Anda di halaman 1dari 3

PENGERTIAN

MATEMATIK
Matematik adalah pengkajian tentang corak/pola
Pola / Corak adalah suatu perkara yang berulang. Perhubungan adalah
suatu yang ada kaitan disebabkan sesuatu perkara. Kedua-dua perkara ini
penting untuk memberi kita keyakinan dalam menentukan / menjangkakan
perkara seterusnya yang akan berlaku / muncul.

Matematik adalah pengkajian tentang perhubungan/perkaitan


Jika

, berapakah nilai f jika x = 2 ?


Apakah hubungan antara x dan f ?
Sesetengah perhubungan angkubah-angkubah / anu boleh juga ditunjukkan
dalam bentuk jadual atau graf.

Matematik adalah satu cara berfikir


Berfikir secara Matematik adalah satu cara berfikir yang
menggunakan konsep, kemahiran dan kaedah Matematik dalam
menyelesaikan masalah yang timbul.

Matematik adalah alat / rekreasi dalam kehidupan harian. Kita


menggunakan asas matematik dalam kehidupan seharian. Ini
meliputi aktiviti atau bidang pekerjaan seperti pertukaran wang,
membaca carta, mengira diskaun, mengukur jarak, masa dan
sebagainya.

Matematik adalah berkaitan dengan aritmetik, algebra,


trigonometri, kalkulus dan sebagainya.
Terdapat pelbagai teknik atau kaedah dalam Matematik bagi
mendapatkan penyelesaian kepada pelbagai masalah. Pengiraan adalah
akar umbi kepada Matematik.

Matematik adalah suatu kajian seni


Terdapat unsur-unsur Matematik dalam pelbagai
bentuk seni. Antaranya ialah :
*Seni muzik
* Seni lukis
*Seni budaya
* Seni bina

Matematik adalah suatu bahasa


Di dalam bahasa Matematik, tatabahasa terdiri daripada hukumhukum, teorem-teorem dan rumus-rumus Matematik yang
menghubungkan simbol-simbolnya.

Anda mungkin juga menyukai