Anda di halaman 1dari 2

PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 2.

NAMA MURID

: Fatima Zahara Binti Elias

SEKOLAH

: SK (P) Bandar Tinggi

TAJUK CERITA

: Si Tanggang Anak Derhaka

Syair :

Tersebutlah kisah satu cerita,


Cerita bermula kisah derita;
Sedihnya ibu kecewa hatinya,
Dihalau oleh anak kandungnya .

Assalammualaikum kawan-kawan, hari ini saya Fatima Zahara binti Elias dari
Sekolah Kebangsaan Perempuan Bandar Tinggi ingin menyampaikan sebuah cerita
yang bertajuk, Si Tanggang Anak Derhaka.
Di dalam sebuah kampung, tinggallah sepasang suami isteri bernama Si
Talang dan Si Deruma. Mereka

mempunyai seorang anak lelaki bernama Si

Tanggang. Kehidupan mereka amatlah miskin. Si Tanggang merupakan seorang


kanak-kanak yang bercita-cita tinggi. Akan tetapi, hidupnya yang serba
kekurangan menjadi penghalang cita-citanya.
Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di
muara sungai berhampiran rumahnya. Si Tanggang pergi mencuba nasib berjumpa
nakhoda kapal tersebut meminta untuk dijadikan anak kapalnya.
Walaupun ibu dan bapanya keberatan untuk melepaskan Si Tanggang
belayar, tetapi mereka terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan pulang ke
kampung semula setelah menjadi kaya.
Nakhoda amat menyukai Si Tanggang yang rajin bekerja. Lalu, Si Tanggang
diambil sebagai anak angkatnya. Apabila nakhoda menjadi uzur, Si Tanggang
dilantik menjadi nakhoda yang baru. Dia digelar Nakhoda Tanggang.
Si Tanggang sangat cekap berniaga. Dia menjadi kaya raya dan namanya
menjadi terkenal. Kehebatan Si Tanggang sampai ke telinga sultan. Tidak lama

kemudian, sultan mengahwinkan puterinya dengan Si Tanggang. Si Tanggang


membawa isterinya belayar ke merata tempat dan negeri.
Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asalusulnya. Kedua ibu bapanya berasa amat gembira. Mereka mendayung sampan
menuju ke kapal Si Tanggang.
Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Si
Tanggang malu melihat keadaan ibu bapanya yang daif. Ibu bapanya memanggilmanggil Si Tanggang tetapi Si Tanggang berpura-pura tidak mengenali mereka.
Apabila isterinya bertanya, Si Tanggang mengatakan bahawa ibu bapanya sudah
tiada.
Si Tanggang menghalau ibu bapanya. Ibu bapanya berdayung ke tebing
sungai dengan perasaan sedih dan kecewa. Apabila tiba di daratan, ibunya
memandang ke langit dan berdoa : Oh, Tuhan tunjukkanlah kepada anak
kandungku Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya.
Tiba-tiba, angin bertiup kencang dan petir berdentum. Laut bergelora dan
kapal Si Tanggang terumbang-ambing dipukul ombak. Ketika itulah Si Tanggang
berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan
menerima balasannya kerana telah menderhaka. Akhirnya, Si Tanggang berteriak
meminta ampun kepada ibunya :Ibuampunkan Tanggang(2X).
Akan tetapi, penyesalannya sudah tidak berguna lagi. Kapalnya pecah
akibat dipukul ombak yang kuat. Apabila ribut reda Si Tanggang, isterinya,
kapalnya,dan semua anak kapalnya telah bertukar menjadi batu.
Oleh itu kawan-kawan, janganlah kita menderhaka kepada ibu dan bapa.
Selain itu, kita mestilah menghormati iu bapa yang telah membesarkan kita.
Janganlah kita menjadi sepeti Si Tanggang. Sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tiada gunanya.

Biji delima biji selasih,


Sekian, terima kasih;
Assalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai