Anda di halaman 1dari 2

LARI BERGANTI-GANTI

Latihan ansur maju


Latihan mendorong
a) Berlari dalam kawasan yang ditetapkan dan cuba menyentuh pinggul
kawan yang berlari di hadapan.
b) Berlari berpasangan depan belakang. Pelari hadapan hulur tangan ke
bawah dan ke belakang. Pelari belakang menepuk tapak tangan pelari
hadapan. Ulang.
c) Ulang latih tubi (b). Selepas menepuk tangan pelari hadapan, pelari
belakang meluru ke hadapan dan menghulurkan tangan. Pelari belakang
menepuk tapak tangan pelari hadapan dan berlari ke hadapan . Ulang.
d) Berlari dalam kumpulan empat orang. Pelari terakhir (keempat) memberi
isyarat up kepada pelari ketiga dan menyentuh tapak tangan yang
dihulurkan. Selepas itu pelari ketiga melakukan perkara yang sama kepada
pelari kedua. Pelari kedua meneruskan lakuan ini. Ulang beberapa kali.
Latihan hantaran baton secara statik
a) Dalam kumpulan empat orang, berdiri satu meter antara pelari. Pelari
belakang mula dengan memberi isyarat up. Bila isyarat diberi pelari
hadapan menghulurkan tangan (tapak tangan ke atas) untuk di sentuh.
Pelari kedua menghulurkan tangn kiri, pelari ketiga tangan kanan dan pelari
empat tangan kiri.
Latihan hantaran baton secara dinamik
a) Berempat buat hantaran dalam kawasan yang telah ditetapkan.

b) Latihan dalam lorong-lorong balapan dengan zon-zon penukaran baton.


Secara berpasangan pelari menanda berpasangan pelari menanda titik tanda
sendiri dan membuat latihan hantaran baton.

http://misscencalok.blogspot.com/2008/04/lari-berganti-ganti.html

Anda mungkin juga menyukai