Anda di halaman 1dari 30

BMM 3142 : KEBUDAYAAN MELAYU

PENGARUH LUAR DALAM


MASYARAKAT MELAYU
MUHAMAD FUAD A. HAMID
PISMP BM AMBILAN JAN 2012

SUB TOPIK
PENGARUH HINDU

PENGARUH BARAT

Peralihan Hindu Islam

PENGARUH LAIN

Pengaruh Islam

Pengenalan
Masyarakat Melayu di Malaysia banyak
menerima pengaruh :
a) Corak berpakaian
b) Pemakanan
c) Cara bercakap
d) Politik
e) Sosial
f) Agama
+ lain-lain aspek

7.1 Pengaruh Hindu


Telah bertapak sejak zaman tradisional
Ekonomi

Politik

Adat
istiadat

Kepercayaan

Undangundang

Kesenian

Kesusasteraan

Aspek Sejarah
Penduduk Jawa Barat iaitu di kawasan
penempatan orang asli yang penduduknya
banyak menyembah berhala dan agama yang
dianuti adalah Brahmaisme, Saivaisme &
Visyanisme.
Penganut agama Hindu yang datang ke alam
Melayu untuk menyebarkan agama Buddha
sebelum abad ke-13 Masihi.
Islam mula tersebar di Pasai sekitar 1297
masihi Terengganu pada tahun 1303 masihi.

Terdapat persaingan antara pengaruh Hindu


dan kedatangan Islam- aspek ekonomi
Agama Hindu- masyarakat India di Asia
Tenggara
Pengaruh Hindu banyak diamalkan dalam
masyarakat Melayu dan di Kepulauan Asia
Tenggara.
Bukti : Rujuk m/s 142

7.1.1 Bidang politik


Masyarakat Melayu- sistem pentadbiran
berasaskan kekeluargaan.
Organisasi politik mula berubah apabila sistem
beraja mula diamalkan.
Konsep beraja dipengaruhi oleh agama Hindu.
Raja-raja yang dilantik dikatakan mempunyai
kaitan langsung dengan dewa-dewa yang
diwarisi daripada tradisi agama Hindu.

Pengaruh Hindu telah mula berkurangan sejak


kedatangan Islam.
Selepas raja Melaka menganut Islam, corak
pentadbiran yang bercampur aduk dengan
unsur-unsur dewa dan mistik telah mula
berkurangan.
Menyesuaikan pentadbiran secara Islam.
Gelaran Sri Maharaja-Sultan

7.1.2 Kesusasteraan
Berlaku dalam pelbagai bentuk sama ada lisan
ataupun tulisan.
Pengaruh ini berlanjutan sehingga abad ke-13
(kedatangan Islam).
Pengaruh Hindu yang meresap ke Alam Melayu
mengambil masa lama dengan cara yang damai
(Ismail Yusof,2008).
[Bukti awal [Piagam Raja Mulavarman di sekitar
Kuai, Kalimantan pada tahun 400 masihi]

[Piagam Raja Purnavarman, Raja Tarumadi


sekitar Bandung, Jawa pada tahun 450 masihi]
[Penemuan Batu Bersurat bertarikh 450 masihi
di Kaki gunung di Bogor]
{Batu bertulis dengan bahasa Sanskrit di Cerok
Tokkun, Seberang Prai dan di Bukit Meriam,
Kedah}
{Candi Borobudor yang banyak menggunakan
bahasa Sanskrit}
Pengaruh dalam karya yang banyak
menggunakan nama raja dan nama dewa-dewi.

Kesusasteraan bercorak tulisan di Tanah Melayu


bermula sejak kedatangan Islam dan buktinya
pada batu bersurat di Palembang, Acheh dan
Terengganu.
Sumber-sumber kesusasteraan pengaruh Hindu
ini berasal daripada kesusasteraan Jawa atau
Arab-Parsi.

7.1.3 Kepercayaan
Kepercayaan masyaakat Melayu tradisional- Animisme
Bimbang akan mengganggu kehidupan mereka jika tidak
melakukan ritual.
Unsur animisme ini adalah sebahagian yang dianuti oleh
masyarakat Hindu.
Pengaruh agama Hindu dalam masyarakat Melayu itu
tidak benar-benar melibatkan keseluruhan ajaran yang
terdapat dalam falsafah Hindu-Buddha asli.
Hanya perkara-perkara yang berkaitan dengan selokbelok upacara agama sahaja yang ditekankan.
Ajaran Hindu-Buddha ini juga membesar-besarkan
keagongan dewa-dewa dan ini telah mempengaruhi
kepercayaan masyarakat Melayu.

Dapat dikesan melalui karya-karya Melayu tradisional


yang bercorak mitos dan lagenda.
Ini dipengaruhi daripada ajaran kitab-kitab suci agama
Hindu seperti Mahabrata, Bhagavad Sita dan Baratayudha.
Menurut pendapat Syed Muhammad Naquib Al Attas,
kedatangan agama Hindu tidak merubah pandangan
semesta masyarakat Melayu secara mutlak. Apa yang jelas
terlihat ialah kesan pengaruh Hindu-Buddha hanya pada
lapisan di atas sahaja (golongan bangsawan).
Namun, kesan daripada aspek-aspek ajaran Hindu seperti
sistem kasta (lapisan masyarakat) yang memisahkan
antara golongan raja, bangsawan dan rakyat jelata menular
masuk ke dalam sistem sosial masyarakat Melayu.
Bermulalah sistem feudal yang telah diamalkan dalam
sistem pantadbiran mana-mana kerajaan Tamadun
Melayu.

Contoh amalan dalam masyarakat Melayu


Upacara melenggang perut
Upacara mencecah garam ke mulut bayi
Amalan menabur beras kunyit, bersanding &
memakai inai dalam adat perkahwinan
Adat bersanding

7.1.4 Kesenian
Berasal daripada kehadiran Hindunisme di
Kepulauan Melayu-Indonesia.
Turut membawa perubahan dalam bidang
kesenian.
Artifak-artifak dan monumen keagamaan yang
digunakan oleh penganut agama Hindu-Buddha.
Rumah-rumah ibadat mereka terukir gambargambar patung dewa-dewa utama yang menjadi
keagungan seseorang pemerintah.

7.2 Pengaruh Barat


Terjalin sejak zaman penjajahan Barat di Tanah
Melayu.
Melalui perdagangan, sosial mahupun politik.
Mereka akan membawa fahaman secara
langsung (melalui peperangan @ penjajahan)
mahupun tidak langsung.
Kemasukan pengaruh barat di alam Melayu
lebih banyak meninggalkan kesan negatif
berbanding positif terutamanya dari aspek
pemikiran dan gaya hidup masyarakat.

7.2.1 Pendidikan
Mementingkan amalan sekular dalam pengisian
kurikulum mereka (negatif).
Semasa pentadbiran British, sistem pendidikan
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar.
Oleh itu subjek bahasa Inggeris menjadi subjek
yang penting di sekolah dan sekolah-sekolah
vernakular
sebelum
negara
mencapai
kemerdekaan.

Kini, kerajaan cuba memperkasakan bahasa


Inggeris pada peringkat sekolah dengan
mewajibkan calon SPM lulus dalam subjek ini
untuk PPPM 2013-2025.
Projek transformasi ini menunjukkan bahawa
masih ada lagi pengaruh Barat dalam sistem
pendidikan di Malaysia.

7.2.2 Ekonomi
Dalam bidang perindustrian, pengaruh barat
telah banyak mempengaruhi dasar ekonomi
Malaysia terutama selepas merdeka.
Sistem ekonomi masyarakat Melayu yang
berasaskan pertanian sudah mula mendapat
persaingan daripada bidang perindustrian.
Pembukaan kilang yang semakin banyak bermula
pada tahun 1980-an.
Banyak syarikat gergasi telah melabur di Malaysia
dan ini memberikan peluang pekerjaan yang
banyak kepada masyarakat tempatan.

7.2.3 Bidang Sains dan Teknologi


Kemajuan bidang ini telah mengubah negara
menjadi sebuah negara perindustrian.
Bermula dari industri kecil, sederhana sehinggalah
industri yang berasaskan komersial seperti
industri automotif (pemasangan kereta nasional
dan lain-lain industri berat).
Memberi pulangan pendapatan yang tinggi.
Turut mempengaruhi perkembangan koridor raya
multimedia di mana penguasan pelbagai bidang di
peringkat global.

