Anda di halaman 1dari 6

Pemotong Kayu Yang Jujur

Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin.
Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana
besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa
dikurniakan anak.
Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi, pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang
pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si
suami kerana sakit.
Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api.
Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya.
Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.
Tiba-tiba genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu
termasuk kedalam sungai yang dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang
menjadi punca rezeki. Hendak terjun mencari takut disambar arus, merataplah ia mengenangkan
nasib.
Maka bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut lalu turunlah ia bertanya,
"Wahai orang tua. Kenapa bersedih hati?"
Dengan nada perasaan takut dan terkejut, orang tua tersebut menceritakan apa yang berlaku.
"Baiklah, akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam." Lalu dengan serta merta
terjunlah si pari-pari ke dalam sungai. Selang beberapa minit timbul lah kembali si pari-pari
sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa. Dengan sedih, jawab situa, "Bukan. Ini
bukan kepunyaan hamba. Tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini."
Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak.
Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu
membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari
membawakannya kapak besi yang uzur.
Maka apabila terpandang akan kapak itu, giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si
pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujurannya kapak emas,
perak dan gangsa turut dihadiahkan.
Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada
isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya.
Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat.
3 Comments more
Seruling Sakti

Pada zaman dahulu terdapat sebuah pekan kecil yang sangat cantik terletak di kaki bukit. Pekan
tersebut di kenali Hamelyn. Penduduk di pekan tersebut hidup dengan aman damai, tetapi sikap
mereka tidak perihatin terhadap kebersihan. Pekan tersebut penuh dengan sampah sarap. Mereka
membuang sampah di merata-rata menyebabkan pekan tersebut menjadi tempat pembiakan tikus.
Semakin hari semakin banyak tikus membiak menyebabkan pekan tersebut dipebuhi oleh tikustikus.
Tikus-tikus berkeliaran dengan banyaknya dipekan tersebut. Setiap rumah tikus-tikus bergerak
bebas tanpa perasaan takut kepada manusia. Penduduk di pekan ini cuba membela kucing untuk
menghalau tikus dan ada diantara mereka memasang perangkap tetapi tidak berkesan kerana tikus
terlampau banyak. Mereka sungguh susah hati dan mati akal bagaimana untuk menghapuskan
tikus-tikus tersebut.
Musibah yang menimpa pekan tersebut telah tersebar luas ke pekan-pekan lain sehinggalah pada
suatu hari seorang pemuda yang tidak dikenali datang ke pekan tersebut dan menawarkan
khidmatnya untuk menghalau semua tikus dengan syarat penduduk pekan tersebut membayar
upah atas kadar dua keping wang mas setiap orang. Penduduk di pekan tersebut berbincang
sesama mereka diatas tawaran pemuda tadi. Ada diatara mereka tidak bersetuju oleh kerana
mereka tidak sanggup untuk membayar upah yang sangat mahal. Setelah berbincang dengan
panjang lebar akhirnya mereka bersetuju untuk membayar upah seperti yang diminta oleh pemuda
itu kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain.
Keputusan tersebut dimaklumkan kepada pemuda tadi, lalu dia mengeluarkan seruling sakti dan
meniupnya. Bunyi yang keluar dari seruling itu sangat merdu dan mengasik sesiapa yang
mendengarnya. Tikus-tikus yang berada dimerata tempat didalam pekan tersebut mula keluar dan
berkumpul mengelilinginya. Pemuda tadi berjalan perlahan-lahan sambil meniup seruling sakti
dan menuju ke sebatang sungai yang jauh dari pekan tersebut. Apabila sampai ditepi sungai
pemuda tadi terus masuk kedalamnya dan diikuti oleh semua tikus.Tikus-tikus tadi tidak dapat
berenang didalam sungai dan semuanya mati lemas.
Kini pekan Hamelyn telah bebas daripada serangan tikus dan penduduk bersorak dengan
gembiranya. Apabila pemuda tadi menuntut janjinya, penduduk tersebut enggan membayar upah
yang telah dijanjikan kerana mereka mengangap kerja yang dibuat oleh pemuda tadi tidak sepadan
dengan upah yang diminta kerana hanya dengan meniupkan seruling sahaja. Pemuda tadi sangat
marah lalu dia menuipkan seruling saktinya sekali lagi. Irama yang keluar dari seruling itu sangat
memikat hati kanak-kanak menyebabkan semua kanak-kanak berkumpul di sekelilingnya. Satelah
semua kanak-kanak berkumpul pemuda tadi berjalan sambil meniupkan seruling dan diikuti oleh
semua kanak-kanak. Pemuda itu membawa kanak-kanak tersebut keluar dari pekan Hamelyn.
Setelah Ibu Bapa menyedari bahawa mereka akan kehilangan anak-anak, mereka mulai merasa
cemas kerana kanak-kanak telah meninggalkan mereka dan mengikuti pemuda tadi. Mereka
mengejar pemuda tadi dan merayu supaya menghentikan daripada meniup seruling dan
memulangkan kembali anak-anak mereka. Merka sanggup memberi semua harta benda yamg ada
asalkan pemuda tersebut mengembalikan anak-anak mereka.

