Anda di halaman 1dari 14

Zaman Abdullah Munsyi 1796-1854

Abdullah Munsyi membawa perubahan dalam kesusasteraan melayu moden


di Malaysia. Karyanya bertajuk Kisah Pelayaran Abdullah 1838 telah
membawa banyak perubahan dalam beberapa aspek dan telah menyimpang
dari ciri-ciri karya tradisi sebelumnya. Selepas Munsyi lahir genre lain seperti
novel, cerpen, sajak, drama dan kritikan sastera.
SIAPA ABDULLAH MUNSYI
1. Lahir di kampong Pali Melaka pada 1796
2. Bapanya keturunan Arab Hadramaud dan ibunya dari keturunan Tamil,
India. Oleh kerana mereka bergaul dengan orang-orang Melayu dan
beragama Islam mereka menggolongkan diri mereka sebagai orang
Melayu.
3. Bapanya Shiekh Abdul Kadir seorang yang terpelajar, seorang guru
bahasa, pedagang dan Syah Bandar
4. Mula belajar ilmu agama dan ilmu dunia seawal usia 7 tahun, mempelajari
al Quran dan tulisan Jawi dengan bapanya dan dua orang bapa
saudaranya , Ismail Lebai dan Muhammad Latif.
5. Menguasai Bahasa Melayu, bahasa Tamil dalam usia 14 tahun, kemudian
menguasai bahasa Hindustan yang dipelajari dari askar-askar Hindustan.
Beliau pula mengajar bahasa Melayu kepada askar tersebut. Dari sinilah
beliau mendapat gelaran Munsyi yang bermaksud Guru Bahasa.
6. Pernah menjadi kerani Raffles, bertugas mengumpulkan naskah-naskhah
lama, di samping mengajar bahasa Melayu kepada Paderi Milne dan C.H.
Tomsen
7. Sebaik sahaja Raffles membuka Singapura pada 1819, Abdullah pindah ke
Singapura dan terus menjadi jurutulis Raffles
8. mengikuti rombongan saudagar Cina ke Kelantan sekitar tahun 1830.
9. 1854, mengikuti rombongan haji ke Mekah, malangnya mati di Jeddah
kerana diserang sakit kolera
10. Karya-karya Abdullah

a. Hikayat Abdullah (1840) diterbitkan 1849


b. Kisah Pelayaran Abdullah (1838)
c. Kisah Pelayaran Abdullah ke Jeddah ( tidak siap kerana beliau mati
pada tahun 1854)
d. Syair Singapura Terbakar(1830)
e. Hikayat Kalilah dan Daminah (1835) terjemahan pancatantera dari
naskah tamil
f. Dawaul Kulub(1838)
g. Kitab Adat Segala Raja-Raja Melayu Dalam Segala Negeri (1837)
h. Sejarah Melayu
PEMBAHARUAN DALAM KARYA-KARYA ABDULLAH
1. Aspek isi
a. Menceritakan peristiwa yang benar-benar berlaku tanpa
mencampuraduk dengan unsur-unsur metos, dongeng, ghaib,
khayalan dan sebagainya ( karya sebelum ini memang
mengandungi unsur-unsur tersebut)
b. Menceritakan tentang manusia yang berdarah daging/manusia
biasa- tidak memusatkan pada watak istana/golongan istana
c. Contoh; dalam Hikayat Abdullah, beliau menceritakan tentang
kehidupan dan keluarga beliau, sahabat-sahabatnya, pengalamanpengalamannya semasa di Melaka
2. Aspek gaya bahasa
a. Sekali imbas gaya bahasanya tidak berbeza dengan bahasa Melayu
tradisi/klasik, namun bahasanya mendekati bahasa pertuturan
sehari-harian
b. Menggunakan perkataan/ungkapan baru/perkataan Inggeris seperti
officer, institution, chapel, receipt, police, college, magistrate
c. Abdullah mengguna bahasa pasar bila bercakap dengan orang bukan
Melayu

