Anda di halaman 1dari 52

PENDAHULUAN

Berlari, melompat dan melontar atau membaling merupakan perlakuan semula jadi
manusia yang melambangkan keupayaan dan kemahiran asas manusia sebagai
makhluk yang berfikiran. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan dan diperbaiki
sehingga menjadi acara sukan yang kemudiannya dipertandingkan. Di samping
menjadi medan manusia menunjukkan keupayaan masing-masing, sukan ini berjaya
mewujudkan sifat-sifat positif dalam diri seseorang, seperti sifat ingin melumba,
berazam dan berjaya, serta mewujudkan semangat sepasukan dan perkembangan
personaliti.
Dan, kebolehan ini, dari masa ke masa, menjadi suatu acara pertandingan
yang menarik minat ramai orang dari segenap pelosok dunia, sejak turun-temurun
lagi. Dari sini, lahirlah istilah olahraga athletics yang merangkumi acara-acara
berlari, melompat dan melontar. Dan mereka yang menceburi diri dalam lapangan ini
pula dikenal sebagai olahragawan bagi lelaki dan olahragawati bagi perempuan,
atau kini kerap disebut sebagai atlet.
Terdapat banyak acara dalam olahraga antaranya ialah acara balapan atau
trek dan acara padang. Dibawah acara balapan terdapat acara-acara seperti lari
pecut, lari jarak sederhana, lari jarak jauh dan lari berganti-ganti.
Acara-acara yang tergolong dalam acara padang ialah acara-acara lain
daripada acara balapan atau lari, dan ianya terdiri daripada acara lontar dan lompat.
Melontar dan melompat merupakan seni dan aktiviti yang terdapat pada setiap
manusia yang sihat tubuh badannya. Antara acara-acara lontar dan lompat yang
dipertandingkan di kebanyakkan perjumpaan sukan olahraga ini ialah lompat jauh,
lompat tinggi, lompat peluru dan lain-lain.
Terdapat dua teknik dalam lari pecut iaitu gaya berdiri dan gaya dekam.
Mengikut pakar fasa lari pecut boleh dibahagikan kepada fasa permulaan, fasa
larian (fasa pecutan, fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan dan fasa
larian di selekoh) serta fasa penamat.

Lompat jauh merupakan salah satu nombor lompat selain lompat jangkit,
lompat tinggi dan lompat tinggi galah. Tujuan lompat jauh adalah melompat sejauhjauhnya dengan memindahkan seluruh tubuh dari titik-titik tertentu ke titik lainnya,
dengan cara berlari secepat-cepatnya kemudian menolak, melayang di udara dan
mendarat.
Dalam lompat jauh terdapat tiga gaya lompatan jauh yang selalu disebutkan
dan antaranya ialah gaya layar, gaya gantung dan gaya tendang kayuh. Perbezaan
di antara beberapa gaya lompatan lebih merupakan perbezaan gaya kedudukan
badan semasa pelompat berada di peringkat layangan.

SEJARAH AWAL SUKAN OLAHRAGA

Agar sukar untuk mengetahui dengan tepat bila manusia mula menjadikan aktivitiaktiviti berlari, melompat dan membaling sebagai suatu pertandingan. Namun,
berpandukan daripada beberapa catatan sejarah, olahraga dipercayai bermula kirakira 1000 tahun Sebelum Masihidi Greece Kuno. Ini bermakna, olahraga sudah pun
diadakan sejak lebih 3000 tahun yang lampau. Berdasarkan maklumat ini, dipercayai
olahraga merupakan salah satu sukan tertua di dunia. Bagaimanapun, tidak ada
bukti lain yang dapat mengukuhkan dakwaan ini.
Sukan Olimpik Kuno yang diadakan pada tahun 776 Sebelum Masihi di
Greece, yang merupakan tempat bermulanya tamadun manusia, dapat menguatkan
catatan tentang sukan olahraga ini. Dengan kata lain, orang-orang Greece sudah
pun melibatkan diri di dalam olahraga, walaupun matlamat awal mereka bukan untuk
menjadikannya sebagai sukan, tetapi lebih kepada salah satu bidang seni. Menurut
buku The Encyclopedia of Sports, acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan
ialah lompat jauh. Ini dilakukan oleh ahli sukan Sparta bernama Chionis pada sukan
Olimpik tahun 656 Sebelum Masihi. Beliau berjaya melompat sejauh 7.0485 meter.

PERKEMBANGAN AWAL SUKAN OLAHRAGA

Olahraga, yang merupakan acara utama dalam perjumpaan Sukan Olimpik Kuno,
mula mendapat perhatian ramai. Ia diadakan setiap empat tahun sekali, dan
berlangsung sehingga tahun 397 Sebelum Masihi. Malangnya sukan ini
kemudiannya terus dimatikan oleh Maharaja Rom, Theodosius.
Walaupun tidak ada pertandingan yang dikhususkan untuk olahraga selepas
itu, namun manusia tetap meneruskan aktiviti berlari, melompat dan membaling ini.
Tempoh senyap yang amat lama ini tidak pula dimanfaatkan oleh mana-mana
negara di dunia ini untuk meneruskan pertandingan olahraga. Ini berlarutan
sehingga abad ke-17. Ini pun tidak banyak kemajuan atau perkembangan yang
berlaku, kecuali ura-ura untuk menghidupkan kembali idea Sukan Olimpik.
3

Di England, sukan olahraga ini berjaya dihidupkan oleh Royal Military College
di Sandhurst, apabila kolej ini mengadakan temasya sukannya pada tahun 1812.
Lima tahun kemudian, kelab olahraga pertama di dunia telah ditubuhkan. Kelab itu
ialah The Necton Guild. Selepas itu banyak sekolah di England turut menyertai
sukan ini. Pada tahun 1850, sebuah kelab olahraga peringkat universiti ditubuhkan
oleh Oxford University, iaitu Exeter College Athletic Club. Kelab ini masih wujud
hingga sekarang.
Tahun-tahun 1860-an merupakan perkembangan pesat olahraga di England.
Kejohanan olahraga berbentuk terbuka mula diadakan. Pada masa yang sama,
olahraga berbentuk terbuka mula diadakan. Pada masa yang sama, olahraga mula
diperkenalkan ke Kanada dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1886, kejohanan
olahraga kebangsaan pertama di dunia telah diadakan oleh Amateur Athletics Club
di England. Dan pada tahun 1876, kejohanan berbentuk pertandingan antarabangsa
yang pertama di dunia telah diadakan antara England dengan Ireland.
Kedatangan sukan olahraga ke Amerika Syarikat telah mendapat sambutan
yang menggalakkan daripada rakyat negara itu. Menjelang abad ke-20, ahli-ahli
olahraga (atlit) Amerika Syarikat telah menunjukkan peningkatan yang amat
membanggakan sehingga mampu menguasai banyak perjumpaan olahraga
diadakan. Walaupun rekod-rekod dunia ketika itu tidak diiktiraf oleh Persekutuan
Olahraga Amatur Antarabangsa sehingga tahun 1913, namun daripada senarai
pemenang pada awal abad ke-20 menunjukkan bahawa sebahagian besarnya
dikuasai oleh ahli-ahli olahraga Amerika Syarikat.
Dari setahun ke setahun, sukan olahraga ini telah berkembang ke serata
dunia, dan bilangan negera yang menghasilkan ahli-ahli olahraga bertaraf dunia
turut meningkat. Bagaimanapun, prestasi yang ditunjukkan oleh ahli-ahli olahraga
Amerika Syarikat masih tidak tergugat. Kemunculan peserta-pesertanya daripada
keturunana Negro terus meningkatkan prestasi dan kejayaan olahragawanolahragawan Amerika Syarikat.
Ahli-ahli olahraga dari negara-negara Eropah turut mencatat kejayaan,
khususnya dalam Sukan Olimpik yang menjadi medan tidak rasmi untuk mengukur
kebolehan dan kemampuan peserta olahraga dunia. Begitu juga dengan ahli-ahli
olahraga dari Australia dan New Zealand, yang turut memberikan cabaran kepada
4

peserta-peserta Amerika Syarikat dan Eropah. Pada peringkat ini, peserta-peserta


dari Afrika dan Asia gagal memberikan saingan kepada olahragawan-olahragawan
Amerika Syarikat, Eropah, Australia dan New Zealand.
Selepas tahun-tahun 1960-an, barulah muncul peserta-peserta dari Afrika dan
Asia yang mampu memberikan saingan, tetapi kejayaan yang mereka capai masih
belum memberangsangkan. Kini, ahli-ahli olahraga dari Afrika dan Asia sudah ada
yang mencatat kejayaan, khususnya dalam Sukan Olimpik.
Sambutan penduduk dunia terhadap sukan olahraga terus meningkat. Ini
menyebabkan pelbagai kejohanan dan perjumpaan diadakan, antaranya
termasuklah di peringkat kawasan, kebangsaan ataupun di peringkat yang lebih
kecil. Malaysia juga tidak ketinggalan. Setiap tahun, sejak tahun 1926, kejohanan
kebangsaan telah diadakan. Daripada kejohanan inilah wakil-wakil negara dipilih
untuk mengambil bahagian dalam perjumpaan sukan atau olahraga di pelbagai
peringkat antarabangsa. Walaupun kejayaan ahli-ahli olahraga Malaysia di peringkat
Olimpik masih belum membanggakan, namun di peringkat yang lebih kecil, seperti
Sukan Asia ataupun Sukan Komanwel, kita pernah mencapai kejayaan. Penubuhan
persatuan-persatuan olahraga di sesebuah negara telah memberikan kesempatan
kepada negara-negara tersebut mengambil bahagian dalam kejohanan atau
perjumpaan sukan olahraga di mana-mana tempat di dunia yang dianjurkan oleh
mana-mana badan atau persatuan yang bergabung di dalam IAAF.

SUKAN OLIMPIK

Apabila Sukan Olimpik Moden yang pertama diadakan pada tahun 1896 di Greece,
olahraga menjadi acara wajib. Malah olahragalah yang menjadikan Olimpik sebagai
sukan sebenar. Tanpa olahraga, tidak mungkin Sukan Olimpik semeriah yang biasa
kita lihat, malah mungkin Olimpik tidak wujud langsung. Sukan yang diadakan setiap
empat tahun sekali ini dianjurkan oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa
yang bergabung di bawah Majlis Olimpik Antarabangsa.

Apabila membincangkan tentang Sukan Olimpik, kita tidak harus melupakan


peranan dan sumbangan seseorang yang bernama Baron Pierre de Coubertin, yang
bertanggungjawab menghidupkan kembali sukan ini. Pada Sukan Olimpik 1896 itu,
seramai 295 orang peserta telah mengambil bahagian dan 214 orang daripadanya
adalah peserta negara tuan rumah, manakala bakinya yang seramai 81 orang itu
adalah peserta dari negara luar. Olahraga merupakan acara utama daripada
beberapa acara yang dipertandingkan.
Dan setahun ke setahun pengaruh Sukan Olimpik kian berkembang. Ini dapat
dilihat menerusi Sukan Olimpi yang diadakan di Barcelona pada tahun 1992. Salam
sukan tersebut, lebih daripada 135 negara mengambil bahagian, termasuklah
Malaysia. Cuma pada tahun-tahun peperangan, sukan ini tidak dapat diadakan.
Sebagaimana yang ditekankan oleh cogan kata Sukan Olimpik iaitu Perkara
yang penting di dalam sukan ialah bukanlah kemenangan tetapi mengambil
bahagian, maka banyak negara kecil turut mengambil bahagian, walaupun mereka
pasti tidak akan mencapai kemenangan.
Malaysia mula mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik tahun 1956 yang
diadakan di Melbourne. Acara-acara yang disertai oleh Malaysia ialah hoki,
olahraga, angkat berat dan renang. Sejak itu, Malaysia tidak pernah gagal untuk
turut serta, kecuali pada tahun 1980, kerana membantah tindakan Rusia, selaku
tuan rumah sukan tahun itu, menceroboh Afganistan. Selain Malaysia, terdapat lebih
kurang 68 negara lain, termasuk Amerika Syarikat yang tidak ikut serta.
Sehingga Sukan Olimpik Barcelona 1992, Malaysia baru memenangi satu
pingkat gangsa melalui acara badminton yang pertama kali dipertandingkan di
peringkat Olimpik pada tahun 1992. Acara olahraga yang sering mempunyai wakil
negara di dalam sukan ini belum pernah mencapai sebarang kejayaan atau prestasi
membanggakan. Bagaimanapun semangat Oilmpik dan kesukanan serta
persahabatan sejagat merupakan faktor kepada penyertaan kebanyakkan negara,
termasuk Malaysia.
Dengan perubahan konsep Olimpik sejak Sukan Olimpik tahun 1984 di Los
Angeles, yang menswastakannya menerusi penajaan yang melibatkan wang berjutajuta ringgit, sukan ini telah bertambah meriah. Begitu juga dengan penyertaan ahli6

ahli sukan profesional ke dalam sukan ini, walaupun penglibatan mereka mendapat
tentangan, namun ini telah meningkatkan kemeriahan dan prestasi ahli-ahli sukan
tersebut.
Seperti yang dinyatakan, acara olahraga sering mendapat sambutan
menggalakkan daripada peserta dan penonton. Bagi mereka yang tidak mendapat
menontonnya di gelanggang Sukan Olimpik, mereka berkesempatan menontonnya
menerusi kaca televisyen. Yang pasti, olahraga berjaya menarik minat seluruh
masyarakat dunia.

ORGANISASI SUKAN OLIMPIK

Badan atau pertubuhan tertinggi yang bertanggungjawab ke atas setiap aktiviti


kejohanan olahraga di dunia ialah Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa
(IAAF) yang ditubuhkan pada tahun 1912. Setiap negara boleh bergabung dalam
persekutuan ini menerusi persatuan di negara masing-masing. Malaysia turut
menganggotai badan ini.
Setiap kejohanan yang diadakan di peringkat antarabangsa mestilah sama
ada dianjurkan oleh IAAF ataupun mendapat kebenaran daripadanya. Kini, oleh
kerana kebanyakan ahli olahraga terkenal di dunia telah digolongkan sebagai
olahragawan profesional, maka skop, peranan dan fungsi badan dunia ini sedikit
terjejas. Bagaimanapun, ia masih merupakan satu-satunya persekutuan yang
mengiktirafkan sebarang rekod atau pencapaian yang dicapai oleh seseorang ahli
olahraga.
Untuk menganjurkan sesuatu kejohanan sukan utama dunia, seperti Sukan
Olimpik, Sukan Komenwel, Sukan Asia dan sebagainya, terdapat pula badan lain
yang bertanggungjawab khusus untuk sukan-sukan ini. Umpamanya, untuk Sukan
Olimpik, terdapat Majlis Olimpik Antarabangsa, Sukan Komanwel pula terdapat
Majlis sukannya sendiri. Dengan demikian, IAAF merupakan badan penasihat dan
pengiktiraf terhadap semua perjumpaan sukan terbesar ini.

Sebagai badan sukan olahraga tertinggi di dunia, IAAF bertanggungjawab


mengeluarkan sebarang peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan
bidang sukan ini. Semua negara dunia akan mematuhi peraturan ini.
Bagi menganjurkan sesuatu perjumpaan olahraga, sebuah jawatankuasa
khas terdiri daripada individu daripada pelbagai bidang biasanya dibentuk. Mereka
akan menguruskan segala perancangan, persediaan, penajaan dan sebagainya,
lama sebelum sukan itu diadakan. Malah, dalam kejohanan olahraga sekolah
sekalipun, persediaan yang diadakan melibatkan seluruh kakitangan sekolah, serta
sebahagian besar murid. Oleh kerana terdapat banyak acara di dalam satu-satu
sukan olahraga, maka sebuah jawatankuasa yang besar sangat perlu.
Perancangan dan pengurusan yang licin, bersistem dan berkesan sudah
tentu menjamin kejayaan sesuatu temasya sukan, dan akhirnya prestasi akan
meningkat. Daripada peringkat sekolah, mereka yang terpilih akan mengambil
bahagian pula pada peringkat daerah, zon, negeri, kebangsaan dan seterusnya ke
peringkat antarabangsa.

OLAHRAGA UNTUK WANITA

Penglibatan wanita dalam sukan olahraga tidaklah seawal atau semudah apa yang
berlaku kepada kaum lelaki. Pada peringkat awal perkembangan sukan olahraga
dunia, wanita dilarang mengambil bahagian, malah menontonnya juga tidak
dibenarkan, termasuk Sukan Olimpik Kuno yang telah diwujudkan pada zaman
Sebelum Masihi lagi. Bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini, kaum
wanita telah mengadakan kejohanan olahraganya sendiri.
Sukan yang dikenal sebagai Sukan Haranea ini telah diadakan pada tahuntahun Sebelum Masihi juga, tetapi lewat sedikit daripada tarikh sukan untuk lelaki.
Semasa sukan olahraga sudah berkembang ke kebanyakan negara Eropah,
termasuk ke England, Persatuan Olahraga Amatur England masih tidak mahu
menguruskan sukan olahraga untuk kaum wanita.

Menyedari penyertaan para olahragawati juga perlu untuk sukan-sukan utama


dunia, sebuah persatuan olahraga yang dikhususkan untuk wanita di peringkat dunia
telah ditubuhkan pada tahun 1921 yang diberi nama Federation Sportive Feminine
Internationale. Tujuan utama penubuhannya ketika itu ialah untuk mencadangkan
agar Sukan Olimpik tahun 1924 dibuk juga kepada kaum wanita. Namun untuk siri
Sukan Olimpik pada tahun itu, Majlis Olimpik Antarabangsa menolaknya.
Olahraga untuk wanita hanya dipertandingkan dalam Sukan Olimpik tahun
1928. Sejak itu penyertaan ahli-ahli olahraga wanita dalam Sukan Olimpik tidak
pernah dilupai. Mereka mampu menunjukkan persembahan menarik, serta mampu
menarik minat sebahagian besar peminat sukan, khususnya Olimpik.

ACARA-ACARA OLAHRAGA

Terdapat banyak acara dalam olahraga antaranya ialah acara balapan atau trek dan
acara padang. Dibawah acara balapan terdapat acara-acara seperti lari pecut, lari
jarak sederhana, lari jarak jauh dan lari berganti-ganti.
Acara-acara yang tergolong dalam acara padang ialah acara-acara lain
daripada acara balapan atau lari, dan ianya terdiri daripada acara lontar dan lompat.
Melontar dan melompat merupakan seni dan aktiviti yang terdapat pada setiap
manusia yang sihat tubuh badannya. Antara acara-acara lontar dan lompat yang
dipertandingkan di kebanyakkan perjumpaan sukan olahraga ini ialah lompat jauh,
lompat tinggi, lompat peluru dan lain-lain.

MEMANASKAN BADAN

Aktiviti memanaskan badan dilakukan sebelum menjalani latihan sebenar atau


sebelum pertandingan. Tujuan melakukan gerak kerja ini berlainan antaranya, untuk
meregangkan otot-otot atlit itu sebelum latihan atau pertandingan, untuk
mengurangkan risiko kecederaan otot, memanaskan badan dengan tujuan
9

meninggikan suhu badan atlit-atlit supaya prestasi mereka akan meningkat dan
gerak kerja memanaskan badan dapat membuatkan atlit-atlit lebih bersedia dari segi
psikologi.
Namun, apa sahaja tujuan seseorang jurulatih menjalankan gerak kerja
memanaskan badan, ia hendaklah terdiri daripada pelbagai aktiviti yang boleh
melibatkan hampir semua otot dalam termasuk jantung dan paru-paru. Pada
asasnya, gerak kerja memanaskan badan perlu dimulakan dengan berlari sejauh
1500 m dan segala gerak kerja memanaskan badan tidak seharusnya melebihi 30
minit. Faktor-faktor seperti cuaca, peringkat pertandingan, umur, dan acara atlit itu
hendaklah diambil kira dalam menjalani gerak kerja memanaskan badan. Sebagai
persediaan kardiovaskular, atlet perlu meningkatkan kadar nadi sebelum latihan
olahraga. Peningkatan suhu dasar tubuh badan boleh dicapai dengan melakukan
aktiviti tidak rancak selama 3 hingga 5 minit. Semasa melakukan aktiviti ini, otot-otot
besar kaki diutamakan dan kedua-dua belah tangan diangkat melepasi paras
kepala.
Gerak kerja memanaskan badan hendaklah bermula dengan berlari anak.
Selepas itu senaman regangan bagi semua otot badan hendaklah dijalankan. Ini
diikuti oleh senaman kalisthenik yang sesuai sebelum memulakan latihan sebenar
atau pertandingan, atlit perlu berlari pantas sejauh 50 m dan 60 m dengan
menambah kelajuan secara beransur-ansur.selain daripada gerak kerja am yang
telah diterangkan, gerak kerja khusus seperti menukarkan baton, berlari melintasi
pagar dan mulaan dari blok juga hendaklah dijalankan. Setelah menjalani semua
gerak kerja tadi, atlit itu harus berehat selama 10 minit untuk menyediakan diri dari
segi psikologi.

ACARA BALAPAN
SEJARAH OLAHRAGA ACARA LARIAN

Pertandingan olahraga yang terawal melibatkan laria. Dalam Olimpik Kuno semua
acara adalah larian. Acara stade adalah antara yang mula-mula dipertandingkan dan
10

ia melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang
digunakan. Berikutan ini acara larian ulang-alik yang dinamakan dialos berjarak 384
meter (192 X 2 meter) diadakan. Sejurus lepas itu acara jarak jauh 5000 meter yang
dinamakan dolichos diadakan.
Pada zaman Olimpik Kuno, larian semula dengan blok permulaan yang dibina
melintang keluasan staduim berkenaan. Blok permulaan itu diperbuat daripada
ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz kaki. Semua
atlit menggunakan blok yang tetap walaupun saiz mereka adalah berbeza. Pagar
permulaan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan.
Sebelum 1880an, kemajuan larian olahraga terbantut kerana
ketidakselarasan dalam permulaan larian dan pengambilan masa yang tepat.
Keadaan ini menyebabkan permulaan dengan gaya berdiri diperkenalkan kerana ia
dianggapkan lebih adil.
Dalam tahun 1880an, ramai jurulatih membuat percubaan dengan cara
memulakan larian. Antara permulaan awal ialah pencil start, para atlet berlari 20
meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan
persetujuan dan tembakan yang digunakan. Dan akhirnya wujudlah gaya dekam. Di
Scotland, gaya dekam digunakan pada tahun 1884. Gaya dekam juga digunakan di
Australia, ia dinamakan kangroo start. Hanya pada bahagian kedua abad ke lapan
belas, bila kasut berpaku diperkenalkan, barulah acara larian menjadi popular dan
sentiasa dipertandingkan.
Sebelum 1921, kebanyakan pertandingan adalah untuk kaum lelaki.
Sebenarnya, zaman Olimpik Kuno mengalakkan pertandingan di kalangan lelaki
walaupun ada perayaan khas heraean diadakan untuk wanita. Hanya dalam tahun
1921, pertandingan antarabangsa pertama untuk wanita diadakan di Monte Carlo.
Pertandingan diadakan setiap empat tahun sehingga 1934.
Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki pertama dilakukan oleh Harald
Andersson dari Switzeland dalam tahun 1890 dengan catatan masa 11.0 saat.
Dalam tahun 1960, Armin Hary dari Germany berjaya mencatat 10.0 saat. Dan
dalam tahun 1968, Jim Hines dari Amerika Syarikat berjaya mencatat masa kurang
dari 10.0 saat ke 9.9 saat. Untuk wanita, acara 100 meter ini diadakan buat pertama
11

kalinya di dalam Sukan Olimpik pada tahun 1928. Masa terpantas dicatat pada
tahun 1977 oleh Marlies Gohr (Jerman) dengan masa 10.88 saat.
Dalam acara 200 meter, rekod larian pada zaman sebelum Olimpik Moden
dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Dalam tahun 1887,
Charles Wood merupakan orang pertama yang mencatat masa 22 saat. Masa ini
dipendekkan kepada 21.0 saat dalam tahun 1914 oleh Willie Applegarth. Rekod ini
kekal sehingga 1932 bila James Carlton (Australia) mencatat masa 20.6 saat.
Selepas itu, banyak lagi masa baru dilakukan sehingga dalam tahun 1966, Tommie
Smith mencatat masa 19.83 saat dan catatan masa ini diperbaharui dalam tahun
1979 oleh Pietro Mennea dengan catatan masa 19.72 saat. Untuk wanita acara ini
diperkenalkan dalam Olimpik Sukan pada tahun 1948. Wilma Rudolph (Amerika
Syarikat) mencatat masa 22.9 saat pada tahun 1960 dan Marita Koch (Germany)
adalah pelari pertama acara ini yang membuat catatan masa di bawah 22 saat iaitu
21.73 saat.
Dalam acara 400 meter, Maxie Long (Amerika Syarikat) berjaya mencatat
masa 47.8 saat. Sejak itu masa untuk acara itu diperbaharui sehingga 1968 bila Lee
Evans (Amerika Syarikat) mencatat masa 43.86 saat. Untuk wanita Marlene
Mathews (Australia) mencatat masa 57.0 saat dalam tahun 1957. Pada tahun 1974
dan selepas itu masa acara tersebut dicatat di bawah 50 saat dengan Irena
Szewinska (Poland) mencatat 49.9 saat pada 1974 dan Marita Koch (Jerman)
mencatat 48.94 saat dalam 1978.
Dalam acara lari berpagar pula, pagar yang dilalui sebenarnya merupakan
pintu kandang biri-biri. Larian pada masa itu adalah dengan kaki hadapan bengkok.
Pada tahun 1886, Arthur Croome dari England merupakan orang pertama melompat
pagar dengan kaki hadapan diluruskan. Cara ini dicipta oleh Alvin Kraenzlein (USA)
yang kemudiannya mencapai pinkat emas dalam Olimpik 1990. Pada tahun 1896,
semua acara lari berpagar melebihi 100 meter. Pada 1900 dua acara untuk lelaki
diperkenalkan iaitu 110 m dan 400 m. Acara lari berpagar untuk wanita diadakan
pada tahun 1926 dengan jarak 80 m. Selepas itu, 100 m wanita diperkenalkan pada
tahun 1968 dan diikuti dengan acara 400 m pada tahun 1971.
Bagi acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter, pasukan Jerman mencatat masa
42.3 saat dalam tahun 1912. Dan masa ini dicatat di bawah 40 saat dalam tahun
12

1936 oleh pasukan Amerika Syarikat dengan catatan 39.8 saat. Untuk pasukan
wanita, pasukan Jerman berjaya mencatat 46.4 saat pada tahun 1936. Dan pasukan
Jerman juga berjaya mencatatkan masa 41.37 saat dalam tahun 1985.

DEFINISI LARI PECUT

Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat (100m, 200m dan 400m) yang
memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik untuk membuat larian sepantas
yang mungkin. Dua faktor asas mempengaruhi kepantasan seorang pelari ialah
panjang langkah dan kekerapan langkah.

SEJARAH LARI PECUT

Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang
pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah pertandingan
dalam kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari
pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula
dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang
stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan dialos
berjarak 384 (192 meter x 2) diadakan. Pada zaman Olimpik Kuno, larian bermula
dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok
permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan
dengan lubang saiz tapak kai. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun
saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan
untuk memulakan perlumbaan.
Perkembangan lari pecut pada abad ke-19 terbatas kerana tiada undangundan dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang
tepat. Pelbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai
cara mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun, persetujuan dibuat untuk
13

menjadikan cara berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh
semua pihak. Pada tahun 1880an ramai jurulatih membuat percubaan cara
memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah pencil start, di mana para
atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan
dengan persetujan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun
1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangroo start. Sebelum tahun 1921
kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja. Pertandingan pertama untuk
wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo. Dalam acara 100
meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari
Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0 saat, Marlies Gohr dari Jerman
pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan
Olimpik tahun 1928. Dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik moden
dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood
merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200 meter
diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948 dan Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat
adalah pemegang rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9. dalam acara 400
meter, Maxie Long adalah orang pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat
dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene
Mathews dari Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini
telah diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan
catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari Jerman pula telah
berjaya mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978.

ATLET

Secara amnya pelari pecut mempunyai beberapa ciri yang tertentu; pelari itu
biasanya mempunyai jarak langkah yang besar, gerakan kaki yang pantas serta
kuasa otot yang tinggi. Biasanya, jika pelari pecut diperkenalkan kepada acara lain
seperti melompat jauh dan lari berpagar kemungkinan besar mereka juga akan
berjaya dalam acara-acara ini.

14

KELENGKAPAN
Pakainan untuk pertandingan terdiri daripada baju singlet, seluar pendek, kasut lari
dan stokin. Pakaian mestilah bersih dan dicorak serta dipakai tanpa menimbulkan
sebarang bantahan. Bahan pakaian tersebut seharusnya tidak nipis dan tidak
menampakkan badan apabila basah. Pakaian tidak boleh mengganggu keputusan
hakim.
Kasut lari hendaklah ringan dan jenis yang boleh ditukar pakunya. Kasut
berpaku yang dibenarkan untuk diguna ialah kasut yang mempunyai 11 paku sahaja
dan panjang paku dari tapak seharusnya tidak melebihi 9 mm. Setiap atlet mesti
memakai dua nombor; satu di dada dan satu di belakang. Semasa menjalani latihan,
pakaian balapan dan kasut lari mestilah sesuai. Blok mulaan juga adalah mustahak
untuk atlit. Selain daripada itu, jam randik, pita pengukur serta kad-kad untuk
menyimpan rekod latihan adalah penting bagi seseorang atlit lari pecut.

CARA MENGGUNAKAN BLOK PERMULAAN

Blok ini digunakan bertujuan untuk menghasilkan suatu daya tolakan yang lebih
berkesan apabila pelari mula bergerak ke hadapan. Cara menyediakan blok adalah
pertama, jarak blok dari garis mula hendaklah memberi keselesaan, imbangan dan
kecekapan mekanikal kepada penggunanya ketika dalam keadaan sedia. Kemudian,
jarak di antara bahagian hadapan blok dengan garis mula adalah antara 30 hingga
48 cm. Jarak di antara bahagian belakang blok dengan bahagian hadapan blok
adalah bergantung kepada jenis gaya dekam yang digunakan. Kemudian,
melakukan beberapa percubaan untuk mencari kesesuaian blok dan jaraknya yang
paling baik untuk pelari adalah perlu. Tentukan terlebih dahulu kaki manakah yang
akan digunakan untuk memijak bahagian belakang blok. Akhirnya, pastikan blok
dipasang dengan ketat dan kuat.

15

GAMBAR 1, 2 & 3 : CARA MEMASANG BLOK PERMULAAN

16

TREK

Pada amnya trek 400 meter dan trek 200 meter digunakan. Di Malaysia, keluasan
tanah yang terhad menyebabkan sekolah rendah menggunakan trek 200 meter.

TREK DAN LORONG

Panjang trek mestilah tidak kurang daripada 400 meter. Trek mestilah tidak kurang
daripada 7.32 meter lebarnya dan jika boleh sebelah dalam berbendul simen atau
lain-lain benda yang sesuai, lebih kurang 50 milimeter tinggi, minimum lebarnya 50
milimeter. Jika garis tepi sebelah dalam tidak dibendulkan, ia memadai ditandakan
dengan garisan 50 mm lebar. Jika di atas trek rumput bendera hendaklah
dipacakkan pada setiap 5 meter. Bendera-bendera itu dicondongkan ke sebelah
dalam bersudut 60 darjah dengan bumi. Bendera itu seharusnya berukuran 0.25 m x
0.2 m di atas tiang yang panjangnya 0.45 m. Lebar setiap lorong ialah di antara 1.22
hingga 1.25 meter dan ditandakan dengan garisan 5 cm lebar.

GAMBAR 4 & 5: TREK & LORONG

17

CONTOH TREK

DAN LORONG

CONTOH LORONG

ARAHAN PERMULAAN

Untuk semua acara sehingga 400 meter dan termasuk 400 meter, arahan untuk
memulakan perlumbaan adalah ke garisan, sedia, bang.

TEKNIK MULA LARI PECUT

18

Terdapat dua teknik iaitu gaya berdiri dan gaya dekam. Untuk pertandingan masa
kini, gaya dekam digunakan dan semua pelari dikehendaki menggunakan blok
permulaan.
GAYA BERDIRI
Gaya berdiri biasanya dipraktikan oleh para pelajar sekolah dalam kelas Pendidikan
Jasmani atau dalam gerak kerja kokurikulum. Gaya ini paling digemari di sekolah
rendah kerana ia merupakan gaya paling berkesan. Walaubagaimanapun ia tidak
digunakan untuk acara ini dalam pertandingan rasmi.
Pertama ialah persediaan iaitu peserta bersedia beberapa meter di belakang
garisan mula sebelum arahan ke garisan diberi.
Kedua ialah ke garisan iaitu pelari bergerak ke hadapan dengan meletak
hujung kaki hadapan rapat kepada garisan mula tanpa menyentuhnya, kaki
belakang sedikit ke belakang, kira-kira 30-40 cm dan mengimbangkan badan.
Bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan.condongkan
badan ke hadapan. Kedua-dua belah tangan bersedia di sisi dengan tangan
bertentangan dengan kaki hadapan. Jika kaki kiri di hadapan maka tangan kanan
mesti diletakkan di hadapan.
Ketiga ialah sedia iaitu condongan badan ditambah ke hadapan dan mata
pandang ke hadapan. Bengkokkan lebih lutut kaki hadapan. Kaki belakang tolak ke
tanah dan badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol
ataupun tuipan wisel.
Terakhirnya ialah, bang atau mula iaitu pelari mula bergerak bila dengan
menolak kuat kaki hadapan.
GAYA DEKAM
Sejak Sukan Olimpik Moden pada 1896, teknik lari pecut tidak berubah pada
prinsipnya. Pemenang acara 100 m, Thomas Burke dari Amerika Syarikat
menggunakan gaya dekam yang serupa dengan gaya peluru pada masa ini.
Gaya ini sangat rumit dan ia terbahagi kepada tiga iaitu gaya pendek atau
peluru, gaya sederhana dan gaya panjang.
19

FASA-FASA DAN TEKNIK-TEKNIK LARI PECUT

Mengikut pakar fasa lari pecut boleh dibahagikan kepada fasa permulaan, fasa
larian (fasa pecutan, fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan dan fasa
larian di selekoh) serta fasa penamat.

FASA PERMULAAN

Bukan semua atlet adalah sama dan dengan itu teknik permulaan adalah berbeza.
Walaupun terdapat banyak variasi, pada amnya terdapat tiga cara iaitu gaya peluru,
gaya sederhana dan gaya panjang.

MEMULAKAN LARIAN TANPA BLOK PERMULAAN

GAYA PELURU
Pertama ialah peserta berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau satu setengah
tapak. Hujung tapak kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan dan
ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuhan.

GAMBAR 6 : GAYA PELURU

20

GAYA SEDERHANA
Peserta berdiri kepada garisan dan kira dua atau satu setengah tapak. Lutut tapak
kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan dan ruang di antara dua
tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
GAYA PANJANG
Atlit berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau satu setengah tapak dan lutut
tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan. Ruang di antara dua
tapak kaki adalah seluas buku penumbukan.

MEMULAKAN LARIAN DENGAN BLOK

Blok permulaan membantu pelari untuk memulakan larian dengan cepat. Gaya larian
melibatkan tiga gaya iaitu gaya peluru, gaya sederhana dan gaya panjang.
Dalam gaya peluru blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan.
Blok hadapan diletak dua tapak kaki dari garis permulaan dan blok belakang setapak
dari bahagian hadapan blok hadapan.
21

Dalam gaya sederhana pula, ialah meletakkan blok pertama dua tapak dari
garis permulaan dan blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
Dalam gaya panjang, blok hadapan diletakkan dua tapak dari garis permulaan
dan blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
GAMBAR 7, 8, 9 & 10 : GAYA-GAYA DIGUNAKAN UNTUK MEMULAKAN LARIAN
DENGAN MENGUNAKAN BLOK

PENEMPATAN BLOK DI SELEKOH

Acara larian 200 m dan 400 m melibatkan bahagian selekoh dan dengan itu
penempatan blok permulaan adalah berbeza berbanding dengan acara 100 m. Blok
diletakkan berhampiran dengan garis luar lorong dan bahagian hadapan ditujukan ke
garis dalam lorong supaya bahagian dalam blok adalah tangan kepada garis dalam.

FASA PECUTAN

22

Selepas arahan pelepas ke garisan diberi, pelari mengambil tempatnya di blok


permulaan.
KEDUDUKAN TANGAN
Tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari
penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antara satu sama lain,

GAMBAR 11 & 12 : KEDUDUKAN TANGAN

KEDUDUKAN KEPALA DAN LEHER


Kepala dan leher didongak sebagai sebahagian dari torso. Mata pandang ke
hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan sedia diberikan, pinggul diangkat
tinggi dan badan condong ke hadapan.

GAMBAR 13 & 14 : KEDUDUKAN KEPALA DAN LEHER

23

PERGERAKAN TANGAN DAN KAKI


Selepas bang atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan (bukan ke atas)
dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan kaki. Tangan yang
bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke hadapan. Tangan
lain digerakkan ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah.
Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah.
Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak
di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke
hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.
GAMBAR 15,16, 17, 18 & 19 : PERGERAKAN TANGAN DAN KAKI

24

TEKNIK KELAJUAN MAKSIMUM DAN PERGERAKAN KELAJUAN

Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter. Dalam lari pecut,
pecutan berlaku awal dalam larian. Sebenarnya, 95% daripada kelajuan maksimum
dicapai pada kira-kira 18 meter. Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum,
kadar pecutannya akan ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya. Tambahan pula,
seseorang atlet tidak mungkin boleh berlari pada kelajuan maksimum lebih dari jarak
14-18 meter, maka apa yang diperlukan oleh atlet ialah untuk mengekalkan kelajuan
yang lebih rendah dari kelajuan maksimum.

TEKNIK LARIAN DI SELEKOH

Pada bahagian selekoh, semakin laju atlet berlari, semakin kuat kuasa centrifugal.
Untuk memastikan larian selekoh adalah berkesan ataupun untuk mengimbangkan
kuasa centrifugal, seorang pelari seharusnya merendahkan badan ke arah dalam.
Tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan mengarah
ke dalam.
25

TEKNIK PENAMAT

Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk berlari 10
meter lebih jarak lariannya; sebagai contoh 110 m untuk 100 m dan 210 m untuk 200
m. Jadi dengan itu adalah mustahak bagi seorang atlet untuk terus pecut sehingga
melewati garis penamat. Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk
menonjolkan bahagian torso ke hadapan dengan mengangkat bahu ke atas dan
menarik tangan ke belakang.
GAMBAR 20 : TEKNIK PENAMAT

CARA MEMPERBAIKI GAYA PECUT

Seorang lari pecut hendaklah memberi perhatian kepada tiga perkara untuk
memperbaiki teknik pecut, iaitu jarak langkah, kekerapan langkah dan pergerakan
bahagian badan. Bagi jarak langkah contohnya, atlet A mempunyai langkah besar,
maka dia sampai ke garis penamat lebih cepat daripada atlet B. Maka seorang lari
pecut hendaklah dilatih supaya memperoleh jarak langkah yang besar.
Kedua ialah kekerapan langkah. Antara contoh ialah, apabila atlet A dan B
sedang berpecut dan mempunyai jarak langkah yang sama tetapi kekerapan
26

langkah A adalah lebih pantas. Maka atlet A akan meliputi jarak yang lebih jauh
dalam masa yang sama berbanding dengan B. Ini membawa implikasi bahawa
seseorang pelari pecut hendaklah dilatih supaya kekerapan langkah dipercepatkan.
Dalam aspek gerakan bahagian badan terdapat dua aspek iaitu gerakan
bahagian tangan dan kaki. Bagi gerakan bahagian tangan semasa memecut, siku
tangan bengkok pada sudut 90 darjah dan dikunci. Tangan digenggam longgar
dengan ibu jari ke atas. Tangan diayun ke belakang.
Bagi bahagian kaki pula, lutut kaki pelari pecut hendaklah diangkat tinggi ke
depan supaya dapat memperbaiki jarak langkah yang besar. Secaa amnya, bagi
seorang pelari pecut kaki hendaklah kedang lurus di belakang badan, lutut kaki
harus dinaikkan tinggi dan tangan serta muka dalam keadaan senang.
PERATURAN

Nombor peserta hendaklah dipakai di depan iaitu di dada dan di belakang. Blok
mulaan boleh digunakan dalam acara pecut tetapi hendaklah diluluskan oleh pihak
penganjur terlebih dahulu. Arahan sebelum lumba lari adalah ke garisan sedia, dan
diikuti oleh bunyi pistol. Jika seseorang atlet mengangkat tangan atau kaki sebelum
bunyi pistol, ini dianggap mulaan yang salah. Dalam semua acara tersebut, atlet
hendaklah berlari dalam lorong masing-masing dan torsa iaitu bahagian dada
seseorang pelari ynag pertama tegak lurus dengan garisan pertama dianggap
sebagai pemenang.

PERATURAN 121 PENJAGA MASA


Bilangan penjaga masa yang mencukupi perlu disediakan untuk acara trek. Tiga
orang penjaga masa rasmi adalah diwajibkan dengan satu atau dua penjaga masa
tambahan bagi mengambil masa pemenang. Salah seorang merupakan Ketua
Penjaga Masa.
Penjaga masa mesti ditempatkan segaris dengan garis penamat. Jika boleh
mereka ditempatkan sekurang-kurangnya 5 meter dari garis tepi trek dan berada di
27

atas bangku bertingkat. Setiap penjaga masa bertindak sendirian dan Ketua Penjaga
Masa menentukan masa untuk setiap peserta.

PERATURAN 160
Untuk pengambilan masa dengan tangan, masa perlu dibaca kepada 1/10 saat lebih
panjang. Contohnya, 10.15 s dibaca sebagai 10.25 s. Masa mula dikira apabila asap
tembakan dilihat.dalam nes tiga am randik digunakan, pertimbangan seperti, jika dua
daripada tiga masa adalah sama, mska yamg masa iyu adalah masa rasmi.
Contonya, 10.9, 10.1 dan 10.1, masa rasmi 10.1 s. Dan jika ketiga-tiga masa adalah
tidak sama, maka masa yang tengah adalah masa rasmi. Namun begitu, jika salah
satu terlalu beza dengan dua masa yang lain, maka masa itu tidak boleh dikira.
Contohnya, jam pertama ialah 11.6 s, jam kedua ialah 11.5 s, dan jam ktiga ialah
11.2. 11.2 s tidak dikira dan masa rasmi ialah 11.6 s. Jika dua jam digunakan dan
masa adalah tidak sama, maka masa yang lebih panjang diterima sebagai masa
rasmi.

LATIHAN ANSUR MAJU

a. Latihan mendorong
Bagi latihan ini peserta seharusnya berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh
objek yang dimaklumkan. Kemudian, berlari mengutip pundi saga atau kacang
secara berganti-ganti dalam kumpulan dan lari secara bayang-bayang iaitu lari
secara berpasangan, seorang mengejar dan seorang lagi berlari untuk mengelakkan
diri dari disentuh. Lari berganti-ganti ulang-alik juga boleh dilakukan iaitu larian 20
meter berkumpulan.
GAMBAR 21 & 22 : LATIHAN MENDORONG

28

CONTOH GAMBAR LARIAN SECARA LAYANG-LAYANG

b. Latihan teknik pecut


Membiasakan diri dengan berlari dengan melangkah panjang. Kemudian, latih
berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan,mengangkat lutut. Lepas itu,
berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan dan
berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan. Kemudian, berlari dengan lutut
tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan dan berlari menyepak ke
belakang juga antara teknik lari pecut. Akhirnya, berlari dengan lutut tinggi dan
memecut dan latihan pergerakan tangan seperti berkumplan berlatih menggerakkan
tangan 90 darjah di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung.
GAMBAR 23, 24, 25, 26, 27 & 28 : LATIHAN TEKNIK PECUT

29

c.

Latiha

n kekuatan kaki dan latihan pecutan


Bagi yang ini pula peserta pada mulanya perlu belajar melonjak untuk jarak;
kemudian melangkah dengan panjang. Sebagai langkah seterusnya mereka harus
melonjak dan melangkah melepasi halangan dan melompat, memusing, medekam
serta memecut. Akhir sekali secara berpasangan mereka harus berlari dengan
halangan oleh tarikan rakan.
GAMBAR 29 & 30 : LATIHAN KEKUATAN KAKI DAN LATIHAN PECUTAN

30

LANGKAH YANG PANJANG

MELONJAK UNTUK JARAK

KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN SEMASA BERLARI PECUT

Antara kesalahan yang biasa dilakukan oleh atlet semasa berlari pecut ialah berlari
di atas tapak kaki. Kemudian, kedua-dua belah tangan dihayun menyilang badan
dan memandang ke atas semasa berlari serta kedua-dua belah tangan di luruskan
semasa menghayun.

GAMBAR 31,32, 33, 34 & 35 : KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN

KEDUA-DUA BELAH TANGAN DIHAYUN MENYILANG BADAN

31

KEDUA-DUA BELAH TANGAN DILURUSKAN SEMASA MENGHAYUN

MEMANDANG KE ATAS SEMASA BERLARI


ACARA PADANG
DEFINISI LOMPAT JAUH

Lompat jauh merupakan salah satu nombor lompat selain lompat jangkit, lompat
tinggi dan lompat tinggi galah. Tujuan lompat jauh adalah melompat sejauh-jauhnya
dengan memindahkan seluruh tubuh dari titik-titik tertentu ke titik lainnya, dengan
cara berlari secepat-cepatnya kemudian menolak, melayang di udara dan mendarat.

