Anda di halaman 1dari 16

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT3119) PENDIDIKAN

RENDAH
ISI KANDUNGAN

Panduan Kursus
Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran
anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin
kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun
meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod
pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda
untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran,
dan masa anda.
Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan
tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya
pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran
pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda
akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila
diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk
pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.
Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu
tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran
kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk
membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau
membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di
antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan
yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika
anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan
sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.
Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas
jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial
diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda
boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan anda melalui email jika
terdapat masalah berhubung dengan modul ini.
Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir
kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda
mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang
akan dikenal pasti.
1

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.


1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan
buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila
anda pergi ke perpustakaan.
2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan
mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan
itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan
bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.
3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa
mengira sasaran pembelajaran anda.
4. Semak dan ulangkaji pembacaan
memahami pembacaan anda.

anda.

Ambil

masa

untuk

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada


anda. Teliti maklumat yang diterima.
6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda
menyimpan bahan-bahan yang bermakna.
7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

1. PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN


2. PETA MINDA
3.

PERNIAGAAN
definisi perniagaan
perniagaan dan bukan
perniagaan
perniagaan dan untung
perniagaan dan
ekonomi
perniagaan dan
masyarakat
faktor-faktor
pengeluaran
perniagaan kini dan
masa depan

KEUSAHAWANAN
definisi usahawan dan
keusahawan
perbezaan antara
keusahawanan dan
perniagaan
peranan usahawan
dalam masyarakat
sebab-sebab usahawan
menceburka diri dalam
perniagaan
sebab-sebab kegagalan
usahawan

4.
5.
6.
7.
8.

8.1.
PENGENALAN
8.2.
Kesedaran
tentang
kepentingan
perniagaan
dan
keusahawanan terhadap kemajuan ekonomi serta pembangunan modal
insan telah lama wujud daripada peringkat persendirian hinggalah
secara besar-besaran. Perkembangan ekonomi dunia yang semakin
mencabar peranan keusahawan yang mampu bersaing dan merebut
peluang dalam pasaran global agar dapat memastikan kelangsungan
kemajuan ekonomi negara. Oleh itu topik 1 ini membincangkan konsep
perniagaan dan keusahawanan hinggalah punca kepada kegagalannya.
8.3.
Perniagaan
8.3.1.
Definisi Perniagaan
8.4.
Perniagaan telah lama dijalankan oleh manusia bagi
mendapatkan barang dan perkhidmatan. Bagi peniaga ia
merupakan aktiviti jual-beli barang dan perkhidmatan bagi
memenuhi keperluan dan kehendak manusia yang bertujuan
mendapatkan keuntungan. Perniagaan meliputi empat aspek iaitu
barang atau perkhidmatan, pertukaran nilai, keuntungan
perniagaan dan kepuasaan atau nilai faedah kepada pengguna.
8.5.
8.6.
Barang merupakan produk yang fizikal. Ia boleh dilihat,
dipegang dan dirasa seperti makanan, pakaian, mesin, alat tulis
dan sebagainya.
8.7.
8.8.
Perkhidmatan pula adalah produk bukan fizikal yang
merupakan kepakaran atau kemahiran. Ia dapat memberi kepuasan
atau nilai faedah seperti pendidikan, perlindungan keselamatan,
komunikasi, pelancongan dan pengangkutan.
8.9.
8.10.
Pertukaran nilai adalah nilai aktiviti perniagaan dalam
bentuk wang samada dibayar menggunakan wang tunai, kad kredit,
cek, wang pos dan sebagainya. Nilai wang membantu peniaga
mencatat urusniaga dalam sebutan wang ke dalam buku akaun
untuk pengiraan.
8.11.
8.12.
Keuntungan perniagaan adalah matlamat utama sesuatu
perniagaan dan adalah pulangan atau ganjaran hasil daripada
sesuatu aktiviti jual-beli.
8.13.
8.14.
Apabila penguna akhir membeli barangan dan perkhidmatan,
mereka akan mengharapkan kepuasan yang maksimum atau
nilai faedah daripada penggunaannya. Adalah menjadi etika
peniaga untuk menjual barangan dan perkhidmatan bagi
memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
8.15.
8.15.1.
Perniagaan dan bukan perniagaan
4

8.16.
Terdapat dua jenis organisasi iaitu organisasi perniagaan dan
bukan perniagaan.
8.17.
8.18.
Organisasi perniagaan adalah organisasi yang menjalankan
aktiviti jual-beli dan perkhidmatan bagi tujuan mendapatkan
keuntungan. Keuntungan ini digunakan untuk membiayai secara
berterusan kos operasi perniagaan.
8.19.
8.20.
Organisasi bukan perniagaan pula mendapat pembiayaan
daripada pihak kerajaan, pihak swasta, masyarakat dan individuindividu melalui yuran ahli, derma, penajaan persatuan. Organisasi
bukan perniagaan pula terbahagi kepada dua kategori iaitu agensi
kerajaan dan badan sukarela. Contohnya bidang-bidang yang
berkaitan dengan minat, sukan, kemasyarakatan, kebudayaan,
pendidikan dan keagamaan. Agensi kerajaan adalah bertujuan
menjaga kepentingan dan memberi perkhidmatan kepada
masyarakat seperti hospital, sekolah, bomba dan sebagainya.
Badan sukarela pula ditubuhkan oleh sekumpulan manusia untuk
menjaga kepentingan ahli dan memberi perkhidmatan tertentu
kepada ahli atau masyarakat umum seperti FOMCA, PEMADAM,
kelab, koperasi dan badan-badan sukarela menjalankan aktiviti
bercorak sosial.
8.21.
8.22.
Perbezaan antara perniagaan dan bukan perniagaan
8.23.
8.24.Dimensi

8.25. Perniagaan

8.26.
Bukan
Perniagaan

8.27.Matlamat
utama

8.28. Keuntungan

8.29.
Kebajikan
ahli dan
kesejahteraan awam

8.30.Sumber
kewangan

8.31. -keuntungan
8.32. -modal
8.33. -pinjaman

8.34.
bantuan

8.35.Aktiviti

8.36. Jual beli

8.37.
Perkhidmat
an masyarakat

8.38.Cukai

8.39. Dikenakan
atas keuntungan

8.40.
n

Yuran

dan

dikecualika

8.41.
8.42.
8.42.1.

Perniagaan dan untung


5

8.43.
Ganjaran yang diterima hasil daripada menjalankan
perniagaan dipanggil untung. Ia merupakan pulangan kepada
peniaga
hasil
usaha
kesanggupannya
mengambil
risiko
menjalankan perniagaan. Untung ini digunakan sebagai sumber
modal tambahan bagi pengembangan perniagaan, mengukuhkan
kedudukan kewangan dan kelancaran operasi perniagaan.
Keuntungan perniagaan menunjukkan kejayaan, nama baik, dapat
meningkatkan keyakinan orang ramai untuk membeli barang dan
perkhidmatannya dan mencerminkan potensi perniagaan dalam
bersaing dalam pasaran. Untung adalah bakil hasil setelah ditolak
segala kos perbelanjaan operasi dan perbelanjaan pentadbitan
perniagaan.
8.44.
8.45. Rumus untung adalah:
8.46.
Untung = Hasil Perbelanjaan.
8.47.
8.47.1.
Perniagaan dan ekonomi
8.48.
Pencapaian ekonomi mencerminkan aktiviti perniagaan
sesebuah negara yang diukur berasaskan Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) iaitu pertumbuhan keluaran negara. Tahap
perkembangan perniagaan dipengaruhi oleh faktor kestabilan
ekonomi negara, kestabilan nilai mata wang, kekukuhan sistem
kewangan, galakkan pelaburan oleh kerajaan, insentif oleh kerajaan
kepada peniaga dan kuasa beli masyarakat. Justeru itu aktiviti
perniagaan amat penting kepada ekonomi kerana ia membantu
meningkatkan pendapatan kerajaan melalui kutipan hasil cukai
perniagaan, menambahkan kualiti dan kuantiti kemudahan
infrastruktur awam, mengembangkan industri hiliran dan huluan,
menambahkan peluang pekerjaan, meningkatkan taraf hidup
rakyat, meningkatkan kualiti produk, harga yang mampu dibeli oleh
pengguna membantu perniagaan sokongan yang lain.
8.49.
8.49.1.
Perniagaan dan masyarakat
8.50.
Perniagaan dan masyarakat saling bergantung antara satu
sama lain. Masyarakat memerlukan perniagaan untuk mendapatkan
barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi kehidupan harian.
Perniagaan pula memerlukan masyarakat untuk membeli barangan
dan perkhidmatan mereka pada tingkat harga yang mampu dibeli
bagi mendapatkan keuntungan.
8.51.
8.52.
Faedah perniagaan kepada masyarakat adalah dapat
menawarkan berbagai-bagai barangan dan perkhidmatan yang
berkualiti dan kuantiti yang betul bagi memenuhi keperluan dan
kehendak pada harga berpatutan. Perniagaan dapat menyediakan
6

peluang
pekerjaan
dan
ini
membantu
mengurangkan
pengangguran bagi masyarakat setempat. Apabila masyarakat
mempunyai pendapatan, maka dapatlah mereka membeli barangan
bagi keperluan hidup dan meningkatkan taraf hidup mereka.
Perniagaan dapat membangunkan kemudahan infrastruktur
setempat kerana kemudahan yang disediakan untuk perniagaan
seperti jalan raya, bekalan tenaga elektrik dan air sekali gus dapat
dinikmati oleh penduduk di sekitarnya. Ini dapat mengurangkan
masalah
sosial.
Oleh
kerana
perniagaan
mempunyai
tanggungjawab sosial, masyarakat akan mendapat manafaatnya
dalam bentuk sumbangan kebajikan, derma, penajaan, bantuan
kewangan untuk aktiviti kemasyarakatan daripada perniagaan.
8.53.
8.54.
Akhirnya hasil daripada perkembangan perniagaan yang pesat
dapatlah pertumbuhan ekonomi negara ditingkatkan secara
maksimum. Kepentingan bukan perniagaan kepada masyarakat
adalah menyediakan kemudahan asas, menyediakan tapak
perniagaan,
memberi
perlindungan
dan
keselamatan,
mengurangkan masalah sosial dan menyediakan maklumatmaklumat dan khidmat masyarakat.
8.55.
8.55.1.
Faktor-faktor pengeluaran
8.56.
Faktor-faktor pengeluaran digunakan oleh perniagaan sebagai
input seperti bahan mentah bagi mengeluarkan output seperti
barangan dan perkhidmatan. Faktor pengeluaran terdiri daripada
pengusaha, modal, buruh dan tanah.
8.57.
8.58.
Pengusaha adalah tenaga manusia yang merancang,
menanggung risiko dan mengurus sesuatu perniagaan. Seseorang
pengusahan akan menyelaras dan menggabungkan berbagai-bagai
faktor pengeluaran bagi mengeluarkan sesuatu output. Pulangan
atau ganjaran bagi usahawan adalah untung.
8.59.
8.60.
Modal ialah dana yang digunaka untuk menjalankan
perniagaan. Contohnya barangan, tunai, jentera dan mesin,
peralatan dan premis yang digunakan untuk mengeluarkan sesuatu
barangan dan perkhidmatan yang lain. Kos yang telibat bagi
penggunaan modal adalah faedah.
8.61.
8.62.
Punca keluaran yang menggunakan tenaga manusia dalam
sesuatu pengeluaran barangan dan perkhidmatan adalah dipanggil
buruh. Sumbangan buruh sama ada mental dan fizikal sangat
diperlukan untuk menggerakkan perniagaan. Ganjaran bagi buruh
adalah upah atau gaji.
8.63.
7

8.64.
Konsep tanah ini dikaitkan dengan anugerah alam yang
dicipta oleh Tuhan untuk melancarkan proses pengeluaran. Ia
meliputi hasil bumi seperti perhutanan, sumber lautan, pertanian,
sumber galian dan tapak perusahaan. Ganjaran yang diterima bagi
faktor tanah ialah sewa.
8.65.
8.65.1.
Perniagaan kini dan masa depan
8.66.
Cabaran perniagaan kini untuk maju dan berkembang adalah
bergantung kepada kecekapan pihak pengurusan, kreativiti dan
inovasi
pengusaha.
Antara
cabaran
perniagaan
adalah
menggunakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D)
dan teknologi terkini untuk mengeluarkan barangan dan
perkhidamtan yang berkualiti dan berdaya saing. Teknologi terkini
banyak menggunakan jentera dan mesin yang digerakkan
menggunakan teknologi robotik dalam mengeluarkan produk
secara cekap, menjimatkan masa dan besar-besaran. Teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) juga meningkatkan kecekapan
hubungan jaringan perniagaan seperti berhubung dengan
pembekal, pelanggan dan pihak yang berkepentingan samada
dalam negara atau luar negara. Contohnya menggunakan
kemudahan komputer dan internet untuk mengurus operasi,
mempromosi,
mendapat
pesanan,
mendapatkan
bekalan,
mengagihkan
tempahan,
mengurus
pengangkutan
dan
pembayaran, penjualan dan mmebuat keputusan yang kesemuanya
boleh dijalankan secara pantas menggunakan elektronik dan atas
talian.
Ini juga boleh meningkatkan e-dagang, e-niaga, eperbankan, e-pemasaran, pengurusan inventori secara automasi
dan pemprosesan urus niaga.
8.67.
8.68.
Cabaran masa depan yang perlu diambilkira oleh pengusaha
adalah globalisasi iaitu dunia tanpa sempadan. persaingan sengit
dari segi kualiti, harga, penyampaian, mobiliti pekerja dan modal
dan masalah celaru budaya; kemajuan pesat teknologi
maklumat dan komunikasi dari aspek perubahan produk,
tempoh pasaran yang semakin pendek, desakan kepada kemahiran
teknologi dam modal yang tinggi; kekurangan sumber tenaga
buruh yang mahir dalam bidang berkenaan; perubahan
citarasa masyarakat dan struktur demografi seperti
kebanjiran tenaga wanita dalam pasaran pekerjaan, keperluan
kemudahan suasana kerja yang berbeza daripada biasa, hayat
pekerja yang semakin panjang dan pekerja yang matang;
peningkatan tanggungjawab sosial seperti batasan aktiviti
komersial, desakan pihak bukan kerajaan (NGO), kerajaan, pihak
berkepntingan, buruh kanak-kanak, keprihatinan terhadap Orang
8

Kurang Upaya (OKU); peningkatan kepada sistem perniagaan


Islam seperti produk Halal, perbankan Islam dan lain-lain
pematuhan syariah; dan sumber yang semakin berkurangan
yang menyebabkan ada batasan pengeluaran, keperluan kepada
inovasi produktiviti dalam kecekapan penggunaan sumber.
8.69.
8.70.
Keusahawanan
8.70.1.
Definisi usahawan dan keusahawanan
8.71. Istilah usahawan dalam Bahasa Inggeris alah entreprenuer.
Istilah
entreprenuer
berasal
daripada
bahasa
Perancis
entreprendre (Richard Cantillon, 1755). Usahawan didefinisikan
sebagai Individu yang kedudukannya adalah di antara pembekal dan
pengguna. Usahawan adalah orang yang menggabungkan faktorfaktor pengeluaran untuk memperkenalkan sesuatu yang baharu,
mengenal pasti peluang-peluang perniagaan, menghasilkan ideaidea perniagaan, melakukan inovasi dan sanggup mengambil risiko.
Projek pengeluaran yang diusahakan adalah yang berskala besar.
Usahawan mengambil inisiatif, mengorganisasi mekanisme sosial
dan ekonomi. Tindakan usahawan adalah didorong oleh keperluan
mendapatkan sesuatu untuk pencapaian diri, memenuhi keperluan
pengguna dan dan menggunakan modal.
8.72.
8.73. Keusahawanan
ialah
satu
proses
mewujud
dan
mengembangkan perniagaan secara berterusan yang menyumbang
kepada proses pembangunan negara. Ia didefinisikan oleh Gartner
(1989) sebagai proses penciptaan sesebuah organisasi. Definisi ini
disokong oleh Kuratko & Hodgetts (1995) yang berpendapat bahawa
keusahawanan merupakan penciptaan usaha niaga baharu melalui 4
dimensi iaitu Individu, Persekitaran, Organisasi dan Proses. Histrich
& Peter (1998) pula mengatakan bahawa ianya merupakan proses
keusahawanan yang baharu dari segi nilai dengan memperuntukkan
masa dan tumpuan serta tenaga yang diperlukan, menanggung
bersamanya risiko kewangan, psikik, sosial dan memperoleh
ganjaran daripada usaha tersebut. Jeffrey A Timmons (penulis buku
The Entrepreneurial Mind) berpendapat keusahawanan melibatkan
tindakan kreatif manusia dalam membangunkan sesuatu yang
mempunyai nilai tambah. Aktiviti keusahawanan lebih mengejar
peluang perniagaan yang menguntungkan daripada memikirkan
sumber atau kekurangan sumber yang dimiliki.
8.74.
8.74.1.
Perbezaan
antara
keusahawanan
dan
perniagaan
8.75.
Perbezaan perniagaan dibandingkan dengan keusahawanan
adalah perniagaan melibatkan aktiviti jual-beli untuk mendapatkan
9

keuntungan.
Keusahawanan
pula
manjalankan
perniagaan
mengikut undang-undang dan peraturan, halal di sisi agama,
mengikut adat resam negara serta menyumang ke arah
pembangunan dan kemajuan masyarakat. Sumbangan usahawan
adalah untuk memebri jasa dan bakti kepada pembagunan dan
ekonomi negara.
8.76.
8.77.
8.77.1.
Peranan usahawan dalam masyarakat
8.78. Peranan
usahawan
dalam
masyarakat
boleh
dibahagikan kepada dua iaitu dari aspek mikro dan makro.
Dari aspek mikro, usahawan menyumbangkan idea baharu atau
produk baharu. Usahawan membuat tambahan nilai, ciri-ciri dan
mewujudkan kegunaan atau fungsi baharu.
8.79. Usahawan melihat masalah baharu, mencari idea bagi
menyelesaikan masalah yang wujud dan melaksanakan rancangan
perniagaan secara strategik bagi menghasilkan idea baharu bagi
tujuan menyelesaikan masalah.
8.80. Usahawan mengusahakan faktor pengeluaran seperti modal,
bahan mentah, tenaga kerja dan mengeluarkan input-input kepada
output yang berfaedah untuk kegunaan atau keperluan pengguna
lalu dipasarkan atau diedarkan ke pasaran.
8.81. Memastikan perniagaan yang ditubuhkan dapat diteruskan
dan berkembang. Kekaburan , ketidakpastian, oleh itu usahawan
berusaha agar keuntungan dan perkhidmatan terhadap pelanggan
tidak terjejas.
8.82. Peranan usahawan dalam aspek makro pula adalah
mewujudkan peluang pekerjaan, menambah tahap kebajikan dan
kemakmuran. Usahawanan dalam kalangam generasi muda dapat
mengalakkan diri terlibat dengan kegiatan yang sihat atau
berfaedah. Usahawan dapat meningkatkan taraf hidup rakyat
selaras dengan.
Dasar pembangunan Nasional (DPN) yang
bermatlamat untuk menyusun atau membasmi kemiskinan rakyat.
Dasar Ekonomi Baharu (DEB) pula dapat meningkatkan pendapatan
pendapatan per kapita yang diukur melalui kuasa beli perbandingan.
Selaian itu industri sokongan dapat dibangunkan. Industri Kecil dan
Sederhana (IKS) dapat meransang pertumbuhan masyarakat
perdagangan dan perindustrian. Contoh lain seperti industri berat
HICOM dapat mewujud industri sokongan. Barangan di pasaran
dapat dipelbagaikan oleh usahawan seiring dengan kemajuan atau
peningkatan teknologi. Oleh itu pelbagai barangan dapat
diperkenalkan di pasaran dalam dan luar negara. Usahawan tidak
akan pernah ketandusan idea, mereka akan menggunakan sumber
dengan cekap tanpa mensia-siakan sumber yang ada sama ada
bernilai atau tidak di pandangan orang lain. Barang yang tidak
diperlukan tidak dibuang begitu sahaja sebaliknya dikita semula dan
tidak akan berlaku pembaziran. Usahawan yang berjaya akan
10

menjadi model ikutan masyarakat. Akhir sekali ciri-ciri usahawan


yang memiliki keperibadian yang unik akan menjadi sumber
inspirasi kepada usahawan baharu.
8.82.1.
Sebab-sebab usahawan menceburkan diri dalam
perniagaan
8.83.
Terdapat beberapa sebab usahawan melibatkan diri dalam
perniagaan iaitu pengalihan negatif, tempoh peralihan , tarikan
positif dan tolakan positif:
8.84.
8.85.
a.
Pengalihan/ anjakan negatif yang
bermaksud
kewujudan usahawan adalah akibat penyisihan seseorang individu
atau kumpulan daripada masyarakat terasing. Ianya tiada sesiapa
untuk bergantung dan mereka cenderung untuk menjadi
usahawan.Contohnya status imigran, diberhentikan kerja, bosan,
marah, krisis pertengahan umur, bercerai dan kematian pasangan.
8.86.
8.87.
b.
Tempoh peralihan iaitu seseorang yang berkedudukan
tertentu bertukar pekerjaan kepada menjadi usahawan. Antaranya
adalah anggota tentera yang akan bersara, pelajar institusi
pengajian tinggi ke alam perniagaan dan banduan yang akan
dibebas.
8.88.
8.89.
c.
Tarikan positif iaitu usahawan datang dari bakal rakan
kongsi, mentor, keluarga, pelabur atau pelanggan dan pembekal.
Bakal rakan kongsi mulanya ditawarkan
untuk berkongsi
pengalaman, membantu kerja-kerja perniagaan dan penyebaran
risiko. Perkaitan kuat hubungan antara keluarga juga dapat
menggalakkan individu dalam pemilihan kerjaya usahawan.
8.90.
8.91.
d.
Tolakan positif termasuklah akibat disingkirkan oleh
rakan kongsi, pelabur menghentikan komitmen, kerana masalah
persefahaman dengan rakan kongsi, tamat tempoh perjanjian
perkongsian, bertukar mentor, kurang yakin pelanggan terhadap
perniagaan asal. Ini akan menyebabkan usahawan menceburi
bidang keusahawan yang lain.
8.92.
8.92.1.
Ciri-ciri usahawan
8.93.
1. Komitmen dan nekad
8.94.Sikap ini merupakan satu bentuk personaliti yang amat
penting dalam menentukan kejayaan usaha teroka seseorang
usahawan dan ianya memerlukan usahawan itu untuk
melibatkan diri mereka sepenuhnya dalam perniagaan.
8.95.
8.96.
2. Berinisiatif
11

8.97.Mempunyai
inisiatif
yang
tinggi,
mempunyai
kecenderungan untuk melihat dan menganalisis sesuatu
situasi dan mengambil tindakan secara proaktif sebelum
sesuatu berlaku.
8.98.
8.99.
3. Berkeinginan kepada tanggungjawab
8.100.
Kesanggupan untuk menerima tanggungjawab
terhadap natijah yang dihasilkan melalui usaha teroka
mereka adalah berkait rapat dengan keinginan usahawan
untuk mengekalkan lokus kawalan.
8.101.
8.102.
4. Sentiasa melihat dan merebut peluang
8.103.
Memikirkan pencapaian matlamat dan matlamat
yang ditetapkan datang dari keupayaan melihat dan
mengambil peluang yang terdapat di luar sana.
8.104.
5. Bertolak ansur terhadap risiko kakaburan
dan ketidakpastian
8.105.
Mereka hidup dalam dunia yang dicirikan sebagai
dunia yang mempunyai kadar perubahan risiko dan
kekaburan yang tinggi.
8.106.
8.107.
6. Berkeyakinan diri
8.108.
Mempunyai keyakiana diri terhadap keupayaan
diri.Percaya apa yang mereka capai adalah keupayaan
mereka sendiri. Memandangkan dunia ini penuh dengan
cabaran dan halangan maka mereka percaya apa yang
mereka lakukan adalah keupayaan mereka sendiri. Selain itu
usahawan juga melihat bahawa [roses mencari ilmu
pengetahuan adalah proses yang berpanjangan. Dengan itu
usahawan hendaklah membaca yang dapat membantunya
mmembuat keputusan dan melihat peluang peluang yang
ada serta melibatkan diri dalam persatuan dan banyak lagi.
8.109.
8.110.
7. Berfikiran kreatif dan anjal
8.111.
Usahawan mestilah menyesuaikan diri dengan
keadaan tanpa keanjalan usahawan agak sukar untuk terus
mempertahankan perniagaan yang ditubuhkan dalam dunia
hari ini yang mengalami perubahan dalam ekonomi. Terdapat
beberapa cara yang dapat dipelajari dalam meningkatkan
keupayaan kreativiti.
8.112.
8.113.
8. Keinginan kepada maklumbalas
8.114.
Seorang usahawan yang berjaya suka untuk
mengetahui tahap pencapaian mereka. Mereka memiliki
keinginanyang kuat untuk menggunakan pengetahuan yang
mereka ada bagi memperbaiki prestasi mereka. Usahawan
selalu dirujuk sebagai pendengar yang cemerlang dan dapat
mempelajari sesuatu dengan cepat.
12

