Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI SENI DALAM PENDIDIKAN

Seni dalam pendidikan merupakan salah satu daripada elektif yang saya perlu ambil
bagi semester tujuh ini. Seni dalam pendidikan atau singkatannya SDP menekankan
sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen
tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Elemen-elemen ini akan
menjadikan sesuatu pembelajaran menyeronokkan yang akan membuatkan murid-murid
mempunyai minat yang tinggi untuk menuntut ilmu. Sepanjang penghasilan tugasan ini,
pelbagai ilmu baru telah saya perolehi. Antaranya, pembelajaran yang berkesan bukan
hanya bersandarkan kepada kurikulum semata-mata, bahkan perlu mempunyai elemen
seni agar penerimaan ilmu dikalangan murid menjadi lebih jitu dan mampan.
SDP pada kali ini telah menambah ilmu pengetahuan saya di dalam bidang seni.
Sebagai contoh, saya telah memahami bahawa dalam seni visual ianya lebih melibatkan
lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti
dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari.
Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan
menjadi tidak bermakna. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik.
Warna juga turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen
Pendidikan

Seni

Visual.

Warna

memainkan

peranan

yang

penting

dalam

menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual.
Selain itu, saya turut mengetahui bahawa irama merupakan elemen yang terdapat
dalam seni muzik. Irama dapat dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara
berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang
menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik
tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui
pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan
air di sinki dan sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita
tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa.. Dalam pendidikan seni,
irama digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata
yang mewujudkan pergerakan.
Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama sewaktu

mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari,
melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak
untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik, sudah
semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan.
Selain itu, kehadiran irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik
minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan
bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti
melompat sambil mengikut irama muzik.
Irama yang diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan murid banyak melakukan
pergerakan dan secara tidak langsung, elemen yang ketiga dipenuhi. Elemen-elemen
seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung kait yang kukuh dalam menjadikan
pengajaran lebih efektif dan kreatif. Kanak-kanak akan menjadi lebih terdorong untuk
memahami sesuatu perkara secara seronok. Kesimpulannya, saya sebagai seorang
guru perlu mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen seni dalam pengajaran
supaya pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan.
Walaupun dalam subjek selain pendidikan seni, aktviti pendidikan seni ini boleh wujud
secara pengintegrasian dan boleh berfungsi sebagai satu cabang komunikasi dan
kemahiran pelbagai yang dapat membantu murid-murid saya dalam proses pengajaran
dan pembelajaran yang berlaku. Kebolehan saya sebagai seorang guru dalam
menyampaikan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah yang betul ini akan
dapat memenuhi keperluan murid-murid berdasarkan teori-teori yang saya pelajari
sepanjang program PPG ini.
Semasa merancang rancangan pengajaran bagi subjek Dunia Sains & Teknologi ini,
saya menggunakan teori konstruktivisme 5 Fasa Needham dan mengintegrasikan SDP
semasa fasa penstrukturan semula idea dan fasa penggunaan idea. Saya telah
merancang agar pengintegrasian ini terjalin dengan lancar dan dapat membantu muridmurid Tahun 2A saya agar lebih memahami isi pelajaran selain berasa seronok
sepanjang kelas dijalankan. SDP yang dirancang dalam pengajaran kali ini diharapkan
dapat membantu saya sebagai guru dalam mengaktifkan proses pembelajaran dan
perpindahan pembelajaran kepada murid-murid saya. Saya merancang rancangan ini
supaya saya dapat mencapai objektif dan matlamat pada akhir pelajaran DST iaitu murid

dapat menyatakan cara haiwan bergerak, menjelaskan kepentingan bergerak kepada


haiwan dan melakukan simulasi pergerakan haiwan.
Sewaktu

melaksanakan

rancangan

pengajaran

dan

pembelajaran,

SDP yang

diintegrasikan membantu saya untuk mempelbagaikan teknik dan strategi pengajaran


dan pembelajaran saya. Seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum kerana
manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui
perbagai teknik pengajaran. Oleh itu, sebagai guru, saya hendaklah menggunakan
pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai
objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Muridmurid mendapat banyak faedah sewaktu saya melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran sekiranya saya menerapkan SDP dalam proses pengajaran. Antaranya
ialah murid-murid mendapat pengalaman yang menarik dan SDP yang diterapkan dapat
memberi keyakinan kepada murid-murid. Ini dapat diperhatikan semasa murid-murid
menyanyi sambil membuat gerakan. Murid-murid telah dapat menonjolkan diri masingmasing dan tidak mempunyai perasaan malu untuk belajar kerana merasakan seronok
semasa melakukan aktiviti di dalam kelas.
Walaubagaimanapun, saya sebenarnya mempunyai kekangan masa pengajaran subjek
DST ini kerana jadual waktu saya ialah saya mengajar DST selama tiga puluh minit
sahaja pada hari Khamis dan hari Jumaat. Jadi bagi memenuhi tugasan ini, saya telah
pecahkan fasa pengajaran yang saya rancang selama enam puluh minit untuk diajar
pada kedua-dua hari berkenaan. Hanya ini sajalah cara yang saya dapat lakukan agar
tugasan saya dan juga tanggungjawab saya terhadap pengajaran dan pembelajaran
murid-murid saya di sekolah berjalan dengan lancar. Akan tetapi, kekangan ini hanyalah
halangan yang kecil dan saya berjaya atasinya kerana saya mempunyai ketegasan dan
kegigihan yang baik agar semua yang dirancang berjaya dilakukan dan ternyata
hasilnya murid-murid saya berasa seronok pada kedua-dua hari berkenaan kerana saya
telah menerapkan elemen SDP dan secara keseluruhannya kesemua murid saya dapat
memahami tajuk yang dipelajari dan hanya beberapa orang murid sahaja yang perlu
bimbingan dan aktiviti pengukuhan. Tugasan ini secara tidak langsung telah membuka
mata dan minda saya bahawa seni pada hari ini bukan hanya menjurus kepada hiburan
sahaja, malahan mampu untuk menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih
hidup dan menarik.

Anda mungkin juga menyukai