Anda di halaman 1dari 4

mommylotte.

com

http://mommylotte.com/2015/03/09/senarai-apa-yang-perlu-dibuat-sebelum-memulakan-diet-atkins/

Senarai Apa yang Perlu Dibuat Sebelum Memulakan Diet Atkins


Tahniah, anda mahu mengubah diri dan
mengurangkan lebihan berat yang tidak diperlukan
dengan berdiet Atkins. Sebelum memulakannya, apa
kata and baca dan tick senarai yang ada di sini, untuk
memudahkan anda untuk berAtkins dengan steady
dan jayanya (kuranglah kebarangkalian nak cheat, ye
dok?).

Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Berdiet Atkins


Ialah Baca, Baca, Dan Baca
Perlunya ilmu pengetahuan untuk memahami diet Atkins dengan menyeluruh. Yelah, takkan setiap kali nak makan
nak kena rujuk support grup atau google dulu boleh ke tidak makan. Malah, ni juga salah satu faktor mengapa
ramai yang terbabas ketika berdiet Atkins ni.
Paling asas, kenali bagaimana diet Atkins
dihasilkan dan fahami fasa-fasa yang ada
dalam diet ini, kerana peraturan Atkins
walaupun fleksible mengikut keperluan
individu, ia agak strict sebenarnya, especially
ada potensi ketosis dan lain orang lain tahap
penerimaannya.
Contohnya, fasa 1 induksi berbeza dengan
fasa 2,3,4. Malah fasa yang dipilih tidak boleh
sebarangan, lagi-lagi jika anda ibu yang
masih menyusu.
Belum kira lagi senarai makanan yang boleh
dan tidak boleh kunci utama yang perlu
dihadamkan sebelum memulakan diet Atkins.
Walaupun ada yang boleh survive degan 5
papan telur sebulan, tak semua orang boleh
tahan muak begitu ya.

Klik sini, cara terbaik untuk kurangkan rasa terbeban ketika berdiet, dengan selesaikan punca masalahnya.

Tentukan Berat Badan Yang Ideal


Sebelum memulakan diet adalah penting untuk menetapkan target berat badan kita dulu. Kira sendiri berat ideal
yang anda inginkan dan pastikanlah ia selari dengan julat sihat BMI ya (nak berat unrealistic cam retis tu agakagaklaa) iaitu dalam 18.5 hingga 24.9.
Dan tips saya, sekiranya terlalu banyak berat yang anda
nak kurangkan, boleh ja pecahkan kepada beberapa
target kecil, untuk tak bebankan minda nak tengok dan
kata uish..banyaknyaaaaa

Join Support Grup


Kadang-kadang susah nak diet jika anda berseorangan
(lagi2 ada ahli keluarga atau member yang perlekehkan
usaha kita, yang memang meminta disekeh di kepala)
jadi join mana-mana grup yang membantu anda untuk
kurus, tak kisahlah diet Atkins atau diet lain.
Contoh support grup yang boleh anda join ialah Kelab
Diet Atkins Malaysia.

Tak mustahil anda boleh selim melim dengan Atkins

Alatan Yang Diperlukan


Dapatkan alatan yang akan digunakan untuk mengukur perubahan yang ada pada tubuh iaitu timbang berat
dan juga tali pengukur. Ini kerana perubahan tak dikira tepat jika mengharapkan berat semata-mata.
Ada kemungkinan berat anda bertambah walaupun anda kelihatan slim, kerana diet Atkins ni tinggi proteinnya.
Malah timbang berat ini juga digunakan untuk periksa mana-mana makanan/had karbo yang menyebabkan anda
bertambah berat.

Perhatikan, berat gambar kanan bertambah tapi lebih slim dri gambar kiri tanda inchloss

Jurnal juga perlu sebagai alat tambahan untuk merekod apa yang anda makan dan senaman yang dilakukan.
Kalau dah ditulis depan mata, senang nak tengok apa yang tak kena atau makanan yang perlu dielakkan ( jika
ada kemungkinan alergi) kerana bergantung kepada individu, ada makanan tertentu yang anda tak boleh ambil
jika ia menyebabkan berat anda bertambah (lain orang, lain metabolisme nya).

Kunci dalam Atkins, adalah mengurangkan berat badan sehingga dalam julat sihat, dan
menentukan had Karbohidrat yang boleh anda ambil dalam sehari, tanpa menambahkan berat
badan. Lain orang, lain hadnya ya.

Menu dalam Atkins


Rancang menu anda untuk seminggu (lagi baik, sebulan terus) untuk pastikan anda mengikut diet Atkins dengan
konsisten, elak dari terbabas atau tercheat tanpa sengaja. Pastikan senarai ini boleh dibawa bersama untuk
mudahkan anda ketika makan lauk di luar.
Klik sini untuk menu Atkins fasa 1 yang mudah dan stylo!
Penuhkan stok makanan yang mesra Atkins untuk
senangkan kerja memasak dan elakkan dari cheat juga.
Walaupun ia bermakna anda perlu beli 5 papan telur
setiap bulan.

Makanan Tambahan
Makanan tambahan juga perlu kerana ia memudahkan
kita untuk elak rasa letih lesu yang over sangat (simptom
biasa adalah mengigil, kerana kekurangan kromium).

Nasi goreng Atkins ni

Secara mudah, ia topup mana-mana nutrisi yang lompong , yang tidak sempat kita ambil dalam makanan
kerana ketika Atkins, lemak dan toksin yang bergumpal akan dikeluarkan maka perlunya nutirisi lebih dari biasa
untuk melawan dan detoks keluar bahan kotor ini dengan segera.
Maka kurang sket kesan terbeban dan rasa tak selera, kurus pun cepat!
Klik sini untuk baca pendapat Dr Atkins mengenai pengambilan supplemen.

Pemilihan Waktu
Sebaiknya, pilih waktu yang sesuai untuk berAtkins kerana diet ini agak strict dan membebankan diri. Buat diet ini
directly selepas clash dengan balak tidak membantu pun sebab emosi tengah celaru, stress lagi akan
menyebabkan tubuh menyimpan lemak dengan lebih kuat dan sudahnya lambat kurus. Kan salahkan Atkins
pulaknya.
Dah tanda semua checklist ni, boleh dah anda mula Atkins dengan bergaya!

Semoga membantu entri ni! Sebar-sebarkan kepada rakan-rakan anda yang tengah atau sedang berkira-kira
untuk diet Atkins untuk memudahkannya juga.

Anda mungkin juga menyukai