Anda di halaman 1dari 2

Nama:

Kelas: 3
Tarikh:12 Ogos 2014
Bacakan petikan teks di bawah ini.
Aku sebuah Tong Sampah

Aku sebuah tong sampah. Aku dibuat di sebuah kilang barangan plastik di
Kuching. Badanku diperbuat daripada plastik. Setelah siap, aku dan rakanrakanku dibawa ke sebuah taman permainan dan diletakkan di situ.
Di badanku tertulis namaku dengan warna yang garang supaya dapat
menarik perhatian orang ramai. Selain itu, tertulis juga kata-kata Kebersihan
Amalan Mulia. Aku bangga dengan tugasku ini.
Kini aku bersedia untuk menjalankan tugas. Manusia mula mencampakkan
sampah sarap ke dalam perutku. Ada yang memasukkan sampah-sarap betul-betul
ke dalam perutku. Sebaliknya , ada juga yang hanya melemparkan sampah ke arah
diriku.
Setiap pagi, pekerja majlis pembandaran akan mengaut sampah dari
perutku. Kadang-kadang mereka memandikanku supaya kelihatan ceria. Tetapi
biasanya keceriaanku tidak berpanjangan kerana sikap segelintir manusia yang
pengotor.
Aku sungguh sedih dengan nasib diriku ini. Manusia seolah-olah tidak
menghargai jasa-jasaku terhadap mereka. Mereka memandang jijik akan diriku.
Mereka tidak sedar , jika tanpa diriku, persekitaran mereka akan tercemar dan
berbau busuk.
Pada suatu hari, datang seorang pemuda yang berpakaian compang-camping.
Tiba-tiba sahaja pemuda tersebut membakar sampah yang terdapat di dalam
perutku. Dalam masa beberapa minit sahaja seluruh tubuhku musnah dibaham
oleh api . Begitulah nasib diriku.

Nama:
Kelas: 3
Tarikh: 12Ogos 2014
Bacakan petikan teks di bawah ini.
Aku sebuah Tong Sampah

Aku sebuah tong sampah. Aku dibuat di sebuah kilang barangan plastik di
Kuching. Badanku diperbuat daripada plastik. Setelah siap, aku dan rakanrakanku dibawa ke sebuah taman permainan dan diletakkan di situ.
Di badanku tertulis namaku dengan warna yang garang supaya dapat
menarik perhatian orang ramai. Selain itu, tertulis juga kata-kata Kebersihan
Amalan Mulia. Aku bangga dengan tugasku ini.
Kini aku bersedia untuk menjalankan tugas. Manusia mula mencampakkan
sampah sarap ke dalam perutku. Ada yang memasukkan sampah-sarap betul-betul
ke dalam perutku. Sebaliknya , ada juga yang hanya melemparkan sampah ke arah
diriku.
Setiap pagi, pekerja majlis pembandaran akan mengaut sampah dari
perutku. Kadang-kadang mereka memandikanku supaya kelihatan ceria. Tetapi
biasanya keceriaanku tidak berpanjangan kerana sikap segelintir manusia yang
pengotor.
Aku sungguh sedih dengan nasib diriku ini. Manusia seolah-olah tidak
menghargai jasa-jasaku terhadap mereka. Mereka memandang jijik akan diriku.
Mereka tidak sedar , jika tanpa diriku, persekitaran mereka akan tercemar dan
berbau busuk.
Pada suatu hari, datang seorang pemuda yang berpakaian compangcamping. Tiba-tiba sahaja pemuda tersebut membakar sampah yang terdapat di
dalam perutku. Dalam masa beberapa minit sahaja seluruh tubuhku musnah
dibaham oleh api . Begitulah nasib diriku.