SEJARAH ACARA LOMPAT JAUH

Sejarah permulaan acara lompat jauh dapat dikesan seawal tahun 708 Sebelum
Masihi iaitu dalam Sukan Olimpik Kuno di Greece. Menurut catatan tersebut, lompat
sejauh 7.05 meter telah dibuat oleh Chionis, peserta Sparta. Bagaimanapun, teknik
dan cara lompatan yang dibuat amat berlainan daripada lompatan yang dibuat kini.
32

Berdasarkan bukti-bukti lukisan yang terdapat pada tembikar yang dibuat pada
zaman itu, lompatan dibuat secara berkali-kali, sama ada lompatan dalam bentuk
multiple, double-triple atau quintriple.
Apabila Sukan Olimpik Moden dihidupkan pada tahun 1896, lompat jauh
termasuk sebagai salah satu acara olahraga. Sejak itu ia terus diterima sebagai
salah satu acara olahraga dalam kebanyakan kejohanan yang diadakan di pelbagai
peringkat di dunia. Peraturan dan teknik lompatan diperbaiki dari semasa ke semasa
sehinggalah kepada bentuk lompatan yang ada seperti sekarang.
Walaupun lompat jauh merupakan acara yang paling mudah dipelajari
berbanding acara-acara lompatan yang lain, tidak bermakna semua orang mampu
melakukannya dengan baik. Teknik lompatan dan peraturannya perlu dipelajari
dengan penuh minat. Ini kerana, sebagai satu acara sukan, ia juga tidak lari
daripada risiko kecederaan. Teknik-teknik lompatan baru adalah diperkenalkan
daripada kajian-kajian saintifik yang dilakukan ke atasnya. Rekod lompatan terjauh,
yang pada suatu masa dahulu diramalkan menjadi rekod paling lama, kini sudah pun
diperbaiki.
Kejayaan peserta Amerika Syarikat, Bob Beamon dengan lompatan sejauh
8.90 meter dalam Sukan Olimpik tahun 1968 di Mexico telah dipecahkan oleh
seorang lagi peserta Amerika Syarikat, iaitu Mike Powell dengan lompatan sejauh
8.95 meter. Ini menunjukkan bahawa, sebagai rekod tidak mungkin ia tidak dapat
diperbaiki oleh peserta kemudiannya. Semua ini disebabkan adanya latihan,
pembaharuan teknik dan keazaman yang tinggi daripada peserta itu sendiri.

KELENGKAPAN

Sepintas lalu, acara lompat jauh tidak memerlukan sebarang kelengkapan. Namun,
sebenarnya ia juga memerlukan peralatan khusus, iaitu ruang atau kawasan dan
juga alatan khas. Berikut adalah antara ruang dan peralatan yang diperlukan untuk
acara lompat jauh.

33

Lorong larian yang mempunyai jarak yang sesuai adalah penting untuk
membuat pecutan, larian dan lompatan. Jarak standard lorong larian ialah 45 m x
1.22 m. Ia hendaklah bebas daripada sebarang halangan atau gangguan yang boleh
mengganggu peserta membuat lompatan.
Papan pelepas digunakan sebagai petanda dan permulaan lompatan. Papan
pelepas yang standard ialah bersaiz 1.22 m panjang dan 20 cm lebar yang
diletakkan satu meter dari hujung yang terdekat dengan kawasan pendaratan.
Papan ini biasanya diwarnakan putih keseluruhannya.
Selain itu, petunjuk plastisin ini digunakan untuk mengesan dan membuktikan
pembatalan dalam satu-satu lompatan yang dibuat. Plastisin ini diletakkan pada
hujung papan pelepas dan sebarang kesan tapak kaki yang terdapat padanya
membuktikan bahawa lompatan itu batal dan tidak dikira dalam perhitungan
lompatan yang dicapai.
Kawasan pendaratan digunakan untuk mendarat dalam satu-satu lompatan.
Kawasan ini penting dan merupakan peralatan utama dalam setiap acara lompat
jauh. Ia diisikan pasir halus dan dilembapkan. Saiz standard kawasan pendaratan
ialah 9 m panjang dan 2.75 m lebar.
Pita pengukur digunakan untuk mengukur jarak sesuatu lompatan. Jarak
lompatan diukur dari hujung terdekat pada papan pelepas ke hujung terdekat tempat
pendaratan dalam kotak pendaratan. Kini, dalam kejohanan-kejohanan olahraga
utama dunia, pita pengukur telah digantikan dengan alat pengukur elektronik yang
menjadikan pengukuran lebih mudah, cepat dan tepat.
Pengukur halaju angin digunakan untuk mengukur halaju angin ketika satusatu lompatan dibuat. Ia penting untuk menentukan sama ada lompatan tersebut
dibantu oleh angin atau tidak. Bagaimanapun, untuk perjumpaan peringkat sekolah
atau kelab, alat ini tidak digunakan.
Bendera pula digunakan oleh pengadil yang mengawasi sesuatu lompatan.
Terdapat dua jenis bendera yang digunakan, iaitu bendera putih dan bendera merah.
Bendera putih untuk lompatan bersih manakala bendera merah untuk lompatan yang
batal.

34

Akhir sekali, kasut yang sesuai adalah penting untuk larian dan juga sebagai
perlindungan kepada pelompat. Kasut yang berpaku dan bertumitkan plastik sesuai
digunakan untuk acara ini.

GAYA LOMPAT JAUH

Dalam lompat jauh terdapat tiga gaya lompatan jauh yang selalu disebutkan dan
antaranya ialah gaya layar, gaya gantung dan gaya tendang kayuh. Perbezaan di
antara beberapa gaya lompatan lebih merupakan perbezaan gaya kedudukan badan
semasa pelompat berada di peringkat layangan. Fasa-fasa yang terdapat pada
semua teknik melompat adalah hampir sama sahaja.

GAMBAR 36 & 37 : GAYA LOMPAT JAUH

FASA LOMPAT JAUH

Semua gaya atau teknik lompat jauh menunjukkan empat fasa pergerakan.
Keempat-empat fasa itu ialah fasa penujuan iaitu lari menuju ke papan lonjak, fasa
lonjakan iaitu melompat dari papan, fasa layangan iaitu badan berada di udara dan
fasa pendaratan iaitu sentuhan bahagian badan dengan tempat mendarat.
35

FASA PENUJUAN
Terdapat beberapa cara untuk memulakan fasa ini iaitu fasa berlari dari tempat
permulaan ke papan lonjak. Seorang atlet mula berdiri dengan segaris atau kaki
depan belakang. Perkara yang paling penting ialah langkah pertama dari titik
permulaan mestilah bermula dengan kaki melonjak. Bilangan langkah ke papan
lonjak berbeza, 11-15 langkah untuk pelompat novis, 17-19 langkah untuk pelompat
wanita pakar dan 23 langkah untuk pelompat lelaki pakar.
Pelompat bermula di papan lonjak, kira 11-15 langkah dan letakkan tanda.
Ulang larian dari titik mula ke papan lonjak. Jika perlu ubahkan tanda untuk
mendapatkan jarak yang betul.

GAMBAR 38 & 39 : FASA PENUJUAN

FASA LONJAKAN
Tumpuan utama fasa ini ialah untuk mencapai lompatan yang tinggi. Tapak kaki
yang digunakan untuk melonjak mestilah memijak papan lonjak dengan tepat di
mana hujung kaki tidak menyentuh kawasan yang terletak di hadapan papan. Aksi
36

lonjakan ini mengamalkan urutan tumit-penghujung kaki. Tolakan kaki hendaklah


kuat dan diluruskan pada saat-saat akhir untuk membantu lonjakan yang tinggi.
Serentak dengan lonjakan ini, kaki bebas hendaklah dihayun dengan kencang ke
hadapan dengan bahagian lutut dibiarkan tinggi. Pada masa yang sama, kedua-dua
belah tangan dihayun ke hadapan dan ke atas untuk membantu mencapai lonjakan
yang lebih tinggi.
GAMBAR 40 & 41 : FASA LONJAKAN

FASA LAYANGAN
Gaya badan dan pergerakan
pelompat di fasa ini
bergantung kepada gaya yang hendak digunakan. Tujuan utama ialah supaya
pelompat dapat berada di fasa ini lebih lama untuk melambatkan pendaratannya.
Selepas melonjak, gaya badan bagi gaya tendang kayuh, pelompat seolaholah melangkah di udara dan badannya tegak. Bagi gaya layar, pelompat
melunjurkan kedua-dua belah kakinya ke hadapan dan badannya dicondongkan ke
hadapan. Tangan pelompat dihulurkan hingga hujung kaki.
Bagi gaya gantung, pelompat mengangkat kedua-dua belah tangannya ke
atas seolah-olah bergantung di udara. Kedua-dua kakinya diangkat ke belakang.
Akhirnya, bagi gaya selangkah pelompat menghayunkan bahagian kakinya yang
bebas ke hadapan selepas melakukan lonjakan. Tindakan seperti di dalam gaya
tendang kayuh tidak dilakukan. Kaki yang digunakan untuk melonjak mengikut dari
belakang. Ini bererti kaki pelompat berada di dalam keadaan terkangkang semasa
membuat layangan. Sebelum mendarat, kaki lonjak pelompat akan dibawa ke
hadapan supaya bersama kaki bebas.

37

GAMBAR 42 & 43 : FASA LAYANGAN

FASA PENDARATAN
Semasa berada dalam fasa ini,
pelompat mesti memberi
perhatina kepada imbangan
badan dan pencapaian jarak.
Kaki dihulurkan ke hadapan dan
sewaktu mencecah tempat
mendarat lutut dilenturkan untuk
mengurangkan kesan tekanan
pendaratan dan tumit kaki
didahulukan serta tangan dihayun ke atas. Badan dicondongkan ke hadapan supaya
keseluruhan badan terus menuju ke hadapan.

GAMBAR 44 & 45 : FASA PENDARATAN

TEKNIK- TEKNIK DALAM LOMPAT JAUH


38

Antara teknik-teknik yang terdapat dalam lompat jauh ialah larian menuju ke papan
lonjak hendaklah cukup pantas dan terkawal. Lonjakan yang dilakukan harus kuat
dengan menggunakan lutut kaki yang diangkat tinggi semasa melonjak. Kedua-dua
belah tangan hendaklah diayunkan ke atas bertujuan membantu membuat lonjakan.
Semasa di peringkat layangan, padangan pelompat hendaklah tepat ke hadapan
dan lunjurkan kedua-dua kaki ke hadapan badan semasa dalam kedudukan
bersedia untuk mendarat. Akhirnya, gerakkan badan ke hadapan supaya pelompat
tidak terjatuh ke belakang, iaitu dengan mengayunkan tangan ke hadapan serta
bengkokkan kaki semasa tumit pelompat mula mencecah pasir.

GAMBAR 46, 47 & 48 : TEKNIK-TEKNIK DALAM LOMPAT JAUH

LOMPAT MELEPASI HALANGAN

39

MELOMPAT ANAK SUNGAI

LATIHAN ANSUR MAJU

MENENTUKAN KAKI LONJAKAN


Pelompat berlari perlahan dan melompat ke tempat mendarat secara berulang. Ini
akan menentukan kaki yang kuat untuk lonjakan.
LATIHAN LONJAKAN
Atlet harus berlari dan melonjak dengan mengangkat lutut kaki yang melonjak
seberapa tinggi yang boleh. Kemudian, berlari dan melonjak melepasi halangan
selepas papan lonjak dan berlari 3 dan 5 langkah dan melompat. Akhir sekali, berlari
3 langkah dan menanduk objek yang digantung.

GAMBAR 49 & 50 : LATIHAN LONJAKAN

40

LATIHAN MENDARAT
Lompat jauh berdiri ke kawasan mendarat menggunakan kaki lonjakan. Lompat
dengan kaki lonjakan dan mendarat dari peti lombol atau peti kayu atau papan anjal
dan mendarat ke dalam kawasan mendarat. Lompat berdiri melepasi timbunan pasir.
GAMBAR 51, 52 & 53 : LATIHAN MENDARAT

41

MENGUKUR PENUJUAN
Pelompat membelakangkan tempat mendarat dan dengan kaki bukan untuk lonjakan
di atas papan lonjak serta hujung kaki sama dengan sisi papan. Pelompat mula
langkah pertama dengan kaki lonjakan dan mengira sehingga 7 langkah dan
menanda titik tersebut. Selepas ini pelompat menghadap tempat mendarat dan
meletak tapak kaki bukan lonjakan di atas tanda dan mula melangkah langkah
pertama dengan kaki lonjakan. Pelakuan tersebut diulangi dengan 9, 11 dan 13
langkah.

LATIHAN GAYA LOMPATAN BERBEZA


Atlet berlari 9 langkah dan melompat menggunakan gaya bebas. Kemudian,
melonjak dari peti lombol atau kotak dengan gaya yang berbeza iaitu gaya layar,
gaya gantung dan gaya tendang kayuh. Atlet perlu berlari dan melompat dari papan
anjal menggunakan gaya layar, gaya gantung dan gaya tendang kayuh.

PERATURAN

PERATURAN 173
Dalam pertandingan yang melibatkan 8 orang peserta, 3 percubaan dibenarkan
dahulu. Selepas ini 8 peserta terbaik dipilih untuk membuat 3 lagi lompatan.
Sebaliknya, jika bilangan peserta 8 orang atau kurang, 6 percubaan diberi.
Pembatalan berlaku dalam keadaan seperti kaki menyentuh kawasan melepasi
papan lonjak, melonjak di luar kawasan papan lonjak, semasa mendarat, menyentuh
kawasan di luar kawasan mendarat yang lebih dekat dengan papan lonjakan serta
selepas mendarat, berjalan keluar melalui bahagian terdekat dari titik pendaratan.

42

PERATURAN 145 (CARA MENGUKUR JARAK)


Ukuran jarak terdekat dari kesan mendarat ke bahagian papan lonjakan yang
terdekat dengan kawasan mendarat. Merekod kepada meter terdekat iaitu 0.01 m di
bawah ketinggian yang diukur. Ini bererti bahagian kurang daripada 1 cm diabaikan.

43

REFLEKSI
(DIPNNA A/P ARUMUGAM)

Saya merafakkan sepenuh kesyukuran ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya,
dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini bagi kursus Olahraga. Saya
menjulang penghargaan kepada En. Azizan bin Puteh pensyarah Olahraga kelas
saya yang turut memberi bimbingan, dorongan dan sokongan dalam menjalankan
tugasan ini dengan penuh semangat dan jayanya. Beliau juga banyak membantu
saya sepanjang proses pembentukkan tugasan ini berlaku. Kerja kursus ini dibuat
secara berpasangan. Pasangan saya dalam tugasan ini ialah rakan saya Narmatha
A/P Mani Maran.
Saya dan rakan saya telah bekerja keras untuk mencari maklumat bagi kerja
kursus ini kerana saya tidak seberapa faham akan tajuk ini pada mulanya.
Kemudian, saya telah mengadakan kolabrasi dengan pensyarah kami bagi kali
kedua dan beliau telah menjelaskan kesemuanya semula dengan lebih mendalam.
Kerja kursus ini agak mencabarkan bagi saya kerana memerlukan pengetahuan dan
persediaan yang mendalam dalam bidang teknologi dan teknik-teknik acara balapan
mahupun acara padang.
Walaubagaimanapun, saya dengan rakan saya telah berjaya menyiapkannya
tepat pada masa. Sebagai seorang guru pelatih saya dapat menambahkan ilmu
pengetahuan saya dengan lebih luas melalui kerja kursus ini. Pendidikan Jasmani
merupakan mata pelajaran yang mempunyai kekuataan dan berpotensi untuk
melengkapkan pelajar dalam semua aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan
sosial selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Semasa saya mengekplotasi
maklumat tersebut, saya berasa saya dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya.
Dalam mencari maklumat yang tepat berdasarkan fakta melalui sumbersumber yang dipercayai saya telah mencari jalan penyelesaiannya. Disebabkan
buku yang terdapat di perpustakaan amat terhad saya telah mencari maklumat
tentang kerja kursus ini melalui internet. Saya telah melayari banyak laman web
untuk mendapatkan maklumat tambahan.

44

Seperti yang disebutkan di atas saya telah memperolehi banyak pengetahuan


melalui kerja kursus ini. Antaranya ialah saya dapat mengeratkan lagi hubungan
silaturahim antara rakan-rakan dan juga para pensyarah. Sementelahan itu, saya
juga dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang teknologi yang semakin
mendapat tempat dalam arena perguruan masa kini.
Selaras dengan itu, banyak pengajaran saya telah memperolehi daripada
tugasan ini. Antaranya, bagi mencari maklumat dan menyiapkan kerja kursus dalam
masa yang ditetapkan kita perlu mempunyai lebih kesabaran . Selain itu, saya juga
berjaya menjadi seorang yang menepati masa di mana saya berjaya menyiapkan
kerja kursus ini tepat pada masa yang ditetapkan dan berjaya menjadi seorang yang
fleksibel untuk berada dalam apa jua keadaan. Akhirnya, saya berharap agar
tugasan ini dapat memenuhi kriteria yang telah ditetapkan dan memuaskan hati
semua pihak.
Secara keseluruhannya, saya telah mempelajari pelbagai nilai murni semasa
melakukan kerja kursus Pendidikan Jasmani ini. Sebelum ini, saya rasa bidang ini
adalah salah antara yang tidak penting, bukan sahaja bagi kanak-kanak tetapi juga
bagi semua golongan umur. Selepas membuat kerja kursus ini saya sudah berinsaf
dan pendapat saya berubah, iaitu bahawa Pendidikan Jasmani Asas amat perlu
untuk dijadikan asas dalam acara sukan bagi kanak-kanak serta fakta-fakta dalam
bidang ini amat penting dalam kehidupan kita.
Melalui kerja kursus, saya telah mempelajari tentang olahraga. Ia boleh
dibahagikan kepada dua, iaitu acara balapan dan acara padang. Kerja kursus saya
mengandungi acara balapan lari pecut manakala acara padang pula ialah lompat
jauh.
Saya juga dapat menyelidik sejarah olahraga dan atlet-atlet lari pecut serta
atlet-atlet lompat jauh. Saya telah mengetahui dengan lebih lanjut tentang teknik
muladan gaya lari pecut, fasa-fasa lari pecut, teknik-teknik lari pecut, cara
penggunaan blok mulaan dan juga peraturan-peraturan lari pecut, iaitu peraturan
121 penjaga masa dan juga peraturan 160.

