Anda di halaman 1dari 5

Pengurusan dan pentadbiran ujian dan penilaian

Kunci untuk penilaian adalah merancang sebelum ujian itu diberikan.


Ia diikuti semasa perancangan tersebut dan selepas pentadbiran
ujian dilakukan.
Persediaan Pra-ujian
Anda perlu merancang sebelum memberi ujian untuk memastikan
persediaan yang anda lakukan adalah memadai dan pentadbiran
tersebut akan berjalan dengan lancar. Persediaan pra-ujian adalah
merangkumi kesemua persediaan yang wujud sebelum pentadbiran ujian
tersebut. Ia termasuklah beberapa tugasan iaitu memahami ujian
tersebut, memaklumkan prosedur ujian, memberikan arahan, persediaan
terhadap individu yang hendak melakukan ujian, merancangkan ujian
percubaan dan memanaskan badan, menyediakan peralatan dan kemudahan
untuk ujian tersebut, membuat kertas permarkahan, menganggarkan
masa ujian yang diperlukan dan memberi ujian. Tugasan-tugasan ini
dijelaskan dengan terperinci seperti berikut:
i. Memahami ujian
Apabila anda melakukan perancangan dalam pentadbiran ujian untuk
pertama kali, baca arahan atau manual ujian beberapa kali, fikirkan
tentang ujian yang kamu baca. Ini adalah cara untuk menghindarkan
terlepas pandang segelintir prosedur, dimensi dan bentuk ujian
tersebut.
ii. Memaklumkan prosedur ujian
Apabila anda sudah mahir dengan ujian yang dilakukan, mulakan
dengan memajukan prosedur untuk pentadbiran tersebut. Ini
termasuklah pemilihan prosedur penilaian yang berkesan, memutuskan
sama ada untuk melakukan ujian secara serentak terhadap semua
individu atau dalam berkumpulan dan memastikan sama ada seorang
sahaja melakukan ujian tersebut atau secara berpasangan melakukan
ujian sesama sendiri. Jika anda merancang untuk mentadbir beberapa
ujian dalam hari yang sama, maka kepenatan mereka akan terbatas.
Jangan beri ujian yang melibatkan kumpulan otot yang sama. Jangan
rancang untuk mentadbir ujian yang memenatkan seperti marathon atau
ujian yang memerlukan ulangan maksimum (repetition maximum).
Langkah yang seterusnya adalah mengenal pasti keperluan markah dan
unit pengukur. Sebagai contoh, dalam ujian anda mungkin memerlukan
individu tersebut memulakan dalam keadaan telentang, dengan keadaan
bahu rapat dengan lantai dan lutut lurus. Kemudian, dengan lengan
bersilang dan tangan diletakkan dalam keadaan bertentangan untuk
bangkit sampai kedua-dua siku menyentuh paha, dan akhir sekali,
balik kepada keadaan permulaan. Semua dikira satu jika ia dilakukan
dengan betul. Pastikan anda memilih unit pengukuran yang betul
serta mengetahui bagaimana hendak memasukkan markah. Selain itu,
untuk memastikan markah boleh dianalisis dengan cepat, anda

hendaklah menggunakan satu unit pengukuran dalam ukuran kecil. Anda


juga haruslah memutuskan apa yang hendak dilakukan sekiranya
individu tersebut melakukan kesilapan semasa ujian dilakukan. Sama
ada anda mengabaikan kesalahan tersebut, memberi amaran dan terus
mengira ujian tersebut, atau memberi potongan markah, anda perlulah
memastikan ia dilakukan terhadap semua individu. Akhir sekali,
prosedur keselamatan juga amat penting. Perancangan yang baik amat
penting dan pastikan anda mematuhi prosedur keselamatan agar
sebarang risiko kemalangan dapat dihindari atau dielakkan.
iii. Memberikan arahan
Selepas anda mengenal pasti prosedur, anda hendaklah memaklumkan
tujuan ujian diadakan. Arahan yang jelas dan tepat perlu dibaca
kepada kumpulan sebelum melakukan ujian. Arahan tersebut hendaklah
mudah difahami dan mestilah mengandungi perkara-perkara berikut:

Prosedur pentadbiran;

Arahan terhadap persembahan;

Prosedur permarkahan dan polisi terhadap persembahan yang


salah;dan
Isyarat terhadap teknik untuk meningkatkan markah.

iv. Menyediakan pelajar atau prosedur program


Memberitahu ujian yang akan dilakukan supaya mereka boleh melakukan
latihan. Ia akan meningkatkan markah mereka. Bila kelas atau
kumpulan tersebut tidak biasa dengan ujian yang diberikan, lebihkan
masa kepada mereka untuk mendapatkan keterangan, sehari sebelum
ujian tersebut dilakukan. Ini termasuklah teknik-teknik untuk
meningkatkan markah ujian, dan memerhati latihan pra-ujian
tersebut. Walaupun seseorang itu telah didedahkan terhadap ujian,
mereka juga memerlukan masa untuk mengingati teknik-teknik yang
diperlukan. Individu tersebut haruslah diberitahu tentang apa yang
akan dilakukan dan apa yang terlibat dalam ujian. Ini membolehkan
mereka lebih bersedia daripada segi fizikal dan mental.
v. Merancangkan ujian percubaan dan memanaskan badan
Aktiviti memanaskan badan hendaklah dirancang dan dilakukan secara
terperinci dengan memberikan tumpuan kepada bahagian badan atau
otot yang terlibat dalam kemahiran atau ujian yang akan dilakukan.
vi. Menyediakan peralatan dan kemudahan untuk ujian
Anda hendaklah menyediakan semua peralatan yang diperlukan dan

persediaan kemudahan tempat sebaik-baiknya sehari sebelum ujian


dilakukan seperti membuat garisan halangan, menanda tempat yang
betul. Persediaan awal akan menghindarkan masalah yang akan timbul
semasa ujian sedang berlangsung.
vii. Menyediakan borang skor permarkahan
Menyediakan borang skor permarkahan sebelum ujian untuk kesemua
ahli kumpulan atau individu adalah amat penting. Masukkan semua
nama peserta dalam borang skor permarkahan sebelum ujian dilakukan.
Penggunaan borang skor pemarkahan membolehkan peserta bergilir
ketika melakukan ujian di stesen-stesen yang ditetapkan dan
memudahkan pentadbir atau pelajar mengisi markah dengan cepat
selepas melakukan ujian tersebut. Pengurusan masa akan lebih
berkesan apabila seseorang melakukan ujian sambil merekodkan
permarkahan untuk setiap kumpulan.
viii. Menganggarkan masa ujian yang diperlukan
Apabila ujian tidak melibatkan keseluruhan kelas atau waktu program
atau apabila terdapat setengah kumpulan sedang mengambil ujian
dalam hari tertentu, anda haruslah merancangkan beberapa aktiviti
untuk mengisi masa yang terluang. Jika ujian program kecergasan
dilakukan terhadap agensi atau syarikat, perancangan yang sama juga
diperlukan. Menganggarkan masa yang diperlukan dalam mentadbir
ujian boleh meminimumkan kekeliruan dan memaksimumkan penggunaan
masa yang ada.
Pelaksanaan Ujian
Anda seharusnya merancang dengan teliti penilaian yang dilakukan
supaya ia berjalan dengan lancar. Walaupun anda mengambil berat
waktu hari ujian itu dilaksanakan, anda juga harus bersedia
terhadap para pengambil ujian, motivasi dan keselamatannya.
Pelaksanaan ujian yang baik perlu mempertimbangkan tiga perkara
berikut:
1. Persediaan
Peserta ujian seharusnya mengetahui ujian apa yang akan dilakukan
dan mengapa ujian itu dilaksanakan. Perkara utama yang perlu
diambil kira adalah latihan. Selepas itu, terangkan arahan dan
prosedur ujian dengan jelas dan tepat. Jika perlu, lakukan
demonstrasi sebagai contoh. Selain itu, dapatkan komen atau ulasan
peserta tentang ujian sebelum dan selepas ia dilakukan.
Bagaimanapun, ini boleh mengurangkan ketepatan ujian serta boleh

meningkatkan kebolehpercayaan ujian tersebut.


2. Motivasi
Berikan motivasi dan galakan yang sama kepada semua peserta.
Walaupun kita lazimnya memberikan galakan terhadap peserta yang
lemah, kita seharusnya memberikan layanan yang serupa kepada semua
pentadbir ujian. Jika perlu, berikan semangat kepada peserta ujian
setelah percubaan pertama. Ini akan memberikan motivasi kepada
mereka untuk melakukan yang terbaik untuk percubaan yang kedua.
Elakkan pemakluman markah rendah yang boleh memalukan peserta.
3. Keselamatan
Semasa sesi penilaian dilakukan, beri perhatian kepada aspek
keselamatan. Peserta akan mengabaikan keselamatan jika mereka tidak
mengikut arahan.