Rayuan penduduk tidak diendahkan oleh pemuda tadi lalu mereka membawa kanak-kanak
tersebut menuju kesuatu tempat dan apabila mereka sampai disitu muncul sebuah gua dengan tibatiba. Pemuda tadi mesuk ke dalam gua itu dan diikuti oleh kanak-kanak. Setelah semuanya masuk
tiba-tiba gua tersebut gaib dan hilang daripada pandangan penduduk pekan tersebut. Mereka tidak
dapat berbuat apa-apa oleh kerana mereka telah memungkiri janji yang mereka buat. Merka
menyesal diatas perbuatan mereka tetapi sudah terlambat. Sesal dahulu pendapatan sesal
kemudian tidak berguna.
Sehingga hari ini penduduk pekan Hamelyn tidak melupakan kesilapan yang dilalukan oleh nenek
moyang mereka. Menepati janji adalah pegangan yang kuat diamalkan oleh penduduk pekan
Hamelyn sehingga hari ini.
2 Comments more
Mat Jenin
Pada suatu pagi Mat Jenin memanjat sepuluh batang pokok kepala. Dia sudah memetik lebih
daripada lima puluh biji kelapa.
Semasa memanjat pokok yang kesebelas, Mat Jenin sudah mula berangan-angan dengan upah
memetik kelapa itu nanti akan dibelikannya dua puluh biji telur ayam kampung. Setelah memetik
lima biji kelapa kering daripada pokok kelapa itu, Mat Jenin tiba-tiba terasa letih dan dia ingin
berehat di atas pokok.
Mat Jenin bertenggek di atas pelepah nyiur yang separuh kering. Dia pun memejamkan kedua-dua
belah matanya dan dia menyambung semula angan-angannya. Telur-telur ayam yang dibeli itu
akan dieramkan dan setelah membiak, ayam-ayam itu akan dijual. Kemudian wangnya akan
dibelikan beberapa ekor kambing dan setelah membiak cukup besar, kambing itu juga akan dijual.
Wangnya akan dibelikan juga beberapa ekor lembu.
Mat Jenin tersenyum gembira kerana lembu-lembunya sudah membiak dan gemuk-gemuk belaka.
Jika dijual tentu wangnya dapat dibelikan beberapa ekor kuda dan kuda itu berguna untuk
dijadikan tunggangan menghalau lembu-lembu di kawasan padang rumput.
Pada suatu hari semasa Mat Jenin bersiar-siar menunggang kuda putihnya, dia ternampak puteri
raja. Memang sudah lama Mat Jenin berangan-angan hendak berjumpa dengan tuan puteri. Mat
Jenin sungguh gembira kerana dia dapat membawa tuan puteri menunggang kuda bersam. Tuan
Puteri gembira dan meminta Mat Jenin memacu kuda lebih pantas.
Mat Jenin terasa badannya terhenjut-henjut dan barulah dia merasa bagaimana sebenarnya orang
menunggang kuda. Mat Jenin tidak sedar yang dia sedang terhenjut-henjut di atas pelepah nyiur.
Akibat terlalu pantas, kuda Mat Jenin telah tersalah lompat lalu ia terperosok ke dalam perigi buta.
Pada masa itulah Mat Jenin membuka matanya dan dia mat terkejut kerana dirinya sedang
melayang-layang di udara. Mat Jenin tidak segera buntu fikiran dan dia cuba mengimbangi badan
dan duduk diam di atas pelepah nyiur yang melayang itu. Akhirnya Mat Jenin berjaya mendarat
dengan kedua-dua belah kakinya tercegat.

