di kawasan bandar
1. Mewujudkan sistem perparitan yang sempurna/cekap
2. Penyelenggaraan sistem saliran- mendalam dan meluruskan
sungai
3. Pengawalan pembangunan gunatanah bandar
4. mewujudkan kawasan hijau di bandar dengan menanam
rumput dan pokok terutama di cerun
5. memastikan rizab sungai tidak dibangunkan(lebih kurang
30meter)
6. Pendidikan formal atan tidak formal
7. kempen

[8 markah]

a)

Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan air?


Imbangan air ialah jumlah kerpasan sama banyaknya dengan
jumlah air yang mengalami sejat-peluhan dan perubahan air
yang disimpan dalam tanah dan air larian permukaan

[5 markah]

Rumus imbangan air


P = ET + ST + r

dimana

P = kerpasan
ET = sejat peluhan
ST = air yang diterima atau hilang daripada lapisan tanih
r = air larian permukaan
b)

Huraikan proses-proses yang terlibat dalam menentukan


imbangan air
1. kerpasan (hujan, salji, hujan batu)
2. Perpeluhan iaitu jumlah lembapan yang tersejat daripada
unsur biologikal(tumbuhan, manusia, haiwan)
3. Sejatan iaitu air yang tersejat daripada permukaan( laut,
tasik, tanih)
4. Larian air permukaan
5. simpanan

[10 markah]

c)

Jelaskan kesan-kesan ketidakseimbangan air positif


1. memahami konsep ketidakseimbangan air positif iaitu
jumlah kerpasan melebihi sejatan
2. Air bertakung di kawasan lekukan meningkatkan simpanan
air bawah tanah
3. banjir( tidak termasuk banjir kilat)
4. Kelembapan bandingan sentiasa tinggi

[10 markah]

64

a)

Mengapakah sesetengah negeri di Malaysia mengalami lebihan [9 markah]


bekalan air manakala sesetengah negeri mengalami kekurangan
air
1. Perbezaan kawasan tadahan: sesetengah negeri masih
mempunyai kawasan tadahan yang luas kerana hutan masih
banyak. Misalnya Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
Sedangkan di negeri Perlis memiliki kawasan tadahan yang kecil
dan amat terhad kawasan hutannya
2. Perbezaan sumber air seperti sungai, tasik semulajadi, dan
kolam. Sesetengah negeri seperti Pahang memiliki sungai yang
besar iaitu Sungai pahang dan tasik yang luas seperti Tasik Bera
dan Tasik Chini. Oleh itu kawasan ini boleh menakung air yang
banyak. Walaupun pada musim kemarau yang panjang dan tasik
berkenaan tidak kering.
3. Kadar pencemaran air berbeza-beza. Sesetengah negeri
mengalami kadar pencemaran air dan tasik yang sangat tinggi.
Misalnya sungai-sungai di Selangor seperti Sungai Gombak,
Sungai Kelang dan Sungai Sepang. Kesannya penawaran air
bersih di negeri-negeri yang sungainya masih tidak tercemar
dengan serius.
4. Kadar permintaan dari pengguna air yang berbeza. Negeri
yang mempunyai kadar permintaan yang tinggi ialah Selangor.
Permintaan yang tinggi tersebut datangnya dari pertambahan
penduduk yang pesat dan kemajuan sektor perindustrian.
Apabila permintaan melebihi penawaran maka wujudlah
kekurangan bekalan air di negeri Selangor.
5. Perbezaan pengurusan sumber air antara negeri. Kecekapan
pengurusan amat penting bagi mengelak pembaziran, ketidak
cukupan bekalan, bekalan air yang tidak bersih dll. Pengurusan
air dilaksanakan oleh JBA, PUAS, SYABAS, KELANTAN
WATER dll.

b)

Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi


masalah kekurangan air di Malaysia

[10 markah]

