Anda di halaman 1dari 7

Pengenalan

Perang Salib ini bermula dengan kejatuhan umat Islam pada tahun 1099, setelah
kalah dalam peperangan salib pertama dengan pihak Kristian. Namun pada
tahun 1187, seorang tokoh Islam yang hebat iaitu Salahuddin Al-Ayubi. Beliau
telah berjaya mengalahkan Tentera Salib dan merampas kembali kawasan
Jerusalem atau Baitulmaqdis. Perang Salib mempunyai 8 siri peperangan.
Bermula dari tahun 1095 sehingga 1273.
1.1

Definisi Perang Salib

Sejarawan Islam
Perang Salib mengikut pandangan sejarawan Islam merupakan al- Hamlat
al- Salabiyah yang bermaksud serangan pasukan salib.1
Sejarahwan Barat
Manakala menurut sejarawan barat pula mendefinisikan perang salib
sebagai Gerakan keagamaan, atau Gerakan Salib untuk menentang umat Islam.
Sebutan Perang Salib dalam bahasa yang lain
Terdapat pelbagai sebutan untuk istilah perang salib ini. Sebagai contoh di
dalam bahasa inggeris dikenali sebagai The Crusades, atau The Holy wars.
Manakala dalam bahasa itali pula disebut sebagai Crociata, malahan bahasa
Perancis sebutan untuk perang salib ialah Croisade dan dalam bahasa Portugis
dikenali sebagai Croziada.2
2.1 Faktor-faktor berlakunya Perang Salib
2.2 Pengeledahan Hospis Pilgrim

di Baitulmaqdis dan kemusnahan

gereja makam yang suci (Church of The Holy Sepulehre )

1 Sami bin Abdullah, Atlas Perang Salib: Mengungkap Peristiwa Berdarah Abad
Pertengahan,Jakarta: Penerbit Almahira, 2009, Hlm.1.

2 Ibid., Hlm. 4.

Pada tahun 1009, telah berlaku satu penaklukan yang dilakukan oleh
Kerajaan Fatimiyyah yang diketuai oleh al-Hakim bin Amar Allah. 3 Perkara ini
menyebabkan kemarahan masyarakat Kristian sehingga tercetusnya Perang
Salib.
2.3 Kekalahan Kerajaan Byzantium timur dalam peperangan Malazgirt
Kekalahan Byzantium yang dipimpin oleh Romanos IV ditangan tentera
Saljuq yang dipimpin oleh Alp Arslan dari Turki. 4 Menyebabkan masyarakat
Kristian malu dan bersemangat untuk menebus kekalahan mereka.
2.4 Pengaruh pedagang dari pantai timur laut tengah
Golongan pedagang-pedagang terutama dari kawasan Venice dan Genoa
yang berkeinginan untuk menguasai semua kawasan perdagangan di sepanjang
pantai timur dan selatan laut tengah. 5 Oleh itu mereka telah membiayai
peperangan ini, bertujuan untuk mendapatkan kawasan tersebut.
3.1 Perang Salib Pertama
Perang salib pertama berlaku, disebabkan seruan daripada Pope Urban II. Tujuan
perang ini adalah,untuk mendapatkan kembali tanah suci di Jerusalem dan
membebaskan penganut agama Kristian daripada pemerintahan Islam. Peristiwa
perang salib ini juga disebabkan rayuan yang dibuat oleh Maharaja Empayar
Byzantine iaitu Alexios I Komnenus dalam Persidangan Piacenza pada Mac 1095
untuk memohon pertolongan untuk mendapatkan tentera upahan Barat dengan
tujuan untuk menentang bangsa Turki di Anatolia. Kemudian pada persidangan
Clermont, Pope Urban II telah menyeru semua sekutu Kristian supaya bersatu
untuk menentang pemerintahan Islam di Jerusalem.

3 Muhammad al-Arusiy al-Matwiy (t.t), Perang Salib di Alam Islami,


Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada, Hlm.33.

4 Christopher Tyerman, God's War: A New History of the Crusades, London: Penguin UK, 2007,
Hlm.56.

5 Sami bin Abdullah, Op. cit., Hlm. 23.

Kerajaan-kerajaan Islam yang tidak bersatu dan masing-masing sibuk


dengan urusan-urusan sendiri menyebabkan seperti mengukuhkan kekuasaan
mereka sendiri menyebabkan pihak tentera salib berjaya mengalahkan kerajaan
Islam yang terdapat di sekitar Jerusalem ketika itu. Banyak wilayah-wilayah
naungan Islam telah jatuh ke tangan tentera salib seperti wilayah Edessa,
wilayah Antioch, termasuk Kerajaan Baitulmaqdis dan Tripoli di Palestin berada di
bawah negeri-negeri Salibiah.6

3.2 Perang Salib Kedua


Maudud bin Tuntakin yang merupakan penguasa Mosul telah bertindak
menangkap tawanan Armenia yang merupakan sekutu pihak Kristian di al-Ruha.
Seterusnya perjuangan Maudud diteruskan oleh Imaduddin Zanki pada tahun
539H. Beliau telah berjaya menawan Kota Aleppo yang terletak di utara Syam
yang merupakan kota terpenting pada masa itu. Selain itu, berjaya menawan
Kota Hamah, membebaskan Kota Sarja, Dara, dan Benteng al- Atsarib. 7
Nuruddin Zanki telah mengambil alih tugas menentang tentera salib daripada
bapanya. Beliau berjaya mengagalkan Juslin II untuk menguasai kembali al-Ruha.
Berjaya mengalahkan tentera salib dibawah pimpinan Louis VII dan Conrad III
yang ingin menawan Damaskus dan Syam. 8
4.1 Kejayaan Salahuddin al-Ayubi
Berjaya meluaskan dan menawan kawasan seperti Mesir, Syam, AlJazirah, Yaman dan Mosul.9 Beliau juga berjaya menyatukan semua pejuangpejuang Islam dari Mesir, Syam, Al-Jazirah, Yaman dan Mosul untuk menentang
6 Steven Runciman,

History of the Crusades: The Kingdom of Acre and the Later Crusades
A History of the Crusades, Cambridge: CUP Archive, 1987, Hlm.78.

7 Ibid., Hlm. 98.

8 Ibid., Hlm. 100.

9 Christopher Tyerman, Op. cit., Hlm. 124.

A
Volume 3 of

Tentera Salib ini.10 Malahan Mengalahkan tentera salib dalam pertempuran Hittin
di kawasan Tiberias dan menawan kawasan tersebut. Selain itu, berjaya
menawan ketua-ketua panglima Kristian yang berpengaruh seperti raja Guy de
Lusignan dan Panglima Baron.11 Disamping itu, berjaya merampas kembali
kawasan seperti daerah Tebnine, Shaida, Kota Beirut, Asqelon, kemudiannya
memperolehi kawasan Kota Gaza, Bait Jibril serta Nazhrun tanpa berlaku
sebarang pertempuran.12

5.1 Kekalahan Salahuddin al-Ayubi


Kehebatan tentera Salib dibawah pimpinan King Richard I atau dikenali
sebagai Lion Heart. Salahuddin tidak mendapat bantuan daripada sekutu-sekutu
Islam yang lain selain Turkmenistan sahaja yang berjanji akan memberi bantuan
kepada

beliau.

Akibat

daripada

kekalahan

ini

Salahuddin

terpaksa

menandatangani satu perjanjian dengan Pihak Kristian. Perjanjian ini dikenali


sebagai Perjanjian Damai Ramallah.13

10 Steven Runciman, Op. cit., Hlm. 133.

11 Elizabeth Hallam,

Chronicles

of the crusades: eye-witness accounts of the wars between Christianity and Islam,
New York: Welcome Rains, 2000, Hlm.67.

12 Ibid., Hlm. 87.


13 Ibid., Hlm. 94.
4

Kesimpulan
Secara kesimpulannya, perang salib ini merupakan peperangan yang melibatkan
dua agama utama di dunia ini iaitu Islam dan Kristian. Pelbagai faktor dari segi
politik,

ekonomi

dan

sosial

yang

memainkan

peranan

penting

dalam

mencetuskan peperangan yang berlaku sebanyak lapan siri peperangan ini.


Peperangan ini juga memberi kesan yang mendalam kepada dunia pada hari ini.
Terutama kepada penganut agama Islam dan penganut agama Kristian.

Rujukan
Christopher Tyerman, 2007, God's War: A New History of the Crusades,
London: Penguin UK.
Elizabeth Hallam, 2000, Chronicles of the crusades: eye-witness accounts of the
wars between Christianity and Islam,
New York: Welcome Rains.
Muhammad al-Arusiy al-Matwiy (t.t), Perang Salib di Alam Islami,
Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada.
Sami bin Abdullah, 2009,
Atlas Perang Salib: Mengungkap Peristiwa Berdarah Abad Pertengahan,
Jakarta: Penerbit Almahira.
Steven Runciman, 1987
A History of the Crusades: The Kingdom of Acre and the Later
Crusades

Volume 3 of A History of the Crusades, Cambridge: CUP

Archive.

Anda mungkin juga menyukai