d. Contoh: Encik Dollah tahu semalam diaorang turun ke Singapura itu


semuanya orang sapu arang mukanya ( Hikayat Abdullah hal.
275).
e. Abdullah menggunakan ungkapan lembu punya susu, sapi punya
nama- ungkapan yang spontan dan berpengaruh dalam pertuturan
seharian
f. Meninggalkan ungkapan bahasa berirama seperti yang biasa terdapat
dalam puisi tradisi
3. Aspek Komentar-komentar
a. Bukan sekadar mencacat peristiwa yang dilihat, beliau
mengkritik/memberi pendapat
b. Dalam Kisah Pelayaran Abdullah, dengan lantang beliau mengkritik
system feudal Melayu dan membandingkan dengan pentadbiran
Inggeris. (lebih menyokong Inggeris)
c. Beliau menyelar Raja dan pembesar Melayu yang memerintah
mengikut hawa nafsu, penyebab perpecahan. Kemunduran Melayu
bukan kerana rakyat malas tetapi kerana tamak haloba rajarajanya
d. Antara contoh kritikan beliau:1. Mengkritik pentadbiran Kelantan ,Dalam perang saudara di
Kelantan rakyat telah dikerah, dipaksa berperang tanpa gaji
2. Beliau menulis tentang Sultan Hussain dalam Hikayat Abdullah
sebagai gemuk hingga kelihatan empat persegi, kepalanya
kecil, lehir tenggelam, kerana kegemukan yang keterlaluan
kelihatan seolah-olah tidak berleher dan tidak ketahuan rupa
3. Mengkritik pendidikan orang Melayu katanya orang Melayu
mengajar anak-anak membaca Quran tanpa mengetahui
isinya. Perbuatan ini tidak mendatangkan hasil terhadap
pendidikan moral. Orang Melayu terlalu percaya kepada
tahyul dan ilmu ghaib
4. Mengkritik system ekonomi, dalam Kisah Pelayaran Abdullah,
beliau menulis tentang kegiatan perniagaan dijalankan oleh
wanita, rumahtangga dan anak terbiar

5. Abdullah menulis tentang kelakuan isteri Raffles yang tertib


sopan, manis mukanya dan sangat pantas bekerja seperti
lipas kudung. Beliau mengkritik isteri-isteri penbesar Melayu
katanya, kalau sudah menjadi isteri orang besar-besar itu,
makin bertambah congkaknya dan malasnya tingkah lakunya
pun makin tinggi dan tutur katanya pun sekeliannya
membesar-besarkan dirinya. Mereka tidak mahu bekerja,
melainkan duduk dan baring sahaja, mereka akan
memerintahkan hamba-hamba dan hendak nasi tersaji
dilututnya, bangun pagi pukul sepuluh dan menghabiskan
masa mengadap tempat sirih sahaja
6. Mengkritik orang Melayu pantai imur yang tidak
mementingkan kesihatan. Pakaian mereka kotor, badan
berdaki dan sampah sarap penuh bawah rumah. Muka mereka
pucat
4. Sikap individualistic
a. Bersikap individualistic, Merupakan pengarang pertama bersikap
keakuan, buktinya beliau menggunakan gantinama aku untuk
menggambarkan yang dia bertanggungjawab ke atas apa yang
ditulisnya
b. Beliau berani berhadapan dengan masyarakat Melayu yang
mengamalkan gaya hidup tradisional.
c. Beliau tidak mengambil kisah tentang sikap/pandangan/tohmohan
masyarakat kepadanya
d. Merupakan karya orang Melayu pertama dicetak

KENAPA ABDULLAH BERJAYA MEMBAWA PEMBAHARUAN DALAM


KESUSASTERAAN MELAYU
Ada 3 faktor
1. Factor zaman dan alam sekitar
a. Zaman hidup Abdullah adalah zaman peralihan kuasa Inggeris
bertapak dan kukuh, manakala zaman feudal Melayu semakin
merosot

b. Abdullah hidup di Melaka dan Singapura yang ditadbirkan oleh


Inggeris
c. Berpeluang bertemu danm berkawan dengan pentadbir inggeris
seperti Raffles, Milne, Thomsen dan lain-lain.
d. Orang-orang Inggeris ini banyak mempengaruhi cara berfikir serta
cara hidup Abdullah

