Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA MAJLIS

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436H

ATUR CARA
8.30 pagi -

Berarak dari Dewan

Bacaan Doa oleh Imam Masjid Kg Permatang Duku

Bacaan Al-Quran

Bacaan Rawi

Ucapan Pengerusi Sambutan

Ucapan YB

Persembahan nasyid

Ceramah Maulidur rasul

Penyampaian Cenderamata

Jamuan dan Bersurai

Teks Pengacara Majlis: Sambutan maulidur Rasul


2015

Tarikh

18 Januari 2015

Hari

Ahad

Masa

8.30 pagi

Tempat:

Bi Note
l
1 Kata Alualuan

Dewan Sekolah Agama Kg Permatang Dukua

Announce



.

.
Assalamualaikum..WBT
Majlis mengucapkan Selamat Datang ke Sambutan Maulidur
Rasul peringkat.. tahun 1436 H, 2015 Masihi.
Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi
dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi..

Yang Berhormat
Datuk Ir Hasni Bin Muhammad

- ADUn Benut,

Yang Berusaha,

Tn Hj Jabal Bin Kiman

- Penghulu Mukim Benut


- Pengerusi BKSAPD

-GB Sek Agama Prmtg

Duku
Encik Mohd Sihholhafiz Bin Mohd Rukiban - Guru Besar SK Seri
Setia
Tn Hj Mohd Namsa B. Hj Bafi Imam Masjid Kg Permatang Duku,
Yang berbahagia,
Al-Fadhil Ustaz Hj Mohd fairuz Bin Ali Akhbar (Pendakwah,
Pengurus Al-Bushro Consultat & Training) selaku penceramah
pada hari ini,
Yang Dihormati,
JKK Kampung, AJK Masjid,
UMNO dan NGO Permatang Duku,
Komuniti Bestari Permatang Duku,
Barisan Guru Sek Agama Permatang Duku dan Sek Keb Seri
Setia,
murid-murid dan penduduk-penduduk Kg Permatang Duku.
Dan seterusnya hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke


hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah
kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan
kesempatan, dianugerahkan kesihatan dan kewarasan akal,
didorong dan digerakkan minda serta deria rasa, untuk kita
sama-sama berkumpul di dewan nan permai ini, Dewan
.. bagi satu lagi majlis ilmu, meraikan
Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah dan Kampung
Pematang Duku tahun 2014 bersamaan dengan 1436 Hijrah.
Buat pengetahuan hadirin-hadirat sekelian, Sambutan Maulidur
Rasul ini bertujuan menyuburkan rasa cinta dan kasih kita
kepada Junjungan Rasulullah S.a.w dan menzahirkan syiar Islam,
di samping menguatkan semangat perpaduan dan silaturrahim
sesama warga sekolah, selaras dengan tema sambutan Maulidur
3

Rasul tahun 1436 Hijrah; PERPADUAN NADI TRANSFORMASI


NEGARA
2. Bacaan doa

Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Bagi memulakan dan memuliakan majlis marilah kita bersamasama menadah tangan bermunajat, memohon keberkatan agar
segala urusan mendapat rahmat. Jesteru, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Tn Hj Mohd namsa Bin Hj Badi untuk
memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan

3. Pendahuluan

(Bacaan Doa)
amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan
terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.
Hadirin warga dewan yang di rahmati Allah sekelian,
Sambutan maulidur rasul saban tahun diadakan bagi
memperingati tarikh kelahiran junjungan kita junjungan besar
Rasulullah SAW
Seperti yang kita sedia maklum bahawa Rasullullah SAW
merupakan pemimpin yang agung yang menjadi contoh umat
baginda sehingga akhir zaman. Di samping itu juga, majlis
seumpama ini dapat menzahirkan rasa cinta dan kasih kita
yang
mendalam terhadap junjungan besar Rasulullah SAW.
Dari Anas r.a katanya Nabi s.a.w pernah bersabda..
Tidak (sempurna) iman seseorang kamu, sebelum ia lebih
mencintai aku daripada mencintai ibubapanya, anaknya dan
manusia umumnya.
Ya Allah, restui dan berkatilah junjungan kami nabi Muhammad
SAW. Berkatilah keluarga dan sahabat baginda. Sejahterakanlah
baginda selama-lamanya. Kami pohonkan sebanyak bilangan
apa sahaja yang diketahui oleh Mu atau sebanyak perkara yang
ditulis oleh kalam mu dan sebanyak yang dirangkum oleh kitab
4

4. Bacaan AlQuran

suci mu..
Amin Ya Rabbal alamin
Hadirin dan hadirat yang di Rahmati Allah sekalian,
Marilah kita bersama-sama untuk menghayati BACAAN AYAT
SUCI

ALQURAN

yang

akan

disampaikan

oleh

Saudara

______________
_______________________________________________________________.
Ayat suci al-Quran yang akan diperdengarkan daripada surah
_________________________ bermula ayat _______ hingga ayat
_______
(Bacaan Al-Quran)
Sodakollahul azim...
Indahnya ayat al-Quran yang telah diperdengarkan tadi. Setinggi
penghargaan kepada saudara ______________________________ atas
komitmen bacaan al-Quran itu tadi.

Majlis kemudiannya menjemput para pelajar Sek keb Seri Setia


untuk memperdengarkan bacaan Rawi.
(Bacaan Rawi)
Demikianlah tadi Bacaan Rawi daripada murid-murid Sek Keb
Seri Setia di bawah pimpinan
5. Ucapan
Pengerusi
Sambutan

..
Hadirin sekalian,
Bagi memulakan bingkisan ucapan, majlis dengan segala hormat
dan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha, Tn. Hj Ab Jabal
Bin Kiman, Pengerusi BKSAPD untuk menyampaikan bingkisan
kata. Majlis mempersilakan.
(Ucapan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan itu tadi.


6. Ucapan YB

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Yang Berhormat,


Datuk Ir Hasni Bin Muhammad selaku ADUN Benut.
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan datuk.
(ucapan perasmian)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian


Yang Berhormat Datuk Ir Hasni Bin Muhammad untuk hadir sama
dan menyampaikan ucapan sebentar tadi.
7. Persembahan Rasulullah dalam mengenangmu,
Nasyid
kami susuri lembaran sirahmu,
pahit getir perjuangmu membawa cahaya kebenaran,
engkau taburkan pengorbananmu, untuk umatmu yang tercinta,
biar terpaksa tempuh derita cekalnya hatimu menempuh
ranjaunya,
tak terjangkau tinggi pekertimu,tak tergambar indahnya
akhlakmu,
tak terbalas segala jasamu, sesungguhnya engkau Rasul mulia.
Hadirin sekalian,
Majlis kita pada pagi ini diteruskan lagi dengan persembahan
nasyid daripada kumpulan
.
Dengan nyanyian lagu
. Marilah sama-sama
kita mendengar halwa telinga ini.
(Nasyid)
Sungguh lunak dan menyentuh rohani , emosi persembahan nasyid
dari kumpulan . Itu tadi. Untuk
pengetahuan hadirin, ahli kumpulan ini terdiri daripada remaja-remaja
dari Kampung Permatang Duku di bawah pimpinan
.

8. Ceramah

Siddiq, amanah ,tabliq, fatonah,


6

Sifat terpuji ..
Menjaga pekerti mengamalkan sunnah,
Perpaduan nadi transformasi negara
Warga dewan yang dirahmati sekelian,
(Biodata Penceramah)
Majlis maulidur rasul 1436 H ini diteruskan lagi dengan
mendengan ceramah daripada penceramah jemputan kita. Oleh
itu, marilah kita sama-sama meminjamkan sebentar mata,
telinga dan hati kita agar ilmu yang bakal di sampaikan dapat
kita hayati dan manfaat bersama. Sehubungan dengan itu,
majlis dengan penuh takzim mempersilakan Ustaz Hj Mohd
Fairuz Bin Ali Akhbar
untuk menyampaikan ceramahnya . Dipersilakan,
(Ceramah)
Demikian tadi pengucapan yang telus lagi kudus, penuh dengan
pengajaran jua teladan. Semoga apa yang telah di sampaikan
sebentar tadi dapat menambahkan ilmu dan dijadikan amalan
dalam kehidupan seharian kita sebagai umat Islam. Majlis
merakamkan jutaan terima kasih kepada Al-fadzil Ustaz Hj Mohd
Fairuz Bin Ali Akhbar.
9. Cenderamata Hadirin hadirat yang dikasihi sekelian,
Di kesempatan ini, pihak majlis berbesar hati untuk memberikan
cenderamata sebagai tanda penghargaan dan terima kasih
kepada Tuan Penceramah yang telah sudi menjayakan majlis
sambutan maulidur rasul peringkat sekolah dan KG Permatang
duku tahun 1436 H ini.
Sehubungan dengan itu, majlis mempersilakan Yang Berhormat
Datuk Ir Hasni Bin Muhammad diiringi Tn Hj Ab Jabal Bin Kiman,
untuk menyempunakan penyampaian cenderamata kepada
Ustaz Hj Mohd Fairuz bin Ali Akhbar.
Majlis mempersilakan,
(penyampaian cenderamata)
7

10 Penutup

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat


Datuk yang telah sudi menyampaikan cenderamata itu tadi.
Limau purut berbuah sarat
Dipetik datuk di simpan di para
Makanan terhidang tanda isyarat
Isyarat untuk menjamu selera
Hadirin warga dewan yang dirahmati sekelian.
Majlis kita telah sampai ke penghujungnya. Saya mewakili
majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan Majlis
Sambutan Maulidur Rasul/

samada secara langsung mahupun tidak.


Ucapan terima kasih yang tulus ikhlas juga buat semua, atas
kesudian hadir memeriahkan majlis ini.
Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai
ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.
Dijemput kepada semua tetamu VIP untuk menikmati jamuan
hidangan di kantin sekolah, dipersilakan.
Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari ini dengan
membaca tasbih kaffarah dan surah al Asr.

Wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum wbt

Anda mungkin juga menyukai