Anda di halaman 1dari 5

Perutusan nabi Muhammad S.A.

W sebagai rahmat sekalian alam dilihat


membawa sinar baru dalam kehidupan masyarakat yang selama ini hidup dalam
kegelapan. Perubahan demi perubahan yang dibawa oleh baginda rasulullah
S.A.W dalam menyususn kehidupan masyarakat telah meletakkan baginda
sebagai contoh ikutan sepanjang zaman. Perjalanan hiduprasulullah S.A.W
sebagai seorang pemimpin dan daie amat sinonim dengan tugas sebagai
pendidik. Ketinggian peribadi baginda rasulullah S.A.W menjadi contoh terbaik
kepada golongan pendidik untuk melahirkan generasi yang berkualiti, berwibawa
serta meneladani sifat-sifat rasulullah menerajui kepimpinan, kekeluargaan,
pentadbiran, politik dan pendidikan Negara dibawah pemerintahannya.
Oleh itu, dalam tugasan kedua ini saya memilih tajuk pembukaan kota
makkah kerana tajuk ini sangat sinonim dengan aspek-aspek kepimpinan,
pendidikan, nilai kekeluargaan, politik dan pentadbiran dengan situasi kehidupan
masyarakat masa kini. Pembukaan kota makkah bermaksud pembebasan Kota
Makkah daripada pengaruh, amalan dan

cengkaman jahiliah pada masa

tersebut. Sebelum Makkah dikuasai oleh Islam, makkah berfungsi sebagai pusat
penyembahan berhala yang menjadi amalan tradisi masyarakat Arab jahiliah.
oleh itu, Kejayaan Rasulullah dan pengikutnya membuka kota Mekah memberi
makna yang besar dalam sejarah kejayaan penganut Islam mengembalikan
kesucian Kaabah kepada asalnya seperti yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan
putranya Nabi Ismail A.S. oleh itu, dalam peristiwa pembukaan kota makkah
terdapat beberapa aspek yang boleh kita hubungkaitkan dengan situasi
kehidupan masyarakat hari ini, antaranya ialah :
1. Aspek kepimpinan
Apabila kita meneliti sirah rasulullah, menyingkap peristiwa pembukaan kota
makkah, kita sebagai rakyat Malaysia harus bersyukur kerana dapat tinggal
dengan

aman

dan

tenteram

dengan

kepimpinan

Negara

yang

bijak

mengguruskan hal-hal Negara dengan baik. Contohnya apabila kita rakyat


Malaysia digemparkan dengan berita pencerobohan di lahad datu sabah yang
telah mengorbankan beberapa pejuang Negara. Kebijaksanaan pimpinan
Negara harus diberikan pujian kerana dapat menyelesaikan isu ini dengan
baik

tanpa

mengakibatkn

hal

yang

tidak

diingini

berlaku.

Daripada

penyelesaian peristiwa berdarah lahad datu sabah ini, kita dapat mengambil
iktibar bagaimana ciri-ciri kebijaksanaan kepimpinan rasulullah memimpin
tentera islam dan sahabat menawan semula makkah dan memerangi tentera

musyrikin. Rasulullah menggunakkan strategi yang bijak bermula dari


perjanjian hudaibiah seterusnya penaklukan kota makkah. Kita dapat melihat
bagaimana rasulullah menakutkan tentera musyrikin makkkah dengan
meminta tentera islam menyalakan obor yang banyak pada waktu malam
ketika hendak menakluk kota makkah sehingga menyebabkan tentera
musyrikin ketakutan kepada tentera islam.
Rentetan daripada isu hangat dunia masa kini tenteng pencerobohan dan
peperangan di palestin juga memberi impak yang besar kepada seluruh umat
islam. Akan tetapi, dengan kebijaksanaan dan kesabaran pemimpin Negara
islam tersebut, isu itu dapat dileraikan dengan berakhirnya peperangan
diantara dua buah Negara tersebut. Beginilah kepimpinan yang harus kita
tonjolkan

sepertimana

kepimpinan

pada

zaman

rasulullah

memerangi

musyrikin makkah sewaktu pembukaan kota makkah kerana rasulullah kita


pernah menyerah kalah dan berputus asa untuk menegakkan syiar islam.
Sepertimana Kedatangan Islam ke Kota Makkah telah disusun oleh baginda
dengan menyediakan empat pasukan tentera seramai 10,000 setiap satu
pasukan. Empat pasukan tersebut ialah pasukan Khalid al-Walid, pasukan Abu
Ubaidah al-Jarrah, pasukan Saad bin Ubadah dan pasukan Zubir al-Awwam.
Empat pasukan tentera Islam ini memasuki Kota Makkah melalui empat
penjuru kota, iaitu arah utara, barat, barat daya dan selatan. Strategi ini
berjaya memberikan kemenangan kepada Islam kerana kaum kafir Quraisy
telah dikepung keseluruhannya. Semangat ketakwaan dan kejayaan Islam ini
telah membuka semula Kota Makkah tanpa berhadapan dengan sebarang
rintangan, kecuali tentangan sedikit oleh pasukan Khalid bin al-Walid yang
diberikan oleh kaum kafir Quraisy. oleh itu, sebagai seorang pemimpin
haruslah memperlihat ciri- ciri kepimpinan rasulullah untuk mentadbir sebuah
Negara yang aman dan damai serta diberkati oleh allah S.W.T.

2. Nilai kekeluargaan
Dalam peristiwa pembukaan kota makkah, kita dapat melihat bagaimana
rasulullah

S.A.W

menekankan

aspek

nilai

kekeluargaan

dalam

memperdamaikan penduduk makkah dan umat islam walaupun berlaku


peperangan untuk menakluk kota makkah tersebut. Walaupun melalui detik
yang pahit, namun rasulullah tetap mengutamakan nilai kekeluargaan yang

jitu. Kita dapat melihat bagaimana rasulullah memaafkan orang-orang


musyrikin yang pernah berbuat jahat terhadapnya terutama peristiwa apabila
rasulullah memaafkan hindun binti utbah walaupun hindun telah membunuh
saidina

hamzah

dengan

begitu

kejam

sekali.

Rasulullah

juga

tidak

mencederakan penduduk musyrikin makkah yang patuh kepada arahannya


untuk berlindung di tempat-tempat yang telah disebutkan oleh baginda.selain
itu, kita dapat melihat Ibu bapa juga amat berbangga dengan anak-anak
mereka yang sanggup berjuang dan syahid di jalan allah bersama rasulullah.
Dalam peristiwa inilah rasulullah amat memntingkan nilai kekluargaan
memupuk nilai kasih saying keluarga sewaktu pembukaan kota makkah.
Nilai kekeluargaan inilah yang harus kita contohi oleh masyarakat dalam
kehidupan hari ini kerana Dewasa ini, hubungan kekeluargaan terutama di
kawasan bandar tidak erat berbanding keluarga yang tinggal di kawasan
pedalaman. Hal ini disebabkan oleh ibu bapa tidak rapat dengan anak-anak
mereka kerana jarang meluangkan masa bersama mereka. Kehidupan yang
serba moden turut merenggangkan lagi hubungan kekeluargaan. Oleh
itu,amat penting bagi masyarakat kita didedahkan dengan manfaat-manfaat
mewujudkan perasaan kekeluargaan. Kita dapat memastikan gejala sosial
tidak mempengaruhi masyarakat terutamanya dalam kalangan remaja
apabila eratnya ikatan kekeluargaan dalam hidup mereka. Kita akan dapat
menghindarkan budaya negative dalam diri mereka.. Selaras dengan itu,ibu
bapa perlu memupuk perasaan kekeluargaan terhadap anak-anak mereka
sejak kecil lagi. Prokditiviti rakyat turut bertambah kerana mereka berasa
gembira melihat keluarga yang bahagia dan keadaan negara aman yang
makmur.Rakyat negara yang harmoni pasti berwawasan dan mempunyai
modal insan yang tinggi. Malahan, mereka dapat menjaga kebajikan keluarga
seterusnya meningkatkan taraf hidup keluarga,bangsa dan negara mereka.
Pertumbuhan ekonomi negara turut berkembang dengan pesat. Oleh itu, nilai
positif ini perlu diwujudkan supaya kebahagiaan sesebuah keluarga dapat
dikekalkan. Malah, imej negara pada mata masyarakat dunia terus bersinar.
Keluarga yang bahagia menghasilkan semua impak yang positif. Masyarakat
luar akan melihat kejayaan ini dan cuba menyebarkan kejayaan itu di negara
mereka. Tindakan ini akan menyebabkan semua masyarakat luar akan
mengenali rahsia kejayaan Malaysia ialah kekuatan sistem keluarga mereka
berlandaskan perspektif islam yang ditrapkan oleh rasulullah S.A.W. Maka,
rakyat negara ini boleh berbangga kerana mereka dipandang tinggi oleh

masyarakat asing terhadap nilai kekeluargaan seperti yang dihidupkan oleh


rasulullah pada peristiwa pembukaan kota makkah.

3. Politik dan pentadbiran


Semasa pembukaan kota makkah, keberadaan baginda selama Sembilan
belas hari di makkah telah mencerminkan sistem politik dan pentadbiran kota
makkah yang harmoni apabila islam mula bertapak dan menghapuskan
amalan jahiliah yang diamalkan oleh penduduk musyrikin makkah terdahulu.
Setelah 8 tahun berada di bumi Madinah, baginda berjaya mendirikan sebuah
kerajaan Islam pertama di dunia dengan memiliki sebuah perlembagaan
Madinah yang merupakan sebuah perlembagaan bertulis pertama di dunia.
Kejayaan membina sebuah kerajaan yang berdaulat dan kuat berjaya
membuatkan umat Islam kembali ke Kota Makkah untuk menawan semula
tempat kelahiran Islam pada tahun 630 Masihi bersamaan 8 Hijrah. Tindakan
menawan Kota Makkah dilakukan kerana kaum kafir Quraisy secara sengaja
melanggar

syarat

perjanjian

Hudaibiyah

yang

dipersetujui

bersama,

khususnya berkaitan dengan persoalan genjatan senjata.


Selain itu, pembukaan Kota Makkah merupakan salah satu strategi jangka
panjang Nabi Muhammad s.a.w. untuk menyebarkan Islam ke seluruh pelusok
dunia. Lantaran itu, Nabi Muhammad s.a.w. memasuki Kota Makkah secara
aman dengan mengelakkan diri dari berlakunya pertumpahan darah dan
berpegang kepada prinsip keamanan yang dianjurkan oleh Islam. Kedatangan
Islam kali ini amat ditakuti oleh kaum kafir Quraisy kerana mereka bimbang
umat Islam akan melakukan tindakan balas dendam terhadap mereka yang
pernah menindas dan menzalimi umat Islam. Tetapi sebaliknya Islam datang
dengan prinsip keamanan dan membuatkan mereka terbuka hati untuk
memeluk Islam. Malah pemimpin masyarakat seperti Abu Sufian dan bapa
saudara Nabi iaitu al-Abbas memeluk Islam kerana mereka sedar selama ini
mereka berada di pihak bathil dan sesat.
Apabila kita mengambil iktibar daripada peristiwa pembukaan kota
makkah, Situasi politik dan pentadbiran hari ini memerlukan kita berfikir
secara mendalam, kritis dan rasional tentang hubungan agama dan politik.
Fakta utama yang perlu difahami ialah pembentukan pemerintahan dan
kenegaraan mengambil kira pertumbuhan dan perkembangan masyarakat itu

sendiri. Dalam konteks ini, fasa-fasa pertumbuhan pemikiran politik Islam


harus difahami. Ketika era nubuwah (kenabian), Rasulullah SAW telah
menunjukkan kaedah-kaedah pokok Islam dalam membina dan mengatur
sebuah negara. Kemudian muncul pula era di mana kehidupan masyarakat
dan negara terus berkembang dengan pesatnya. Pertumbuhan wilayah
kekuasaan Islam terus berkembang selepas era khulafah ar-Rasyidin. Ia
adalah era di mana muncul dan tertegaknya pelbagai kerajaan Islam di serata
pelosok dunia. Dari semasa ke semasa, pergolakan politik berlaku dalam
kerajaan-kerajaan Islam itu. Kebanyakannya berlaku hasil daripada perebutan
kuasa yang dicetuskan oleh kelompok dan puak yang berkepentingan. Setiap
puak itu pula mempunyai dukungan kelompok ulama mereka tersendiri.
Pertelingkahan pelbagai puak dan aliran ini telah melahirkan pelbagai
pemikiran politik mengikut kelompok-kelompok terbabit. Kemudian muncul
pula era penjajah kuasa Barat ke atas dunia Islam yang membawa masuk
pelbagai pembaharuan sama ada dari segi pemikiran, ideologi dan teknologi
baru ke dunia Islam. Apabila negara-negara umat Islam itu merdeka, masingmasing muncul sebuah negara bangsa (nation state) dan majoritinya
menerima pakai sistem demokrasi dalam politik dan pentadbiran. Dalam
masa yang sama, wujud kelompok ulama dan sarjana Muslim yang
memperjuangkan sistem teokrasi. Mereka berupaya menarik sokongan dan
ada

di

kalangan

mereka

memimpin

jemaah

atau

parti

politik

yang

memperjuangkan negara Islam. Mereka menyeru pemerintah di negaranegara umat Islam supaya menegakkan negara Islam. Situasi ini telah
mencetuskan perdebatan mengenai konsep negara Islam yang melahirkan
beberapa pandangan tertentu. Oleh itu, system politik dan pentadbiran hari
ini haruslah berlandaskan apa yang telah disyariatkan oleh agama dan
mengambil iktibar daripada sirah rasulullah S.A.W.

Artikel

Penuh:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2010&dt=0806&sec=Rencana&pg=re_01.htm#ixzz3DlnSXPWC
Utusan Melayu (M) Bhd