Anda di halaman 1dari 19

PANDU ARAH KEMBARA

1.0 PENGENALAN
Orienteering ialah satu cabang pengetahuan berkaitan dengan teknikteknik pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan
menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas.
Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara
koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan
arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan
berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah
ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut
susunan tertentu.
Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh
diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu
arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai
bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan
ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.
Di samping menggunakan kompas dan peta, kita juga boleh menggunakan
panduan angin untuk menentukan arah. Walaubagaimanapun, cara ini
memerlukan pengetahuan penelitian yang betul kerana cara ini
kelazimannya bergantung kepada keadaan cuaca dan hari yang terang.
Antara panduan yang lazim dan kerap digunakan ialah pergerakan
matahari dari timur ke barat pergerakan bintang arah ke barat; kumpulan
bintang yang dapat menunjuk arah ke utara; pengaliran air mata air ke
sungai dan mengalir terus ke kuala/laut yang selalunya ada terdapat
perkampungan dan arah tiupan angin.

2.0 JENIS-JENIS ORIENTEERING


Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan
Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan
Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah Foot-O yang mudah untuk dilakukan,
antaranya adalah:
Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)
Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
Orienteering Malam (Night Orienteering)
Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)

2.1 KEBAIKAN SUKAN ORIENTEERING


Sukan untuk semua
Meningkatkan kecergasan fizikal
Meningkatkan kecergasan mental & daya tumpuan
Memberi cabaran & keseronokan
Membina sikap positif & keyakinan diri
Menggunakan persekitaran yang sihat
Meningkatkan kemahiran pembacaan peta & kompas
Memupuk sifat keberanian & ketenangan dalam keadaan cemas

3.0 TERMINOLOGI DAN ALATAN


Dalam aktiviti orienteering ini perlu tahu terminologi alatan alatan yang
digunakan bagi menjalankan aktiviti ini antara alatan-alatan yang digunakan
adalah seperti berikut:
i. Titik kawalan (Control point)
Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang
perlu dilawati oleh peserta.
Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia
yang jelas.
Titik kawalan bukanlah check-point kerana ia tiada penjaga dititik
ini.
ii. Penanda kawalan (Control marker)
Tujuannya bagi membantu peserta tiba kedestinasi yang betul.
Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda
dan putih sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam
lingkungan 10m).
Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher)
yang unik.
Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 40 dijadikan
sebagai No. Kod Kawalan.
iii. Kad kawalan (Control card)
Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika
menyertai acarasebagai bahan bukti atau pengesahan.

Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula
(start time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di
titik kawalan nanti. Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa
digarisan penamat untuk dicatatkan masa penamat.
iv. Peta utama (Master map)
Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan
dengan keterangan kawalan.
Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan.
v. Keterangan kawalan (Control description)
Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description)
kawalan berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik
kawalan, kod kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik
kawalan.
Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk
teks tetapi dalam bentuk kod/gambarajah.
vi. Landasan (Course)
Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik
kawalan ke titik kawalan yang lain hingga kepenamat. Landasan ini
akan dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta
kemudiannya.
Tanda yang berkenaan landasan adalah:
- Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
- Titik kawalan dengan tanda bulatan.
- Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih.
- Leg adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan

vii. Kompas (Compass)


Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering.
Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja.

4.0 PENGETAHUAN ASAS


Untuk memastikan aktiviti orienteering ini dapat dibuat dengan
mudah dan betul, maka seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan asas
berkaitan dengannya, iaitu:
i. Teknik membaca peta
ii. Teknik membaca kompas
iii. Boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling

4.1 TEKNIK MEMBACA PETA TOPO


Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk mukabumi bagi sesebuah
kawasan yang dilihat dari udara. Peta adalah sumber maklumat bagi
kawasan berkenaan. Mempunyai tajuk, kontor, skala, petunjuk, garisan
melaras dan kod warna yang akan memberi kemudahan dan tangkapan
yang tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan.
Membaca peta ialah proses menafsirkan maklumat yang tergambar di
atas peta kepada maklumat sebenar yang diwakilinya. Peta merupakan satu
gambaran yang dapat dilihat dari udara ke atas sesuatu tempat atau
kawasan yang menggambarkan keadaan tempat itu di segi jenis tanaman,
bangunan, jalanraya, sungai, paya, hutan tanah tinggi dan sebagainya. Peta
yang selalu digunakan untuk aktiviti orienteering ialah peta topografi.

4.2 JENIS-JENIS PETA


Terdapat beberapa jenis peta yang digunakan dalam aktiviti
orienteering. Antara peta-pta yang diterbitkan ialah peta topo, peta
panduan jalanraya, peta khusus, atlas, peta imejan satelit dan peta
orienteering. Peta-peta ini menunjukan tempat dan bearing tempat yang
hendak ditujui. Peta yang sesuai digunakan ialah peta orienteering.
Kandungan dalam peta orienteering ialah mempunyai tajuk peta, Arah Utara
Mempunyai skala - samada 1:5000, 1:10000, atau 1:15000,petunjuk peta,
garisan melaras utara-selatan, Kredit kerjaukur, kartografi, tarikh cetakan,
penaja dan sebagainya.

4.3 WARNA-WARNA DALAM PETA


Terdapat 6 warna yang ditentukan mengikut standard IOF. Warna tersebut
adalah : Hitam - ciri-ciri buatan manusia & batu
Perang - kontor & jalanraya
Kuning - keadaan tumbuhan : lapang dan terbuka
Putih - keadaan tumbuhan : berpokok/boleh berlari
Hijau - keadaan tumbuhan :berjalan/redah
Biru - kawasan berair

4.4 BENTUK MUKA BUMI

Garisan kontor dalam peta akan menerangkan maksud paras ketinggian


yang samarata bagi keadaan mukabumi berkenaan. Antara yang perlu
diketahui adalah : Susuh bukit (spur) - sejalur tanah yang menganjur keluar
Ceruk (re-entrant) - berlawanan dengan susuh bukit
Permatang (ridge) - tanah tinggi yang memanjang
Pelana (saddle) - suatu lekukan yang terletak diantara dua bukit
Knol (tanah yang lebih besar dari busut tetapi kecil dari anak
bukit)

4.5 MAKLUMAT PETA


Maklumat yang diperolehi dari peta dibahagi kepada dua iaitu:
i. Maklumat bingkai - iaitu maklumat yang terdapat di luar dari
gambar peta seperti gambarajah 1 dibawah
ii. Maklumat gambar peta - iaitu maklumat yang menerangkan
gambaran sebenar keadaan muka bumi dan kegunaan tanah.

4.5.1 MAKLUMAT GAMBAR PETA


Dalam aktiviti pandu arah maklumat yang amat penting untuk
diketahui dan difahami ialah penafsiran garisan kontur yang
menggambarkan keadaan rupa bumi sesuatu kawasan sama ada berbukit,
permatang, lurah, tanah rata, ataupun sungai.
Keadaan rupa bumi diterangkan dengan garisan kontur di mana jarak
kenaikan antara garis kontur dipanggil selang koritur biasanya sama ada 25

kaki, 50 kaki atau 100 kaki. lanya menggambarkan kenaikan ketinggian


mengikut jarak menegak dan bukan mengikut cerun atau lereng bukit.
Selain menggambarkan ketinggian, kontur juga menggambarkan bentuk
dan keadaan cerun. Jika keadaan kontur rapat-rapat, ini berertibahawa
cerun adalah curam. Jika jarak antara garisan kontur sama, maka ia
menggambarkan cerun yang seragam.
Selalunya garis kontur berbentuk "V" menunjukkan lurah dan "U"
menunjukkan permatang. Arah "V" selalunya menuju ke atas bukit. Keadaan
ini boleh diterangkan seperti di gambarajah 3.