8.115.
8.116.
9. Tahap tenaga yang tinggi
8.117.
Tenaga dalaman dan luaran menjadi faktor yang
kritikal untuk melancarkan usaha teroka yang dilakukan
memandangkan usahawan perlu bekerja jeras dan jangka
waktu kerja yang panjang. Ianya diperlukan bagi menangani
masalah yang bakal dihadapi dengan lebih matang dan tidak
berputus asa.
8.118.
8.119.
10.
Menitikberatkan
mutu
kerja
yang
cemerlang
8.120.
Sentiasa menitikberatkan mutu kerja dan sentiasa
memastikan
standard
penghasilan
barangan
atau
perkhidmatan mencapai tahap cemerlang.
8.121.
8.122.
11. Berorientasikan masa depan
8.123.
Mempamerkan keprihatinan terhadap masa depan
jika dibandingkan dengan usahawan yang memegang teraju
usaha teroka yang pertumbuhannya rendah dan sederhana.
8.124.
8.125.
12.
Kesanggupan
untuk
belajar
dari
kesilapan.
8.126.
Menumpukan seluruh tenaga kearah usaha
kejayaan.membezakan
kegagalan dalam perniagaan dan
kegagalan seorang usahawan.
8.127.
8.128.
13. Berkeupayaan memimpin
8.129.
Merupakan seorang yang memiliki pengetahuan
tentang teknologi dan keadaan pasaran dimana dia
beroperasi.
8.130.
8.131.
14. Berwawasan
8.132.
Pembentukan
matlamat
dan
wawasan
memerlukan perancangan dan penelitian yang rapi serta
pemikiran yang cemerlang.
8.133.
8.133.1. Sebab-sebab kegagalan usahawan
8.133.1.1.
Aspek pengurusan
1.
Carta organisasi
2.
Huraian tugas kakitangan
3.
Rancangan pentadbiran perniagaan
4.
Pengalaman mengurus
5.
Latihan pengurusan
6.
Khidmat nasihat pengurusan
7.
Rakan kongsi
8.
Pekerja
9.
Meningkatkan motibvasi pekerja
8.134.
8.134.1.1.
Aspek Pemasaran
13

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.

Promosi
Mengenal pasti pelanggan
Penyelidikan pasaran
Masalah untuk memasarkan barangan/ perkhidmatan
Rangkaian pengedaran
Kecekapan jurujual
Keistimewaan barangan/ perkhidmatan
Kesan persaingan
Tahap persaingan
Saiz pasaran
Latihan dalam pemasaran
Hubungan dengan pembekal
Perancangan pemasaran
Cara menetapkan harga
Lokasi perniagaan
8.135.
8.135.1.1.
Aspek Kewangan
1.
Penyediaan rekod-rekod kewangan
2.
Pengendalian rekod-rekod kewangan
3.
Penyediaan penyata-penyata kewangan
4.
Perancangan kewangan
5.
Masalah-masalah kewangan yang dihadapi
8.136.
8.136.1.1.
Aspek Undang-undang
1. Masalah undang-undang dalam perniagaan
2. Mendapatkan nasihat undang-undang
3. Dokumen berkaitan undang-undang
4. Saluran undang-undang
5. Masalah insolvensi
8.137.
8.137.1.1.
Faktor Diri: Ketrampilan Keusahawanan
1.
Inisiatif
2.
Melihat dan merebut peluang
3.
Kecekalan
4.
Kemampuan mencari maklumat
5.
Menitikberatkan mutu kerja
6.
Komitmen terhadap perjanjian kerja
7.
Orientasi ke arah kecekapan
8.
Perancangan yang sistematik
9.
Penyelesaian masalah secara kreatif
10. Keyakinan diri
11. Ketegasan
12. Kemampuan meyakinkan orang lain
13. Kemampuan menggunakan strategi pengaruh
8.138.

14

8.139. Ujian 1
8.140.

1.

Nyatakan perbezaan antara usahawan dengan peniaga?

8.141. 2.
Huraikan perbezaan antara perniagaan dengan bukan
perniagaan.
8.142.

3.

Terangkan cabaran bagi perniagaan masa kini.

8.143.

4.

Mengapakah bidang keusahawanan penting?

8.144. 5.
Bagaimanakah usahawan dapat memberi sumbangan
kepada masyarakat?
8.145.
8.146. Ujian 2
a. Norman
bercadang
untuk
membuka
sebuah
kilang
pembungkusan makanan ringan dan telah memilih sebuah
tapak kilang di kampungnya. Kemahiran yang Norman ada
dalam bidang pengurusan stok telah memberi keyakinan
untuknya membuka kilang ini. Ketua kampung menasihati
Norman supaya menjalankan perniagaan yang boleh memberi
kebaikan
kepada
masyarakat.
Walau
bagaimanapun,
semangat untuk meneruskan cita-citanya menurun apabila
Norman mendapati beberapa industri pembungkusan
makanan ringan di daerahnya menghentikan operasinya
kerana tidak mampu bersaing dengan perniagaan yang lebih
matang. Situasi ini menyebabkan Norman merasa amat
kecewa.
8.147.
a.

Jelaskan
bagaimanakah
kilang
Norman
menyumbang bakti kepada masyarakat di
kilangnya?

dapat
sekitar

8.148. [5 markah]
8.149.
8.150. ii
Apakah cabaran-cabaran perniagaan akan datang yang
perlu dijangkakan oleh Norman?
8.151. [5 markah]
8.152.
8.153. b.
Berdasarkan latar belakang Norman, apakah ciri-ciri
yang dia perlu ada untuk mengatasi cabaran-cabaran berkenaan?
8.154. [10 markah]
8.155.
15

8.156. Rujukan
8.157.
Abu Bakar Hamed (2005). KEUSAHAWANAN & Pengurusan
Perniagaan Kecil. Universiti Utara Malaysia.
8.158.
Aini Hayati Ahmad dll (2008). Pengajian Perniagaan 1.
Longman
8.159.
Chell, E. (2001). Entrepreneurship: Globalization, innovation
and development. UK: Thomson-Learning.
8.160.
Jaafar Muhamad (2003). Asas pengurusan perniagaan.
Selangor: Fajar Bakti.
8.161.
Khairuddin Khalil (2003). Keusahawanan sebagai kerjaya (Edisi
kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
8.162.

Kirby, D. (2003). Entrepreneurship. UK: McGraw-Hill.

8.163.
Kurato, D.F. & Hodgets, R.M. (2004). Entrepreneurship A
contemporary approach (5th edition). Harcourt College Publishers.
8.164.
Longenecker, J.G., Moore, C.W. & Petty, J.W. (2003). Small
business management: An entrepreneurial emphasis. Thompson: South
Western.
8.165.
M.B. Muda dll (2003). Pengajian Perniagaan 1 (Edisi kedua).
Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
8.166.
M.B. Muda dll (2003). Pengajian Perniagaan 2 (Edisi kedua).
Kuala Lumpur: Fajar Bakti
8.167.
Muda, M.B. & Saiful Bahri Sufar (2004). Pengurusan perniagaan
II. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
8.168.
Zaidatol Akmaliah Lope & Habibah Elias (2000). Perdagangan,
keusahawanan dan ekonomi asas. Serdang: Penerbit Universiti Putra
Malaysia.
8.169.
8.170.

16

Anda mungkin juga menyukai