45

Di samping itu, saya juga mengenali gaya lompat jauh, fasa lompat jauh,
peraturan lompat jauh, iaitu peraturan 173 dan juga cara mengukur jarak, iaitu
peraturan 145.
Akhir sekali, saya berasa amat bersyukur kerana kerjak kursus ini dapat
menambahkan ilmu saya dengan lebih mendalam. Saya berjanji pada masa akan
datang saya akan menerapkan tentang kepentingan Pendidikan Jasmani Asas
kepada murid-murid saya di sekolah nanti. Selain itu, melalui tugasan ini saya juga
dapat meluangkan masa lapang saya dengan berfaedah.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

46

REFLEKSI
(NARMATHA A/P MANI MARAN)

Saya berasa amat gembira dan bersyukur kepada hadrat tuhan kerana dengan
limpah kurniaNYA saya dapat menghabiskan kerja kursus pendek ini dengan
sempurna bagi kursus Pendidikan Jasmani 1. Kerja kursus ini dibuat secara
berpasangan. Saya berasa bersemangat apabila saya membuat kerja kursus ini
bersama pasangan saya. Sekalung terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah
pembimbing iaitu Encik. Azizan Bin Puteh di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang
diberikan. Malah, saya pasangan saya telah bertunkus-lumus untuk mencari
maklumat berkaitan dengan tajuk kami ini. Hal ini kerana tugasan ini, merupakan
satu cabaran bagi kami berdua, tetapi kami masih tidak berputus asa untuk mencari
maklumat mengenai tajuk kerja kursus ini serta dapat menyiapkannya tepat pada
masanya.
Pada mulanya, saya telah menghadapi beberapa kesulitan dalam membuat
kerja kursus ini. Saya dan pasangan saya agar kabur mengenai tugasan yang
diberikan kerana taklimat yang diberikan pada peringkat awal oleh pensyarah kami
kurang difahami oleh kami. Saya juga berasa tugasan kali ini agak berat kerana
memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang lebih mendalam dalam bidang
teknologi. Tambahan pula, saya juga menghadapi kesulitan untuk mencari maklumat
yang tepat berdasarkan fakta melalui sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Selepas berbincang dengan pensyarah saya iaitu En.Azizan Bin Puteh saya
dapat banyak maklumat mengenai tugasan ini. Dengan dorong yang diberikan
oleh pensyarah kami, saya bersama ahli-ahli kumpulan saya dapat sedikit-sebanyak
maklumat bagi memulakan tugasan kami. Pensyarah kami sanggup menolong saya
tanpa mengira masa dan dengan pengetahuan beliau yang sangat luas saya dapat
menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Bimbingan pensyarah dan
perbincangan yang dijalankan bersama pasangan saya dapat membantu
memudahkan saya melaksanakan tugasan ini dengan sempurna.
Dalam usaha menyiapkan kerja kursus ini saya telah berusaha keras mencari
jalan penyelesaian di mana saya telah mencari maklumat daripada pelbagai bahan
47

rujukan. Disebabkan oleh buku-buku yang terdapat di perpustakaan agak


terhad,saya menghadapi kesulitan dalam memilih buku atau bahan rujukan yang
sesuai bagi kerja kursus ini. Akhirnya, saya telah memperolehi beberapa buku
sebagai bahan rujukan. Saya juga telah meminta bantuan dan pandangan daripada
senior-senior saya yang lebih berpengalaman dalam bidang ini. Oleh yang demikian,
melalui kerja kursus ini saya dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara
rakan-rakan saya dan juga pensyarah saya.
Saya mendapat banyak ilmu pengetahuan melalui kerja kursus ini di mana
saya dapat meningkatkan kemahiran saya dalam bidang teknologi yang semakin
mendapat tempat bukan sahaja dalam arena perguruan malah di seluruh dunia
pendidikan. Saya juga telah mencari sedikit-sebanyak maklumat tentang tugasan ini
melalui internet. Dengan ini, saya sedar akan kepentingan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang selama ini berasaskan
pembelajaran fizikal semata-mata.
Melalui kerja kursus ini juga, saya dapat peluang untuk membuatkan setiap
pergerakan yang betul bagi acara lari pecut dan acara lompat jauh. Saya dan
pasangan saya telah ke padang pada waktu petang untuk mengambil gambargambar pergerakan acara olahraga dan acara lompat jauh sebagai contoh untuk
kerja kursus ini. Melalui aktiviti tersebut saya telah menimpah lebih banyak
pengetahuan tentang yang mana sepatutnya perlu dilakukan semasa berlari dan
melompat dan apa yang tidak patut buat semasa melakukannya. Selain itu, saya
juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak sehingga kepada rakan-rakan saya
yang sudi menolong saya dan pasangan saya semasa sesi menangkap gambar bagi
kerja kursus ini. Malah, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan.
Lily Rozita Binti Mohamad yang sudi memberi sumbangan dari segi peralatanperalatan yang tertentu bagi saya dan pasangan saya menyiapkan sesi
pergambaran kami dengan sempurna.
Melalui tugasan ini juga saya dapat mempelajari banyak pengajaran.
Antaranya, ialah kita perlu ada sikap kerjasama semasa bekerja dalam kumpulan
dan harus saling tolong-menolong serta mengkongsikan pengetahuan antara rakanrakan kita. Malah, saya juga sedar bahawa kesabaran yang amat tinggi diperlukan
bagi mencari maklumat yang tepat dan sikap kerajinan dalam menyiapkan tugasan
48

dalam tempoh yang diberikan. Saya juga telah menjadi seorang yang menepati
masa di mana saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini tepat pada masa yang
ditetapkan .
Melalui kerja kursus ini, saya telah dapat mengembangkan lagi pengetahuan
dalam Pendidikan Jasmani yang memberi penerangan tentang acara olahraga.
Terdapat banyak acara dalam olahraga antaranya ialah acara balapan atau trek dan
acara padang. Dibawah acara balapan terdapat acara-acara seperti lari pecut, lari
jarak sederhana, lari jarak jauh dan lari berganti-ganti.
Acara-acara yang tergolong dalam acara padang ialah acara-acara lain
daripada acara balapan atau lari, dan ianya terdiri daripada acara lontar dan lompat.
Melontar dan melompat merupakan seni dan aktiviti yang terdapat pada setiap
manusia yang sihat tubuh badannya. Antara acara-acara lontar dan lompat yang
dipertandingkan di kebanyakkan perjumpaan sukan olahraga ini ialah lompat jauh,
lompat tinggi, lompat peluru dan lain-lain. Saya dapat menimbahkan pengetahuan
yang lebih dalam, dalam acara lari pecut dan acara lompat jauh dari segi tekniknya,
fasa dan juga peraturannya. Ia mengajar saya untuk memperbetulkan kesalahan
saya semasa melakukan acara-acara tersebut.
Kesimpulannya, saya berasa sangat bertuah kerana dengan adanya tugasan
ini saya dapat menambahkan pengetahuan saya dalam Pendidkan Jasmani. Apabila
saya ditempatkan di sekolah pada masa akan datang saya akan cuba
mengaplikasikan semua pengetahuan dan kemahiran yang saya memepelajari
kepada murid-murid saya agar generasi pelajar sekolah rendah dapat menyediakan
diri mereka dengan sempurna dari segi fizikal dan mental. Akhir sekali, saya amat
berterima kasih kepada pasangan saya Dipnna a/p Arumugam yang membantu saya
dari segi perkongsian maklumat dan pendapat tentang tugasan ini.

49

50

PENUTUP

Akhirnya, kami dapat membuat kesimpulan bahawa olahraga ialah satu aktiviti fizikal
yang bersifat saingan. Ia merangkumi beberapa acara berlainan yang berasaskan
kepada pergerakan-pergerakan semula jadi. Olahraga meliputi acara balapan dan
padang. Contoh acara balapan ialah kari pecut, lari berpagar, lari berganti-ganti dan
jarak sederhana. Contoh acara bagi acara padang ialah lompat tinggi, lompat jauh,
lompat kijang, merejam lembing dan lontar peluru.
Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat (100m, 200m dan 400m) yang
memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik untuk membuat larian sepantas
yang mungkin. Dua faktor asas mempengaruhi kepantasan seorang pelari ialah
panjang langkah dan kekerapan langkah. Lompat jauh merupakan salah satu
nombor lompat selain lompat jangkit, lompat tinggi dan lompat tinggi galah. Tujuan
lompat jauh adalah melompat sejauh-jauhnya dengan memindahkan seluruh tubuh
dari titik-titik tertentu ke titik lainnya, dengan cara berlari secepat-cepatnya kemudian
menolak, melayang di udara dan mendarat.

51

BIBILIOGRAFI

1. Wee Eng Hoe. (2002). Panduan Pengajaran Olahraga Kepegawaian


Dan Kejurulatihan. Shah Alam: Karisma Publications. Sdn. Bhd.
2. Junaidah Salehudin. (2009). Siri Kokurikulum Acara Balapan. Shah
Alam: Karisma Publication Sdn. Bhd.
3. Teng Boon Tong. (2001). Panduan Pengajaran Olahraga. Selangor:
Gains Print Sdn. Bhd.
4. Arasoo, V.T. (1998). Olahraga Acara Padang. Selangor: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
5. http://olahraga2u.wordpress.com/2010/07/25/sejarah-acara-balapan-danpadang-olahraga/

52

Anda mungkin juga menyukai