4.5.2 SKALA
Skala adalah nisbah satu unit sukatan di atas peta dengan unit
sukatan yang sama di atas tanah. Dalam lain perkataan ianya adalah kaitan
di antara jarak di atas peta dengan jarak di permukaan bumi yang
sebenarnya yang ditunjukkan oleh skala peta itu. Contohnya skala peta 1 :
50,000 bermaksud setiap satu unit sukatan di atas peta mempunyai
persamaan jarak 50,000 kali pembesaran di atas tanah seperti 1 em di atas
peta bersamaan dengan 50,000 em (5 km) di atas tanah.

4.5.3 GARISAN GRID


Semua peta mempunyai garisan grid yang membahagibahagikan peta
itu dengan garis-garis melintang dan membujur. Tiap-tiap garisan melintang
(Utara) dan membujur (Timuran) mempunyai nilai masing-masing yang
diwakili oleh dua angka sahaja. Angka yang terkecil ialah 00 sementara
yang terbesar ialah 99. Garisan girid ini dibuat bagi membantu kita
menentukan dengan cepat dan tepat lokasi di mana kita berada.
Pembacaan garisan grid ini dibuat dengan menyebut angka timuran dahulu

dan diikuti dengan angka utara contohnya 98-99 garis bujur (timuran) dan
48-49 garis lintang (utara).

4.5.4 UTARA PETA


Dalam aktiviti pandu arah, arah utara di dalam peta adalah
merupakan arah magnetik utara yang ditunjukkan oleh kornpas. Untuk
mendapat arah utara atas peta seseorang itu hanya diperlukan meletakkan
kompas di atas peta sehingga jarum magnetik utaranya selari dengan tanda
utara di dalam peta tersebut.

5.0 MENGUKUR JARAK


Sukatan jarak yang lurus di atas peta boleh diukur dengan
menggunakan kayu pembaris ,manakala jarak berliku menggunakan benang
. Jarak yang diperolehi ditukarkan dengan skala yang terdapat pada peta
untuk mendapat jarak sebenar.

5.1 KOMPAS
Kompas adalah alat pengemudian arah yang mempunyai jarum
magnetic merah hitam serta ditandai dengan ukuran sama dalam mil atau
darjah. Ia merupakan alat bantu dalam sukan orienteering. Kompas
digunakan bagi menentukan arah sesuatu tempat sama ada di atas peta
atau di permukaan bumi. Ketetapan sesuatu kompas adalah bergantung
kepada kepekaan jarumnya yang mudah dipengaruhi keadaan sekeliling
terutama badan besi dan magnet. Dua jenis kompas yang selalu digunakan

ialah kompas prismatik dan kompas silva. Kompas dari jenis silva adalah
yang paling sesuai untuk digunakan di dalam aktiviti orienteering.

5.1.1 JENIS KOMPAS


Terdapat berbagai jenis kompas dan jenama yang dikeluarkan untuk
tujuan navigasi. Antaranya adalah Kompas Tentera, Kompas Orienteering,
Kompas Marin, Kompas Kiblat, Kompas Digital. Kompas orienteering pula
terdapat dalam berbagai bentuk dan jenama antaranya baseplate compass,
thumb compass dan clip compass. Ianya direkacipta agar lebih mudah dan
praktikal. Dua jenama yang popular adalah Suunto buatan Finland dan Silva
buatan Sweden.

5.2 MENGUKUR, BEARING DI ATAS PETA


Pengukuran bearing dari satu titik kawalan ke titik kawalan yang lain yang
ditandakan di atas peta boleh dibuat melalui beberapa peringkat contohnya
di antara titik K dan titik L.
a) Letakkan kompas di atas garis penghubung diantara titik K dan titik
L yang ditanda di peta. Jika garisan penghubung sukar dilihat kerana
dilindungi oleh kompas, aturkan supaya satu daripada bahagian tepi
kornpas selari dengan garisan penghubung K dan L. Pastikan anak
panah mara menghala ke arah titik yang hendak dicari bearing. Dalam
contoh ini titik yang bearingnya hendak dicari ialah L. Oleh itu anak
panah mara hendaklah menghala ke L dan bukan ke K.

b) Tanpa mengubah kedudukan kompas di atas peta, pusingkan dial


sehingga anak panah kompas dan garisan girid selari dengan garisan
penghubung K dan L.Pada masa yang sama jarum utara kompas
hendaklah sama arah dengan utara peta.
c) Bacaan bearing K ke L didapati dari garisan indeks.