1. memajukan sumber air bawah tanah. Penggunaan air bawah


tanah amat mudah dan murah. Kawasan yang sudah
dikenalpasti hanya perlu digerudi dan dipam keluar airnya untuk
disalirkan ke loji pembersihan(perawatan) sebelum diagihkan
kepada penduduk melalui sistem perpaipan JBA yang sudah
sedia ada. Proses penggerudian akan menggunakan campuran
bertonik dan air yang digerakkkan oleh enjin. Campuran bertonit
ini berfungsi mengangkut keluar tanah yang telah dikorek di
samping menstabilkan dinding telaga yang dibina dan
seterusnya air dipam keluar oleh mesin pengepam.
2. Melaksanakan usaha mengekalkan kawasan tadahan air
semulajadi. Meliputi usaha memelihara kawasan hutan simpan
daripada sebarang aktiviti pembangunan yang boleh
merosakkan kawasan tadahan air. Selain itu, usaha mengawal
pencemaran sungai yang membekalkan air bersih kepada
65

penduduk. Usaha-usaha ini dibuat dengan mengabungjalinkan


tiga strategi berikut iaitu langkah perundangan yang ketat dan
tegas, amalan pengurusan strategik dan kempen kesedaran
serta pendidikan alam sekitar yang berterusan.
3. Langkah membina laluan air atau terowong air untuk
memindahkan air di antara lembangan bagi mengimbangi
lebihan dan kekurangan antara lembangan.Contohnya air
Sungai Benus di Bentong Pahang dialirkan ke Empangan Klang
Gates melalui kawasan Janda Baik.
4. Langkah memproses air dari sumber-sumber tasik atau kolam
tinggalan perlombongan bijih timah yang berselerakan di Kuala
Lumpur. Dengan menggunakan teknologi dar Perancis alat
ULTRA-SOURCE akan digunakan untuk memproses air dari
tasik yang dipam, dirawat dan disairkan kepada penduduk
5. Sistem pengurusan dan pengagihan air mesti diperkemaskan.
Program penggantian paip-paip lama harus dijalankan agar tidak
berlaku pembaziran air akibat kebocoran paip. Kawal selia dan
pemantauan daripada pihak PUAS terutamanya SYABAS harus
diperkemaskan. Pihak pengguna pula harus lebih
bertanggungjawab menghargai dan tidak membazir air.
7

a)

b)

Takrifkan konsep kemarau


[5 markah]
Kemarau boleh didefinisikan sebagai keadaan keringkontang
dan kurang air apabila jumlah sejat peluhan yang melebihi
jumlah kerpasan yang turun untuk satu tempoh yang lama atau
panjang. Kemarau juga mewujudkan keadaan imbangan air
negatif iaitu kekurangan air yang dialami oleh sesebuah
kawasan dalam tempoh tertentu
Huraikan faktor-faktor berlakunya kemarau di sesuatu kawasan
[10 markah]
Faktor semulajadi
1. Fenomena luar biasa seperti El Nino yang dikaitkan dengan
kenaikan suhu Lautan Pasifik yang berupaya mengubah,
melemah dan menghentikan tiupan angin timuran yang selama
ini membawa hujan lebat. Hujan telah turun di lautan dan
bukannya di kawasan yang sepatutnya iaitu di daratan.
Akibatnya kemarau yang berpanjangan melanda di Malaysia
pada tahun 1997. Suhu yang panas menyebabkan udara
menjadi lebih kering, lembapan tanih dan akuifer kekurangan air
serta proses transpiransi tumbuhan berkurangan sekaligus
mengurangkan peratus kelembapan udara dan kebarangkalian
turunnya hujan amat tipis. Seterusnya menyebabkan simpanan
air di kawasan tadahan berkurangan.
2. Perubahan unsur-unsur iklim seperti suhu, hujan dan angin.
Di Malaysia fenomena kemarau berlaku kerana perubahan suhu
mengikut musim. Pada musim angin Monsun Timur laut
kawasan pantai barat mengalami kekurangan hujan akibat
halangan Banjaran Titiwangsa sebaliknya pada musim tiupan
Monsur Barat Daya kawasan pantai timur akan mengalami
kekurangan hujan.

66

c)

Faktor tindakan manusia


1. Aktiviti penyahutanan:
2. Kadar pembandaran yang pesat
Jelaskan tiga kaedah mengatasi kekurangan air
Kaedah perundangan

[6 markah]

1. Menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu mengenakan


denda dan hukuman kepada individu atau syarikat yang meneroka
kawasan hutan secara berlebihan, merosakan kawasan cerun sehingga
menyebabkan masalah kurangan air.
Kaedah bukan perundangan
2. Pembenihan awan- merujuk kepada aktiviti mengatifkan awan dengan
semburan larutan garam untuk menggalakkan/ meningkatkan kelembapan
bandingan bagi menghasilkan kerpasan.
3. Penghutanan semula - menanam tumbuhan tumbuhan berperanan
dalam menggalakkan proses kerpasan dan menyumbang wap-wap air
melalui proses transpirasi. Akar tumbuhan mengawal larian air permukaan
dan menggalakkan proses serapan air ke dalam tanah.
4. Penyahgaraman air laut - satu kaedah mengasingkan garam daripada air
laut. Air yang dihasilkan dapat mengurangkan masalah kekurangan sumber
air tawar.
5. Meneroka sumber air bawah tanah air yang terdapat di lapisan akuifer
diteroka dengan menggunakan kaedah telaga tiub.
6. Membina empangan empangan dibina bertujuan untuk menyimpan air
semasa berlakunya hujan yang lebat dan digunakan semula apabila
berlakunya kurangan sumber air.

a)

Apakah yang dimaksudkan dengan lebihan air


[5 markah]
Jawapan
Lebihan air merujuk kepada jumlah air yang diterima oleh
pemukaan bumi daripada atmosfera dalam bentuk kerpasan
melebihi jumlah air yang hilang drp permukaan bumi dan
atmosfera melalui sejatan, sejatpeluhan , larian permukaan

b)

Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi variasi imbangan air.


Jawapan
Imbangan air di sesuatu kawasan berbeza-beza dari segi ruang
dan masa kerana
1. Perbezaan latitud
- Wap air berlebihan di latitud khatulistiwa ( 0 - 10 U/S ) iaitu di zon
pertemuan angin timuran utara dan angina timuran selatan yang membawa
wap air yang banyak ke kawasan ini.
- Di kawasan latitud 10 - 40 U/S pula kadar sejatan lebih tinggi
daripada kerpasan disebabkan kawasan tersebut merupakan kawasan
daratan merupakan kawasan penurunan angin yang tidak membawa
banyak hujan.
- Di latutud 40 - 90 U/S berlaku lebihan air kerana di kawasan tersebut

[10 markah]

67

kerpasan melebihi sejatan. Di kawasan ini juga terdapat zon pertemuan


angin yang membawa kepada wujudnya zon tekanan rendah yang
membawa banyak hujan.
2. Aspek
- Cerun yang menghadap angin ( angin lazim ) umumnya akan mendapat
lebih banyak hujan berbanding cerun lindungan angin. Angin lazim yang
bergerak merentasi badan- badan air seperti laut dan tasik akan membawa
lembapan yang banyak ke kawasan cerun tersebut. Wap- wap air tersebut
kemudiannya akan terpeluwap dan menurunkan hujan yang lebat di cerun
yang mengadap angin tersebut.
3.Tumbuh-tumbuhan
- Kawasan yang padat dengan tumbuhan biasanya mendapat lebih
banyak hujan. Proses transpirasi tumbuhan akan membekalkan wap-wap air
kepada proses pemeluwapan dan seterusnya pembentukan hujan.Akar
tumbuhan akan menbantu mengurangkan larian air permukaan dan
mengalakkan resapan air ke dalam tanah.
4. Musim
- Semasa musim panas proses sejatan dan sejatpeluhan akan berlaku
dengan pesat. Sejatan dan sejat peluhan akan membekalkan wap-wap air ke
atmosfera dan seterus menggalakan pemeluwapan dan pembentukan
kerpasan.
5. Siang dan malam
- Pada waktu siang di kawasan khatulistiwa , kadar sejatan dan sejat
peluhan tinggi akan menyebabkan berlakunya hujan yang lebat pada waktu
petang. Kadar sejatan dan sejat peluhan kurang berlaku pada waktu malam
( ketiadaan sinaran matahari ).
c)

Huraikan lima kesan lebihan air terhadap aktiviti manusia


Jawapan
1. Pertanian - banjir akan menyebabkan kemusnahan tanaman kawasan
pertanian contohnya padi sawah akan musnah akibat ditenggelami air.
2. Perikanan/akuakultur banjir akan menyebabkan kawasan ternakan ikan
seperti kolam akan ditenggelami air.
3. Pengangkutan / perhubungan jalan raya, lapangan terbang dan landasan
kereta api akan ditenggelami air- menganggu aktiviti harian penduduk
habungan antara satu kawasan dengan kawasan yang lain akan terjejas.
4. Perlombongan kawasan lombong akan ditenggelami air- kerja-kerja
perlombongan akan terjejas.
5. Perindustrian kawasan industri dan mesin akan ditenggelami air
perindustrian terjejas.

[10 markah]

Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan pada mana-mana


bahagian sungai
i
Nyatakan bagaimana anda menentukan air sungai tersebut [6 markah]
tercemar dengan menggunakan penunjuk fizikal, penunjuk kimia
dan penunjuk biologi
68

Jawapan
1. Penunjuk fizikal: air keruh, berwarna, berkelodak, banyak
ampaian, berbau dan berminyak
2. Penunjuk kimia : BOD dan COD, logam berat, pH nitrat ,
ammonia
3. Penunjuk biologi : kurang kehidupan akuatik, kehidupan itu
dalam keadaan tidak sihat, banyak alga hijau, hidupan mati
ii

Nyatakan jenis bahan yang mencemari sir sungai tersebut


[5 markah]
Jawapan
1. sedimen (aktiviti pembalakan, penambakan)
2. bahan organik (kumbahan bandar dan sisa pertanian)
3. Bahan kimia organik (penggunaan pestisid dan berbisid dalam
aktiviti pertanian), nutrien (penghasilan fosforus dan nitrogen
daripada aktiviti pertanian) logam berat (penggunaan raksa)
4. sistem pepejal (domestik dan pembandaran)
5. asid (asid sulfurik dalam industri)
6. haba terma (industri , janakuasa)

iii

Huraikan tiga punca pencemaran air sungai tersebut


Jawapan
1. aktiviti pembalakan
2. aktiviti penambakan
3. aktiviti pembukaan tanah pertanian
4. aktiviti pembukaan tanah petempatan
5. penggunaan pestisid
6. perindustrian
7. pembandaran dan domestik
8. perlombongan
9. tanah runtuh
10. pembinaan
11. hujan
12. penternakan

[6 markah]

iv

Jelaskan langkah yang boleh diambil oleh pihak tertentu untuk


memelihara kualiti air sungai tersebut
Jawapan
1. pemantauan kualiti air (Lembaga sungai, JBA, JAS,PBT)
2. membentuk piawai (JAS)
3. penguatkuasaan(JAS dan PBT)
4. perancangan gunatanah (JPS dan PBT)
5. pengawalan penggunaan bahan bakar seperti bahan fosil,
kenderaan dan perindustrian
6. pertanian- pengawalan penggunaan racun serangga
7. kempen kesedaran
8. pendidikan

[8 markah]

10 a)

Apakah ya ng dimaksudkan dengan edaran air tanih?


