Anda di halaman 1dari 2

JOHN DEWEY ( 1859 1952 ) - Tokoh falsafah yang terkenal di Amerika.

- Beliau
berpendapat bahawa pendidikan adalah penghidupan tidak semata-mata
persediaan untuk hidup tetapi pendidikan adalah satu proses sosial yang
mempunyai segala ilmu, pengalaman, teori, pemikiran dan kenyataan kepada
kanak-kanak. Pandangan Dewey berkaitan pendidikan awal kanak-kanak. Beliau
memperkenalkan kaedah projek kepada kanak-kanak kerana kaedah ini berkait
rapat dengan aktiviti dan gerak kerja kanak-kanak. Menurut beliau, kanak-kanak
haruslah berusaha ke arah mencapai kejayaan. Pada pandangan beliau, dalam
menyampaikan pelajaran kepada kanak-kanak, guru perlu memulakan dengan
kumpulan kecil, kemudian seorang demi seorang. Menurut beliau, pendidikan yang
sebenar adalah satu proses yang aktif kepada kanak-kanak berdasarkan keadaan
semulajadi mereka. Pendidikan perlu disepadukan dengan kehidupan kanak-kanak.
Kanak-kanak perlu dihormati. Pembelajaran perlu dilaksanakan melalui pengalaman
dan eksperimen. Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

John Dewey (1859 1952) John Dewey melihat pendidikan dan demokrasi sebagai dua dimensi
yang berkait rapat. Menurut Dewey, pendidikan yang baik seharusnya mempunyai dua matlamat
utama iaitu kepada masyarakat dan individu. Dari perspektif Dewey, pendidikan seharusnya
mempunyai matlamat sosial yang lebih meluas. Pendidikan seharusnya membantu individu
memnjadi anggota masyarakat yang lebih efektif. Beliau menentang corak pendidikan sehala
atau authoritarian dan beranggapan cara ini tidak boleh menjadi model pendidikan yang baik
untuk dijadikan landasan hidup masyarakat yang demokratik. Beliau menekankan bahawa kualiti
pengalaman pendidikan adalah amat penting sama ada untuk jangka masa yang pendek atau
panjang. Dengan itu, pendidik bertanggungjawab untuk menyediakan pengalaman yang berguna
untuk membolehkan murid menyumbang kepada masyarakat. Untuk mencapai tujuan ini
pendidik mesti terlebih dahulu memahami sifat semula jadi pengalaman manusia. Seorang
pendidik perlu mengambil kira perbezaan unik antara murid. Seseorang individu adalah berbeza
dari segi genetik dan pengalaman lampau. Walaupun kurikulum yang disediakan adalah standard
bagi semua, setiap murid akan mendapat pengalaman yang berbeza apabila melalui proses
pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu kurikulum dan pengajaran yang dibina mestilah
mengambil kira perbezaan-perbezaan antara setiap individu. Berlandaskan pemikiran beliau,
Dewey mengutarakan Teori Pengalaman (Theory of Experience) yang berasaskan kualiti
pengalaman yang dilalui oleh seserang individu. Menurut Dewey, pengalaman timbul akibat

interaksi dua prinsip asas iaitu kesinambungan dan interaksi. Kesinambungan merujuk kepada
keadaan dimana setiap pengalaman individu itu akan mempengaruhi masa depannya, sama ada
baik atau buruk. Interaksi pula merujuk kepada pengalaman seseorang individu akibat sesuatu
situasi. Dengan kata lain, pengalaman yang dimiliki oleh seseorang individu adalah berasaskan
interaksi antara pengalaman lepas seseorang individu dengan situasi terkininya. Sebagai contoh,
pengalaman seorang murid terhadap sesuatu subjek bergantung kepada bagaimana guru
menyedia dan menjalankan pengajarannya dan juga pengalaman lepas murid tersebut melalui
pengajaran dan pembelajaran subjek yang serupa.

Anda mungkin juga menyukai