2. Latar belakang keluarga


a. Dari keturuan campuran Arab India yang terpelajar. Bapanya Abdul
kadir seorang guru ugama dan pedagang. Semasa pemerintahan
Belanda ayahnya seorang Syahbandar Holanda 1. Semasa
pemerintahan Inggeris, ayahnya menjadi nakhoda kapal Layer
Seret dan sebagai utusan Inggeris ke negeri-negeri Melayu
b. Dibesarkan dalam ilmu pengetahuan. Selalu mengikuti nenek yang
juga guru besar sekolah pada masa itu. Sebaik pandai membaca
bapanya telah menyuruhnya menyalin kitab-kitab dalam bahasa
Melayu dan Arab.
c. Pengalaman bekerja dengan Inggeris.
3. Bakat kepujanggannya
a. Memang mempunyai bakat menulis yang diwarisi dari keturunan
ayahnya.
b. Pandai mengolah peristiwa sehingga nampak menarik dan real dari
permulaan,perkembangan dan membuat kesimpulan.
Contoh: bagaimana dia menulis tentang kejatuhan Singapura ke
tangan Inggeris. Mula-mula diceritakan tuan Crowford tidak
menberi perbelanjaan kepada sultan dan Temenggung. Kemudian
meminta Sultan menyerahkan Singapura dengan bayaran bonus
dan pencen kepada Sultan dan Temenggung, perjanjianpun
ditandatangani. Kemuncak kejatuhan Singapura bila jalan telah
dibina di tengah-tengah kampong Sultan. Tegahan Sultan tidak
dipedulikan oleh Crowford, malah Crowford mengarahkan tembok
Sultan dipecahkan hingga kampong itu terbahagi dua, ditengah-

tengahnya jalan. Akhirnya Sultan tidak berani berbuat apa-apa


kerana baginda sudah tidak ada kuasa lagi.
UNSUR TRADISIONAL DALAM KARYA ABDULLAH
1. Dari Aspek bentuk
a. Masih menggunakan perkataan Hikayat di awal judul karyanya
b. Karya puisinya menggunakan bentuk syair, contoh Syair Singapura
terbakar, Syair kampong Gelam Terbakar.
c. Masih menggunakan puisi pantun dan syair dalam karya prosanya,
contohnya dalam Hikayat Abdullah, beliau menggambarkan
kampong Gelam terbakar dan rumahnya terlibat
Contoh syair
Serta terpandang api itu menjulang
Rasanya arwahku bagaikan hilang
Dijilatnya rumah-rumah serta barang-barang
Seperti anak ayam disambar helang
Seberang menyeberang rumah habis rata
Apinya cemerlang tiada boleh membuka mata
Bunyinya gempar terlalu gempita
Lemahlah tulang sendi anggota
2. Dari Aspek bahasa
a. Drs Li Chuan mengatakan gaya bahasa Abdullah tidak banyak
bezanya dengan gaya bahasa Melayu Klasik
b. C.Skinner dalam Buku Melayu Baru berpendapat Abdullah
menggunakan gaya bahasa khutbah bila memberi nasihat,
misalnya beliau menggunakan kata-kata Wahai pembaca..
3. Dari Aspek pandangan dunia

