Anda di halaman 1dari 13

ARTIKEL;

Gaya Hidup Sihat Cegah Penyakit

Cadangan makan sehingga 80 peratus kenyang mengelakkan kita makan secara berlebihan
hingga memudaratkan kesihatan. - Gambar hiasan.
Apa yang anda bayangkan dengan angka 88888? Bagi masyarakat Cina, lapan
menjadi angka membawa tuah kerana sebutannya dalam bahasa Cina, batt seakan sama
dengan sebutan bertuah atau kekayaan, fatt.Kini formula lima angka lapan ini akan
membawa tuah pada kesihatan jika anda amalkan secara berterusan.
Kempen 88888 ini diperkenalkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai
pada Januari awal tahun lalu. Menurut beliau, formula ini merupakan amalan gaya hidup
yang dapat menghindari penyakit tidak berjangkit.Ia merangkumi makan sehingga 80
peratus kenyang, makan malam sebelum pukul 8 malam, minum lapan gelas air, tidur cukup
lapan jam dan berjalan kaki 8,000 langkah sehari.
Pengarah Perkhidmatan Perubatan Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Abu Hasan
Samad memberitahu, orang ramai boleh mengubah amalan pemakanan dan senaman
menerusi formula ' 88888 '."Jika kita lihat gaya hidup masyarakat dahulu dan sekarang
sangat berbeza. Dulu masyarakat tidak makan makanan segera sebaliknya makan sayursayuran yang ditanam sendiri.Pada hari ini kita banyak menyambut majlis perayaan dengan
hidangan pelbagai makanan. Ini menyebabkan kita banyak makan tetapi kurang
menggunakan fizikal untuk mengeluarkan peluh. Sebab itulah, kementerian menyeru
masyarakat mengubah gaya hidup melalui makanan dan senaman dengan kaedah 88888,"
ujarnya.Tambah beliau, cadangan makan sehingga 80 peratus kenyang menggalakkan kita
merancang makanan. Jadi, kita akan makan apa yang perlu sahaja.Bahaya makan lewat
malam.

Selain itu, orang ramai turut digalakkan makan sebelum pukul lapan malam.
"Seperti yang kita tahu, ada segelintir masyarakat yang enam kali makan sehari iaitu
sarapan, minum pagi, tengahari, minum petang, makan malam dan lewat malam.
Amalan makan tengah malam adalah bahaya.Ini kerana budaya makan lewat malam sudah
menjadi satu perkara biasa bagi mereka yang bergelar warga kota. Mana tidaknya, mereka
gemar mengunjungi premis-premis restoran atau gerai yang dibuka 24 jam setiap hari,"
ujarnya.
Beliau menambah, ramai antara mereka tidak sedar risiko kesihatan jangka panjang
yang mereka boleh hadapi secara beransur-ansur akibat pembawaan budaya ini.
Sekiranya mereka melakukan aktiviti berat seperti bersukan tiada salahnya mengambil
makanan berlebihan di waktu malam.Bagaimanapun, ia menjadi masalah yang besar
kepada individu yang tidak melakukan apa-apa aktiviti di waktu malam kerana akan
terdedah kepada masalah kegemukan. "Protein dan karbohidrat adalah nutrien yang amat
diperlukan oleh badan tetapi sekiranya berlebihan ia menjadi punca penyakit yang berkait
dengan kolestrol.Ditambah pula kadar metabolisme yang rendah pada badan di waktu
malam. Kalori yang tidak digunakan akan bertukar menjadi lemak dalam badan," ujarnya.
Sekiranya makan lewat dari pukul 8 malam ke atas, kemungkinan badan kita gagal
membakar kalori yang diproses daripada makanan yang dicernakan.Ini kerana pergerakan
aktiviti malam yang terhad dan bertambah teruk sekiranya tidur terus selepas makan kerana
lemak yang tidak dibakar kepada bentuk tenaga akan terkumpul di dalam badan.
Dr. Abu menjelaskan, lama-kelamaan aktiviti ini akan menjadi masalah perut buncit
dan gemuk sebelum ia berubah menjadi kepada obesiti untuk tahap yang lebih serius.
Beliau menasihatkan pengambilan makanan yang terbaik ialah makan sebelum pukul lapan
malam,minum air dan cukup tidur. Selain makanan, air juga penting untuk tubuh badan.
"Kita disarankan mengambil lapan gelas air bersamaan dua liter sehari. Jika kita
kurang minum air, badan akan menjadi kering. Ia juga menyebabkan kencing menjadi pekat
dan memberi kesan pada buah pinggang atau penyakit lain seperti batu karang," ujarnya.
Menurut Dr. Abu, tidur juga penting kerana ia merupakan masa rehat yang terbaik.
Namun, kebanyakan daripada kita pada hari ini tidur lewat iaitu selepas 12 tengah malam.
Akibatnya, kita hanya tidur empat hingga lima jam sahaja.Nasihatnya,golongan dewasa
perlu tidur selama tujuh hingga lapan jam sehari."Sebab itulah, kita dinasihatkan makan
awal supaya kita boleh tidur dua jam selepas itu. Pukul 10 malam adalah waktu yang terbaik
untuk tidur dan kita boleh bangun seawal enam pagi.Bangun pada waktu pagi baik untuk
kecergasan dan kesegaran badan," katanya.Selain tidur, kita juga digalakkan melakukan
senaman.
Dr. Abu tidak menafikan kebanyakan orang pada hari ini sukar melakukan senaman
seperti berjoging atau ke gim.Jadi,dengan berjalan sekurang-kurangnya 8000 langkah
2

sehari, kita dapat membakar kalori."Masalahnya, ramai yang sering membeli alasan apabila
hendak berjalan kaki ke sesuatu tempat seperti panas dan penat.Bukan itu sahaja, anakanak di rumah tidak banyak melakukan pergerakan fizikal kerana mereka tertumpu pada
permainan video atau gajet. Tanpa melakukan senaman, badan menjadi lesu dan boleh
menggalakkan obesiti," ujarnya.
Justeru, kita digalakkan berjalan seperti menaiki tangga yang boleh kita lakukan di
pejabat dan lupakan fungsi lif untuk sementara waktu.Selain itu, Dr. Abu berharap, orang
ramai mengamalkan gaya hidup sihat lain seperti berhenti merokok.
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

ULASAN KRITIKAN ARTIKEL


Gaya hidup sihat boleh ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa
impak positif kepada diri seseorang atau masyarakat.Gaya hidup sihat merupakan amalan
kehidupan yang membina,dimana ia dapat membawa kesan yang positif kepada seseorang
individu.Gaya hidup sihat merupakan salah satu aspek yang penting dalan menjaga tahap
kesihatan seseorang. Antara contoh amalan gaya hidup sihat ialah seperti mengambil
makanan yang seimbang, mengamalkan aktiviti senaman, tidur atau rehat yang mencukupi.
Melalui kempen 88888 yang diperkenalkan oleh Menteri Kesihatan,Datuk Seri Liow
Tiong Lai, yang mana dengan mengamalkan formula ini, ia dapat menghindarkan penyakit
tidak berjangkit. Formula ini merangkumi makan sehingga 80 peratus kenyang, makan
3

malam sebelum pukul 8 malam,minum 8 gelas air sehari, tidur cukup 8 jam dan berjalan
kaki 8000 langkah sehari. Menurut Dr Abu Hasan Samad,amalan pemakanan dan senaman
seseorang individu perlu diubah kepada formula 88888. Apa yang dapat dilihat gaya
pemakanan masyarakat sekarang boleh memudaratkan kesihatan seseorang individu.
Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang
bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan
segera.Tidak kurang juga masyarakat kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan
berlemak ataupun makanan yang mempunyai garam,gula atau perasa tambahan yang
tinggi.
Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil makanan
yang seimbang. Oleh itu, tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan
mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan. Sebagai contohnya, seseorang itu perlu
banyak mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta
mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan
cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan
diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya.
Selain itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.
Hal ini akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah
pinggang, dan pankreas berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya
seperti penyakit jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan
lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang perubatan. Dengan cara itu, langkah
pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera. Hal ini demikian kerana, alat-alat
perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah sudah
terhantuk baru nak tengadah.
Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia. Dengan
mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Oleh
itu, setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu,
sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum
hujan, iaitu seseorang itu akan dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya badan akan
menjadi sihat melalui aktiviti senaman. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk
seperti amalan budaya makan lewat malam yang mana sudah menjadi satu perkara biasa
bagi warga kota, sukar melakukan senaman seperti berjoging atau ke gim dan berhenti dari
amalan merokok.Amalan ini seterusnya akan melahirkan rakyat yang sihat dan produktif
selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara.
Secara keseluruhannya, amalan gaya hidup sihat memang perlu dijadikan budaya
untuk melahirkan rakyat yang sihat. Jadi, Kementerian Kesihatan perlulah mengambil
langkah yang proaktif untuk merealisasikan impian negara kita itu. Sekiranya langkah
4

tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan
cergas tidak akan menjadi kenyataan. Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang sihat
dan cergas akan menjadi realiti jika semua pihak saling bekerjasama iaitu, yang berat sama
dipikul, yang ringan sama dijinjing.Oleh itu penjagaan kesihatan adalah satu nilai keutamaan
dalam kehidupan yang harmoni dan sejahtera.

RANCANGAN PENGAJARAN MINGGUAN


PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 1
MINGGU

FOKUS

STANDARD
KANDUNGAN

2. Kesihatan Mental,
Emosi dan Sosial.

2.1 Memahami
perasaan.

Pengurusan Mental
dan Emosi.

Contoh Aktiviti:
Murid bermain
kotak beracun
dengan iringan
murid.
Murid
melakonkan
memek muka.

2. Kesihatan Mental,
Emosi dan Sosial.

2.1 Memahami
perasaan.

Pengurusan Mental
dan Emosi.

Contoh Aktiviti:
Murid mengambil
gambar daripada
kotak misteri.
5

STANDARD
PEMBELAJARAN

Mempamerkan
perasaan
yang dialami
seperti
gembira,
sedih, takut,
marah dan
malu.

2.1.2 Membezakan
antara kehendak dan
keperluan.

CATATAN/EMK

Pemerhatian /
Lakonan /
Lembaran Kerja
Cadangan EMK :
TMK / Kreativiti dan
Inovasi
Modul: m/s 65.

Bersoal Jawab /
Perbincangan /
Lembaran Kerja
Cadangan EMK :
Kreativiti dan
Inovasi

2. Kesihatan Mental,
Emosi dan Sosial.
Pengurusan Mental
dan Emosi.

Murid melekatkan
gambar mengikut
kehendak dan
keperluan.

2.2 Mengetahui cara


mengurus perasaan
mengikut situasi.
Contoh Aktiviti:
Murid bercerita
pengalaman.
Murid
melakonkan
reaksi perasaan.

Modul: m/s 68.

2.2.1 Menunjukkan
cara meluahkan
perasaan yang
sesuai
mengikut
situasi.

Bercerita /
Lakonan /
Lembaran Kerja
Cadangan EMK :
Kreativiti dan
Inovasi
Modul: m/s 73.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 1

Mata Pelajaran

: Pendidikan Kesihatan

Standard Kandungan

: 2.1

Standard Pembelajaran : 2.1.1


Kemahiran

: Pegurusan Mental dan Emosi

Tarikh

: 10 April 2014

Masa

: 7.40a.m 8.10 a.m

Tahun

: 1 Bijak

Bil. Murid

: 28 orang

Pengalaman Sedia
ada murid

Hasil Pembelajaran

: Murid pernah mengalami perasaan gembira,sedih,takut, marah dan


malu melalui gambaran memek muka.

: Pada akhir P&P murid dapat


6

Psikomotor

: Murid boleh mempamerkan perasaan melalui memek muka.

Kognitif

: Membezakan setiap perasaan yang dialami melalui memek muka.

Afektif

: Merasakan pelbagai perasaan yang dialami melalui memek muka


yang dihasilkan.

Penerapan nilai

: Tanggungjawab,kasih sayang, simpati.

KBKK

: Menjana idea (meneka perasaan berdasarkan memek muka).

Pengabungjalinan

: Mengenalpasti perubahan memek muka melalui pemerhatian-Sains.

BBM

: kotak beracun,kad imbasan perkataan,pemain cd.

Langkah/
Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set
induksi

Pengenalan tajuk
pelajaran :

1. Guru membuat lakonan memek muka


sedih dihadapan kelas.

(5 minit)

Mempamerkan
perasaan yang
dialami seperti
gembira,sedih,
takut,marah dan
malu.

Murid bertanyakan soalan;


Mengapa cikgu sedih?

Kaedah;
-lakonan
- Lisan
-soal jawab

(guru bebas memberikan jawapan)

2. Guru memberitahu murid-murid


bahawa mereka akan mempelajari
memahami perasaan melalui memek
muka.

Langkah 1
Mengenalpasti
Perkembangan perasaan
berdasarkan
(13 minit)
memek muka
yang dibuat.

1. Murid bermain kotak beracun diiringi


dengan muzik.
2. Apabila muzik dihentikan,murid yang
memegang kotak beracun terpilih
mempamerkan memek muka
berdasarkan cabutan kad perkataan
perasaan.
3. Murid-murid akan meneka perasaan
berdasarkan memek muka yang
ditunjukkan.

BBM:
-Kotak beracun
-Radio dan CD
muzik
-kad perkataan
perasaan
Nilai murni;
-kerjasama
-berani

4. Aktiviti permainan kotak beracun akan


dimainkan sebanyak 3kali dengan cara
yang sama.

Langkah 2
(7 minit)

Mempamerkan
memek muka
berdasarkan
perasaan yang
dinyatakan

1.Guru mempamerkan kad imbasan


perkataan perasaan gembira,sedih,
takut,marah dan malu satu persatu
dihadapan kelas.

BBM:
- Kad imbasan
perkataan

2. Secara spontan semua murid


mempamerkan memek muka
berdasarkan kad imbasan perkataan
yang dipamerkan guru
3. Guru membantu murid dalam
memudahkan aktiviti yang dijalankan.

Penutup
(5 minit)

Menguji
kefahaman murid
melalui latihan
pengukuhan.

1.Guru mengedarkan lembaran kerja


kepada setiap murid.
2. Lembaran kerja 1,murid mengisi
tempat kosong dengan perkataan
perasaan yang sesuai mengikut memek
muka.
3. Lembaran kerja 2,murid melengkapkan silang kata mengikut gambar.
4. Guru bersoaljawab dengan murid dan

BBM:
-lembaran kerja
1 dan lembaran
kerja 2.

membuat rumusan pdp pada hari ini.

CD RAKAMAN PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN

LAPORAN REFLEKSI;
Pertamanya saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah inayahNya dapat saya
melaksanakan satu tugasan mengajar dan merakamkannya dalam bentuk video pengajaran
makro. Di sini saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarahpensyarah IPGK Raja Melewar yang terlibat secara langsung sebagai penilai kerja kursus
ini. Semoga semua tugasan yang saya hasilkan menepati kehendak soalan.
Ucapan terima kasih jua kepada guru-guru sekolah SK Dato Bandar Rasah yang banyak
membantu saya dari segi tenaga dan idea dalam proses pelaksanaan tugasan yang diberi.
Semoga segala usaha dilakukan diberkati Ilahi hendaknya.
Pada permulaan sesi pengajaran dan pembelajaran,dalam langkah set induksi,saya
cuba menarik perhatian murid melalui kaedah lakonan yang saya lakukan.Melalui kaedah ini
saya berjaya menarik perhatian murid dimana tumpuan diberikan sepenuhnya kepada
lakonan yang saya lakukan.Selepas itu murid bertanyakan soalan apa yang telah berlaku
kepada saya.Ini menunjukkan murid memberikan perhatian sepenuhnya dalam pengajaran
yang sedang berlaku.Seterusnya dalam langkah perkembangan ,melalui kaedah main
sambil belajar murid seronok menjalankan aktiviti permainan kotak beracun walaupun
kedudukan tempat murid untuk menjalankan aktiviti tidak begitu kondusif, namun aktiviti
dapat dijalankan dengan sempurna dan murid-murid dapat memberikan kerjasama yang
baik.Namun begitu ada juga murid yang tidak berjaya melaksanakan aktiviti yang
diberi,contonya tidak dapat melakukan memek muka mengikut arahan yang dikehendaki.Ini
mungkin disebabkan perasaan malu yang ada pada murid untuk melakukan dihadapan
kelas. Pada langkah 2,
penggunaan kad imbasan perkataan sebagai bahan bantu pengajaran dapat menguji
pengetahuan dan mengenalpasti tindakan yang dilakukan secara spontan melalui aktiviti
memek muka.Apa yang dapat saya perhatikan,murid-murid telah dapat memahami pelbagai
perasaan melalui reaksi memek muka yang dilakukan mengikut panduan yang diberikan
oleh guru. Pada peringkat langkah penutup, dua aktiviti lembaran kerja yang diberikan
sebagai latihan pengukuhan dapat menguji kefahaman murid Lembaran kerja yang

10

berbentuk mengisi tempat kosong dan silang kata amat bersesuaian sebagai latihan
pengukuhan.

Tugasan ini banyak membantu saya meningkatkan dan menambahkan lagi ilmu
pengetahuan saya sebagai seorang guru. Diharapkan segala pengetahuan ini dapat
dicurahkan kepada anak didik saya di sekolah dalam segala usaha bersesuaian dengan
transformasi pendidikan masa kini.
Secara amnya saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan sebaik mungkin. Secara
keseluruhannya saya juga berpuas hati dan berbangga kerana objektif pengajaran pada hari
itu tercapai dengan baik. Murid-murid juga bersemangat dan memberi kerjasama yang
sepenuhnya menyebabakan tiada masalah dari segi pengawalan kelas. Fizikal kelas saya
pada hari ini juga sangat ceria dan di sini dapatlah memberi keselesaan kepada murid-murid
saya belajar dengan lebih ceria dan mantap. Proses pengajaran dan pembelajaran juga
berlaku dua hala. Murid-murid memberi respon kepada soalan-soalan yang dikemukan oleh
saya,
Kesimpulan yang dapat dibuat,ekoran daripada membuat refleksi ini, saya dapat
mengambil kesempatan untuk memuhasabah diri saya dalam melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran terutama pada tajuk ini. Masih banyak perkara yang perlu
saya perbaiki. Justeru saya perlu mengambil beberapa langkah segera dan bersesuaian jika
saya diberi peluang mengajar pada lain kalinya. Perkara-perkara yang boleh menyebabkan
proses pengajaran dan pembelajara menjadi lemah perlulah segera diatasi dan juga
dielakkan dari berlaku. Yang sedemikian seseorang guru haruslah memiliki sifat kreatif, kritis
dan inovatif. Hal ini akan lebih menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan secemerlang mungkin. Walaubagaimana dan apa cara pun yang paling penting
adalah berlakunya proses guru mengajar dan murid belajar di dalam kelas. Perkara ini lebih
diutamakan kerana ianya merupakan proses pengajaran atau penyampaian ilmu yang
sebenar. Murid dididik secemerlang mungkin akhlak dan peribadinya selaras dengan
keseimbangan dari segi JERI merupakan objektif yang paling diharapkan oleh semua warga
pendidik sesuai dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sekian terima kasih.

11

Pentaksiran Dalam Penilaian Pengajaran Pendidikan Kesihatan


Setelah selesai pengajaran dan pembelajaran dijalankan,apa yang saya dapat
dirumuskan, bahawa rancangan pengajaran dan pembelajaran saya pada kali ini perlu
disemak dan dinilai semula. Aspek yang dinilai dan disemak adalah dari segi persembahan,
kaedah, media, bahan dan tahap penglibatan murid.
Dari aspek persembahan pengajaran ,penggunaan ayat mudah dan arahan yang jelas
melancarkan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dari segi kaedah dan media
yang digunakan adalah menarik minat murid dan segala bahan yang digunakan tidak terlalu
sukar untuk murid melaksanakannya dan bersesuaian dengan murid. Langkah-langkah
yang dibina dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat memerlukan penglibatan
semua murid secara aktif. Saya membuat kesimpulan bahawa isi pelajaran pada kali ini iaitu
penerangan mengenai mempamerkan perasaan iaitu meluahkan pelbagai perasaan melalui
gambaran memek muka yang dilakukan oleh murid sebagai aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Dimana murid dapat mengenalpasti perasaan melalui memek muka yang
dilakukan secara individu. Melalui kajian yang dilakukani kelemahan kelemahan tersebut
untuk penambahbaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesaan pada
masa akan datang. Saya juga akan berusaha untuk mengubah kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran yang lebih bersesuaian dengan murid saya.Sebagai tindakan
lanjutan, guru perlulah mempelbagaikan suara dan nada supaya apa yang ingin
disampaikan kepada murid-murid menjadi lebih menarik. Kebaikan teknik lakonan ialah ia
dapat melengkapi murid dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan reaksi anggota badan
. Kaedah ini menggalakkan murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif khasnya
apabila guru menanyakan soalan berlandaskan pengalaman. Penggunaan ayat-ayat yang
mudah untuk menggambarkan situasi tertentu dan memiliki kebolehan memanipulasi mimik
muka untuk menunjukkan emosi yang berlainan.
Kaedah merupakan salah satu cara untuk mempelajari dan menguasai bahasa
dengan mudah. Penglibatan dalam kaedah permainan akan memberi peluang kepada murid
lemah ini untuk memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat
dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran
berbahasa murid antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Oleh
itu, saya yakin bahawa teknik permainan bahasa akan dapat membantu murid muird saya
untuk mempelajari teknik sebenar pengajaran, terutama dalam menceritakan pengalamam
ataupun isi pelajaran pengajaran hari ini.

RUJUKAN

12

1. Aminudin Yusof(2005),Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2


, KualaLumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
2.Mencontohi tabiat, cara makan Rasullullah. Dicapai pada 14 Mac2012
:http://www.bharian.com.my/articles/Mencontohitabiat_caramakanRasulullah/Article/.
3.kesihatansemua.blogspot.com///gaya-hidup-sihat-gaya
4.http://www.ipislam.edu.my/gaya hidup sihat cegah penyakit

13