Anda di halaman 1dari 3

Menjunjung kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang

bertunjangkan keadilan, berpaksikan kebijaksanaan serta warga hadirin


sekalian. Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Berdirinya saya di
sini untuk menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk, Sepohon
epal.
Pada suatu ketika dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang
amat besar.

Terdapat seorang kanak-kanak lelaki begitu

gemar

bermain-main di sekitar pohon epal itu setiap hari. Dia memanjat pohon
tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan
adakalanya dia beristirahat lalu terlelap di situ. Anak lelaki tersebut
begitu

menyayangi

tempat

permainannya.

Pohon

epal

itu

juga

menyukai anak tersebut.


Masa berlalu begitu pantas sekali. Anak lelaki itu sudah besar dan
menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap
hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Pohon epal itu sangat rindu
akan kanak-kanak lelaki tersebut. Pada suatu hari, pohon epal gembira
melihat kedatangan remaja itu. Namun begitu, dia datang kepada
pohon epal itu dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di
sekitarku," ajak pohon epal itu. "Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak
lagi gemar bermain dengan engkau," jawab remaja itu. "Aku mahukan
permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah remaja itu.
Pohon epal berasa sedih, lalu berkata, kalau begitu, petiklah epalepal yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang dan kau
bolehlah membeli permainan yang kau inginkan. Remaja itu dengan
gembiranya memetik semua epal itu, lalu pergi dari situ dan tidak
kembali lagi buat sekian lama.
Kawan-kawan sekalian,

Pada suatu hari, remaja itu kembali lagi. Dia semakin dewasa.
Pohon epal itu berasa sangat gembira. Marilah bernyanyi-nyanyi
bersamaku," ajak pohon epal itu. Ah, aku tiada waktu untuk bernyanyi.
Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina
sebuah rumah yang besar, cantik sebagai tempat perlindungan untuk
keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" tanya anak itu. Maafkan aku.
Aku tidak mempunyai rumah seperti yang kau idamkan. Tetapi kau
boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah
daripadanya." Pohon epal itu memberikan cadangan.
Tanpa berlengah lagi, dia memotong kesemua dahan pohon epal
itu dan pergi dengan gembiranya.

Pohon epal itu pun turut gembira

tetapi kemudiannya berasa sedih kerana lelaki itu tidak kembali lagi.
Kawan-kawan sekalian, apakah pula yang terjadi selepas itu ? Tiba-tiba,
seorang lelaki yang telah matang dan dewasa datang menemui pohon
epal itu. "Marilah berbual-bual denganku, aku terlalu rindu dengan
suaramu, ajak pohon epal itu. Maafkan aku, aku sudah dewasa. Aku
mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai
sebuah bahtera. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu." Lalu,
pohon epal itu berkata, kau bolehlah memotong batang pohon ini untuk
dijadikan bahtera. Kau akan dapat belayar dengan gembira bersamasama keluargamu," kata pohon epal.
Lelaki itu terus menebang batang pohon epal tersebut. Dia
kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi
buat sekian lama. Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang
semakin di mamah usia, datang lagi menuju tunggul epal itu. Ah, aku
sekarang sudah tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada kau. Aku
hanya ada tunggul dan akar yang hampir mati..." kata tunggul epal itu
dengan nada sedih. "Aku tidak mahu semua itu lagi, aku berasa terlalu
letih dan ingin beristirahat," jawab lelaki tua itu. "Jika begitu,

istirahatlah disisiku," kata tunggul epal. Lalu, lelaki tua itu duduk
disampingnya. Di wajah mereka terpancar kegembiraan.
Kawan-kawan untuk renungan kita semua, Sebenarnya, pohon
epal yang saya maksudkan di dalam cerita ini adalah kedua-dua ibu
bapa kita. Ketika kanak-kanak, kita suka bermain dan berbual dengan
mereka. Apabila meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka
untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka, dan hanya kembali
meminta pertolongan apabila berada di dalam kesusahan. Namun
begitu, mereka tetap menolong dan melakukan apa sahaja asalkan kita
bahagia dan gembira dalam hidup. Anda mungkin terfikir bahwa anak
lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon epal itu, cuba fikirkan, itulah
hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu
bapa mereka. Oleh itu,hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Janganlah
hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari
bapa setiap tahun.
Ibu....Ayah
Daku telah banyak berdosa kepadamu
Dapatkah daku membalas jasa baktimu
Yang laksana pepasir di pantai
Yang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku
Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil
Dan menatap wajahku yang hina ini...
Ibu...........Ayah
Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu
Agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia
Di samping keluarga tercinta...
Setakat sini sahaja cerita aku ini, sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai