Anda di halaman 1dari 3

thevocket.

com

http://thevocket.com/cv-vs-resume-apa-yang-anda-perlu-tahu/

CV vs Resume: Apa Yang Anda Perlu Tahu? Pencari Kerja


Harus Baca
Pernahkah anda terfikir, apakah jenis dokumen yang perlu digunakan untuk permohonan kerja?
Antara curriculum vitae (CV) dan resume, yang manakah lebih sesuai digunakan untuk pasaran kerja di
Malaysia? Memang benar kedua-dua dokumen ini merupakan dokumen yang mengandungi senarai maklumat
paling relevan mengenai seseorang yang digunakan dalam pencarian kerja. Namun begitu,
istilah CV dan resume ini secara umumnya diguna pakai secara bertukar ganti, dan tidak ramai yang mengetahui
bahawa kedua-dua dokumen ini banyak perbezaannya.
Artikel ini ditulis dengan tujuan untuk menghuraikan dengan lebih lanjut perbezaan antara CV dan resume serta
dokumen yang lebih sesuai digunakan untuk pasaran kerja di Malaysia. Diharapkan dengan penulisan artikel ini,
segala persoalan dan kekeliruan anda tentang penggunaan CV dan resume untuk permohonan kerja akan
terjawab.
Umumnya, terdapat beberapa perbezaan asas mengenai kedua-dua dokumen ini. CV merupakan dokumen
dengan maklumat lengkap dan berstruktur tentang pengalaman profesional dan kelayakan seseorang,
manakala resume ialah dokumen yang sama tetapi dalam format yang sangat ringkas. Inilah sebab
mengapa CV biasanya mengandungi dua hingga empat muka surat manakala resume biasanya tidak melebihi
satu muka surat.
CV merupakan dokumen yang paling diterima pakai untuk permohonan kerja di kebanyakan negara di seluruh
dunia termasuk Malaysia. Anda akan menemui beberapa perbezaan dari segi susunan dan penyampaian CV dari
satu negara ke negara yang lain. Walau bagaimanapun, isi kandungannya tetap sama pada dasarnya. Resume
pula merupakan dokumen yang paling diterima pakai untuk permohonan kerja di Amerika Syarikat dan Kanada.

CV
Ciri-ciri utama CV disenaraikan secara ringkas di bawah:
CV yang ideal hanya mengandungi dua muka surat, walaupun ia boleh menjangkau sehingga empat muka
surat
CV menyenaraikan semua pengalaman profesional serta pencapaian terkini individu terbabit
sebelum CV dihantar kepada majikan yang berpotensi dan ditulis dalam susunan kronologi terbalik (iaitu
pencapaian terkini ditulis terlebih dahulu)
CV merangkumi segala yang telah dilakukan oleh individu terbabit sama ada dibayar atau tidak dibayar; oleh
itu, CV boleh mengandungi segala pembabitan dalam aktiviti berbentuk sukarelawan
CV adalah sangat sistematik dan biasanya disediakan dalam susunan tertentu bergantung sama ada individu
terbabit merupakan graduan yang baru tamat belajar atau telah mempunyai pengalaman kerja
CV biasanya disertakan dengan cover letter (surat pengiring). Cover letter ini bertujuan meringkaskan
kandungan dalam CV dan kesesuaian individu terbabit dengan kerja yang dipohon

Resume
Ciri-ciri utama resume disenaraikan secara ringkas di bawah:
Resume sepatutnya tidak melebihi satu muka surat, tetapi ia boleh menjangkau sehingga dua muka surat

dalam keadaan tertentu


Resume ialah dokumen ringkas yang menonjolkan kemahiran dan pencapaian utama individu terbabit
Resume hanya mengandungi maklumat yang berkaitan dengan kerja yang dipohon dan kesemua maklumat
tersebut terkandung dalam satu muka surat sahaja
Resume menyerlahkan kemahiran dan pencapaian individu terbabit sebagai maklumat utama yang perlu ada
selain maklumat-maklumat lain yang relevan
Resume biasanya tidak disertakan dengan cover letter kerana sebab utama anda menyerahkan resume adalah
untuk mempercepatkan proses permohonan anda; cover letter akan melambatkan proses tersebut

Perbezaan CV dan resume secara ringkas:


CV panjang (2 muka surat), mengandungi semua maklumat pengalaman profesional yang terkini & format
susunan kronologi terbalik
Resume pendek (1 muka surat), hanya mengandungi maklumat yang disesuaikan dengan kerja yang dipohon
& tiada format tertentu

Akhir sekali, seperti yang dinyatakan di atas, CV dengan panjang 2 muka surat amat sesuai digunakan untuk
permohonan kerja di Malaysia manakala resume lebih sesuai digunakan di Amerika Syarikat dan Kanada.
Diharapkan penulisan artikel ini dapat meningkatkan pemahaman anda tentang perbezaan
antara CV dan resume serta penggunaannya dalam permohonan kerja anda.
Ikuti pelbagai kisah menarik di The Vocket.
Like dan Share The Vocket di Facebook

Anda mungkin juga menyukai