Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

KOTA KINABALU, SABAH


SEMESTER 3
TUGASAN ELEKTIF 1 : PENDIDIKAN JASMANI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) FASA III

Tugasan : Pelajar dikehendaki membuat pemerhatian, mengumpul maklumat berbincang dengan


guru dan merekod tentang perkara perkara berikut :

Pemerhatian terhadap kelas Pendidikan Jasmani


1. Semasa aktiviti memanaskan badan
a. Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan?
b. Adakah penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan diberikan kepada
pelajar?
c. Adakah otot otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberikan tumpuan?
d. Adakah aktiviti yang diberikan membahayakan otot otot, sendi dan lain lain anggota
badan?
2. Adakah keperluan warm up dijalankan dan diberikan penjelasan kepada pelajar?
3. Adakah peralatan Pendidikan Jasmani yang digunakan sesuai dengan aktiviti yang
dirancangkan?

4. Adakah pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti sesuai seperti yang dirancangkan?
5. Berikan saranan anda untuk tindakan penambahbaikan dalam pengajaran tersebut.
Tugasan ini merupakan satu bentuk latihan bertujuan memberikan kefahaman dan pendedahan
kepada pelajar tentang tanggungjawab seorang guru Pendidikan Jasmani. Tugasan ini memberi
peluang kepada pelajar membina pengetahuan dan pengalaman baru tentang keperluan menjaga
keselamatan sistem otot, sistem pernafasan, jantung dan anggota badan.
Prosedur Pelaksanaan Tugasan

1. Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa III dilaksanakan selama seminggu di sekolah
yang telah ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru (IPG) masing masing pada minggu
sebelum cuti pertengahan semester.
2. Penempatan pelajar di sekolah ditetapkan oleh Unit Praktikum Institut Pendidikan Guru masing
masing.
3. Hadir ke sekolah pada tarikh yang ditetapkan sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan
memaklumkan kepada Pengarah IPG dan Guru Besar jika tidak dapat hadir ke sekolah.
4. Membuat pemerhatian dan mendokumentasikan segala hasil tugasan secara berterusan untuk
tugasan yang diberikan.
5. Menyerahkan hasil tugasan PBS kepada Jabatan mata pelajaran elektif berkaitan pada masa
dan tarikh yang ditetapkan.

Format Penulisan
1.
2.
3.
4.

Laporan tugasan dibuat secara bertulis.


Panjang tugasan lebih kurang 5 muka surat.
Menggunakan font Arial, saiz 11 dan jarak 1.5.
Kertas A4 dalam bentuk Potrait.

Tugasan disediakan oleh

Disahkan oleh

________________________

________________________

( RAVI A/L MARGAPANDU )


Penyelaras PJM3063E
Anatomi dan Fisiologi (Elektif)
IPG Kampus Gaya
Kota Kinabalu

( IRWAN BIN ISDUP )


Ketua Jabatan
Jabatan PJK
IPG Kampus Gaya
Kota Kinabalu