Anda di halaman 1dari 11

1.

Terdapat empat jenis ragam ayat dalam bahasa Malaysia, iaitu:


(a) ayat penyata;
(b) ayat tanya;
(c) ayat perintah;
(d) ayat seruan.
(a) Ayat penyata
1. Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal.
2. Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan.
Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerangkan sesuatu cerita, benda,
kejadian, dan sebagainya.
(b) Ayat tanya
1. Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat,
benda, manusia, binatang dan sebagainya.
2. Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu :
a. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
b. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya.

Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.


1. Ayat ini menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa, bila, mana, bagaimana,
kenapa dan mengapa.
2. Diakhiri dengan partikel -kah.
Contoh : Siapakah nama bapa kamu ?
Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
1. Ayat ini tidak menggunakan kata tanya.
2. Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.
3. Dalam penulisan, lambang tanda tanya digunakan ( ? )
contoh : Kamu belum hantar buku itu ?
c) Ayat perintah
1. Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu.
Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan, atau meminta
seseorang melakukan sesuatu.
2. Ayat perintah terbahagi kepada
a. Ayat Suruhan
b.Ayat Permintaan
c.Ayat Larangan
d.Ayat Silaan

a. Ayat Suruhan
1. Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah.
2. Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan melembutkan ayat.
Contoh : Hantarlah buku itu sebelum pulang.
Turunlah dari sini sekarang juga.
Cuci kasut kamu. (suruhan)
b. Ayat Permintaan
1. Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan.
2. Ia menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaan ayat.
Contoh : Tolong bawakan minuman ini ke dapur.
Minta hadirin semua bergerak ke ilik jamuan.
Tolong jemurkan pakaian itu. (permintaan)
c. Ayat Larangan
1. Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu .
2. Ia menggunakan kata silaan seperti usah, tak usah dan jangan.
3. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat.
Contoh : Jangan minum air itu.
Usahlah menangis lagi.

Jangan petik bungs itu.(Iarangan)


d. Ayat Silaan
1. Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang.
2. Ia menggunkan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat.
3. Partikel -lah boleh digunakan.
Contoh : Sila bawa sejadah bila ke surau.
Jemputlah menikmati
Datanglah ke rumah saya. (silaan)
(d) Ayat seruan
Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, dan
terkejut, sakit, hairan dan sebagainya.
Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru ( ! )
3. Tanda seru biasanya terletak diakhir ayat.
4. Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya.
Contohnya:
i. Amboi, cantiknya baju kamu!
ii. Aduh, sakitnya perut aku!
Oh, dia sudah pergi ke sekolah !

VANITHA A/P SUPARMANIAM


781019 02 5510
2011172360135
Ayat Aktif dan Ayat Pasif
1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud
sama.
2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.
3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.
1. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men. Contohnya:
(a) Emak memasak nasi. dan sebagainya
(b) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu.
(c) Ketua murid menaikkan bendera sekolah.

A. AYAT AKTIF:
i. Ayat aktif ialah ayat yang mana pelaku terletak di hadapan (sebagai subjek ayat)
manakala benda yang kena buat terletak di belakang (sebagai pradikat ayat)
ii. Biasanya kata kerja berimbunan meN., men.kan dan men.i.
iii. Contoh : Ali sedang memancing ikan. (Ali ialah pelaku (di depan) dan ikan ialah
benda kena buat)
B. AYAT PASIF:

i. Ayat pasif ialah ayat yang mana benda kena buat terletak di hadapan (sebagai
subjek ayat) manakala pelaku terletak di belakang (sebagai pradikat).
ii. Biasanya kata kerja berimbuhan di; di..kan atau di.i. Kata kerja juga boleh
menggunakan perkataan kena. Kekecualian untuk pelaku gantinama diri pertama dan
kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan.
Contoh :

i. Ikan itu dipancing oleh Ali.


ii. Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua)
iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama)

C. CONTOH MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF:


Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif.
1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah
barunya.
Ayat pasif : Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang ditebang oleh
bapa saudara saya.
2. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai
lencana sekolahnya.
Ayat pasif : Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang dimarahi
oleh guru disiplin yang garang tersebut.

3. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas
pesakit tersebut.
Ayat pasif : Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doctor yang
berkaca mata tebal itu.

4. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu.

Ayat pasif : Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis.

5. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik.


Ayat pasif : Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik itu belum awak jelaskan.

E. CONTOH MENUKARKAN AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF:


Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat aktif.

1. Bola itu ditendang dengan kuat oleh pemain Brazil tersebut.


Ayat aktif : Pemain Brazil tersebut menendang bola itu dengan kuat.

2. Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang yang tinggal di
bandar.
Ayat aktif : Pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar itu mempermainkan
perasaan gadis tersebut.

3. Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan
lalu.
Ayat aktif : Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu
pada awal bulan lalu.

4. Maklumat tentang pelaburan saham tersebut sedang diperjelaskan oleh pegawai dari
Amanah Saham Nasional.
Ayat aktif : Pegawai dari Amanah Saham Nasional itu sedang memperjelaskan
maklumat tentang pelaburan saham tersebut.

5. Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para
pekerja di bahagian pemprosesan.
Ayat aktif : Para pekerja di bahagian pemprosesan telah memasukkan getah yang telah
diproses itu ke dalam bekas plastik.

i.

Ayat aktif transitif


SUBJEK

ii.

PREDIKAT
KATA KERJA TRANSITIF

OBJEK

Tukang kebun

menebas

lalang

Pengetua

menyampaikan

ucapannya

Ridzuan

membaiki

Kereta saya

Ayat aktif tak transitif

Ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu kata yang tidak diikuti oleh
objek.
Walau bagaimanapun, kata kerja tak transitif bboleh diikuti oleh unsur-unsur
keterangan.
SUBJEK

PREDIKAT
KATA KERJA TAK
TRANSITIF

KETERANGAN

Keluarganya

pulang

Ke kampung

Mereka

bermastautin

Di Ipoh

c. Ayat songsang

Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Ayat songsang pula
terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) .
Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan memberikan
penegasan kepada predikat.
Pendepanan seluruh predikat.
Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. (susunan biasa)
Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif. (susunan songsang)
Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas. (-lah,
-tah, dan kah)
Ibu saya / dia. (susunan biasa ibu saya sebagai subjek)
Dialah / ibu saya. (susunan songsang)
Dia / ibu saya. (X = dari segi susunan ayat songsang. Ayat ini gramatis dalam ayat
susunan biasa tetapi subjeknya Dia)
Pendepanan sebahagian daripada predikat.
(a)
i.

Pendepanan Frasa Kerja


Pendepanan kata kerja:

Ramli bekerja setiap hari. (susunan biasa)


Bekerja setiap hari Ramli. (susunan songsang)

ii.

Pendepanan frasa kerja dengan objek.

Zaleha membaca buku. (susunan biasa)


Membaca buku Zaleha. (susunan songsang)

iii.

Pendepanan kata kerja dengan kata bantu.

Murid-murid itu masih makan. (susunan biasa)


Masih makan murid-murid itu. (susunan songsang)

b)

Pendepanan Frasa Adjektif


i.

Pendepanan kata adjektif sahaja.


Ramli rajin. (susunan biasa)
Rajin Ramli. (susunan songsang)

ii.

Pendepanan kata adjektif dengan kata bantu.


Rumah Kak Zue masih teguh. (susunan biasa)
Masih teguh rumah Kak Zue. (susunan songsang)

iii.

Pendepanan kata adjektif dengan kata penguat.


Encik Zaidi sangat segak. (susunan biasa)
Sangat segak Encik Zaidi. (susunan songsang)

iv.

Pendepanan kata adjektif, kata bantu dengan kata penguat


Haji Nasser masih segak amat. (susunan biasa)
Masih segak amat haji Nasser. (susunan songsang)

c)

Pendepanan Frasa Sendi Nama


i.

Frasa sendi nama sebagai predikat.


Rantai emas itu untuk ibu. (susunan biasa)
Untuk ibu rantai emas itu. (susunan songsang)

ii.

Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.


Penonton-penonton merempuh masuk ke dalam dewan. (susunan
biasa)
Ke dalam dewan penonton-penonton merempuh masuk. (susunan

songsang)

Anda mungkin juga menyukai