Anda di halaman 1dari 3

Fokus Kajian

Dalam bahagian ini, saya akan menerangkan dan membincangkan mengenai tinjauan masalah
murid yang berlaku di sekolah dan analisis masalah kajian tindakan yang akan saya jalankan.

Tinjauan Masalah
Kajian yang akan saya jalankan ini adalah berkaitan dengan nombor. Saya akan
menggunakan kaedah penulisan berulang dan plastisin. Seperti yang kita tahu, kita
menggunakan nombor di sepanjang hidup kita dan setiap hari kita akan menggunakan nombor.
Nombor ialah satu perkara penting di dalam hidup kita. tnpa nombor kita tidak dapat
menguruskan kehidupan seharian kita dengan baik.

Dari pemerhatian saya terhadap penulisan nombor di buku tulis mereka, saya dapati
terdapat beberapa orang murid telah menulis nombor dengan salah dan ada yang terbalik.
Antara sebab kesalahan mereka ini adalah kurangnya pendedahan mengenai cara penulisan
nombor. Guru di sekolah berkemungkinan tidak menekankan penulisan nombor dan lebih
kepada operasi. Ini membuatkan saya berasa tidak senang dan ingin membetulkan tulisan
mereka. Antara sebab lain mereka tidak boleh menulis nombor dengan betul ialah kurangnya
latihan terhadap cara penulisan mereka.

Dengan cara dan kaedah saya ini, saya harap boleh menolong murid untuk menulis
nombor dengan betul. Kaedah saya ini membolehkan murid untuk mengingat cara untuk
menulis nombor dengan pengulangan yang berterusan. Kaedah plastisin juga membolehkan
mereka bermain sambil belajar. Ini sangat membantu murid yang mempunyai masalah tulisan
terbalik. Yang saya maksudkan di sini ialah penulisan nombor 9 yang menjadi huruf p, atau
pun nombor 3 yang menjadi seperti huruf E. Dengan kaedah yang saya gunakan ini, saya
berharap saya boleh memulihkan kelemahan yang mereka hadapi terhadap nombor.

Pada pandangan saya, dengan kaedah saya ini saya dapat memberikan kesenangan
kepada murid saya dan menyenangkan pengajaran guru di sekolah. Ini selaras dengan hasrat
sekolah yang ingin muridnya untuk mencapai prestasi tertinggi di dalam pelajaran.

Analisis Masalah
Saya telah memerhati hasil kerja murid saya di sekolah. Ini adalah dengan memberikan
mereka latihan serta meminta mereka menulis nombordi papan tulis. saya juga telah meminta
murid untuk menulis nombor daripada 0 hingga 9 dan meminta mereka menulis secara
berulang.

Daripada ujian yang saya laksanakan, saya dapati bahawa terdapat beberapa orang
murid yang masih tidak dapat menguasai cara penulisan nombor dengan betul. Saya dapati
nombor 9 serta nombor 3 di tulis secara terbalik dan tidak betul. Nombor lain juga telah di tulis
secara salah dan tidak betul.

Saya ada beberapa kali menegur dan meminta mereka membetulkan kesalahan
mereka. Akan tetapi kesalah yang dilakukan tetap sama. Ini memberikan saya peluang untuk
membuat kajian saya ini.

Anda mungkin juga menyukai