Jiran-jirannya terlopong menyaksikan peristiwa itu dan Mat Jenin hanya tersenyum serta
bersyukur kepada Tuhan kerana telah selamat.
Usaha tetap jaya, tetapi angan-angan membawa celaka, kata jirannya setelah mendengar
cerita Mat Jenin.
0 Comments more
Pak Pandir Membaiki Rumah
Pak Pandir suami Mak Andih dan mereka berdua tinggal di rumah buruk. Keadaan itu
menyebabkan Mak Andih risau kerana apabila hujan air masuk melalui atap rumah mereka yang
bocor. Mereka selalu basah dan kesejukan. Mak Andih cuba memujuk Pak Pandir supaya
membaiki rumah mereka.
Eh, manalah saya tahu! Itu kerja tukang rumah, kata Pak Pandir cuba berdalih. Mak Andih
mendapat satu akal, dia membuat sebatang lorong yang bermula dari rumah mereka. Lorong itu
berbelit-belit merentas semak dan belukar yang akhirnya lorong itu sampai semula ke rumah
mereka.
Esoknya, Mak Andih meminta Pak Pandir mencari kerja dan katanya, ada orang di hujung
kampung mencari tukang rumah. Dia hendak membaiki rumahnya yang sudah buruk dan Mak
Andih pun menyuruh Pak Pandir bekerja di sana dan lama-lama Pak Pandir bersetuju. Maka,
berjalanlah Pak Pandir mengikut lorong itu hingga sampai ke sebuah rumah buruk.
Pak Pandir pun membaiki rumah itu dan bekerja dengan tekun. Dia menukar atap yang bocor,
mengganti dinding yang kopak dan memaku semula lantai yang roboh. Sepekan dia bekerja keras,
tuan rumah melayannya dengan baik dan menghidangkan Pak Pandir makanan dan minuman.
Pada hari yang kelapan, rumah itu siap dibaiki dan rupanya seperti rumah baru. Pak Pandir
mendapat upah yang lumayan dan dia berlari-lari pulang. Dia menunjukkan wang upahan kepada
Mak Andih isterinya. Tiba-tiba Pak Pandir hairan dan dia memandang ke sekeliling.
Eh, Andih! Rumah kita sudah dibaiki? Siapa yang baiki? Siapa tukangnya? tanya Pak Pandir.
Ya, bang. Rumah kita sudah pun dibaiki. Tukangnya tak lain tak bukan ialah Pak Pandir!
jawab isterinya ketawa terkekeh-kekeh.
Apa! Saya yang membaiki rumah ini? tanya Pak Pandir sambil menggaru kepala. Dia pun
akhirnya ikut tertawa terkekeh-kekeh.
2 Comments more
Si Luncai Dengan Labu-labunya
Si Luncai telah dijatuhkan hukuman oleh raja supaya dibuang ke tengah laut. Si Luncai dihukum
kerana kesalahannya mempermain-mainkan raja serta pembesar-pembesar baginda oleh itu dia
menerima hukuman itu dengan tenang.

