Anda di halaman 1dari 7

STQP 3063

SEJARAH DAN FALSAFAH SAINS


MATEMATIK
PENSYARAH : PROF MADYA DR. ROKIAH @ ROZITA BT.
AHMAD
AHLI KUMPULAN:
Nama
Anis Syafiqa binti Mohd. Hilmi
Amilia Nur Munirah binti Ishak
Nazatul Maria binti Abdul Kadir
Nurul Shafika binti Abdul Rahman

No. Matriks
A141541
A142757
A141578
A140823

Tamadun Mesir Purba


Tamadun Mesir Purba dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu yang
pertama adalah era pra sejarah, dan seterusnya adalah dinasti dinasti di
Tamadun Mesir Purba yang terdiri daripada Kerajaan Lama, Kerajaan
Pertengahan,Kerajaan Baru, (Late Period), dan Tempoh Selepas Dinasti.
Sumbangan Tamadun Mesir Purba dalam bidang Matematik
Lebih 3000 tahun dahulu, Mesir Purba telah mencapai perkembangan
tamadun pada tahap yang tinggi. Pelbagai sumbangan yang telah Tamadun
Mesir Purba sumbangkan. Salah satu sumbangan yang telah disebut di
dalam video adalah tentang kalendar. Perkembangan ilmu matematik seperti
algebra, geometri, dan astronomi telah digunakan sepenuhnya dalam usaha
orang Mesir Purba mengawal banjir Sungai Nil yang berlaku sekali setahun.
Pemerintah Mesir Purba telah Berjaya mencipta sistem pengairan yang telah
menukarkan kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian.
Semasa pemerintahan Firaun Senusret III, beliau telah membina sebuah
tembok pengairan sepanjang 123 kilometer bagi menebus guna kawasan
padang pasir dan membina terusan untuk mengairkan tanah seluas 10000
hektar. Pengetahuan dalam bidang astronomi membolehkan orang Mesir
Purba memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan
dalam setahun. Selain itu, antara sumbangan Mesir Purba adalah dalam
sistem tulisan. Sistem tulisan Tamadun Mesir Purba adalah Hieroglif.
Perkembangan sistem tulisan ini bermula pada 3100 tahun sebelum masihi.
Hieroglif ialah tulisan awal tamadun mesir purba dan merupakan tulisan
dalam bentuk gambar. Kemudian, tulisan ini terusan berkembang menjadi
hieratik atau dikenali sebagai tulisan berangkai. Pada tahun 700 sebelum

masihi, tulisan hieratic berkembang pula ke tulisan Demotik.

Tulisan Hieroglif

Tulisan Hieratik

Tulisan Demotik

(credit)

Bukan sahaja huruf, malahan Mesir Purba juga menyumbang dalam bentuk
nombor. Antara simbol yang digunakan untuk mengira adalah:

(credit)
Selain itu, orang Mesir Purba tidak suka akan kematian. Mereka lebih gemar
untuk hidup buat selama lamanya. Lukisan pada dinding menceritakan
tentang tuhan yang bernama Cyrus. Cyrus telah dibunuh oleh adiknya
sendiri. Serpihan badannya telah dikumpulkan oleh isterinya dan dia yang
mencantumkan semula kesemua bahagian badan Cyrus. Mereka
menganggap Cyrus belum lagi mati. Orang Mesir Purba mempercayainya
kerana ingin Cyrus memerintah semula dan mereka ingin mencapai
keabadian. Orang Mesir Purba mempercayai akan kehidupan selepas mati.
Mereka cuba mengawet mayat untuk digunakan pada kehidupan seterusnya.
Apabila orang kenamaan mati, mereka akan membalut mayat tersebut dan
menjadikan ia sebagai mumia. Mumia tersebut akan diletakkan dalam
keranda yang telah dibacakan mantera dan keranda itu diletakkan di dalam
makam. Didalam keranda itu juga akan diletakkan objek objek seperti
perabot, barang kemas atau bot besar yang mana mereka percaya mayat
tersebut akan menggunakannya untuk kehidupan yang seterusnya. Untuk
bot besar tadi , mereka percaya si mati akan menggunakannya untuk
berlayar di Sungai Nil buat selama lamanya.

Kemudian, beralih pula ke sumbangan yang seterusnya. Sumbangan utama


Mesir Purba kepada ketamadunan manusia adalah dalam seni bina, iaitu
piramid. Pembinaan piramid bermula daripada ilham Imhotep, seorang
saintis, ahli fizik, arkitek dan penasihat penting kepada Raja Zoser atau
dikenali sebagai Firaun Djoser ( 3150 Sebelum Masihi). Imhotep membina

makam Zoser, di Piramid Saqqara. Monumen ini adalah monumen terhebat


yang pernah dibina dimana ianya diperbuat sepenuhnya daripada batu
bata menggambarkan kreativiti masyarakat Mesir Purba dalam bidang
pembinaan. Semua raja mempunyai makam sendiri dalam bentuk piramid.
Setiap piramid menjaga setiap mayat raja didalamnya. Pembinaan piramid
yang paling terkenal adalah piramid Giza yang didirikan khas buat Raja
Khufu (Cheops), Khafre (Chepren), dan Menkure(Micerines) di Giza (Gizeh).

(credit)

Kedudukan Ahram atau piramid yang terletak di Giza merupakan kawasan


perkuburan Firaun pada zaman dahulu. Ia merupakan salah satu tujuh
binaan ajaib dunia yang menjadi tumpuan para pelancong. Di kawasan ini
terdapat tiga buah piramid utama dan juga Sphinx yang berkepala Raja
Khafre dan bertubuh singa. Bayang baying 3 buah piramid ini tidak
mengenai satu sama lain. Piramid yang terbesar ialah Cheops, kemudian
Chepren dan Micerines. Menurut Herodotus, Cheops dan seluruh pemerintah
Mesir telah menjadikan hamba abdi sebagai tenaga buruh untuk
mengangkut bok blok batu dari kuari di bawah bukit ke Sungai Nil. Batu
batu tersebut diangkut menggunakan sampan untuk menyeberangi Sungai
Nil. Seramai 100000 tenaga lelaki dikerah melaksanakan tugas ini termasuk
kerja kerja pemecahan batu, pengangkutan, pengukiran, dan sebagainya.
Selama 10 tahun telah diperuntukkan untuk projek ini diselesaikan.
Sebanyak 100000 biji batu telah diangkut setahun atau 273 biji sehari yang
jaraknya 1000 km dari Aswan ke Kaherah dengan menggunakan perahu.
Menurut Herodotus, dalam kerja penyusunan batu piramid ini, kren
pengangkut dibuat di setiap tingkat untuk membawa bongkah batu ke
tempatnya. Kren ini diperbuat daripada kayu balak. Pembinaan memakan
masa suku abad dan terpaksa dihentikan sementara akibat banjir besar di
Sungai Nil. Berat piramid Cheops dianggarkan sekitar 2.3 juta tan hingga
11.5 juta tan manakala ketinggian asalnya pula adalah 146 meter namun
akibat proses luluhawa dan gempa bumi, ia terhakis sehingga 137 meter.
Ketinggian ini menyamai piramid Chepren yang tidak terhakis teruk di mana
bahagian atasnya masih utuh. Piramid Mecerines pula merupakan piramid
yang paling kecil dengan memiliki ketinggian 68 meter.

Rujukan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Tamadun Mesir Purba


Garis Masa Mesir Purba
Sejarah Mesir Purba
Mesir Purba(Sumbangan)
Piramid Giza
Aritmetik Orang Mesir Purba
Cyrus The Great