7.2.4 Pakaian
Percampuran budaya berpakaian mula diresapi
dengan corak berpakaian yang ringkas seperti
yang digunakan oleh masyarakat barat.
Turut mempengaruhi cara berpakaian orang
Islam yang bercanggah dengan syariat terutama
pakaian yang dipakai oleh anak-anak muda.
Contoh: berpakaian ketat, seluar jeans
Lari dari kebiasaan cara pemakaian sebenar
orang melayu.

7.2.5 Kesusasteraan
Pengaruh barat bermula apabila Abdullah Munsyi
banyak mengkaji penulisan corak baharu yang
menyimpang daripada bentuk penulisan tradisional.
Abdullah Munsyi yang banyak bergaul dengan
dengan orang British dan Barat turut membawa
perubahan dalam aspek pemikiran masyarakat.
Bentuk penghasilan karya juga agak ketara seperti
penulisan bercorak biografi dan autobiografi.
Contoh jelas penggunaan bahasa moden ialah dalam
karyanya iaitu Hikayat Abdullah dan Hikayat
Pelayaran Abdullah ke Kelantan.

7.3 Pengaruh lain


Berlakunya peresapan pengaruh Zaman
Peralihan Hindu Islam, pengaruh Islam, dan
pengaruh Jawa dan budaya Melayu dan hasilhasil kesusasteraan Melayu.

7.3.1 Zaman Peralihan Hindu-Islam


Berlaku apabila Islam mula bertapak di
Kepulauan Melayu pada abad ke-13.
Negara awal yang menerima pengaruh Islan di
Asia Tenggara ialah Sumatera Utara, Pasai, dan
Perlak.
Melaka pula menerima kedatangan Islam pada
abad ke-15 dan ini menyebabkan Melaka lebih
masyhur dan gemilang sebagai pusat
perkembangan Islam terutama melalui aktiviti
perdagangan.

Kegemilangan Melaka berterusan selama satu


abad sebelum Portugis menyerang Melaka pada
tahun 1511.
Selepas kejatuhan Melaka, peranan penyebaran
Islam mula diambil alih oleh Johor dan Acheh.
Di Acheh pula, terdapat ramai ulamak yang
pakar dalam bidang kesusasteraan dan
menghasilkan karya-karya Islamik yang boleh
mendidik khalayak.

Kedatangan pengaruh Islam selepas agama


Hindu banyak mengubah corak pemikiran dan
cara hidup masyarakat Melayu.
Ilmu-ilmu baru seperti ilmu logik, falsafah dan
teologi menolak unsur-unsur animisme.
Pengaruh Islam dalam bidang kesusasteraan
juga telah menolak watak-watak yang
dinamakan epik-epik Hindu seperti dewa-dewa
dan lain-lain lagi kepada perkataan-perkataan
yang jelas menunjukkan perhambaan kepada
Allah S.W.T.

Antara karya-karya di zaman peralihan :


Hikayat Marakarma yang dikenali sebagai Hikayat
Si Miskin
Hikayat Serangga Bayu@Hikayat Ahmad
Muhammad
Hikayat Indera Jaya/ Bikrama Data Wijaya atau
Hikayat Syah Kobat.

Nama-nama watak berasaskan nama Hindu


digantikan dengan nama para sahabat,
pahlawan-pahlawan Islam dan nama orangorang soleh (Ismail Yusof,2008).

7.3.2 Pengaruh Islam


Setelah kedatangan Islam, tahap keintelektualan
masyarakat semakin berkembang kerana
golongan cerdik pandai yang membawa ilmu
dari Timur Tengah mula menyebarkan dakwah.
Organisasi pentadbiran berasaskan Islam telah
ditubuhkan untuk mempraktikkan amalan
pengurusan berasaskan sunnah Rasulullah
S.A.W.

Pengaruh Islam dalam kebudayaan Melayu


meliputi segenap aspek kehidupan seperti
politik, ekonomi, bahasa dan kesusasteraan,
pendidikan, dan undang-undang.
Antara karya prosa hasil kesusasteraan Islam
ialah Hikayat Bayan Budiman, Hikayat Iskandar
Zulkarnain, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat
Raja-Raja Pasai, Sejarah Melayu, BustanusSalatin, Hikayat Nabi Muhammad, Hikayat Nabi
Bercukur, dan Tajul-Salatin.

7.4 Kesimpulan
Pelbagai pengaruh wujud dalam kebudayaan
masyarakat Melayu dan pengaruh ini mengikut
zaman dan faktor-faktor semasa yang berlaku
dalam persekitaran.