Anda di halaman 1dari 2

Keberkesanan Kecerdasan Pelbagai

Kecerdasan pelbagai merupakan salah satu teori yang penting dalam menghasilkan
sebuah rancangan pengajaran harian yang berkesan. Ini kerana, ia dapat membantu guru
memperkembangkan lagi potensi yang ada pada pelajar. Guru juga dapat menilai dan
mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelajarnya dari pelbagai perspektif. Selain itu, ia
memudahkan guru untuk merancang pengajarannya dari sudut pemfokusan, cara pengajaran
dan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui teori ini juga akan menghasilkan
guru yang kreatif kerana dapat mempelbagaikan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
pengajaran dalam P&P. Guru bukan sahaja dapat membangunkan bidang akademik malah
bidang kokurikulum pelajar juga seperti kecerdasan kinestetik, kecerdasan muzik dan beberapa
kecerdasan lain. Justeru itu, teori ini juga dapat meningkatkan profesionalisme guru dan
menggalakkan motivasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran.
Setiap manusia ada kecerdasan(Intelligences) masing-masing. Kecerdasan yang
ada pada manusia ibarat seperti benih di dalam pasir. Jika benih itu disiram dan dijaga
dengan baik maka benih itu akan tumbuh dengan subur tetapi jika sebaliknya..
Imam Al Ghazali
Teori Kecerdasan Pelbagai telah diperkenalkan oleh HowardGardner (1983). Menurut
Gardner (1983), terdapat sembilan jenis kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu
Kecerdasan Verbal, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal, Kecerdasan Muzikal, Kecerdasan
Kinestetik, Kecerdasan Interpersonal, Kecerdasan Intrapersonal, Kecerdasan Naturalis dan
Kecerdasan Eksistensial, yang dicadangkan untuk diaplikasikan di dalam pengajaran dan
pembelajaran modul Design Dialogue di dalam aktiviti-aktiviti kelas dan projek tanpa
bergantung kepada pengajaran dan pembelajaran konvensional.
Dalam rancangan pengajaran harian yang telah dihasilkan, penggunaan nyanyian lagu
Bundar merupakan salah satu jenis kecerdasan dalam teori kecerdasan pelbagai iaitu
kecerdasan muzikal. Kecerdasan muzikal merupakan kemampuan seseoarang mencipta irama,
peka terhadap bunyi bukan lisan di sekelilingnya seperti nada dan irama. Melalui kaedah
nyanyian lagu ini juga dapat menambah kefahaman dan menguatkan daya ingatan murid di
samping dapat menarik minat murid untuk belajar. Menurut Noraini (2003), iringan irama lagu
dengan rentak tertentu menguatkan lagi daya ingatan kerana disamping mengurangkan

kebosanan, ia dapat mempertingkatkan minat dan mendorong penumpuan. Pendapat ini selari
dengan kenyataan Hj. Ab. Fatah(1990) yang menyatakan bahawa, pada biasanya maklumat
yang boleh menimbulkan emosi seronok dan menarik lebih mudah menarik perhatian daripada
maklumat yang tidak menyeronokkan.

Keberkesanan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi


Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan
masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (KPM, 2003). Untuk
menyerap KBAT kepada murid, salah satu elemen yang penting ialah mengubah cara murid
diajar. Ini bermakna pendekatan pengajaran guru perlu berubah. Guru perlu memahami bahawa
tiada sesiapa berfikir dengan sempurna atau berfikir terlalu lemah sepanjang masa, menghafal
sesuatu perkara tidak sama dengan berfikir tentang sesuatu perkara itu dan menghafal sesuatu
boleh dilakukan tanpa memahami perkara itu. Oleh itu, pendekatan pengajaran guru hendaklah
menjurus kepada bentuk perkataan, gambaran atau renungan demi membolehkan murid
berfikir. Guru boleh menggunakan pendekatan pengajaran yang berlainan untuk menerap KBAT
bagi meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa.
Di dalam rancangan pengajaran harian yang telah dihasilkan, terdapat soalan yang
berunsur Kemahiran Berasaskan Aras Tinggi (KBAT) diselitkan dalam fasa persediaan. Oleh itu,
guru akan menerima pelbagai jawapan daripada murid, ini kerana soalan yang diberikan tidak
memfokus kepada satu jawapan seperti yang biasa terdapat di dalam soalan rutin.
Rumusan yang dapat dibuat, setiap guru amatlah digalakkan mengamalkan teori
kecerdasan pelbagai ini kerana setiap murid itu mempunyai potensi diri yang berbeza. Berikan
mereka peluang untuk mengembangkan potensi diri melalui kecerdasan masing- masing.
Begitu juga dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ini dapat dilihat boleh memberikan peluang
kepada murid membina kefahaman mereka melalui pelbagai strategi.

(566 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai