Anda di halaman 1dari 15

BAB 2

TAKRIFAN DAN FUNGSI KOMUNIKASI

 

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya dapat:

1.

Menghuraikan definisi komunikasi.

2.

Menjelaskan konsep-konsep utama komunikasi.

3.

Mengenal pasti fungsi komunikasi dalam kehidupan manusia.

2.1

PENGENALAN

Manusia dicipta oleh Tuhan untuk beribadat. Ibadat manusia adalah suatu proses interaksi dengan Tuhan melalui sembahyang, doa dan menghayati kitab-kitab suci. Kehidupan manusia tidak sepi dengan interaksi sesama manusia. Setiap individu saling memerlukan antara satu sama lain. Manusia bertukar maklumat dan berkongsi idea untuk terus menangani survival yang penuh saingan. Di samping itu, manusia juga berinteraksi dengan persekitaran yang dicipta oleh Tuhan. Pernahkah anda bercakap dengan tumbuh-tumbuhan atau haiwan? Ramai petani yang berjaya mengatakan bahawa kerakraban petani dengan tanaman mereka dapat memberi hasil yang baik. Adakah pokok boleh bercakap? Sebenarnya dalam diri manusia mempunyai naluri ingin tahu dan ambil tahu. Jadi, apabila seorang petani mengambil tahu tentang tanaman mereka sudah tentu tanaman sentiasa dijaga dengan baik. Begitu juga dengan interaksi manusia dengan haiwan. Interaksi yang intim antara manusia dengan haiwan peliharaan akan menyebabkan haiwan tersebut memahami perlakuan tuannya. Apakah bentuk komunikasi yang digunakan oleh manusia dalam hal ini? Manusia dianugerahkan akal fikiran serta perasaan yang berbeza-beza. Justeru itu, manusia sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain untuk mencapai tujuan tertentu, berkongsi maklumat dan menyatakan perasaan masing-masing.

Sejarah menunjukkan bahawa pada peringkat awal kehidupan manusia, manusia berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan simbol- simbol yang dapat memberi makna dan kefahaman yang sama antara

19

mereka. Pada zaman batu, manusia melakar simbol pada dinding-dinding gua untuk mendokumentasikan kehidupan mereka. Apakah bentuk komunikasi lain yang digunakan oleh masyarakat pada zaman batu? Adakah mereka mempunyai kod komunikasi seperti manusia hari ini?

Komunikasi adalah suatu proses interaksi antara manusia untuk mencapai tujuan bersama dengan menggunakan saluran tertentu. Oleh yang demikian, manusia perlu mempunyai kod komunikasi yang boleh difahami dan diterima oleh semua ahli masyarakat. Kod komunikasi sama ada bahasa lisan, kod penulisan mahupun kod bukan lisan adalah penting untuk memastikan interaksi manusia berjalan lancar sesuai dengan tujuan dan konteks komunikasi.

Dalam bab ini, anda akan didedahkan kepada beberapa takrifan komunikasi daripada pelbagai konteks. Di samping itu, perbincangan kita juga akan ditumpukan kepada mengenal pasti fungsi-fungsi umum komunikasi. Di akhir bab ini, kita akan membincangkan secara ringkas tentang proses komunikasi dalam kehidupan manusia.

Oleh kerana bab ini adalah pengenalan kepada asas komunikasi, maka perhatian dan tumpuan anda amat diharapkan bagi memastikan anda dapat memahami asas-asas komunikasi sebelum mengikuti bab-bab seterusnya yang membincangkan aspek komunikasi secara terperinci. Jadi, fokuskan tumpuan anda kepada pelajaran ini. Semoga anda dapat berinteraksi dengan modul ini dengan mudah dan lancar.

2.2 APAKAH KOMUNIKASI?

Apakah yang anda faham dengan perkataan komunikasi? Mengapa anda berminat mempelajari ilmu komunikasi? Adakah komunikasi suatu kemahiran perhubungan yang mudah? Ya, mudah dengan syarat kita dapat menguasai kemahiran komunikasi dan berketerampilan menggunakan komunikasi dalam pelbagai situasi kehidupan. Komunikasi adalah suatu bidang yang kompleks dan bersifat dinamik. Justeru itu, kita perlu mempelajari dan mempertingkatkan kemahiran komunikasi sama ada komunikasi sosial mahupun kemahiran menggunakan teknologi komunikasi dari semasa ke semasa.

Kita berkomunikasi dengan ahli keluarga kita. Kita juga perlu berbincang dengan rakan sekerja kita di pejabat. Tidak kurang juga kita sentiasa berhubung dengan pelanggan kita. Jadi, fungsi-fungsi asas komunikasi ini jika diteliti akan memandu kita kepada kepentingan komunikasi dalam kehidupan kita seperti juga kita memerlukan makanan dan minuman. Komunikasi juga merupakan satu keperluan biologi manusia. Tidak lengkap kehidupan manusia tanpa komunikasi. Malah dunia akan sepi

20

tanpa komunikasi. Oleh yang demikian, bidang komunikasi adalah suatu bidang kemahiran sosial yang perlu dipelajari, tidak cukup sekadar mempunyai bakat semula jadi untuk menjadi komunikator yang berkesan. Dalam erti kata lain kita perlu mendalami ilmu komunikasi dan menguasai kepelbagaian bentuk komunikasi dalam menangani kehidupan yang penuh cabaran.

komu nikasi dalam menangani kehidupan yang penuh cabaran. Apakah pendapat anda tentang bidang komunikasi? Bolehkah

Apakah pendapat anda tentang bidang komunikasi? Bolehkah anda memikirkan beberapa takrifan komunikasi yang ringkas?

Anda disyorkan melawat laman web:www.ablongman.com/devito www.mhhe.com/tubbsmoss yang menyediakan latihan kemahiran komunikasi, soalan latihan dan tutorial online yang berguna untuk anda menerokai asas ilmu komunikasi kemanusiaan.

Pastikan anda mendaftar sebagai ‘pelajar’ bagi mendapat kemudahan akses yang lengkap. Pendaftaran adalah percuma.

kemudahan akses yang lengkap. Pendaftaran adalah percuma. 2.3 TAKRIFAN KOMUNIKASI Perkataan komunikasi berasal

2.3 TAKRIFAN KOMUNIKASI

Perkataan komunikasi berasal daripada terjemahan bahasa Inggeris, iaitu communication yang diambil daripada perkataan Latin, iaitu communicare. Communicare bermaksud to make common atau mewujudkan persamaan. Justeru itu, apabila kita berkomunikasi kita sebenarnya cuba mencipta persamaan kefahaman terhadap sesuatu makna.

Komunikasi adalah keperluan asas kehidupan manusia selain makanan, minuman, pakaian dan tempat perlindungan. Komunikasi berlaku setiap detik dalam kehidupan manusia sama ada berlaku secara sedar atau tidak sedar, atau berlaku secara lisan atau menggunakan simbol yang mewakili sesuatu mesej.

Setakat perbincangan ini, adakah anda faham tentang komunikasi? Seterusnya kita akan cuba fokuskan perbincangan kepada beberapa pendekatan dalam pentakrifan komunikasi. Umumnya, komunikasi

21

adalah suatu proses interaksi antara manusia yang berlaku pertukaran maklumat, idea, makna, nilai, sikap dan sebagainya bagi mencapai persetujuan bersama.

Ramai sarjana berpendapat bahawa tidak ada satu definisi komunikasi yang boleh dianggap tepat. Semua orang boleh membentuk definisi komunikasi mengikut tujuan masing-masing. Menurut Dance (1970) terdapat 98 takrifan komunikasi yang berbeza-beza. Perkara ini berlaku kerana kita mungkin memberi takrifan berdasarkan tujuan kita berkomunikasi. Bidang komunikasi adalah satu bidang interdisiplin. Jadi, sarjana daripada bidang lain melihat komunikasi dari perspektif bidang mereka. Contohnya, ahli psikologi melihat komunikasi sebagai satu cara untuk mendalami pengalaman dan maklumat peribadi seseorang. Bagi mereka yang mendalami bidang sains politik pula melihat komunikasi sebagai satu alat propaganda dan penyebaran maklumat yang bertujuan untuk mempengaruhi pengundi. Oleh itu, jangan bimbang jika terdapat pelbagai definisi komunikasi melalui pembacaan anda.

pelbagai definisi komunika si melalui pembacaan anda. Cuba anda terangkan hubungan komunikasi dari perspektif

Cuba anda terangkan hubungan komunikasi dari perspektif pemasaran, pendidikan dan sejarah. Tentu anda akan dapat membentuk satu definisi komunikasi dari perspektif bidang lain.

Umumnya takrifan komunikasi bergantung kepada tujuan komunikasi, persekitaran, sumber yang terlibat dan kesan komunikasi. Bagi memudahkan perbincangan kita, takrifan komunikasi boleh dikategorikan kepada empat kelompok iaitu (Samsuddin A. Rahim,

1993):

 

(i)

Takrifan yang menekan aspek penyampaian dan penyebaran maklumat.

(ii)

Takrifan yang menekan aspek perkongsian makna dan kesefahaman.

(iii)

Takrifan yang menekan aspek pembujukan dan perubahan.

(iv)

Takrifan yang menekan aspek tingkah laku.

2.3.1

Penekanan Aspek Penyampaian dan Penyebaran Maklumat

Lazimnya komunikasi adalah satu proses interaksi pengirim (sumber) dengan penerima (khalayak) yang bertujuan untuk bertukar maklumat. Dalam erti kata lain, masing-masing mencari ruang untuk menyampaikan maklumat. Berikut adalah beberapa takrifan yang merujuk kepada penekanan penyampaian dan penyebaran maklumat:

22

“Komunikasi adalah satu proses pertukaran dan penyebaran pendapat, pandangan, atau maklumat melalui ucapan, tulisan ataupun isyarat.”

(American College Dictionary)

“Komunikasi adalah pengiriman maklumat, pemikiran, sikap atau emosi daripada seseorang individu kepada kumpulan individu lain dengan menggunakan simbol- simbol.”

(Theodorson & Theodorson, 1969)

“Komunikasi ialah seni memindahkan maklumat, idea, dan sikap daripada seseorang kepada seseorang.”

(Emery, Ault & Agee, 1965)

“Komunikasi adalah satu proses penterjemahan maksud antara individu atau berkumpulan.”

(Tubbs & Moss, 2000)

Berdasarkan takrifan komunikasi di atas, kita dapati bahawa kesan tindak balas kepada pertukaran maklumat tidak diberi perhatian. Takrifan tersebut adalah lebih kepada proses komunikasi sehala. Justeru itu, sukar untuk kita mengetahui kesan penyampaian maklumat kepada penerima. Jadi, kemahiran komunikasi bukan sekadar menyalurkan maklumat tetapi yang lebih utama ialah memberi tumpuan kepada kesan penyampaian sesuatu maklumat.

memberi tu mpuan kepada kesan penyampaian sesuatu maklumat. Ikuti contoh penyampaian maklumat berikut oleh Pegawai UUM

Ikuti contoh penyampaian maklumat berikut oleh Pegawai UUM kepada pelajar baru: “Jabatan Hal Ehwal Pelajar ada menyediakan sesi kaunseling kepada pelajar yang menghadapi masalah kemurungan dan pelbagai masalah peribadi…”.

Berdasarkan ucapan ini, proses penyampaian maklumat berjaya dilakukan oleh pegawai tersebut. Tetapi apakah kesan maklumat tersebut kepada pelajar baru? Adakah proses penyampaian maklumat ini efektif? Bagaimana anda mengukur kesan penyampaian maklumat tersebut?

2.3.2 Penekanan Aspek Perkongsian Makna dan Kesefahaman

Perkongsian makna dan kesefahaman yang ditekankan dalam takrifan ini adalah persamaan mentafsir simbol dan orientasi komunikasi. Ini

23

bertujuan untuk mengelakkan sebarang salah faham atau ketidaktepatan makna sesuatu mesej. Berikut adalah takrifan yang berkaitan perkongsian makna:

“Komunikasi adalah suatu proses perkongsian sesuatu orientasi terhadap satu set tanda-tanda maklumat.”

(Schramm & Robert, 1971)

“Komunikasi sebagai satu proses apabila kedua-dua pihak yang terlibat membentuk dan berkongsi di antara satu sama lain dengan tujuan untuk mencapai kesefahaman.”

(Rogers, 1969)

Persoalan utama yang timbul daripada takrifan di atas adalah sejauh mana individu mempunyai orientasi yang sama terhadap sesuatu simbol maklumat? Setiap individu mempunyai nilai, pengalaman, pendidikan dan latar belakang yang berbeza. Adalah agak sukar untuk mencari titik persamaan orientasi antara individu. Fenomena ini akan mewujudkan jurang komunikasi. Jurang komunikasi yang wujud akan memberi kesan kepada tujuan dan matlamat komunikasi walaupun takrifan ini menyatakan tentang perkongsian makna.

walaupun takrifan ini menyatakan tentang perkongsian makna. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘jurang komunikasi’?

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘jurang komunikasi’? Beri contoh ‘jurang komunikasi’ yang mungkin wujud di antara anda dengan pelajar lain. Apakah kesan ‘jurang’ ini kepada proses komunikasi?

2.3.3 Penekanan Aspek Tingkah Laku

Penekanan takrifan komunikasi ini tidak bergantung kepada peranan maklumat untuk mengukur keberkesanan komunikasi. Sebaliknya, keberkesanan komunikasi bergantung kepada tingkah laku individu mencari maklumat yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah yang dihadapi seperti yang dikemukakan oleh Carter (1973):

“Apabila individu berkomunikasi ia berusaha untuk mencari maklumat yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapinya supaya ia dapat satu gambaran yang lebih tepat tentang persekitaran yang perlu dihadapinya.”

24

Contohnya, apabila seseorang pelajar di‘pulau’kan oleh rakan-rakannya, maka pelajar tersebut bertindak mengenal pasti sebab dia ‘dipulaukan’ dan cara untuk merapatkan lagi hubungan sosial dengan rakan-rakannya.

2.3.4 Penekanan Aspek Pembujukan dan Perubahan

Dalam konteks takrifan komunikasi yang menekankan aspek pembujukan dan perubahan, kita dapati bahawa proses komunikasi bukan hanya menyebarkan maklumat dan berkongsi makna malah lebih daripada itu iaitu melihat kesan terhadap tingkah laku penerima selepas menerima maklumat.

Pembujukan merujuk kepada proses mempengaruhi seseorang untuk menerima pandangan dan pendapat serta mengubah sikap dan nilai berdasarkan maklumat yang diterima. Komunikasi dikatakan berkesan setelah berlakunya perubahan pada penerima. Berikut adalah contoh takrifan yang menekankan pembujukan:

“Komunikasi adalah satu proses penyampaian rangsangan dengan tujuan untuk menukar tingkah laku seseorang.”

(Hovland, 1953)

“Komunikasi berlaku apabila satu sistem atau sumber cuba mempengaruhi sistem lain atau sasarannya, dengan memanipulasikan beberapa simbol alternatif, yang boleh disampaikan melalui saluran yang menghubungkan mereka.”

(Osgood, 1954)

“Komunikasi adalah satu proses tindak balas terhadap simbol atau tingkah laku manusia.”

(Adler & Elmhorst, 2002)

Contoh mudah bagi takrifan ini ialah kempen anti merokok yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sejak beberapa tahun dahulu. Pada pandangan anda, adakah mesej kempen anti merokok ini berjaya dihayati oleh golongan sasaran? Adakah peratusan bilangan perokok menurun atau meningkat selepas kempen seumpama ini dilaksanakan?

25

SOALAN DALAM TEKS

SOALAN DALAM TEKS

1. Jelaskan maksud “komunikasi adalah proses pertukaran makna”.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan jurang komunikasi?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

2.4 MODEL ASAS KOMUNIKASI

Berdasarkan takrifan komunikasi yang dibincang tadi, kita dapat mengenal pasti beberapa komponen komunikasi iaitu pengirim- penerima, mesej, saluran, dan maklum balas. Hubungan keempat-empat komponen asas dalam proses komunikasi ini adalah penting bagi memastikan kelangsungan komunikasi sesuai dengan sifat komunikasi sebagai satu proses yang dinamik. Rajah 2.1 menunjukkan model asas komunikasi.

Rajah 2.1 Model Asas Komunikasi

Persekitaran

Gangguan Sumber Mesej Saluran Penerima Maklum Balas
Gangguan
Sumber
Mesej
Saluran
Penerima
Maklum Balas

Proses komunikasi bermula apabila sumber (pengirim) menghantar mesej kepada penerima (khalayak) dengan menggunakan saluran (medium) tertentu. Proses penyampaian maklumat ini dikenali sebagai komunikasi sehala. Manakala unsur maklum balas menunjukkan bahawa wujud interaksi antara pengirim dengan penerima. Ini dikenali sebagai komunikasi dua hala, iaitu berlakunya perkongsian makna di antara

26

pengirim – penerima. Selain itu, terdapat unsur gangguan (noise) dan persekitaran. Gangguan merujuk kepada sesuatu perkara yang menghalang serta mengganggu proses penerimaan dan pentafsiran mesej seperti bunyi bising, sakit, gagap semasa bercakap dan sebagainya. Manakala persekitaran komunikasi merupakan situasi di mana berlakunya komunikasi. Contohnya, komunikasi yang berlaku di kompleks membeli belah, dalam bilik kuliah, mesyuarat dan sebagainya. Faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam menentukan tujuan, gaya interaksi dan keberkesanan komunikasi.

Setiap komponen seperti yang dinyatakan mempunyai ciri-ciri tersendiri. Anda akan didedahkan dengan lebih terperinci tentang komponen- komponen komunikasi dalam bab seterusnya.

Cuba anda kenal pasti bentuk-bentuk gangguan dan

Cuba

anda

kenal

pasti

bentuk-bentuk

gangguan

dan

persekitaran yang mempengaruhi keberkesanan proses

komunikasi?

 
  SOALAN DALAM TEKS  
 

SOALAN DALAM TEKS

 

3. Apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi sehala dan komunikasi dua hala?

4. Nyatakan empat komponen utama dalam proses komunikasi.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.  

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

 

2.5 FUNGSI UMUM KOMUNIKASI

Kita mempunyai tujuan tertentu apabila memulakan proses komunikasi. Seperti yang dinyatakan dalam perbincangan takrifan komunikasi tadi, kita mempunyai tujuan untuk menyebarkan maklumat, berkongsi makna, memujuk dan sebagainya. Menurut Laswell dan Wright (Baran & Davis, 2000), fungsi komunikasi boleh dikelompokkan kepada empat bahagian iaitu penyebaran informasi dan amaran, jalinan hubungan antara masyarakat, transmisi budaya dan hiburan. Komunikasi juga berfungsi sebagai penentu agenda dan pembujukan (Gamble & Gamble, 1999). Selain itu, fungsi komunikasi juga meliputi aspek pendidikan, ekonomi dan politik (Pilgrim, 2001). Sememangnya terdapat pertindihan antara fungsi-fungsi yang dinyatakan di atas.

27

2.5.1

Penyebaran Informasi dan Amaran

Maklumat adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan kita. Sebahagian tujuan utama kita berkomunikasi adalah untuk menyebarkan maklumat dan pengetahuan kepada orang lain. Oleh yang demikian, komunikasi adalah proses memberitahu dan diberitahu sesuatu informasi. Informasi mungkin untuk memperingatkan kita tentang sesuatu perkara atau memberi amaran tentang sesuatu kejadian yang diramal akan berlaku. Contohnya kejadian gempa bumi dan tragedi ombak besar tsunami yang berlaku di Indonesia. Kita diberitahu tentang semua kejadian tsunami dari semasa ke semasa. Dalam masa yang sama masyarakat juga diberi ingatan dan amaran tentang bencana gempa bumi yang diramal akan berlaku pada bila-bila masa. Jadi dengan maklumat yang disebarkan melalui media massa membolehkan kita bertindak dan membuat keputusan dalam kehidupan kita.

2.5.2 Transmisi Budaya Masyarakat

Komunikasi berfungsi sebagai medium penyebaran budaya sesebuah masyarakat. Contohnya budaya masyarakat Latin Amerika, Filipina, Indonesia dan Taiwan dapat diketahui oleh masyarakat Malaysia melalui program telenovela yang popular dewasa ini. Di samping itu, media cetak juga banyak menerbitkan tentang gaya hidup masyarakat tempatan dan luar negara. Oleh yang demikian tidak hairanlah dikatakan media massa mempunyai pengaruh yang besar merentasi global dalam menyebarkan budaya masyarakat. Jika direnung motto FINAS, “Filem Kita Wajah Kita” cukup jelas menggambarkan bahawa apa yang dipaparkan dalam sesebuah filem (media massa) sebenarnya memaparkan kehidupan sesebuah masyarakat sebenar. Justeru itu, media komunikasi memainkan fungsi penting bukan sahaja memaparkan budaya tetapi juga mendokumentasikan budaya masyarakat untuk tatapan generasi akan datang. Contohnya filem-filem arahan dan lakonan Tan Sri P. Ramlee yang sehingga kini disiar semula dan dijadikan bahan kajian tentang budaya masyarakat Melayu semasa filem tersebut dirakam.

2.5.3 Hiburan

Komunikasi tidak semata-mata menitikberatkan maklumat sahaja. Komunikasi juga adalah satu bentuk hiburan. Berinteraksi dengan rakan- rakan dapat memberi ruang kepada kita berhibur dan mengelak daripada berasa jemu serta keseorangan. Membaca surat khabar dan majalah juga dapat memberi hiburan kepada kita. Dewasa ini banyak program hiburan yang bermaklumat disediakan. Contohnya iklan di televisyen bukan sahaja mengiklankan tentang produk tetapi juga diselitkan unsur muzik, humor dan dalam masa yang sama diselitkan maklumat pendidikan.

28

Percampuran unsur hiburan dan maklumat kini menjadi trend program-program hiburan seperti di RTM dan TV3.

Percampuran unsur hiburan dan maklumat kini menjadi trend program-program hiburan seperti di RTM dan TV3. Sejauh manakah anda bersetuju dengan konsep ‘infotainment’ ini?

2.5.4 Penentu Agenda

Dalam komunikasi massa, pihak akhbar dapat menentukan sesuatu peristiwa atau berita yang hendak disiarkan kepada masyarakat umum. Pemilihan berita, penumpuan dan gaya laporan sesuatu berita dilakukan adalah atas arahan pihak pengurusan media. Justeru itu kita dapati bahawa pihak media sebenarnya cuba menentukan agenda supaya mesej yang diterima oleh masyarakat dapat membentuk sikap dan pengetahuan seperti yang telah disasarkan oleh pihak media. Contoh mudah ialah kenapa satu peristiwa yang sama dilaporkan berbeza oleh pihak akhbar?

Cuba anda kaji tentang falsafah penyiaran Radio dan Cuba anda kaji tentang fa Televisyen Malaysia (RTM) berbanding dengan agenda organisasi penyiaran lain. Adakah agenda Televisyen Malaysia (RTM) berbanding dengan agenda organisasi penyiaran lain. Adakah agenda penyiaran kedua-dua organisasi ini sama?

2.5.5 Pembujukan

Apakah yang dimaksudkan dengan pembujukan (persuasive)? Dalam takrifan komunikasi ada ditekankan tentang aspek pembujukan dan perubahan tingkah laku. Cuba anda ingat kembali takrifan tersebut. Ya, pembujukan adalah proses untuk mengubah sikap tingkah laku dan pendirian seseorang berdasarkan tujuan maklumat yang disampaikan. Contohnya seorang bapa secara berterusan menasihati anaknya supaya tekun belajar di samping mengikuti aktiviti kokurikulum yang sangat diminati oleh anaknya. Nasihat, dorongan dan proses pembujukan yang berlaku dapat mengubah sikap si anak untuk sedar tentang kepentingan akademik dan menyeimbangkan kegiatan luar sekolah. Begitu juga dengan pihak media massa yang berusaha memujuk masyarakat umum melalui maklumat yang disiarkan. Dalam media massa, mesej yang disebarkan diandaikan diterima dan dapat mempengaruhi masyarakat. Persoalannya, adakah secara realitinya masyarakat terpengaruh dengan semua mesej yang disebarkan oleh media massa?

dengan semua mesej yang disebarkan oleh media massa? Cuba anda bandingkan antara media massa dan media

Cuba anda bandingkan antara media massa dan media kemanusiaan, yang manakah tahap pembujukannya tinggi? Kenapa?

29

2.5.6

Mendidik

Di samping menyebarkan maklumat, komunikasi juga berfungsi mendidik masyarakat secara formal atau tidak formal. Lazimnya tugas pengirim adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan penerima. Mendidik berbeza dengan memberitahu. Mendidik adalah satu proses komunikasi yang terancang dan mempunyai objektif tertentu. Contohnya, tugas pensyarah bukan sekadar memberitahu maklumat baru tetapi lebih lebih dari itu pensyarah menyampaikan maklumat agar pelajar dapat memahami proses, sebab akibat tentang sesuatu perkara berdasarkan objektif yang telah dirancang terlebih dahulu. Justeru itu, proses komunikasi dalam konteks mendidik tidak berhenti selepas tamat penyampaian maklumat oleh pengirim tetapi ada perbincangan berterusan. Media massa juga dapat memenuhi tanggungjawab sosial dengan mendidik masyarakat secara tidak formal dengan menerbitkan program atau artikel yang menyumbang kepada pembangunan minda masyarakat.

Berdasarkan perbincangan di atas, jelas bahawa komunikasi mempunyai fungsi yang luas dalam kehidupan kita. Justeru itu, komunikasi adalah ilmu sosial yang perlu dipelajari oleh setiap manusia. Kemahiran komunikasi juga perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa sesuai dengan perkembangan teknologi.

Cuba anda kenal pasti fungsi komunikasi selain daripada yang dinyatakan.

Cuba anda kenal pasti fungsi komunikasi selain daripada yang dinyatakan.

SOALAN DALAM TEKS

SOALAN DALAM TEKS

5. Apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi adalah dinamik?

6. Jelaskan EMPAT (4) fungsi komunikasi secara ringkas.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

30

Lawati laman web www.allthetests.com www.queendom.com/test yang menyediakan pelbagai latihan dan ujian kemahiran termasuklah ujian personaliti, kemahiran sosial, kemahiran komunikasi, pengetahuan, hubungan dan emotional intelligence. Melalui ujuan ini, anda dapat melihat kekurangan dan kekuatan anda dalam setiap aspek yang diuji.

2.6

RUMUSAN

kekuatan anda dalam setiap aspek yang diuji. 2.6 RUMUSAN Dalam bab ini kita telah membinca ngkan

Dalam bab ini kita telah membincangkan tiga perkara utama iaitu menghuraikan takrifan komunikasi dari pelbagai aspek; menjelaskan secara ringkas komponen-komponen komunikasi; dan kita telah mengenal pasti beberapa fungsi komunikasi. Kefahaman tentang asas komunikasi ini adalah penting bagi memudahkan kita meneroka pelbagai bidang komunikasi dengan lebih mendalam lagi. Pada masa yang sama kita juga perlu mempertingkatkan kemahiran menyesuaikan diri dalam persekitaran yang dinamik. Ini jelas apabila kita menghubungkaitkan aspek penekanan takrifan komunikasi dengan fungsi komunikasi, ianya menunjukkan bahawa komunikasi adalah berkaitan dengan diri dan persekitaran kehidupan kita. Kita tidak dapat tidak perlu berkomunikasi untuk mencapai tujuan masing-masing. Melalui komunikasi, berlaku perkongsian maklumat dan perasaan antara manusia. Justeru itu, manusia dapat membina diri, masyarakat, negara dan tamadun yang gemilang melalui fungsi komunikasi yang merentasi sempadan disiplin ilmu dan kehidupan manusia.

Dalam bab seterusnya, anda akan didedahkan dengan beberapa model komunikasi. Model dapat memberi anda gambaran tentang proses komunikasi sama ada komunikasi berlaku secara sehala ataupun dua hala. Dalam perbincangan model juga, anda akan dapat mengkaji hubungan dan fungsi komponen-komponen komunikasi dalam mewujudkan komunikasi yang efektif.

31

SOALAN PENILAIAN KENDIRI1. Beri takrifan komunikasi be rdasarkan penekanan berikut: (i) Pembujukan dan perubahan (ii) Perkongsian makna

1. Beri takrifan komunikasi berdasarkan penekanan berikut:

(i)

Pembujukan dan perubahan

(ii)

Perkongsian makna dan kesefahaman

2. Berdasarkan takrifan komunikasi, senaraikan komponen utama yang perlu ada dalam proses komunikasi.

3. Huraikan TIGA (3) fungsi komunikasi berikut:

(i)

Transmisi budaya

(ii)

Pembujukan

(iii)

Penentu Agenda

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.budaya (ii) Pembujukan (iii) Penentu Agenda JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS 1. Komunikasi adalah suatu proses

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Komunikasi adalah suatu proses pertukaran makna di antara sumber dan penerima. Individu yang terlibat dalam konteks komunikasi mempunyai maklumat tertentu untuk dikongsi bersama dan melalui maklumat sedia ada mereka berbincang dan membentuk suatu makna yang difahami bersama.

2. Jurang komunikasi ialah suatu keadaan di mana sumber dan penerima tidak mempunyai persamaan pengetahuan, lapangan pengalaman dan tujuan berkomunikasi yang berbeza antara satu sama lain. Apabila keadaan ini berlaku maka proses komunikasi untuk mencapai kefahaman bersama dan pertukaran makna tidak tercapai.

3. Komunikasi sehala merujuk kepada proses pengaliran maklumat daripada sumber kepada penerima berlaku tanpa maklum balas. Proses penyampaian maklumat hanya aktif pada sumber manakala penerima bersifat pasif. Manakala komunikasi dua hala pula adalah proses pengaliran maklumat yang berlaku secara timbal balik dan berlaku proses maklum balas. Interaksi dalam konteks dua hala berlaku berterusan.

32

4. Empat komponen utama dalam proses komunikasi ialah sumber (pengirim), saluran (media), mesej (maklumat) dan penerima (khalayak).

5. Komunikasi adalah suatu yang dinamik merujuk kepada proses komunikasi yang tidak henti dan sentiasa berlaku dalam apa jua keadaan sekalipun sesuai dengan konteks serta maksud-tujuan- niat individu.

6. Empat fungsi komunikasi [Rujuk bahagian 2.5 untuk huraian lanjut]:

(i)

Penyebaran informasi dan amaran

(ii)

Tranmisi budaya masyarakat

(iii)

Penentuan agenda masyarakat

(iv)

Pendidikan dan hiburan

33