[5 markah]
Jawapan
Edaran air tanih merujuk kepada pergerakan air bawah tanah
yang menggunakan tanah sebagai mediumnya seperti aliran sub
69

b)

permukaan,
resapan
air
secara
menegak
kedalam
tanah(infiltrasi) dan pergerakan air secara mendatar dalam
sistem akuifer.
Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi imbangan air tanih
[12 markah]
Jawapan
Faktor tumbuh-tumbuhan
1. lapisan kanopi tumbuhan (daun, dahan dan ranting ) menjadi
pintasan titisan air hujan yang jatuh ke permukaan bumi. Akibat
pintasan ini air hujan akan jatuh secara perlahan(menitis) ke
permukaan bumi. Jatuhan air hujan secara menitis akan
menyebabkan air hujan tersebut cenderung untuk meresap ke
dalam tanah. Tumbuhan yang mempunyai akar banir yang
biasanya timbul di atas permukaan tanah berupaya menghalang
larian air permukaan. Air ini akan tersekat oleh akar ini akan
meresap ke dalam tanih menjadi air tanih
faktor jenis tanah
- Tanah yang berstruktur longgar seperti batu pasir
memudahkan resapan air secara menegak ke dalam tanah.
Tanah yang berstruktur padat seperti tanah liat menghalang
resapan air ke dalam tanah sebaliknya menggalakkan
berlakunya larian air permukaan.
faktor hujan
- Hujan yang lebat dan dalam tempoh yang lama, contohnya
semasa musim tengkujuh akan membekal jumlah air tanih yang
banyak.
- Hujan yang kurang terutamanya pada musim kemarau
akan menyebabkan simpanan air tanah berkurangan.
- Walau bagaimanapun hujan yang lebat dalam tempoh yang
singkat tidak banyak menyumbang kepada air tanih disebabkan
air hujan tersebut tidak sempat untuk meresap ke dalam tanih
sebaliknya membentuk larian air permukaan.
faktor kewujudan sumber- sumber air permukaan
Sumber-sumber air permukaan seperti sungai, tasik,kolam dan
lain-lain menjadi pembekal utama kepada system akuifer air
dalam tanah.
Faktor aktiviti manusia
faktor penyahhutan/ pembalakan
- Lapisan kanopi tumbuhan ( daun, dahan dan ranting ) menjadi
pintasan titisan air hujan yang jatuh ke permukaan bumi.
Aktiviti penyahhutanan akan mengurangkan pintasan ini,
kesannya air hujan akan jatuh secara terus ke permukaan bumi.
- Jatuhan air hujan secara terus dalam kuantiti yang banyak
akan menyebabkan air hujan tersebut cenderung untuk
mengalir di atas permukaan dalam bentuk aliran air permukaan
dan seterusnya mengurangkan resapan air ke dalam tanah.
70

Kesannya air tanih berkurangan.


- Tumbuhan yang mempunyai akar banir yang biasanya timbul
di atas permukaan tanah. Akar tumbuhan berupaya untuk
menghalang larian air permukaan. Aktiviti penyahhutanan
menyebabkan larian air permukaan bertambah dan keadaan ini
mengurangkan resapan air ke dalam tanih yang menyumbang
kepada simpanan air tanih.
Penurapan / penyimenan permukaan
Aktiviti penurapan atau penyimenan permukaan khususnya di
kawasan bandar akan menghalang resapan air ke dalam
tanah.
Penggunaan tar atau simen akan menutup liang-liang pori tanah.
Air hujan tidak berupaya untuk meresap ke dalam tanah. Air
hujan ini akan mengalir di atas permukaan dalam bentuk larian
air permukaan dan mengurangkan resapan ke dalam tanah.

c)

Jelaskan kepentingan air tanih kepada alam sekitar fizikal dan


manusia
Jawapan
Kepentingan kepada alam sekitar fizikal

[8 markah]

1.

sumber air kepada badan-badan air terutama


semasa kemarau
2. sumber kepada lembapan udara proses sejatan
Kepentingan kepada alam sekitar manusia
1. sumber bekalan air domestik semasa kemarau
2. sumber air untuk pertanian dan penternakan

71

Anda mungkin juga menyukai