Anda di halaman 1dari 9

LAMPIRAN

13,359 pelajar terlibat salah laku


disiplin berat
07 November 2014 2:14 AM

KOTA KINABALU 6 Nov. Kementerian Pendidikan merekodkan sebanyak 13,359 pelajar


sekolah rendah dan menengah di seluruh negara terlibat dalam salah laku disiplin berat atau yang
berunsur jenayah bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, kesalahan yang
dilakukan kumpulan pelajar tersebut melibatkan kes berunsur jenayah, kelucahan, ponteng
sekolah, vandalisme dan kes buli.
Katanya, daripada jumlah tersebut, seramai 4,568 murid terlibat dalam kes yang berunsur jenayah,
termasuk melakukan kegiatan jenayah berat seperti gangsterisme yang membawa kepada
siasatan pihak polis.

Kita sememangnya memandang serius dalam semua kes yang melibatkan masalah disiplin pelajar
sama ada ia jenayah gengsterisme, kelucahan, ponteng sekolah, vandalisme dan buli.

Pihak kementerian konsisten dalam mengenakan tindakan terhadap sekolah atau asrama yang
gagal menangani isu seumpama ini.

Tiada kompromi dengan perkara ini, malah tindakan tegas dikenakan kepada mana-mana pelajar
terlibat termasuk dibuang sekolah atau asrama, sementara bagi kes yang di bawah pihak polis kita
serahkan kepada pihak berwajib itu untuk melakukan siasatan dan tindakan sewajarnya, katanya
dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Khair berkata, daripada jumlah keseluruhan kes salah laku disiplin berat atau
berunsur jenayah bagi tempoh setengah tahun ini, kes buli melibatkan 1,314 pelajar di sekolah
atau asrama.

Walau bagaimanapun katanya, jumlah murid yang terlibat dalam kes buli bagi tempoh tersebut

mencatat penurunan, berbanding 2012 sebanyak 2,282 orang dan sebanyak 1,445 orang pada
2013 untuk tempoh sama.

Tegasnya, bagi menangani masalah dan disiplin pelajar, setiap asrama sekolah di negara ini
khususnya di bawah kementerian telah ditetapkan untuk mempunyai senarai warden yang
bertugas bagi memantau aktiviti harian murid.
Jelanya, kumpulan guru yang bertindak sebagai warden telah diberikan prosedur operasi standard
(SOP) dalam menghadapi sebarang masalah disiplin termasuk kemungkinan terjadinya kes buli.

SOP memang sudah ada dari segi bagaimana tindakan akan dilakukan, cara hendak menguruskan
kes kesalahan dan seterusnya melaporkan insiden yang berlaku. Kita ada operasi 1, 3, 7 iaitu hari
pertama melaporkan kejadian, dalam masa tiga hari sudah tahu apa yang telah berlaku dan
selepas tujuh hari laporan lengkap harus diserahkan, katanya.
Tambahnya, bagi mengatasi masalah disiplin pelajar dan membentuk jati diri baik dalam kalangan
pelajar, setiap sekolah menyediakan dua program kaunseling iaitu Pengurusan Disiplin Murid yang
melibatkan guru disiplin dan Khidmat Kaunseling.
Sementara itu, katanya, cadangan memasang kamera litar tertutup (CCTV) memang sudah ada
terutama di kawasan sekolah bagi menjaga keselamatan harta benda, namun tidak di dalam bilik
asrama kerana ada segelintir ibu bapa yang tidak bersetuju dengan tindakan itu.

103 pelajar
ditahan ponteng
sekolah
Oleh MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT ISA
utusanterengganu@utusan.com.my
Anggota Rela menahan pelajar dalam satu operasi
Gerak Gempur Basmi Ponteng Sekolah di beberapa buah
sekolah sekitar Kuala Terengganu, baru-baru ini .
utusan/Shaifudin Mohd Nor

KUALA TERENGGANU 28 Mac - Seperti pelajar lain, mereka turun dari rumah pada awal pagi lengkap
berpakaian seragam sekolah dan menggalas beg berisi buku.
Namun, dengan berjalan kaki atau bermotosikal pemberian bapa bagi menyenangkan mereka dan
dibekalkan wang saku, lokasi tujuan bukanlah ke sekolah sebagaimana yang dianggap oleh keluarga.
Mereka menuju ke premis kosong, belukar dan juga warung selain berpeleseran sekitar premis
perniagaan atau peranginan sementara menunggu waktu untuk pulang ke rumah kelak.
Senario yang digambarkan adalah masalah pelajar ponteng sekolah dan ia sesuatu yang tiada
berkesudahan dan usaha perlu terus dilakukan untuk menanganinya agar tidak menjadi gejala lumrah kerana ia
berkait rapat dengan gejala sosial yang boleh memusnahkan masa depan pelajar.
Dalam usaha terus mengejar kecemerlangan akademik di negeri ini, Jabatan Pelajaran Terengganu
menyedari penyimpangan sikap itu perlu turut diberi perhatian khusus.
Dalam operasi yang disasarkan kepada tiga buah sekolah menengah di sini baru-baru ini, 31 pelajar
berjaya ditahan manakala sebilangan lagi berjaya melarikan diri.
Ada di kalangan mereka yang ditahan dikesan positif dadah dan terbabit dengan gejala merokok.
Kesemua pelajar itu diberikan kaunseling dan
ibu bapa turut dimaklumkan oleh pihak sekolah dan
sebilangan daripada mereka terkejut dengan perlakuan
anak-anak.
Operasi itu digerakkan oleh Jabatan Pelajaran
negeri dengan kerjasama Ikatan Relawan Rakyat
(Rela), polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK),
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
(JKKK) serta guru sekolah.
Pengarah Pelajaran negeri, Razali Daud
berkata, operasi itu dilakukan secara serentak di
seluruh Terengganu bertujuan mengurangkan kadar
ponteng sekolah di kalangan pelajar di negeri ini.
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala
Terengganu, Azahar Abu Bakar (kiri) memberi nasihat kepada

Katanya, operasi itu juga boleh diibaratkan


sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada
pihaknya dalam merangka pelbagai pendekatan
menangani isu berkenaan.

pelajar sekolah yang ditahan ponteng sekolah.

Menurutnya, walaupun operasi itu pertama kali diadakan, beliau menyifatkannya sebagai berjaya.
Kejayaan ini bukan ditentukan oleh jumlah tangkapan walaupun kita berjaya menahan 103 pelajar
sekolah yang ponteng sepanjang operasi ini. Apa yang ingin kita tekankan ialah mengenai usaha berterusan
Jabatan Pelajaran negeri dalam membangunkan sahsiah pelajar, katanya kepada Utusan Malaysia.
Jelas Razali, kesemua 103 pelajar itu yang terdiri daripada 98 lelaki dan lima perempuan akan dipanggil
menghadiri kursus pembangunan kendiri yang dijalankan sekolah masing-masing secara berperingkat.
Kursus ini akan dijalankan secara berbeza di antara pelajar lelaki dan perempuan. Maklum balas yang
diterima daripada ibu bapa pelajar yang terlibat amat positif setakat ini.
Kita panggil ibu bapa ini ke sekolah selepas kita tangkap anak mereka kerana ponteng dan hampir
kesemua mereka akur dan tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam hal ini, kata Razali lagi.
Tambah Razali, pihaknya akan meneruskan operasi yang sama selepas ini secara berkala.
Menurutnya, banyak faktor mendorong ke arah gejala itu termasuk pengaruh persekitaran, masalah diri
pelajar diikuti masalah keluarga, pengaruh rakan sebaya di samping interaksi guru dengan pelajar.
Justeru jelasnya, langkah mengatasi masalah itu bukan menjadi tanggungjawab jabatan dan sekolah
semata-mata, tetapi perlu ditangani bersama ibu bapa, masyarakat dan pihak berkuasa secara berterusan.

Kisah Di Sebalik Kejayaan Nik Nur Madihah,


Pelajar Cemerlang SPM 2008
2

Dipetik daripada Warta Pendidikan Online, Jan 4 2012.

Ketika keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 diumumkan


seorang pelajar, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal membuat kejutan
apabila mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2. Kejayaan
pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi
(Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah
anak seorang nelayan yang hidup dalam keadaan serba kekurangan
berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga
yang agak senang.
Beliau yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006 itu
bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.
Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya
terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya
dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur.
Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka
sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu menjadi
tempat dia berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kirakira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.
WARTAWAN: Bagaimana timbulnya idea untuk mengambil 20
mata pelajaran dalam peperiksaan SPM tahun lepas?
NIK NUR MADIHAH: Sebelum ini jika dilihat kebanyakan pelajar
cemerlang datang dari keluarga yang senang seperti anak guru, pegawai
bank, oleh itu, timbul idea saya mahu buktikan kepada masyarakat
bahawa anak nelayan juga mampu mencatatkan kejayaan yang
cemerlang seperti orang lain. Jadi, saya mencabar diri sendiri supaya
mencatat sejarah dengan 20A.

WARTAWAN: Apakah resipi kejayaan dan bagaimana saudari


belajar sehingga mencatatkan keputusan cemerlang ini?
NIK NUR MADIHAH: Keputusan ini adalah di luar jangkaan, saya
sasarkan hanya 18A. Paling penting ialah banyak berusaha dan belajar
secara strategik, sekiranya timbul masalah cepat bertanya kepada guru
dan selebihnya bertawakal. Strategi yang saya maksudkan ialah memberi
tumpuan sepenuhnya ketika belajar kerana saya tidak mempunyai jadual
belajar yang khusus seperti orang lain. Saya belajar ketika terasa
mahu belajar sahaja tetapi ia berterusan.
WARTAWAN: Siapakah di sebalik kejayaan ini dan bagaimana
mereka membantu untuk kejayaan ini?
NIK NUR MADIHAH: Ibu bapa dan guru-guru banyak memberi
dorongan, tanpa mereka saya mungkin tidak mencapai kejayaan ini. Saya
sebenarnya merahsiakan kepada ibu bapa bahawa saya mengambil 20
mata pelajaran dalam SPM sehinggalah keputusan peperiksaan percubaan
keluar baru saya beritahu kedudukan sebenar dan mereka memberikan
sokongan malah ayah memberi cabaran tambahan. Saya rahsiakan sebab
saya mahu membuat kejutan. Jadi keputusan ini adalah sumbangan kecil
saya kepada ibu bapa yang banyak berjasa untuk membesarkan saya.
WARTAWAN: Dorongan guru-guru di Sekolah Menengah Arab
Maahad Muhammadi (Perempuan) bagaimana?
NIK NUR MADIHAH: Amat baik, malah guru yang menyelia saya,
Mohd. Razali Konok mencadangkan supaya saya berhubung dengan bekas
pelajar terbaik SPM 2006, Siti Fatimah Mukhtar, selepas itu saya sentiasa
berhubung dengannya untuk mendapatkan nasihat.
WARTAWAN: Sebagai anak nelayan, bagaimana kehidupan
saudari?
NIK NUR MADIHAH: Kehidupan kami sekeluarga amat sukar,
kadang-kadang tidak ada makanan. Oleh itu, sejak tahun enam
saya mengamalkan puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis.
Secara purata saya akan membawa wang poket tidak sampai RM1 malah
kadang-kadang tiada wang untuk makan di sekolah kerana wang yang
diberikan oleh ayah hanya cukup untuk tambang bas ke sekolah kira-kira

RM4 untuk pergi dan balik. Di sekolah saya hanya makan roti atau bawa
bekal nasi goreng. Saya menerima semua ini dengan reda kerana faham
ayah tidak mempunyai pendapatan tetap secara purata sekitar RM500
RM700 sebulan.
WARTAWAN: Bagaimana saudari belajar dengan keadaan rumah
yang sempit dan kurang selesa ini?
NIK NUR MADIHAH: Saya belajar di ruang tamu, Alhamdulillah
tiada gangguan kerana tiga adik saya sudah besar dan dua daripadanya
tinggal di asrama.
WARTAWAN: Adakah saudari merasa rendah diri berbanding
rakan-rakan lain yang lebih selesa dan mewah di sekolah?
NIK NUR MADIHAH: Tidak, malah saya menjadikan ia satu
cabaran untuk mengubah kehidupan keluarga kami. Kehidupan yang
sukar terutama ketika musim tengkujuh atau bot ayah rosak menjadikan
saya lebih insaf untuk berusaha bersungguh-sungguh. Pada ketika ayah
tidak dapat ke laut, kami hanya makan nasi berlauk telur goreng.
WARTAWAN: Kenapa tidak tinggal di asrama dan adakah saudari
mendapat kemudahan biasiswa?
NIK NUR MADIHAH: Kalau tinggal di asrama kos lebih tinggi, lagi
pun saya lebih selesa dan tenang belajar di rumah kerana tiada gangguan
walaupun rumah tidak sebesar mana. Saya tidak pernah mendapat
biasiswa dari mana-mana agensi cuma sumbangan yang diberikan oleh
guru-guru melalui Cikgu Razali sebanyak RM200 sebulan.
WARTAWAN: Adakah saudari mendapat tuisyen daripada pusat
tuisyen di luar sekolah bagi mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah?
NIK NUR MADIHAH: Tidak, ayah tidak mampu. Saya beruntung
kerana sekolah menyediakan guru lain untuk lapan mata pelajaran yang
tidak diajar di sekolah, saya bersama rakan-rakan akan belajar subjek
tersebut pada kelas tambahan ketika cuti hujung minggu tetapi bagi mata
pelajaran sastera saya belajar sendiri dan tidak pernah mengikuti kelas
secara formal. Lapan subjek ini, Pendidikan Agama Islam, Prinsip Akaun,

Perdagangan, Ekonomi, Tasawur Islam, Geografi, Sains dan Sastera saya


belajar ketika tingkatan lima.
WARTAWAN: Bagaimana dalam tempoh setahun saudari
mempelajari semua subjek-subjek ini?
NIK NUR MADIHAH: Seperti saya jelaskan tadi, banyak berusaha
dan bertanya. Idea untuk menambah lagi mata pelajaran hanya timbul
ketika tingkatan lima kerana pada tingkatan empat saya terpaksa
menumpukan pada 24 mata pelajaran termasuk 12 subjek agama untuk
peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU).
WARTAWAN: Adakah saudari menjawab semua soalan mata
pelajaran Sains dan Matematik seperti Fizik dan Kimia dalam bahasa
Inggeris?
NIK NUR MADIHAH: Ya, sebab lagi mudah dan ditekan oleh guru
sejak awal lagi.
WARTAWAN: Apakah hobi dan cita-cita saudari?
NIK NUR MADIHAH: Hobi saya ialah membaca, kalau ada masa
lapang saya akan membaca terutama novel tulisan Faisal Tehrani. Saya
bercita-cita untuk menjadi seorang ahli fizik, disebabkan tidak ramai
orang Melayu menjadi ahli fizik.
WARTAWAN: Di mana mahu melanjutkan pelajaran?
NIK NUR MADIHAH: Di luar negara tetapi tempat khusus atau
universiti mana saya tidak kisah. Saya akan melakukan sembahyang
istikharah untuk mendapat petunjuk daripada Allah SWT bagi membuat
pilihan terbaik tempat melanjutkan pelajaran.

Fakta Mengenai Nik Nur Madihah


1.

Dalam zaman serba canggih ini, Madihah tidak pernah keluar daripada
Kelantan tetapi mengetahui tentang semua tempat disebabkan selalu melayari
internet.

2.

Disebabkan tidak ada duit, dia hanya melayari internet di perpustakaan awam
dan membaca buku atau novel kegemarannya di situ.

3.

Ibu bapanya mempunyai kesedaran ilmu yang tinggi, walaupun susah dan
kadang-kadang terlepas makan kedua ibu bapanya mengumpul duit sedikit demi
sedikit untuk membeli komputer bagi mendedahkan anak-anaknya tentang IT.

4.

Adiknya yang ketiga merupakan pelajar tajaan Permodalan Nasional Berhad


(PNB) dan belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi. Yang
kedua belajar di Sekolah Menengah Teknik Bachok dan bekas pelajar MRSM Kota
Putra.

5.

Biar pun susah bagaimana sekali pun Madihah tidak pernah meminta-minta
dan meneruskan perjalanan hidup seperti biasa malah menjadikannya sebagai satu
cabaran.

6.

Madihah seorang pendiam dan agak pemalu, sepanjang tempoh wawancara


dibuat Madihah cuba menyembunyikan kesusahannya sehingga ada beberapa
jawapan datang daripada ibu dan gurunya.

7.

Madihah kata keputusan percubaan SPM nya teruk, 14 A dan 5 B.

8.

Rumah Madihah memang sempit, hanya selesa untuk 4 orang sahaja tetapi
satu yang pelik walaupun di luar sangat panas tetapi dalam rumah tidak terasa
sangat walaupun bersesak dan beratap zink.

9.

Ada sebuah universiti tempatan menawarkan tempat untuk Madihah, bukan


untuk peringkat sarjana muda tetapi PhD.

Kisah kejayaan Nur Madihah membuktikan tidak kira siapa anak


nelayan, anak penoreh getah, anak petani, anak peguam, anak doktor
dan anak menteri semuanya boleh berjaya. Yang penting ialah berusaha
dan belajar tanpa mengenal erti jemu untuk berjaya.
Tips-tips Kecemerlangan Daripada Nik Nur Madihah
Beliau menggariskan beberapa tips yang diamalkannya yang banyak
membantu beliau menghadapi 20 subjek yang diambilnya. Antara yang
sempat disenaraikan oleh beliau adalah seperti berikut:

Fokus dan beri sepenuh tumpuan semasa di dalam kelas. Para pelajar
diingatkan supaya memberikan tumpuan dan tidak mudah dipesongkan dengan
perkara-perkara lain semasa proses pembelajaran di dalam kelas. Sebahagian murid
mungkin suka berkhayal, bersembang dan bermain-main di dalam kelas.

Hargai masa. Masa lebih berharga dari emas, kerana emas yang hilang masih
boleh diganti tetapi yang terbuang tidak akan dapat digantikan lagi dan akan hilang
buat selama-lamanya. Sikap suka bertangguh adalah sebenarnya pencuri masa.

Suka bertanya. Sikap suka bertanya adalah penting bagi mendapatkan


penjelasan bagi mana-mana perkara yang tidak difahami. Beliau mengamalkan
sikap suka bertanya terutama dalam matapelajaran mathematik dan sains.

Di antara slogan-slogan yang menjadi pegangan beliau adalah:

99% dari kegagalan adalah dari mereka yang mencari-cari alasan.

Belajar dari kesilapan.

Usaha yang terbaik dan bertawakkal Usaha tanpa tawakkal adalah


kesombongan. Tawakal tanpa usaha adalah angan-angan kosong.

Tiada yang mustahil, Allah swt maha berkuasa.

Belajar atau mencari ilmu adalah tuntutan agama jalan menuntut ilmu
adalah jalan menuju syurga.

Anda mungkin juga menyukai