5.3 MENCARI BEARING OBJEK DI ATAS TANAH


Cara mencari bearing kompas dengan menggunakan kompas orienteering
adalah seperti berikut:
a) Hendaklah berdiri menghala ke arah objek yang akan dicari
bearingnya.
b) Kompas hendaklah diletakkan di atas tapak tangan dengan
kedudukan tapak tangan rata. Tentukan kedudukan anak panah mara
menghala ke arah objek yang hendak dicari bearing. Selepas itu
pusingkan badan anda perlahan-Iahan sehingga anak panah mara
betul-betul menghala kepada objek yang tuju.
c) Tanpa membuat apa-apa perubahan kedudukan kornpas,pusingkan
dial sehingga jarum kornpas bertindih selari dengan anak panah
kompas. Tentukan utara jarum kompas sehala dengan utara anak
panah. Bearing kepada objek tersebut diperolehi pada bacaan yang
ada di garisan indeks.

5.4 MENENTUKAN KEDUDUKAN PETA DENGAN MENGGUNAKAN


KOMPAS

a) Peta diletakkan di atas permukaan yang rata. Kemudian letakkan pula


kompas di atas peta tersebut di mana anak panah kompas menghala
ke utara peta dan selari dengan garisan grid timuran di peta.
Kemudian pusingkan peta sehingga jarum kompas bertindih selari
dengan anak panah kompas. Dalam keadaan sedemikian peta
diorientasikan sejajar dengan bumi.

6.0 PANDUAN LAZIM BAGI PENGEMBARA


Bagi pengembaraan yang tidak menggunakan peta dan kompas, terdapat
cara lain yang boleh digunakan untuk menunjuk arah. Walaubagaimanapun
cara ini memerlukan pengalam dan penelitian yang terang dan jelas. Di
antara panduan lazim yang biasa digunakan ialah:
a) Matahari
Matahari terbit di sebelah timur dan terbenam di barat. Arah ini boleh
diketahui melalui bayang-bayang. Jika kita dapat mengetahui arah
barat dan timur, maka bolehlah kita tentukan arah yang hendak kita
tuju.
b) Bulan
Bulan juga terbit di sebelah timur. Oleh yang demikian dapatlah kita
mengetahui arah mata angin dengan berpandukan bulan pada waktu
malam
c) Bintang

Bintang bergerak arah ke barat , bintang-bintang tertentu yg


menunjuk ke arah utara.
d) Sungai
Air mengalir kehilir, selalunya ke hilir sungai ada terdapat
perkampungan. Oleh yang demikian, jika kita menghilir sungai, kita
akan berjumpa dengan manusia, dan dari situ dapatlah kita
menentukan semula arah.

6.1 BERGERAK KE TEMPAT DITUJU


6.1.1 PERANCANGAN PERJALANAN
Sebelum bergerak ke tempat yang dituju sedikit perancangan perlu
dilakukan untuk memastikan perjalan akan menjadi lebih mudah dan
selamat. Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam perancangan
adalah seperti berikut:
a) Tentukan arah di atas peta dengan jelas dan tepat.
b) Dalam apa keadaan, kita hendaklah tahu dan cekap meramal
sesuatu yang boleh ditemui di hadapan kita.
c) Kita hendaklah mencatit apa-apa yang luarbiasa atau mercutanda
yang boleh ditemui di sepanjang perjalan sebagai rujukan.
d) Bagi kawasan tinggi dan berbukit-bukau, mengikut permatang akan
memudahkan perjalanan.