a. Mengikut Prof. Taib Osman, cara Abdullah melihat dunia sekelilingnya


tidak menunjukkan yang beliau dipengaruhi sepenuhnya oleh
peradaban baru/moden. Beliau hanya kagum dengan teknologi
dan pentadbiran yang lebih sistermatik dari barat, sedangkan
beliau terus kekal sebagai moralis tradisional yang hidup
berasaskan falasafah pemikiran Islam
b. Abdullah mengkritik sesuatu yang tidak adil ,misalnya tentang
pentadbiran Melayu yang tamak haloba, anak-anak raja yang
malas, mata keranjang dan sebagainya, memuji pentadbiran
Inggeris yang mengamalkan sikap terbuka, tolak ansur dan waras
c. Sebelum ini tiada orang Melayu yang berani melontarkan kritikan
seperti itu kerana berpegang pada adat Melayu. Abdullah lebih
berani kerana beliau dilatari oleh hubungan baiknya dengan
golongan pentadbir inggeris
KESIMPULAN
a. Abdullah revolusioner yang mendahului zaman. Tidak ada pengikut
selepas kematiannya
b. Zaman hidup Abdullah masyarakat Melayu masih teguh dengan
sifat-sifat konservatif
c. Pada pandangan orang Melayu, Abdullah adalah tali barut Inggeris
sehingga dia digelar Abdullah Paderi kerana hubungan baiknya
dengan Paderi Milne. Beliau telah menterjemahkan kitab Injil ke
dalam Bahasa Melayu. Abdullah tidak dihargai oleh orang Melayu
dan tidak ada pengikut.
d. Selepas Abdullah berlaku zaman kekosongan dalam kesusasteraan
selama 50 tahun. Sebelum munculnya golongan penulis awal
tahun 1920a

KONSEP JATIDIRI

Abdullah Munsyi Penilaian Negatif dan Positif

Abdullah Abdul Kadir Munsyi adalah Bapa Kesusaseraan Melayu Moden. Ramai

pengkaji berpendapat bahawa Abdullah adalah orang pertama yang melahirkan kesusasteraan
Melayu Moden yang mengenengahkan kesusasteraan melalui apa yang dirasa dan dilihatnya.
Berbeza dengan kesusasteraan lama yang sentiasa berkisar dengan cerita-cerita khayalan dan
tahyul.
Beliau telah melahirkan dua buah novel autobiografi iaitu Hikayat Abdullah dan Hikayat
Pelayaran Abdullah ke Terengganu dan Kelantan. Melalui pemerhatiannya, beliau banyak
mengkritik orang-orang Melayu. Beliau melihat kemerosotan kedudukan feudal Melayu dan
kedudukan sosial masyarakat Melayu yang amat menyedihkan. Dalamasa yang sama beliau
memberitahu dan menghargai bagaimana baiknya pemerintahan penjajah.
Walaupun demikian ada sarjana Melayu yang menyifatkan Abdullah sebagai seorang yang kacau
dan tidak mempunyai jati diri. Konsep pemikiran beliau sebenarnya telah keluar dari acuan
sastera klasik lalu masuk kepada pembaharuan alam pemikiran Melayu Moden yang lebih
progresif.

Dalam Kisal Pelayaran Abdullah, abdullah mengkritik orang Melayu dengan berkata Dan lagi,
sepanjang jalan dan lorong penuh dengan sampah dan kotor dan becak dan semak-semak,
penuh dengan ular, hampir-hampir harimau pun boleh tinggal; itu tidak mengapa?
Ada lagi kritikan beliau ketika melawat Kelantan dengan mengatakan bahawa orang Kelantan
tidak mementingkan kebersihan, suka bermain judi, tidak berilmu pengetahuan dan malas.
Kritikan yang dibuat itu tidak disenangi dan dipandang rendah oleh kebanyakan pengkaji sastera
dan budaya.
Dalam situasi yang lain, Abdullah mengkritik Raja-raja Melayu yang bersikap zalim terhadap
rakyat. Tulisan begini telah didapati menyimpang dari sastera Melayu Klasik yang sentiasa
mengagungkan Raja-raja. Sebagai contohnya. Maka pada sangka sahaya,inilah sebabnya
menjadi miskin negeri Pahang itu. Maka sekalian orang yang duduk dalam negeri itu
sentiasa dengan ketakutan akan aniaya dan loba raja-raja dan orang-orang besar. Maka
adalah fikiran mereka itu, Apa guna rajin kita itu? Maka jikalau mendapati sedikit wang
atau makanan, nescaya dilobakan dan dirampas oleh orang besar itu
Beliau mengutuk sikap dan perbuatan orang Melayu yang tidak membawa manafaat seperti
malas, membuang masa, bergaduh dan tidak mementingkan bahasa sendiri.
Memang benar jika dilihat keadaan orang-orang Melayu pada ketika itu rata-ratanya berperangai
dan bersifat negatif yang tidak sepatutnya ada pada Manusia Melayu beragama Islam. Keadaan
demikian juga berlaku sehingga kini, tetapi mungkin dalam bentuk yang lain.

Abdullah cuba menerapkan perubahan dalam masyarakat Melayu dengan cara yang kasar lalu
beliau dianggap sebagai melakukan kesalahan besar.
Beliau mempunyai hubungan yang amat rapat dengan penjajah sehinggakan beliau ingin
menterjemahkan kitab Injil kedalam Bahasa Melayu. Disebabkan itu, beliau telah digelar Paderi
Abdullah.

Lebih mengeruhkan suasana, Abdullah telah memuji Sir Stamford Raffles yang dikatakan
sebagai mempunyai kepeibadian mulia yang tidak ada pada pembesar Melayu. Malahan beliau
menggambarkan Raja-raja Melayu sebagai tidak berilmu dan sering berebut kuasa.
Jika difikirkan secara positif, kritikan beliau itu mempunyai nasihat yang amat baik kerana akibat
dari perebutan kuasa Raja-raja Melayu telah memudaratkan rakyat jelata. Tidak keterlaluan
dikatakan bahawa akibat dari peperangan dan gilakuasa itu telah menjadikan Tanah Melayu
dengan mudah dijajah oleh kuasa-kuasa Eropah.

Satu pembaharuan yang dilakukan oleh Abdullah adalah menerusi bahasa. Beliau telah
meninggalkan pengaruh bahasa Klasik ke bahasa Moden. Beliau juga telah membuat terjemahan
karya dari bahasa asing ke bahasa Melayu. Abdullah sebenarnya memberi ruang kepada orang
orang Melayu Islam untuk membuat perbandingan antara kebenaran Islam dan kekhilafan
Kristian.
Tanggapan orang yang mengatakan bahawa Abdullah terlalu taksub dengan budaya Barat boleh
dipertikaikan kerana beliau juga turut mengkritik Barat dengan mengisahkan kerendahan moral
orang Eropah yang ditemuinya termasuk Raffles dan kuncu-kuncunya yang gemar mabuk.
Kecaman beliau tidak mengenal sesiapa seperti Bermula, maka diantara seratus orang tiada
dua orang yang mengerjakan pekerjaan agama seperti sembahyang yang mana pekerjaan
yang di fardhukan Allah keatasnya. Bukankah itu satu kritikan berupa dakwah kepada umat
Islam yang lalai mengerjakan kefardhuan Allah atasnya.
Karya-karya Abdullah seharusnya mendapat penelitian dan kupasan dari segenap lapisan
masyarakat. Banyak aspek yang boleh di kaji hasil dari karya pemikiran Abdullah yang boleh
dijadikan iktibar untuk orang-orang Melayu dan orang-orang Islam. Selamat membaca dan
selamat berfikir.
KRITIKAN SOSIAL
Siapa Abdullah Mushi?

Abdullah Abdul Kadir Munshi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Mushi (17961854M) dianggap sebagai bapa penulisan moden, beliau telah menghasilkan karya
pertamanya pada tahun 1830 M bertajuk Syair Singapura Terbakar. Beliau bukan
sahaja sekadar memperlihatkan perkembangan Bahasa Melayu tersebut melalui
karya kesusateraan. Beliau juga menyedari buku betapa pentingnya buku nahu
bahasa Melayu.
Baginya, nahu sesebuah bahasa bukanlah dapat menyelesaikan seratus- peratus
masalah bahasa. Hal ini lebih nyata lagi bila apabila nahu sesuatu bahasa dikaji
oleh orang asing yang bahasa ibundanya bukan tujuan membuat kajian ilmiah
melainkan kerana kepentingan tertentu. Beliau juga melihat bahawa nahu Bahasa
Melayu yang ditulis oleh orang asing itu hanyalah merupakan pengubahsuaian nahu
bahasa mereka sendiri yang cuba dipaksakan ke dalam bahasa Melayu.
Kritikan Sosial.
Jika Filem yang disajikan hari ini kebanyakkan dibentang ke mata penonton
kononnya untuk menyerlahkan realiti masyarakat yang berlaku hari ini, malangnya,
penyampaiannya disalah ertikan dan menjadi serang balas kepada pemikiran
penonton dengan bukannya mengubah realiti buruk yang berlaku, sebaliknya
diangkat menjadi sanjungan Masyarakat atau setidak-tidaknya hanya sekadar
menjadi tontonan kosong semata- mata.
Jika Tidak lama dahulu Tun Dr. Mahadhir Muhammad mengkritik sinis orang Melayu
dalam "The Malay Dilemma", sebelum itu,Abdullah Munyi pernah menulis dalam
hikayatnya tentang realiti Masyarakat Melayu dizamannya yang hidup dalam
tekanan penjajah, sepanjang siri kembaranya. Malangnya apa yang cuba
disampaikannya menjadi sampah dalam masyarakat, meskipun Hikayatnya di buku
dengan penuh teliti, namun ia dijual dengan harga yang mahal dengan alasan
karyanya karya agung, akhirnya karyanya di simpan berhabuk dalam almari emas
tanpa kajian teliti dibuat kepada Hikayatnya, sesetengah pihak percaya,
pemikirannya mengancam kepentingan politik pemerintah pada masakini, jadi buku
yang teratur tulisan mengenai pandangan pemikirannya dihijab dari masyarakat.
Banyak yang dicatat dalam hikayat Abdullah Mushi tentang sikap Orang Melayu
yang dilihat sepanjang pengembaraannya, diantaranya, Abdullah Munshi pernah
mengkritik orang lelaki melayu kelantan yang bersikap pemalas, hanya duduk di
wakaf- wakaf sedangkan wanitanya yang mengangkat barang- barang yang berat,
nyata apa yang dinyatakan Mushi Abdullah suatu ketika dahulu berada dalam sikap
segelintir orang- orang lelaki melayu masakini, tidak perlu dihidang bukti, nyata, ia
dapat dilihat dengan jelas.

Abdullah Mushi juga dikritik kerana rapat dengan penjajah, mungkin inilah yang
menyebabkan dia dikecam hebat, beliau juga dikatakan ingin keluar dari agama

islam kerana beliau telah bertindak menterjemahkan bible kedalam Bahasa Melayu,
namun ramai pemikir hari ini menyifatkan Abdullah Mushi berfikiran 'lain dari yang
lain' sewaktu zamannya, beliau juga telah mengkritik keras golongan yang
menyatakannya begitu yang turut dicatatkan didalam hikayatnya.
Melahirkan Orang baru
Profesor Dr. Hassan Hasbullah juga menekankan betapa perlunya melahirkan
"manusia baru" di kalangan masyarakat, bukan melahirkan Ibnu Sina, Al- Farabi dan
pelbagai tokoh lain, tetapi melahirkan 'orang baru' yang lebih ajaib.
Dahulu, disaat masyarakat melayu berada dalam keadaan ketakutan, maka
Abdullah Mushi melangkahkan kakinya memulakan pengembaraan pertamanya ke
Kelantan, menjadi manusia yang baru dan tidak bersikap seperti orang Melayu yang
biasa, malah mengkritik sikap orang Melayu dizamannya.
Namun jika dilihat tabiat Mahasiswa masa kini, saat-saat yang paling digemari
Mahasiswa adalah cuti semester, seharusnya Mahasiswa melakukan kerja yang
lebih berfaedah seperti mengembara mencari ilmu pengetahuan meskipun hanya
didalam Negara Malaysia sahaja, pasti sekurang-kurangnya mereka akan menemui
sesuatu yang baru.
Inilah yang dimaksudkan, Masyarakat memerlukan Mahasiswa baru yang tidak
terikat dengan pemandangan biasa seorang Mahasiswa, bahkan lebih dari itu.
3 prinsip Munsyi Abdullah yang seharusnya diteliti Mahasiswa masa kini.
Yang pertama
Seharusnya mahasiswa bijak membuang prinsip asal- berfikirlah dengan lebih
kehadapan, misalnya jika melihat sesuatu perkara, cubalah untuk berfikir sesuatu
yang luar dari pemikiran yang biasa- biasa, jika anda melihat bangunan, maka anda
akan berfikir untuk membuat bangunan yang lebih luar biasa, jika anda melihat
tasik, fikir bagaimana ingin menerangkan tasik itu dari dalam dan pelbagai contoh
lain.
Yang kedua
adalah Penerokaan idea atau bersifat reformis, Mahasiswa seharusnya menjadi
lebih idealistik dan tidak tunduk pada takuk lama, malah lebih berani menyatakan
pendapat mereka.
Ketiga,