Penilaian dan Pelaporan


Apakah kepentingan penilaian?
Tujuan utama melakukan penilaian ialah untuk mengumpul maklumat
peserta dan perkara yang berkaitan dengan program pengajaran.
Informasi ini hanya boleh digunakan selepas ujian itu dilakukan.
Keputusan ujian hendaklah dipulangkan kepada peserta kerana ia akan
lebih bermakna dan sebagai rujukan untuk mereka dalam proses
penilaian. Penilaian dan pelaporan perlu dimasukkan dalam prosedur
selepas ujian. Proses penilaian markah ujian, penyimpanan dan
pelaporan diterangkan seperti berikut:
1. Menilai markah ujian
Selepas ujian dilakukan, markah ujian perlulah dinilai menggunakan
teknik-teknik tertentu. Data perlu dimasukkan dalam komputer untuk
dinilai, penyimpanan rekod, dan/atau penerimaan data. Analisis
adalah untuk melihat ciri-ciri yang boleh mempengaruhi proses
pengajaran, pelaksanaan program, memberi maklumat tentang kumpulan
yang diuji dan menyediakan data untuk permarkahan atau tujuan yang
lain. Mungkin juga terdapat individu yang berminat tentang
pencapaian mereka. Pelaporan keputusan ujian peserta merupakan satu
cara motivasi yang berkesan.
2. Menyimpan dan melaporkan keputusan ujian
Menyimpan keputusan ujian selalunya dibuat di dalam komputer
manakala kertas permarkahan atau keputusan ujian akan disimpan di

dalam lokasi yang sesuai. Segala data yang diperolehi akan disimpan
dalam fail tertentu dan dianalisis bagi mendapatkan keputusan
ujian. Maklumat yang dibuat boleh memberikan perbezaan antara kelas
dan antara tahun, program penilaian setiap tahun, dan pembangunan
norma-norma. Agihan kumpulan atau kelas biasanya berdasarkan
keputusan ujian dan analisis yang dibuat. Rekod markah peserta
perlu disimpan supaya pengkaji atau guru dapat melihat perkembangan
murid-muridnya mengikut tahap dari setahun ke setahun. Justeru,
guru akan dapat melihat peningkatan murid-muridnya.
Kesimpulan
Terdapat empat konsep asas dalam ujian dan penilaian iaitu kesahan,
kebolehpercayaan, objektiviti dan norma-norma.
a. Kesahan adalah kriteria terpenting perlu dipertimbangkan apabila
melakukan penilaian dalam ujian. Secara tradisionalnya, kesahan
merujuk kepada apa yang hendak dinilai dalam ujian. Terdapat EMPAT
jenis kesahan iaitu kesahan logikal, kesahan kandungan, kesahan
kriteria dan kesahan konstruk. Ujian kesahan berkaitan kriteria
adalah berhubung secara langsung dalam menentukan pencapaian
objektif.
b. Kebolehpercayaan merujuk kepada ujian yang konsisten.
Kesempurnaan program penilaian bergantung pada keberkesanan
perancangan persediaan praujian. Apakah jenis-jenis perancangan dan
prosedur yang patut anda gunakan untuk mentadbir ujian tersebut?
Ujian kebolehpercayaan berkaitan kriteria bermaksud pengelasan
konsisten, atau bagaimana konsistennya ujian pengelasan individu
sebagai mahir atau tidak mahir.
c. Objektiviti kajian adalah bergantung pada bentuk
kebolehpercayaan dan boleh melalui ujian semula dengan individu
yang berbeza melakukannya melalui prosedur yang sama.
d. Norma-norma adalah sekumpulan peserta, yang mana keputusan
tersebut digunakan untuk membuat tafsiran antara peserta lain.
Kriteria-kritera pemilihan ujian dalam penilaian ialah kesahan,
kebolehpercayaan, objektiviti, mudah ditadbir, kos pentadbiran
ujian, sumber manusia, peralatan, memenuhi objektif, mencabar dan
bermakna. Terdapat tiga komponen dalam pengurusan dan pentadbiran
ujian dan penilaian iaitu persediaan praujian, pelaksanaan ujian,
penilaian dan pelaporan.

Anda mungkin juga menyukai