e) Bagi kawasan landai dan rata, menyusur sungai menjadi lebih


mudah, walaubagaimanapun patut mengambil perhatian bahawa
kawasan sungai biasanya berpaya, berbelit dan mudah banjir.
Setelah menetapkan tempat yang hendak dituju dan merancang perjalanan
untuk sampai ke tempat tersebut, kita hendaklah sentiasa menjaga arah
haluan perjalan yang disesuaikan dengan keadaan muka bumi dan tumbuhtumbuhan, supaya ianya tidak menyimpang daripada matlamat asal. Jika
kehilangan haluan kita hendaklah berhenti dengan segera, berehat
sebentar, tenangkan fikiran dan menyemak semula arah laluan.

6.1.2 KAEDAH PERGERAKAN


Bergerak dalam kumpulan.
a) Hendaklah bergerak dengan tertib dan formasi yang teratur.
b) Adakan perbincangan sebelum perjalanan dibuat.
c) Hendaklah bergerak dalam pasangan, jangan berpecah terutamanya
pada waktu malam gelap. Tiap pandangan hendaklah sentiasa berada
dalam jarak yang mudah dilihat dan didengar panggilannya.
d) Jika bergerak dalam kumpulan yang besar, boleh mengarahkan satu
kumpulan kecil untuk mencari jalan, rintis dan (jika perlu) menyediakan
tapak khemah untuk rehat.

e) Ketua kumpulan jangan bergerak terlalu cepat. Jika ada rintangan


perhatikan semua telah melepasinya dan mendapatkan rehat yang
cukup.
f) Adalah lebih baik melangkah dengan seragam dan bergerak perlahan
kerana ini kurang memenatkan. Sebaik-baiknya hendaklah melenggang
dan jangan memasukkan tangan di dalam saku.
g) Kerapkali mengambil rehat dan bertanya keadaan setiap orang. Jika
membawa galas, hendaklah sentiasa dibetulkan dan disusun semula
supaya kemas dan seimbang.

6.1.3 BERGERAK WAKTU MALAM


Berjalan di waktu malam di kawasan yang kurang diketahui sangat
membahayakan kerana penglihatan yang terhad dan kurang jelas. Keadaan
ini boleh menyebabkan kita mudah kehilangan arah yang dituju. Oleh yang
demikian, penggunaan kompas untuk memandu pergerakan amatlah perlu.
Di samping itu hendaklah sentiasa menggunakan pendengaran dan hiduan,
di samping melangkah dengan perlahan dan menguji tempat dipijak
sebelum bergerak.

6.1.4 BERGERAK DI KAWASAN BUKIT DAN GUNUNG

Di kawasan berbukit dan melereng, adalah baik bergerak di kawasan yang


tinggi iaitu mengikut permatang. Perjalanan mengikut sungai adalah
memakan masa kerana ianya mungkin menempoh jeram, tebing tinggi dan
batu licin yang sukar hendak dilalui dengan berjalan kaki. Di kawasan lereng
curam, langkah hendaklah dipendekkan. Penggunaan tali atau pun
pemegang semasa menuruni lereng licin amatlah digalakkan. Bagi lereng
yang terlalu curam, bergerak mengikut arah zigzig adalah digalakkan untuk
mengelakkan berlaga lutut. Semasa menuruni lereng yang curam, lutut
hendaklah sentiasa dibengkokkan, dan gunakan tumit untuk mencari tapak.

6.1.5 BERGERAK DI DALAM HUTAN


Berjalan dalam kawasan hutan ada kalanya perlu membuat rintis dan
menebas tumbuhan untuk memudahkan perjalanan. Jika perlu menebas
tebang pokok kecil, hendaklah dibuat seberapa rapat ke tanah supaya
pokok tumbang tidak menghalang jalan dan tidak terdapat tunggul yang
boleh membahayakan, terutamanya jenis buluh. Jika terdapat tumbuhan
duri Mengkuang dan Asam paya yang tebal, jangan cuba dirintis tetapi
sebaik-baik buatlah susuran.
6.1.6 MENYEBERANGI SUNGAI
Panduan berikut boleh diikuti untuk keselamatan.
a) Kuala sungai selalunya luas dan dalam, dan terikat dengan keadaan
air pasang surut. Cuba elakkan dari menyeberangi kawasan ini kecuali
ada perahu atau rakit.
b) Sebelum menyeberang semak dahulu kedalaman air dan kekuatan
aras.
c) Ulu sungai walaupun tidak luas, airnya selalu laju, ada terdapat jeram,
tebing, curam dan berbatu-batu.

d) Jangan mengharung air jika terlau sejuk, ini mung kin menyebabkan
terjadinya ketegangan otot. Boleh menyeberang jika air kurang dari
paras lutut dan segera keringkan seluar selepas sampai ke darat.
e) Gunakan kayu untuk mengukur kedalaman dan kelajuan air.
f) Jika berseluar panjang hendaklah dilipat untuk mengurangkan
tolakan/tarikan air.
g) Hendaklah menyeberang secara mengereng di kawasan air dalam,
jika air laju hendaklah membelakarigkan tebing yang dituju kerana
tolakan air laju akan memudahkan kita menyeberang.

6.1.7 PANDUAN JARAK DAN TEMPOH MASA PERJALANAN


Dalam keadaan biasa, kelajuan perjalan yang diambil adalah berbeza dari
satu situasi yang lain. Bagi membantu kita merancang perjalanan untuk
sampai ke sasaran, panduan kelajuan berikut bolehlah digunakan.

tanah lapang 4 - 5 kmj


mendaki 2 -2.5 kmj

meredah hutan rata 2.5 - 3.5 kmj


meredah hutang lereng 1 - 1.5 kmj
meredah lalang tebal 0.5 - 0.8 kmj
meredah resam tebal 0.1 - 0.3 kmj
meredah hutan paya dalam 0.1 - 0.2 kmj

7.0 TINDAKAN APABILA SESAT JALAN


Tanda-tanda awal yang menunjukkan berlakunya kejadian sesat jalan ialah
apabila kita didak sampai ke tempat yang dituju dalam masa yang
sewajarnva.
Dalam keadaan ini langkah-Iangkah berikut perlulah diambil:
a) Hentikan perjalanan dan berehat dahulu. Jangan panik.
b) Teliti peta dan bandingkan dengan perjalanan yang telah dibuat.
c) Berpatah balik ke belakang ke titik kawalan atau lokasi terakhir jika
kita tidak dapat memastikan di tempat sebenar kita berada.
d) Jika selepas berpatah balik ke lokasi akhir juga tidak dapat
membantu mencati sasaran, maka gunakan deria untuk menetap dan
mencari kawasan yang ada manusia. Gunakan kompas untuk
mengambil bearing ke arahnya.
e) Jika anda masih gagal, carilah aliran air atau anak sungai dan
mengikutnya sehinqqa ke sungai dan berjumpa perkampungan.

7.2 LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA SESAT JALAN


Langkah-Iangkah berikut hendaklah diberi perhatian yang mengelakkan dari
berlakunya sesat jalan.
a) Jangan terburu-buru semasa bergerak.
b) Selalu semak arah perjalanan menggunakan peta dan kompas dengan
keadaan muka bumi yang ditempuhi.
c) Lakarkan laluan perjalanan dari satu titik ke titik kawalan yang lain dan
menandakan ciri-ciri muka bumi yang ditemui
d) Jika mengesyaki sebarang kesilapan berlaku, maka pergerakan hendaklah
dihentikan segera. Selepas semakan dan pembetulan ke atas bacaan
kompas dan peta dibuat, perjalanan bolehlah diteruskan.

Sumber: http://hanafizainaliptek.blogspot.com/2009/12/pandu-arah-kembara.html