Pesuruh raja pun bersiaplah membawa Si Luncai ke dalam perahu untuk dibawa ke tengah laut
kerana Si Luncai akan dibuang ke dalam laut itu nanti. Si Luncai telah dimasukkan ke dalam
sebuah guni dan dipikul ke pangkalan.
Apabila sekaliannya telah siap, maka perahu itu pun dikayuhlah ke tengah laut. Dari dalam guni
itu Si Luncai dapat melihat beberapa biji labu air terdapat di dalam perahu. Setelah lama mereka
berkayuh, maka Si Luncai berkata; kasihan benar aku melihat kamu semua terlalu teruk
berkayuh. Mahukah kamu semua jika aku ajarkan lagu untuk menghilangkan penat kamu semua
itu?
Salah seorang daripada mereka berkata; Diamlah kamu, sebentar lagi kamu akan dicampakkan
ke dalam laut ini. Mendengar kata-kata yang sedemikian itu, maka Si Luncai pun menyanyilah.
Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan! Biarkan!
Mendengar Si Luncai menyanyi itu, pesuruh raja itu mula tertarik dan beberapa orang pekayuh
mula menyanyi: Si Luncai terjun dengan labu-labunya!
Maka beberapa orang yang lain pun menjawablah: Biarkan! Biarkan! Akhirnya mereka
menjadi dua kumpulan menyanyikan lagu itu.
Si Luncai terjun dengan labu-labunya!
Biarkan! Biarkan!
Demikian lagu itu dinyanyikan berulang-ulang hingga lekalah mereka semuanya.
Melihatkan keadaan itu, maka Si Luncai pun keluar dari guni dan dia mengisikan beberapa biji
labu ke dalam guni itu dan kemudian dia mengambil dua biji labu yang lain lalu terjun dar perahu
itu. Si Luncai berenang ke tepian menggunakan pelampung labu air yang dua biji itu.
Apabila sampai ke tengah laut, pesuruh raja pun mencampakkan guni itu ke dalam laut. Pada
mereka, matilah Si Luncai dan merka pun baliklah memberitahu raja akan hal itu. Tiada siapa
yang tahu bahawa Si Luncai sebenarnya telah berenang sampai ke pantai.
7 Comments more
Helang Yang Setia
Al-kisah terdapat seorang pemburu mempunyai seekor burung helang yang sangat bijak. Setiap
kali dia pergi berburu, pemburu itu mesti membawa burung itu bersama.
Pada suatu hari, pemburu itu masuk ke dalam hutan untuk memburu dengan helang
kesayangannya. Sebaik tiba di dalam hutan, burung helang pun terbang sambil melihat ke bawah
mencari binatang yang diburu oleh tuannya.
Tiba-tiba burung helang terbang dengan pantas ke satu tempat. Melihat reaksi helangnya, pemburu
tahulah bahawa burung helang nampak binatang yang diburu. Apabila tiba ke tempat itu, pemburu

nampak seekor pelanduk yang sedang enak memakan buah-buahan hutan di situ. Tanpa disangka
pemburu, si pelanduk sedar akan kedatangan pemburu itu lalu menyelamatkan dirinya.
Pemburu dan helangnya pun mengejar pelanduk itu yang lari naik bukit dan turun bukit
menyelamatkan dirinya daripada diburu. Pelanduk itu berlari dan terus berlari sehingga tiba di tepi
sungai ia pun berhenti. Pelanduk itu mula resah kerana ia tidak boleh menyeberang sungai.
Akhirnya pemburu pun berjaya menangkap pelanduk itu setelah penat mengejarnya tadi.
Selepas penat pemburu mengejar pelanduk itu, pemburu mula rasa sangat dahaga dan dia pergi ke
tepi sungai untuk mencedok air sungai itu dengan tangan.
Apabila pemburu itu hendak meminum air sungai itu dengan tangan, tiba helangnya menepis air di
tangan pemburu. Pemburu itu mencedok air sungai sekali lagi, burung helang menepis tangan
tuannya sekali lagi.
Akibatnya pemburu itu sangat marah lalu memanah ke arah burung helang kesayangan yang
sedang terbang itu. Burung helang itu pun jatuh menyembah bumi di tepian hulu sungai.
Pemburu itu berlari untuk mendapatkan burung helangnya dan mendapati helangnya telah mati
dengan matanya yang terbuka, seolah-olah berkata, Tuan, kenapa tuan memanah saya? Apa
salah saya?. Tidak jauh dari tempat burung helang itu jatuh, pemburu itu ternampak seekor ular
berbisa yang telah mati. Racun daripada ular meleleh masuk ke dalam sungai.
Maka pemburu itu sedar mengapa helangnya itu menepis tangannya setiap kali dia hendak
mencedok air sungai tersebut. Sesiapa yang meminum air sungai itu pasti akan jatuh sakit kelak.
Rasa kesal memanah helangnya pun membuak dalam hati pemburu itu. Sungguh setia helang
aku, maafkan aku helang kata pemburu itu pada helangnya yang mati itu.