Penjajahan kedunia baru, Sebagaimana Musyi Abdullah, maka seharusnya


Mahasiswa lebih bersikap ghairah untuk mengetahui sesuatu perkara dan
beriringan dengan tindakan yang jitu dan tidak mudah putus asa.
Mushi Abdullah berkawan rapat dengan Stanfort Raffles, yang dikatakan sebagai
pembuka singapura oleh pemerintah singapura masakini, suatu ketika dahulu
stanfort raffles pernah menawar diri untuk menghantar anak raja Melayu untuk
melanjutkan pelajaran ke luar negara agar mereka suatu ketika kelak akan dapat
menjalankan pemerintahan tanah Melayu dengan lebih tersusun, namun ianya
ditolak oleh Maharani kerana tidak mampu berpisah dengan anak kesayangannya,
jelas, inilah mentaliti Masyarakat Melayu yang tidak mahu berdepan dengan
perubahan suatu ketika dahulu, bahkan masih terbawa- bawa sehingga kini.
Sewaktu Stanfort Raffles meninggalkan tanah Melayu dia turut membawa pulang
kitab- kitab Ilmu dari Tanah Melayu, malangnya kitab- kitab tersebut tenggelam
kedalam laut, maka menagislah Mushi Abdullah mengetahui perkara itu, betapa dia
begitu cintakan Ilmu Pengetahuan.
Namun jika dilihat pada masa sekarang, orang Melayu sudah gilakan hiburan yang
dipelopor barat sehingga tidak begitu mementingkan Ilmu pengetahuan, berapa
ramai jika ditanya ada mempunyai perpustakaan sendiri dirumah, maka amat
sedikitlah yang akan mengangkat tangan, yang ramainya tersipu- sipu malu diatas
khilaf diri.
Anak muda dan perjuangan.
Maka adakah seharusnya kesalahan diletakkan dipundak anak muda? Atau sistem
pembelajaran itu yang seharusnya dirombak, persoalan diletakkan kepada anda
yang membaca kerana ianya memerlukan pembacaan yang teliti agar tindakan
yang dibuat adalah tindakan yang baik, meskipun begitu pendapat penulis,
bukanlah anak muda itu yang seharusnya disalahkan kerana anak muda masakini
telah dikongkong pemikirannya sehingga lahirlah anak- anak muda yang lemah dan
lembik untuk menghadapi tekanan, tidak berpejuangan dan malah lansung tidak
mahu mengambil tahu hal- hal disekelilingnya, yang tahu dia dan hidupnya,
ditambah dengan sihir- sihir yahudi yang telah berjaya menjarum kedalam minda
anak- anak muda masa kini, sehinggakan bila berbicara soal perjuangan, maka
kecut menikuslah hati anak- anak muda.
Sewaktu sesi syarahan diadakan, seisi dewan yang terdiri dari mahasiswa Institut
pengajian tinggi disoal tentang siapa yang pernah membaca kitab hikayat Munshi
Abdullah yang tersimpan naskhah berharga itu dan beberapa nama kitab lain turut
disebut oleh moderator forum, sekali lagi seisi dewan senyap membisu, tanda tiada
siapapun dikalangan anak muda mahu mengkaji tokoh bangsanya, namun begitu
gah mengangkat bangsa barat, amatlah malang sekali.

