Anda di halaman 1dari 16

ISI KANDUNGAN

Bil

Kandungan

Muka Surat

Bil
i.

TUGASAN 1
a. Kelebihan dan impak serta kesan pelaksanaan

ii.

elemen Seni dalam Pendidikan


b. Contoh RPH
TUGASAN 2

iii.

a. ABM
TUGASAN 3

39

Lampiran

a. Penulisan kritis tentang bagaimana guru dapat

11 14

membantu murid menguasai kemahiran teras


iv.
v.

intelektual dan kemahiran berfikir aras tinggi


Rujukan
Lampiran Bahan Bantu Mengajar

15 16

TUGASAN 1

Tugasan 1
Pendidikan

merupakan

salah

satu

medium

untuk

membangunkan

potensi

serta

mengembangkan bakat seseorang individu. Hak untuk mendapat pendidikan adalah hak kanak
kanak yang tidak dapat dinafikan. Matlamat pendidikan di Malaysia adalah untuk

membangunkan kebolehan individu secara holistik seperti yang terdapat dalam pernyataan di
bawah :
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang
berilmu
pengetahuan,
berketerampilan,
berakhlak
mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
KPM, 2012
Jelas sekali daripada pernyataan di atas bahawa pendidikan sepatutnya tidak
menumpukan kepada satu aspek sahaja dalam diri seseorang individu. Penumpuan kepada
satu aspek mengganggu perkembangan potensi seseorang individu secara maksima

dan

keperluan semulajadi kanak kanak pada peringkat umurnya. Jika keadaan ini berterusan
pada jangka masa akan datang, maka ia melahirkan individu yang statik, bosan dan bersifat
mekanikal. Melihat kepada hakikat ini, kita memerlukan acuan yang berkesan iaitu seni dalam
pendidikan bagi memberi keseimbangan dalam mendidik dan melahirkan insan yang holistik
dalam semua aspek tanpa mengabaikan keperluan semulajadi yang diperlukan oleh kanak
kanak pada peringkat umurnya.
Bagi mencapai matlamat tersebut maka di sinilah

seni dalam pendidikan memainkan

peranan yang penting dalam kurikulum sekolah. Seni dalam pendidikan terdiri daripada cabang
seni, muzik dan juga pergerakan. Penggabungan ketiga tiga elemen seni dalam pendidikan
iaitu seni muzik, seni visual dan seni pergerakan menjadi medium untuk membantu
perkembangan seseorang individu itu menjadi insan yang menyeluruh seperti yang dinyatakan
dalam Falsafah Pendidikan Negara. Antara tokoh tokoh dan teori yang menyokong akan
keperluan penyerapan seni dalam pendidikan ialah Howard Gardner, teori konstruktivisme,
Herman dalam Quadrant Concept, Einstein dan Leonardo da Vinci. Setiap tokoh tokoh dan
teori menunjukkan bagaimana pembelajaran kanak kanak berlaku dan daripadannya
ditunjukkan perkaitan dengan keperluan seni dalam pendidikan.
Seni dalam pendidikan mempunyai impak dan kesan yang besar kepada guru dan murid
murid. Secara ringkasnya, bagi guru guru ia dapat meningkatkan motivasi dan juga
menjadikan guru kreatif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran manakala impaknya
kepada murid murid ialah mengembangkan persepsi, estetika dan kreativiti murid dan seni
3

dalam pendidikan juga berfungsi sebagai alat ekspresi kepada murid dapat menajamkan intuisi
, persepi, imaginasi dan konsepsi murid. Kesan jangka masa panjang penerapan seni dalam
pendidikan ini dapat melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang berupaya
mencapai potensi diri sepenuhnya serta menyumbangkan bakti kepada negara, bangsa dan
agama.
Penerapan seni dalam pendidikan juga selaras dengan keperluan kanak kanak seperti
yang dinyatakan dalam teori keperluan Maslow. Berdasarkan kepada teori keperluan
Maslow,murid dapat mencapai tahap tertinggi dalam piramid iaitu sosial, penghargaan dan
hasrat diri dengan menggunakan medium seni dalam pendidikan. Hal ini adalah kerana elemen
seni dalam pendidikan dapat menggalakan persahabatan, murid berasa dihargai, diiktiraf dan
dihormati oleh orang lain apabila mereka dapat menunjukkan kebolehan mereka melalui
ekspresi seni. Elemen seni dalam pendidikan dapat memenuhi keperluan hasrat diri kepada
murid kerana murid dapat menunjukkan pencapaian penuh berdasarkan potensi semulajadi
mereka.

Sumber : http://zblogger.mywapblog.com/files/piramid-hierarki-keperluan.jpg

Rajah 1 : Teori Keperluan Maslow

Hal ini turut disokong oleh teori Howard Gardner yang mengemukakan mengenai
kecerdasan pelbagai. Kecerdasan bukanlah semata mata daripada segi penguasaan secara
mental sahaja tetapi juga terdiri daripada pelbagai aspek. Menurut Howard Gardner ( _______),
seperti dalam

kecerdasan terdiri daripada verbal linguistik, logik matematik, visual ruang,

kinestatik, muzik, interpersonal dan intrapersonal. Dalam sesebuah kelas tersebut, ketujuh

tujuh kecerdasan wujud dalam kalangan murid. Oleh itu, elemen seni dalam pendidikan ini
dapat membantu mengembangkan tujuh kecerdasan yang terdapat dalam sesebuah kelas
secara secara bersepadu dan berkesan. Sebagai contoh, apabila elemen muzik dan elemen
seni disepadukan dalam pembelajaran Sains. Sudah tentu pembelajaran murid dalam kelas
akan menjadi lebih seronok dan dalam masa yang sama

membantu mengembangkan

kecerdasan seseorang individu.


Melalui seni dalam pendidikan, murid mempunyai peluang untuk menggunakan pancaindera
untuk meningkatkan kreativiti, sensitiviti dan daya imaginasi mereka. Seni dalam pendidikan
menggabungkan pemikiran otak kanan dan otak kiri yang dapat menyeimbangkan penggunaan
kedua dua belah otak dalam kehidupan seharian. Penggunaan otak kiri dan otak kanan dapat
melahirkan individu yang seimbang dan menyeluruh daripada aspek rohani, jasmani, sosial dan
intelek. Hal ini sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan
murid yang seimbang dalam semua aspek.
Teori pembelajaran sosial juga menyatakan bahawa murid belajar melalui peniruan. Seni
dalam pendidikan membantu murid untuk melakukan proses pembelajaran menurut teori ini.
Peniruan yang dilakukan semasa pembelajaran boleh berlaku secara langsung, secara
sekatlakuan dan taksekatlakaun dan juga secara elistasi. Peniruan untuk pembelajaran berlaku
dalam ketiga tiga elemen seni dalam pendidikan iaitu seni muzik, seni visual dan seni
gerakan.
Seni dalam pendidikan dapat mengembangkan persepsi, estetika dan kreativiti murid.
Persepsi, estetika dan kreativiti murid dapat diasah apabila pancaindera murid diasah Seperti
dalam teori konstruktivisme, kanak kanak membina sendiri secara semulajadi pengetahuan
melalui pengalaman ataupun pengetahuan sedia ada. Pengalaman pengalaman dalam
pembelajaran yang akan membantu memperkayakan dan mengembangkan keupayaan
semulajadi kanak kanak ini. Menurut Dr. Sajap Maswan (2011), paradigma behaviorisme dan
kognitivisme memang sudah menjadi amalan dalam kalangan guru guru di negara.
Pengalaman pengalaman secara langsung ini menyokong pembelajaran ini dengan
memberi kebebasan kepada murid untuk meneroka sendiri pembelajaran yang mereka lalui,
membina kefahaman dan mengekspresi diri sepanjang pembelajaran. Kanak kanak akan
dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru dan seterusnya
menyusun maklumat baru yang diperolehinya. Kanak kanak juga berupaya untuk

menggunakan semula pengetahuan baru yang diperolehinya dalam pelbagai bentuk dan cara
tanpa kekangan.Pengetahuan baru ini dapat disampaikan dalam bentuk persembahan dan juga
diperkukuhkan dengan aktiviti lanjutan.
Matlamat seni dalam pendidikan adalah untuk melahirkan individu kreatif, inovatif dan
mempunyai jati diri tinggi tercapai.Contohnya merujuk kepada matlamat pendidikan seni iaitu
salah satu cabang

seni dalam pendidikan. Tiga matlamat pendidikan seni ialah untuk

perkembangan individu iaitu menanam nilai nilai murni dalam kalangan murid secara
langsung

melalui pengalaman pembelajaran yang dilakukannya, meningkatkan kesedaran

terhadap warisan budaya dan untuk meningkatkan kesedaran tentang terhadap peranan
peranan seni dalam masyarakat dan melahirkan modal insan yang kompeten dan berdaya
saing yang dapat menjaminkan pembinaan negara bangsa secara produktif dan kreatif melalui
sistem pendidikan negara.Melalui seni dalam pendidikan, individu yang kreatif, inovatif dan
mempunyai jati diri yang tinggi dapat dilahirkan.
Selain daripada itu

seni dalam pendidikan dapat menjadikan proses pengajaran

menjadi lebih seronok. Proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik perhatian akan
menyebabkan murid

melibatkan diri dalam pembelajaran dan membina kemahiran dan

pengetahuan yang perlu dipelajarinya. Hal ini sudah tentu membantu guru untuk mencapai
objektif pembelajaran yang telah dirancangnya.
Kesan positif kepada guru pula ialah ia akan menjadikan guru lebih bermotivasi dan
kreatif dalam merancang dan melaksanakan rancangan pengajarannya di kelas. Elemen seni
dalam pendidikan dapat menggalakan penglibatan aktif dalam kalangan murid semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini akan menyebabkan motivasi guru akan meningkat.
Motivasi guru dapat mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakannya di kelas. Motivasi juga dapat mengurangkan bebanan
ataupun stress yang wujud semasa guru menjalankan tugasnya. Guru

menjadi

lebih

bermotivasi untuk mengajar di kelas apabila semua murid melibatkan diri dalam aktiviti yang
dijalankan oleh guru dan penglibat murid ini dapat membantu guru menilai keberkesanan
pengajarannya. Oleh itu guru akan sentiasa bersemangat dan menjadi kreatif untuk memasuki
kelas tersebut apabila melihat penglibatan menyeluruh daripada murid.
.

Kreativiti boleh ditafsirkan sebagai keupayaan untuk berfikir dan bertindak yang tidak

bersandarkan

logik

biasa.

Walaubagaimanapun,

kreativiti

adalah

tidak

semestinya

mengabaikan pemikiran logik dan kritis. (Mohd Azhar, 2004) seperti dalam Yahaya Buntat &
Noor Sharliana Mat Nasir ( 2011). Guru yang kreatif dalam merancang dan melaksanakan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik perhatian murid dapat membantu
keberkesanan pembelajaran murid.
Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi kepentingan penerapan elemen seni dalam
pendidikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh :
Tahap :
Tahun :
Masa :
Bidang :

27 Mac 2015
Tahap Satu
Tahun 3
10.15 11.15
Membentuk dan membuat binaan
7

Kegiatan :
Tajuk :
Konsep Utama :
Objektif :

Membuat topeng topi


Haiwan
Membuat dan menghias topeng
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid akan dapat :
-

Membentuk topeng dalam dua atau tiga dimensi


Mencantumkan berbagai bentuk bagi menghasilkan

Pengetahuan Sedia Ada :

topeng.
- Memilih serta menyesuaikan warna untuk topeng.
Murid mengenal dan pernah melakukan aktiviti melukis dan

Penerapan Nilai :

mewarna.
Menyuburkan sifat sabar dan dedikasi untuk membantu dalam

Persediaan Murid :

Persediaan Guru :

Alat Bantu Mengajar :


KBKK :

Perkara
Persepsi
Estetik

menghasilkan kerja yang lebih kreatif dan bermakna.


- Kertas
- Kad manila
- Gam
- Berus
- Warna temper atau poster
- Kertas
- Kad manila
- Gam
- Berus
- Warna temper atau poster
Alat bantu mengajar yang berkaitan.
Membezakan topeng topi dengan topeng muka.

Butiran kegiatan
1. Murid meniru suara haiwan

dan berlakon tanpa topeng

Fokus pembelajaran
Bertujuan untuk

Organisasi
Individu

mencungkil

dengan bimbingan guru.


2. Menunjukkan beberapa

pengalaman sedia ada


murid terhadap tajuk

contoh topeng topi sebagai


kesinambungan daripada

perbincangan tadi.

yang akan diajar.


Mendapatkan
maklumat melalui
pengetahuan murid

1. Guru menunjukkan cara


Aplikasi
Seni

mengenai tajuk.
Murid mengetahui

bagaimana kertas/kad

tentang teknik

manila boleh digubah

membuat topeng topi

menjadi topeng topi.


2. Guru menunjukkan

Kelas

daripada kertas dan

bahagian kepala boleh

kad manila.
Murid mempelajari

dibina, ditampal, diwarna

kaedah membina,

dan dicorakkan.

menampal, mewarna

Kelas

3. Menyediakan kertas dan

dan mencorak.

kad manila untuk


menghasilkan topeng.
4. Menampal dan

mencorakkan bahagian

Bertujuan mencungkil

Individu

kreativiti murid.

kepala untuk dijadikan


topeng.
1. Melakonkan semula
Ekspresi
Kreatif

dengan memakai topeng

menghayati dan

yang telah dibuat.

bangga terhadap hasil

1. Murid menyanyi beramaiSeni

kerja.
Murid berasa seronok.

ramai lagu Serigala dan


Biri-biri.

TUGASAN 3

Apresiasi

Murid dapat

Individu

Kelas

Matlamat pendidikan di Malaysia ialah untuk melahirkan insan yang seimbang daripada
segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Dalam kepesatan pembangunan negara dan
globalisasi yang berlaku, pendidikan memainkan peranan penting dalam mendidik dan
melahirkan individu yang berupaya untuk bersaing serta berkembang dalam dunia yang akan
mereka lalui selepas alam persekolahan. Oleh itu, guru memainkan peranan yang kritikal dalam
memastikan hasrat ini tercapai.
Apabila murid ketinggalan dalam menguasai keupayaan teras intelektual sebagai contoh
literasi dan numerasi yang dapat dikesan melalui ujian saringan LINUS dan kurang didedahkan
dengan kemahiran berfikir aras tinggi, sedikit sebanyak akan menyekat peluang murid untuk
berjaya dalam di alam pekerjaan yang akan mereka lalui kelak.
Sebagai seorang pendidik, adalah perlu untuk menyesuaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran sesuai dengan aras kebolehan seseorang murid tersebut. Selain daripad itu guru
juga perlu untuk memilih kaedah dan teknik pengajaran yang menarik, menyeronokkan dan
pelbagai dalam kelas untuk memberi peluang kepada kecerdasn pelbagai yang ada dalam diri
murid.
10

Kemahiran

berfikir

aras

tinggi

didefinisikan

sebagai

keupayaan

untuk

mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan


dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan
berupaya mencipta sesuatu.
Menurut Yee Mei Heong, Jailani Bin Md Yunos, Widad Bt Othman, Razali bin Hassan
dan Tee Tze Kiong (2011) kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan aras yang paling
tinggi dalam hierarki proses kognitif. KBAT berlaku apabila seseorang mendapat maklumat
baru, menyimpan dalam memori dan menyusun, mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada
dan menjana maklumat ini untuk mencapai sesuatu tujuan atau menyelesaikan situasi rumit.
Maka KBAT ditakrifkan sebagai penggunaan potensi minda untuk menangani cabaran baru
( Onosko & Newman, 1994) seperti dalam Yee Mei Heong et al ( 2011).
Dalam situasi ini seseorang perlulah memahami, menterjemah, menganalisis dan
memanipulasikan maklumat KBAT yang memerlukan murid menilai maklumat secara kritis,
membuat inferens dan membuat generalisasi. Murid juga perlu membuat komunikasi yang asli,
membuat ramalan, mencadangkan penyelesaian, mencipta, menyelesaikan masalah yang
bukan rutin tetapi berkaitan dengan kehidupan seharian, melahirkan pendapat dan idea yang
baru, menilai idea, membuat pilihan dan juga membuat keputusan.
KBAT merupakan salah satu komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif
dan kritis ( KBKK ). Menurut Marzano et al (1988) seperti dalam Yee Mei Heong et al ( 2011)
menerangkan perezaan antara pemikiran kritis dan kreatif. Pemikiran kritis adalah merujuk
kepada kecenderungan untuk menggunakan kemahiran tertentu seperti menganalisis hujah
dengan berhati hati, mempertimbangkan pendapat dan idea orang lain dan juga mencapai
rumusan yang membina. Pemikiran kreatif pula merujuk kepada pemikiran yang asli dan juga
bersesuaian. Kedua dua pemikiran ini amatlah digalakkan digunakan disekolah kerana ia
dapat membantu meningkatkan kualiti seseorang individu.
Salah satu cara untuk menarik perhatian murid dan seterusnya membuka peluang
kepada murid untuk mengambil inisiatif belajar secara semulajadi ialah melalui elemen seni
dalam pendidikan. Kajian oleh Musliha ( 2010), menunjukkan bahawa kemahiran berfikir aras
tinggi diaplikasikan melalui pembelajaran berasaskan masalah dalam subjek reka cipta dalam
kajiannya.

11

Untuk menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid maka guru
perlulah meningkatkan soalan aras tinggi dengan menggunakan kata kunci bagaimana dan
kenapa (KPM, 2013 dan Alimuddin, 2012).
Dari sudut pandangan kemahiran berfikir aras tinggi merangkumi menaakul, teknik
menyoal, kreativiti, penyelesaian masalah dan inkuiri.
Selain daripada itu, guru hendaklah menerapkan aktiviti penyelesaian masalah dalam
pengajaran dan pembelajaran. Teknik menyoal yang betul juga perlu dikuasai agar dapat
membimbing murid ke arah pemikiran aras tinggi. Selain daripada itu, aktiviti pemikiran aras
tinggi

yang terdapat dalam buku teks murid perlulah digunakan dengan sepenuhnya.

Pembelajaran berasaskan projek juga dapat meningkatkan keupayaan murid menggunakan


kemahiran berfikir aras tinggi. Guru juga perlu menggunakan alat berfikir sebagai contoh i-think.
Menurut Alimudin Mohd Dom ( 2012) dalam Utusan Online bertarikh 29 Disember 2012
menyatakan bahawa kemahiran berfikir aras tinggi memerlukan kemahiran intelek yang tinggi
iaitu merangkumi seseorang itu befikir dengan menganalisis, menilai, menjana idea, pilihan
membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan membuat perancangan sebelum membuat
penjelasan mengenai sesuatu persoalan.
Guru perlulah memberikan tumpuan

kepada limaaspek

penting dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi. Aspek
aspek tersebut ialah

pada fasa permulaan kelas ataupun set induksi, penggunaan bahan

bantu mengajar dalam pengajaran, penggunaan teknik menyoal dan juga aras soalan yang
digunakan, aktiviti yang dilaksanakana dalam kelas dan juga latihan bertulis.
Set induksi yang dijalankan adalah bertujuan untuk memperkenalkan kepada murid
akan tajuk pembelajaran murid pada hari tersebut dan juga apa yang perlu dipelajari oleh murid
dalam tajuk tersebut. Set induksi yang dilaksankana secara berkesan dan teratur membantu
murid untuk

mengikut pengajaran guru dan hal ini seterusnya adalah pemangkin kepada

proses kemahiran berfikir aras tinggi seseorang murid tersebut.


Selain daripada penggunaan bahan bantu mengajar ataupun bahan pengajaran asas
yang sesuai dengan tajuk pembelajaran murid dapat membantu murid untuk lebih memahami
dan mengaitkan pengetahuan baru yang diperolehi dengan pengetahuan sedia ada terutamnya
yang berkaitan dengan sesuatu konsep atau istilah. Malah, penggunaan bahan bantu mengajar

12

di kelas menarik perhatian murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Apabila murid melibatkan diri dalam kelas melalui aktiviti yang dirancang,
kesempatan ini digunakan untuk membina kemahiran berfikir aras tinggi dengan mengemukan
pelbagai aras soalan secara iaitu bermula daripada tahap yang rendah ke tahap yang lebih
tinggi. Kemahiran berfikir aras tinggi akan diaplikasikan oleh murid semasa mereka cuba
menjawab soalan soalan yang dikemukakan. Disamping itu, guru juga boleh menilai akan
tahap kefahaman murid terhadap pengajaran guru.
Aktiviti atau gerak kerja pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid dapat
membantu untuk membina kemahiran berfikir aras tinggi. Contohnya pembelajaran berasaskan
projek . Selanjutnya aktiviti atau gerak kerja pembelajaran akan dapat memperkukuhkan lagi
pengajaran guru. Aktiviti seperti teka silang kata, kuiz, syarahan, bahas, lakonan, kerja
berkumpulan, menyediakan projek dan gerak kerja di luar bilik darjah akan memantapkan lagi
kefahaman murid. Sudah tentu murid akan membuat perbincangan, merujuk dan mencari
maklumat dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.
Akhirnya proses pembelajaran menjadi lebih mantap apabila murid melakukan latihan
bertulis. Melalui kemahiran berfikir aras tinggi murid akan dapat menulis dengan mengeluarkan
pelbagai pendapat secara kreatif dan mungkin juga terdapat idea-idea baru. Di sinilah peluang
kepada guru untuk memberi komen, galakan dan tunjuk ajar agar murid menjadi lebih produktif
dan berdaya maju.

13

Rujukan
Alimuddin Mohd Dom( Utusan Online 29/2/2012) . Kemahiran berfikir dalam pendidikan. Dilayari
daripada laman sesawang
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121229/re_01/Kemahiran-berfikirdalampendidikan#ixzz3Tq8Pq0v3 pada 6 Mac 2015.
Ahamad Tarmizi Azizan, and Zoolcaphly Sahib, (2009) Komputer dan seni di era globalisasi :
peranan

dan

cabaran.Dimuat

turun

daripada

laman

sesawang

http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/318.
Dr. Sajap Maswan ( 2011). Mengaplikasikan teori-teori pembelajaran di dalam mereka
bentukbahan pengajaran berasaskan ict untuk pendidikan seni visual. Dimuat turun
daripada laman sesawang http://www.sajadstudio.info/artikal/teoripemb_psv.pdf.

14

Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2013). Program kemahiran berfikir aras tinggi ( konsep
KBAT). Diperolehi

daripada

laman

sesawang

http://asiskl.org/v4/wp-

content/uploads/2014/01/1.-KONSEP-KBAT-dan-i-THINK.pdf pada 6 Mac 2015.


Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2012). Laporan awal pelan pembangunan pendidikan
malaysia

2013-2025.

Diperolehi

daripada

laman

sesawang

http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-ExecSummary-BM.pdf
pada 6 Mac 2015.
Kementerian Pendidikan Malaysia ( 2013). Kurikulum bersepadu sekolah rendah spesifikasi
kurikulum sains Tahun 4.Dimuat turun daripada laman sesawang pada 7 Mac 2015.
Howard Gardner (_______).Howard Gardners Theory of Multiple Intelligences . Dimuat turun
daripada
http://www.niu.edu/facdev/resources/guide/learning/howard_gardner_theory_multiple_int
elligences.pdf pada 7 Mac 2015
Musliha Salma Bt Mohd Radzi (2010). Aplikasi kemahiran berfikir aras tinggi melalui
pembelajaran berasaskan masalah. Dimuat turun daripada laman sesawang
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2010_9508_4b03e7db90cc48
3f9cbf9d76a7b8cc39.pdf.
N.S Rajendran ( 2001). Pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi : Kesediaan Guru
mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. DImuat turun daripada
http://nsrajendran.tripod.com/Papers/PPK12001A.pdf
Yahaya Buntat & Noor Sharliana Mat Nasir ( 2011). Faktor -faktor yang mendorong kreativiti di
kalangan pelajar, Universiti Teknologi Malaysia. Journal of Educational Psychology and
Counseling. Dimuat turun daripada laman sesawang
http://eprints.utm.my/13387/1/JEPC-2011-2-007.pdf pada 8 Mac 2015.
Yee Mei Heong, Jailani Bin Md Yunos, Widad Bt. Othman, Razali Bin Hassan dan Tee Tze
Kiong ( 2011). Penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi marzano dalam penjanaan
idea. Dimuat turun daripada laman sesawang pada 6 Mac 2015.

15

____________(2007). Modul hbef1403-seni dalam pendidikan. Dimuat turun daripada laman


sesawang http://www.oocities.org/zulmz65/hbef1403seni.pdf pada 6 Mac 2015.
_______________(2010) . Perkembangan kurikulum pendidikan seni. Dimuat turun daripada
laman sesawang https://rozzoll.files.wordpress.com/.../pendidikan_seni.
Sumber gambar Rajah 1 : http://zblogger.mywapblog.com/files/piramid-hierarki-keperluan.jpg.

LAMPIRAN
16

Anda mungkin juga menyukai