Anda di halaman 1dari 1

Aku sebatang gigi kacip

Aku adalah sebatang gigi gigi kacip. Rupa bentukku adalah pipih dan tajam. Aku merupakan salah
satu di antara gigi yang menjadi kepunyaan Amierul.
Aku mempunyai tugasku yang tersendiri sama seperti adik beradikku Sang Taring, Sang
Geraham dan yang lain. Tugas aku adalah untuk menggigit dan memotong makanan seperti daging
ayam. Oleh itu, aku perlu sentiasa dibersihkan dan kesihatan aku perlu dijaga agar aku dapat
berkhidmat pada Amierul dengan baik.
Amierul sentiasa menjaga kebersihanku. Aku diberus sekurang-kurangnya tiga kali sehari
agar aku sentiasa wangi dan bersih. Penggunaan benang flos dapat mengeluarkan sisa makanan
yang tertinggal disekelilingku. Malah, aku juga perlu dikumur dengan pencuci mulut yang berflorida
sekurang-kurangnya sekali sehari.
Selain dari menjaga kebersihanku, Amierul juga perlu mengambil makanan yang sihat dan
berkhasiat agar kesihatan aku menjadi lebih baik. Makan makanan yang mengandungi vitamin
seperti sayur-sayuran dan buah-buahan dapat memastikan kesihatan aku lebih terjamin. Selain
daripada itu, makanan yang mengandungi kalsium seperti susu juga perlu diambil agar aku
sentiasa kuat dan dapat melaksanakan tugasku dengan baik. Amierul juga tidak lupa untuk
mengambil makanan yang mengandungi zat besi dan protein seperti ayam, ikan dan makanan laut
yang lain agar aku sentiasa sihat.
Bagi memastikan keadaan aku sentiasa baik, Amierul akan membuat pemeriksaan gigi
pada setiap enam bulan sekali ataupun sekurang-kurangnya setahun. Hal ini kerana, aku perlu
dijaga dengan rapi agar aku sentiasa dapat berkhidmat kepada Amierul.