Jika kita melihat betapa masyarakat dari dahulu dihidangkan oleh hikayat- hikayat
karut marut yang sebenarnya masih ada didalam buku yang menjadi bahan
pembelajaran anak- anak masyarakat kini disekolah, tentang lembu besar yang
memuntah muntah hitam dan mengeluarkan manusia yang berserban besar dan
kota dilanda todak dan sebagainya, maka Mushi Abdullah amat mengkritik karyakarya yang tidak membina minda seperti ini, lihat betapa kehadapannya pemikiran
Munshi Abdullah yang tidak terjerat dalam kotak pemikiran biasa masyarakat
melayu dizamannya.
Maka pendapat penulis, anak muda seharusnya lari dari kongkongan yang melilit
dimindanya, maju dan melangkah keluar menjadi manusia baru yang ada
berjuangan berteraskan skriptual atau syariat agar langkah perjuangannya tidak
sia- sia dan tersasar, ayuh anak mudakita membina sejarah!

Karya-karya Abdul-lah seperti Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan yang terbit pada
1838 dan Hikayat Abdullah pada1848 merupakan memoir Abdullah yang amat penting
dan bermakna dalam kesusasteraan Melayu. Karya-karya tersebut mengandungi
idea yang benar-benar baharu dan berlainan (revolusioner) yang secara langsung
menjadi garis pemisah antara Abdullah serta angkatan penulis sebelum dan sezaman
dengannya. Tulisannya mengandungi kritikan tajam yang ditujukan kepada golongan
bangsawan atau masyarakat Melayu.
Ramai sarjana berpendapat beliau berani mengkritik masyarakat Melayu kerana pada
ketika itu beliau berada di bawah naungan Inggeris sebagai jurutulis dan bertugas di
percetakan dan penerbitan milik Inggeris di Singapura. Tambahan pula pada ketika itu
berlakunya zaman pergolakan,iaitu bermulanya keruntuhan kuasa politik sebilangan
kaum bangsawan Melayu akibat kedatangan pengaruh asing, khususnya dari Barat
yang mencampuri hal ehwal negeri Melayu. Pergaulannya yang rapat dengan pegawai
Inggeris meletakkan beliau pada suatu jarak pemisah daripada masyarakat Melayu
yang memungkinkan beliau mengkritik dengan pedas keadaan masyarakatnya sendiri.
Bahasa dan gaya tulisannya juga berbeza daripada bahasa dan gaya sastera hikayat.
Tulisannya lebih jelas, tepat dan tajam dan menggunakan bahasa biasa. Beliau tidak
menulis kisah-kisah khayalan yang tidak diterima akal, tetapi mengemukakan idea
beliau sendiri. Beliaulah yang memperkenalkan bidang percetakan dan penerbitan buku
pada pertengahan abad ke-19 yang membawa perubahan besar kepada dunia
kesusasteraan Melayu moden.
Demikianlah antara pemikiran tokoh persuratan Melayu, Munsyi Abdullah yang
terungkap dalam kertas kerja yang bertajuk Munsyi Abdullah Sebagai Bapa

Kesusasteraan Melayu Moden: Satu Tafsiran yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr.
Zahir Ahmad dan Mohd Taufik Arridzo Mohd Balwi dari Universiti Malaya dalam majlis
Wacana Minda Munsyi Abdullah yang telah diadakan pada
27 April 2006 di Hotel Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka. Majlis ini merupakan anjuran
bersama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) dan Institut Kajian
Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) yang mendapat sokongan penuh Kerajaan
Negeri Melaka.
Antara resolusi penting yang dicapai dalam majlis ini ialah menaikkan taraf rumah
Munsyi Abdullah sebagai galeri manakala kampung kelahirannya, iaituKampung Pali di
Melaka diwartakan sebagai warisan negeri Melaka
dan negara. Karya-karya Munsyi Abdullah juga perlu diterbitkan semula dan diiktiraf
sebagai karya agung yang menjadi teks serta bahan bacaan penting pelajar pada
semua peringkat sekolah dan pusat pengajian tinggi.

Anda mungkin juga menyukai