Anda di halaman 1dari 1

Tajuk: Amanah Budaya Murni

Isu nilai-nilai murni sering diperkatakan dalam surat khabar dan televisyen. Terutamanya
Amanah. Isu amanah ini menjadi topik perbincangan yang hangat kerana generasi muda
didapati kurang mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian. Isu ini tidak boleh
dipandang ringan dan ia perlu diperbaiki demi kebaikan bersama. Amanah bukan sahaja
melibatkan wang ringgit, namun juga amanah terhadap tanggungjawap atau tugas yang
diberikan. Begitulah pendahuluan pidato saya pada hari ini, yang bertajuk Amanah Budaya
Murni
Hadirin sekalian,
Sifat amanah adalah sifat yang terpuji. Orang yang mempunyai sifat amanah akan mempunyai
harga diri yang tinggi. Sikap amanah juga dapat menjadikan kita disukai oleh orang lain kerana
orang yang amanah tidak akan melakukan perkara yang negatif seperti mencuri dan rasuah.
Gejala rasuah adalah isu amanah yang sangat serius. Ia melibatkan orang atasan, orang
ternama hinggalah pangkat kerani sekalipun. Begitu juga halnya dengan pecah amanah. Ia
berlaku apabila pekerja atau seseorang yang tidak memegang amanah, contohnya
menggunakan duit kedai untuk peribadi. Amanah pada tanggungjawap juga adalah satu bentuk
amanah yang sering diabaikan. Jika kita sebagai pelajar, amanah kita adalah untuk belajar di
sekolah. Jika kita hadir ke sekolah hanya sambil lewa, kita juga telah dikategorikan sebagai
tidak amanah. Iaitu, tidak amanah pada tanggungjawap sebagai pelajar. Akibatnya, kita akan
tercicir daripada pelajaran dan ketinggalan.
Hadirin yang saya muliakan,
Dalam situasi yang besar, amanah sangat penting bagi sesebuah Negara. Gejala rasuah
contohnya boleh membinasakan bangsa dan Negara. Tidak amanah pada tugas akan
menjadikan suatu sistem atau organisasi itu lumpuh. Jika semua rakyat mengamalkan nilai
amanah, pasti negara kita akan bertambah maju dan disukai oleh orang luar. Sifat amanah
merupakan suatu perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Sifat amanah akan
melahirkan sifat kesedaran kerana setiap perbuatan dilihat oleh Allah. Amanah juga akan
membawa rezeki. Ia akan melahirkan keluarga yang bahagia serta membawa kepada sifat
saling percaya.
Hadirin sekalian,
Amalan nilai-nilal murni amat penting dalam kehidupan seharian kerana amalan ini banyak
faedahnya. Amalan nilai murni ini perlu dipertingkatkan oleh masyarakat dari semasa ke
semasa. Pada pendapat saya, pihak kerajaan perlu melaksanakan kempen kesedaran tentang
amalan nilai-nilal murni di stesen televisyen dan radio. Nilai-nilai murni yang diamalkan oleh
masyarakat akan menjadikan negara Malaysia aman, tenteram serta maju. Sekian dan terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai