Anda di halaman 1dari 2

Perutusan nabi Muhammad S.A.

W sebagai rahmat sekalian alam dilihat


membawa sinar baru dalam kehidupan masyarakat yang selama ini hidup dalam
kegelapan. Perubahan demi perubahan yang dibawa oleh baginda rasulullah
S.A.W dalam menyususn kehidupan masyarakat telah meletakkan baginda
sebagai contoh ikutan sepanjang zaman. Perjalanan hiduprasulullah S.A.W
sebagai seorang pemimpin dan daie amat sinonim dengan tugas sebagai
pendidik. Ketinggian peribadi baginda rasulullah S.A.W menjadi contoh terbaik
kepada golongan pendidik untuk melahirkan generasi yang berkualiti, berwibawa
serta meneladani sifat-sifat rasulullah menerajui kepimpinan, kekeluargaan,
pentadbiran, politik dan pendidikan Negara dibawah pemerintahannya.
Oleh itu, dalam tugasan kedua ini saya memilih tajuk pembukaan kota
makkah kerana tajuk ini sangat sinonim dengan aspek-aspek kepimpinan,
pendidikan, nilai kekeluargaan, politik dan pentadbiran dengan situasi kehidupan
masyarakat masa kini. Pembukaan kota makkah bermaksud pembebasan Kota
Makkah daripada pengaruh, amalan dan

cengkaman jahiliah pada masa

tersebut. Sebelum Makkah dikuasai oleh Islam, makkah berfungsi sebagai pusat
penyembahan berhala yang menjadi amalan tradisi masyarakat Arab jahiliah.
oleh itu, Kejayaan Rasulullah dan pengikutnya membuka kota Mekah memberi
makna yang besar dalam sejarah kejayaan penganut Islam mengembalikan
kesucian Kaabah kepada asalnya seperti yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan
putranya Nabi Ismail A.S. oleh itu, dalam peristiwa pembukaan kota makkah
terdapat beberapa aspek yang boleh kita hubungkaitkan dengan situasi
kehidupan masyarakat hari ini, antaranya ialah :
1. Aspek kepimpinan
Apabila kita meneliti sirah rasulullah, menyingkap peristiwa pembukaan kota
makkah, kita sebagai rakyat Malaysia harus bersyukur kerana dapat tinggal
dengan

aman

dan

tenteram

dengan

kepimpinan

Negara

yang

bijak

mengguruskan hal-hal Negara dengan baik. Contohnya apabila kita rakyat


Malaysia digemparkan dengan berita pencerobohan di lahad datu sabah yang
telah mengorbankan beberapa pejuang Negara. Kebijaksanaan pimpinan
Negara harus diberikan pujian kerana dapat menyelesaikan isu ini dengan
baik

tanpa

mengakibatkn

hal

yang

tidak

diingini

berlaku.

Daripada

penyelesaian peristiwa berdarah lahad datu sabah ini, kita dapat mengambil
iktibar bagaimana ciri-ciri kebijaksanaan kepimpinan rasulullah memimpin
tentera islam dan sahabat menawan semula makkah dan memerangi tentera

musyrikin. Rasulullah menggunakkan strategi yang bijak bermula dari


perjanjian hudaibiah seterusnya penaklukan kota makkah. Kita dapat melihat
bagaimana rasulullah menakutkan tentera musyrikin makkkah dengan
meminta tentera islam menyalakan obor yang banyak pada waktu malam
ketika hendak menakluk kota makkah sehingga menyebabkan tentera
musyrikin ketakutan kepada tentera islam. Rentetan daripada isu hangat
dunia masa kini tenteng pencerobohan dan peperangan di palestin juga
memberi impak yang besar kepada seluruh umat islam. Akan tetapi, dengan
kebijaksanaan dan kesabaran pemimpin Negara islam tersebut, isu itu dapat
dileraikan dengan berakhirnya peperangan diantara dua buah Negara
tersebut. Beginilah kepimpinan yang harus kita tonjolkan sepertimana
kepimpinan pada zaman rasulullah memerangi musyrikin makkah sewaktu
pembukaan kota makkah kerana rasulullah kita pernah menyerah kalah dan
berputus asa untuk menegakkan syiar islam. oleh itu, sebagai seorang
pemimpin haruslah memperlihat ciri- ciri kepimpinan rasulullah untuk
mentadbir sebuah Negara yang aman dan damai serta diberkati oleh allah
S.W.T.
2. Nilai kekeluargaan

Selain itu, kita juga dapat melihat bagaimana umat islam menghormati
kepimpinan rasulullah pada masa tersebut dalam apa situasi sekalipun.
Semasa pembukaan kota makkah, keberadaan baginda selama Sembilan
belas hari di makkah telah mencerminkan kepimpinan kota makkah yang
harmoni apabila islam mula bertapak dan menghapuskan amalan jahiliah
yang diamalkan oleh penduduk musyrikin makkah terdahulu.

Anda mungkin juga menyukai