Anda di halaman 1dari 2

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (1)

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi melahirkan rasa


kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak ternilai.Jadikanlah kami
hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur di atas nia`mat yang
melimpah ruah kepada kami .

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin


menimba ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi
kami sebagai hambaMu yang Engkau redhai.
Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah
kepada kami apa kiranya ilmuMu. Sinarilah hati-hati kami dengan
cahaya dan hidayahMu. Semoga dengannya kami mudah
menerima dan menghayati serta mengamalkannya.

Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota,


kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga
dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan
mampu mengangkat martabat diri, keluarga,
masyarakat dan negara.

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (2)

Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang menguasai langit dan bumi.


Hanya padaMu sahaja kami panjangkan kesyukuran di atas segala
rahmat yang Engkau kurniakan.

Bersempena dengan perhimpunan ini kami mohon inayah dan


taufikMu. Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian serta
kesihatan jasmani dan rohani. Bukakanlah hati-hati kami,
lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuan
serta bimbingan dari guru-guru yang kami kasihi.
Kami memohon dengan kudrat dan IradatMu, berikanlah kami
kekuatan dan ketabahan menghadapi perjuangan bagi mencari dan
menimba ilmu pengetahuan serta permudahkanlah kami
untuk beramal dengan penuh keikhlasan

Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan,


Jadikanlah kami, guru-guru kami dan pemimpin-pemimpin kami
terus berkhidmat dengan istiqamah untuk menabur bakti
membangunkan umat , masyarakat, bangsa dan agama.
Ya Allah ya Tuhan kami jadikanlah negara kami sebuah negara
yang mendapat limpahan rahmat dan nikmat. Kekalkanlah
keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.

Anda mungkin juga menyukai