Anda di halaman 1dari 5

TAJUK:

PERISTIWA HIJRAH RASULULLAH S.A.W KE MADINAH


Assalamualaikum w.b.t
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana

menyampaikan

guru-guru

serta

rakan-rakan

sebuah

kisah

yang

sekalian.

bertajuk

Saya

PERISTIWA

akan
HIJRAH

RASULULLAH S.A.W KE MADINAH.


Hijrah itu pengorbanan,
Hijrah itu perjuangan,

Nasyid

Hijrah itu persaudaraan,


Hijrah membentuk perpaduan.
Kaum muslimin Mekah mendapat tentangan dan penyeksaan yang
maha hebat dari kaum kafir Quraisy Mekah.Mereka disiksa dan ada yang
dibunuh kerana Islam. Oleh kerana keadaan yang begitu mencabar,
mereka diarahkan oleh Rasulullah supaya berhijrah ke Madinah atas
perintah Allah. Lalu, berhijrahlah muslimin Mekah ke Madinah.
Pada waktu itu, Rasulullah masih lagi berada di Mekah menunggu perintah
Allah supaya berhijrah bersama-sama beberapa orang sahabat baginda
iaitu Saidina

Ali dan Saidina Abu Bakar .

Saidina Abu Bakar sentiasa

meminta izin untuk berhijrah terlebih dahulu daripada baginda tetapi


dilarang oleh baginda kerana Allah telah memilihnya untuk menjadi
peneman kepada Baginda . Sabda Rasulullah s.a.w " Allah telah
mengizinkan berhijrah dan meninggalkan Mekah "
Disini dapat kita lihat bahawa Rasulullah tidak berhijrah selagi
belum mendapat izin dari Allah. Kebanyakan kita hari ini kurang
mengamalkan

kebiasaan

meminta

izin

terlebih

dahulu

sebelum

melakukan sesuatu perkara. Oleh sebab itulah banyak berlaku perkaraperkara yang meruntuhkan akhlak dan moral di kalangan remaja.Jadi, kita

sebagai anak dan pelajar perlu mengamalkan amalan meminta izin dan
restu dari ibu bapa dan guru-guru sebelum melakukan sesuatu agar
segala perbuatan kita itu mendapat restu dan rahmat serta keberkatan
Allah.
Rakan-rakan sekalian,
Hijrah bukanlah suatu perkara yang berlaku secara tidak
sengaja tetapi segala-galanya telah dirancang dan ditentukan oleh Allah.
Sebab itulah perjalanan Baginda bersama Saidina Abu Bakar tetap
berjalan dengan lancar walaupun banyak halangan. Antaranay pada
malam sebelum baginda bertolak. Baginda tahu orang kafir Quraisy
mengepung rumah baginda dan baginda telah memerintahkan Saidina Ali
tidur ditempat baginda. Waktu itu Allah telah menghalang pandangan
Musyrikin yang mengepung baginda dan baginda dapat melepaskan diri.
Baginda juga tidak terus ke Madinah sebaliknya bersembunyi dahulu di
Gua Thur selama beberapa hari hingga keadaan menjadi reda barulah
baginda meneruskan perjalanan ke Madinah. Maka dengan perancangan
yang teliti disertakan dengan pertolongan dari Allah, terselamatlah
baginda dari ancaman kaum musyrikin Quraisy seperti firman Allah dalam
surah Al-Anfaal ayat 30 yang berbunyi :


















Ertinya : . mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu
daya itu. dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.
Begitulah dengan kita hari ini, membuat perancangan yang teliti
sebelum melakukan sesuatu perkara akan menjamin keputusan yang baik
seperti yang diingini . Contohnya, peperiksaan UPSR yang hampir tiba ,
kita seharusnya merancang cara-cara untuk belajar dan mengulangkaji
dengan baik maka hasilnya nanti akan mendapat keputusan yang
cemerlang.

Hadirin sekalian,
Baginda meneruskan perjalanan ke Madinah setelah
bersembunyi di Gua Thur selama 3 hari. Sebelum tiba di Madinah baginda
bersama Saidina Abu Bakar singgah di Quba dan berhenti rehat di tempat
Bani Amr bin Auf selama 10 hari . Baginda sempat mendirikan sebuah
masjid di Quba dan ia merupakan masjid pertama dalam sejarah Islam
dan dinamakan sebagai Masjid Quba' .
Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 108:

Ertinya : Janganlah kamu bersembahyang dalam masjid itu selamalamanya. Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (masjid
Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya.

Setelah 10 hari berada di Quba', baginda meneruskan perjalanan menuju


ke Madinah. Setelah

mengetahui berita kedatangan Rasulullah maka

penduduk Madinah bersiap sedia menyambut ketibaan baginda. Apabila


tiba di Madinah, baginda disambut dengan penuh kegembiraan . Mereka
mengucapkan ALLAHU AKBAR , ALLAHU AKBAR RASULULLAH TELAH TIBA
dan menyanyi kegembiraan. Setiap keluarga mahu Rasulullah singgah di
rumah mereka tapi akhirnya unta Rasulullah berhenti di tempat jemuran
kurma dihadapan rumah Abu Ayub Al-Anshari dan jemuran itu kepunyaan
dua anak yatim.Baginda terus membeli tanah tersebut dari wali kedua
anak yatim tersebut dan mendirikan masjid di atas tanah tersebut dan
dikenali sebagai Masjid Nabawi. Begitulah kawan-kawan, Walau di mana
jua baginda berada , pasti baginda akan mendirikan masjid sebagai
tempat untuk baginda menyebarkan islam. Baginda sentiasa meletakkan
Islam pada martabat yang tinggi. Berbeza dengan kita pada hari ini,

walaupun masjid terbina dengan banyaknya, masih ada yang lupa pada
ajaran Islam bahkan ada yang langsung tidak mengamalkan ajaran islam.
Sebab itulah banyak berlaku perkara-perkara seperti zina, judi, bunuh
membunuh

dan

sebagainya.Jadi,

sebagai

umat

Islam

kita

tidak

seharusnya menjadikan ajaran Islam sebagai perkara yang tidak penting


tetapi kita harus meletakkan Islam sebagai asas perkara yang paling
penting dan utama dalam kehidupan kita.
Setelah sampai di Madinah, baginda memulakan dakwah
dan mengambil beberapa langkah positif untuk menyatukan mereka.
Perkara utama ialah dengan mempersaudarakan kaum Muhajirin dengan
Ansar. Baginda bersabda :

Ertinya : Bersaudaralah kamu sekalian di jalan Allah seperti saudara


kandung
Allah juga dengan jelas memuji kaum Ansar dan kaum Muhajirin atas
penyatuan yang dijalinkan dengan cinta kasih sesamanya
Rasulullah membina persaudaraan atas dasar agama. Baginda
mengatur

kedudukan

kaum

Muhajirin

yang

fakir

kerana

mereka

memerlukan pembinaan dengan penuh perhatian dan ditanamkan dalam


hati mereka berdasarkan peringkat saling mempercayai antara satu sama
lain.kemudian baginda juga membuat penyatuan dengan kaum Yahudi
atas dasar yang tertulis antara Muhajirin dengan
Berbeza keadaannya dengan kita pada hari ini yang seolah-olah
melupakan soal persaudaraan. Dengan saudara sendiri adakalanya tidak
mengenali antara satu sama lain apatah lagi dengan saudara seagama.
Semuanya melakukan hal-hal masing-masing. Jika kita mengambil tahu
hal orang lain kita akan dianggap sebagai menjaga tepi kain orang. Oleh
kerana sikap beginilah maka wujudnya sikap pentingkan diri sendiri dan
perkauman. Jadi sebagai umat islam kita mestilah sentiasa hormat

menghormati dan tolong menolong serta kasih mengasihi antara satu


sama lain supaya wujud satu masyarakat yang aman dan harmoni.
Berakhirlah kisah saya pada kali ini .
Sekian
wa

billahi

wabarakatuh.

tawfiq

wal

hidayah

assalamualaikum

warahmatullahi

Anda mungkin juga menyukai