Anda di halaman 1dari 1

Tajuk: Badan Cergas Otak Cerdas

Tubuh badan dengan otak saling mempunyai kaitan yang rapat. Otak akan menjadi cerdas apabila
tubuh badan sihat dan cergas. Sebaliknya, otak akan kurang berfungsi sekiranya seseorang itu diserang
penyakit. Hal ini demikian kerana tubuh badan yang sihat akan mengaktifkan perjalanan darah ke otak.
Oleh itu, otak akan dapat berfungsi dengan baik. Untuk menyihatkan tubuh badan, beberapa perkara perlu
diberi perhatian. Pertamanya ialah kita hendaklah banyak melakukan senaman. Dengan bersenam, kita
akan mengeluarkan peluh. Keadaan ini pastinya akan menyihatkan tubuh badan dan memberikan kesan
yang baik kepada minda seseorang. Selain itu, kita perlulah makan makanan yang berkhasiat. Makanan
yang berkhasiat banyak membantu proses penjagaan kesihatan. Sebaliknya, tindakan mengamalkan
pemakanan yang berbahaya seperti minuman keras serta garam dan gula yang berlebihan akan
memudaratkan kesihatan. Begitulah juga halnya dengan rokok dan dadah, perlu kita hindarkan.
Hadirin sekalian,
Orang-orang yang berilmu amat mementingkan aspek penjagaan kesihatan tubuh badan. Mereka
amat mengambil berat terhadap pentingnya melakukan senaman dan pengambilan jenis makanan. Hal ini
demikian kerana mereka sedar akan pentingnya tubuh badan yang sihat untuk merangsang kecerdasan
minda mereka. Terutamanya kita sebagai pelajar, harus memiliki badan yang cergas. Badan yang lembab
akan menjadikan diri kita malas dan tidak bertenaga untuk belajar dan tidak dapat menumpukan pelajaran
di dalam kelas. Ini akan menyebabkan pelajaran kita terganggu. Badan yang cergas akan meransang otak
kita agar lebih aktif dan diri kita akan berasa lebih bertenaga. Badan yang cergas akan menjadikan kita
pelajar yang sihat. Sebagai kesimpulannya, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa Otak Cerdas Ada
pada Badan yang Cergas. Oleh itu, bersama-samalah kita menjaga kesihatan diri.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai