Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Saya Sulochana A/P Sivaselvam dari semester 3 PISMP opsyen Bahasa Tamil (SK)
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuhan kerana telah mengurniakan limpahannya
kepada saya untuk menyempurnakan tugasan pengalaman berasaskan Sekolah (PBS) initanpa
timbulnya masalah yang rumit. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah. Saya juga merakamkan jutaan terima kasih
di atas budi dan jasa yang telah banyak dicurahkan dan penghargaan di atas bimbingan dan
tunjuk ajar yang diberikan. Bimbingan pensyarah-pensyarah, rakan-rakan yang tidak putusputus menjadi pemangkin bagi saya untuk menjadi semakin tabah bagi melaksanakan tugasan
yang diberi ini. Saya tidak dapat melupakan jasa yang diberikan oleh pihak-pihak yang telah
membantu saya.
Seterusnya, saya mengambil kesempatan ini untuk menghargai warga Sekolah Jenis
Kebangsaan (Tamil) Sungai Buaya, kerana sudi menerima saya sebagai guru pelatih untuk
menjalani PBS di sekolah tersebut. Saya juga tidak lupa untuk merakamkan ribuan terima kasih
kepada Guru Besar SJK (T) Sungai Buaya, Puan. Uma Saraswathy, GPK Pentadbiran Pn.
Jeyalechimi, GPK HEM En. Thanasegar, GPK Kokurikulum Pn. Phuspa, guru-guru, staf-staf
sokongan serta murid-murid yang sudi menerima saya dan memberikan layanan yang baik
sepanjang saya menjalani PBS di sekolah tersebut. Segala kenangan di SJK (T) Sungai Buaya
akan saya abadikan dalam jiwa dan dijadikan landasan pada masa akan datang.
Akhir sekali, saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung semasa saya menghasilkan tugasan ini. Segala jasa baik
dan pengorbanan yang kalian berikan moga-moga mendapat keredhaan dan balasan yang
setimpal di kemudian hari nanti. Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak
terhingga diucapkan kepada semua.

Anda mungkin juga menyukai