Anda di halaman 1dari 3

3.

4 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN BANDAR-BANDAR BARU


Sesetengah bandar baru muncul sebagai pusat kegiatan penting pengumpulan dan pengaliran
hasil. Misalnya, Taiping yang dibuka pada 1840 telah menjadi ibu negeri Perak selepas
pembunuhan J.W.W. Birch.1 Kemudianya menjadi lebih pesat di Lembah Kinta. Seiringan itu,
muncul bandar Ipoh pada 1870-an dan pada 1927 Ipoh menggantikan Taiping sebagai ibu negeri
Perak.2 Kuala Lumpur pula mula menjadi penempatan penting selepas kejayaan lombong bijih
timah di Ampang. Tahun 1850, Kuala Lumpur hanya tempat berlabuh perahu-perahu untuk
berurusan dengan lombong bijih timah dan terdapat sebuah kampong Melayu dan sebuah kedai
Cina. Perkembangan Bandar ini bermula pada tahun 1860 tetapi musnah akibat perang saudara.
Yap Ah Loy menjadi Kapitan Cina ialah orang penting di Kuala Lumpur semasa hayatnya dan
dianggap orang yang berkuasa di bandar tersebut.3 Menjelang tahun 1880, menjadi pusat
perdagangan tetapi juga pusat pentadbiran.
3.6 POLARISASI MASYARAKAT/MASYRAKAT PELBAGAI
Pelaksanaan ekonomi bercorak kapitalis menyebabkan polarisasi kaum. Jika

kita singkap,

perlaksanaan ekonomi bercorak kapitalis memperlihatkan penglibatan tiga etnik utama iaitu
Melayu, India dan Cina. Bila British membawa masuk kaum Cina dan India ke Tanah Melayu
untuk menjalankan aktiviti ekonomi mereka yang bercorak kapitalis, mereka telah melaksanakan
pendekatan pecah dan perintah. Ia memudahkan usaha mengeksploitasi sistem ekonomi Tanah
1Khoo Kay Kim. (1981). Taiping Ibu Kota Perak. Kuala Lumpur :Persatuan Muzium Negara. Hlm 8.
2 HewKowLim . (1978). The Evolution of the Urban System in Malaya. Hlm. 64.
3 J.M Gullick. (1988). Kuala Lumpur 1880-1895 A City in TheMaking.Kuala Lumpur: Selangor Pelanduk
Publication. Hlm. 67.

Melayu. Pihak British dengan sengaja menetapkan status dan peranan yang berlainan bagi setiap
kaum.4 Maka tidak wujud interaksi antara ketiga-tiga kaum utama ini serta jurang pendapatan
yang tidak seimbang yang menyaksikan kaum Melayu jauh ketinggalan. Kedatangan orang India
ke Tanah Melayu mulanya tidak digalakkan oleh kerajaan India. Namun, berubah selepas
Perjanjian London pada 1824. Belanda menyerahkan semua tanah jajahannya di India kepada
British dan tanah jajahan British di Sumatera pula diserahkan kepada Belanda. Oleh itu, banduan
India yang dibuang ke Sumatera dibawa masuk ke Tanah Melayu. Kedatangan orang Cina,
kerana bencana alam, kebuluran, keperluan tenaga, kekayaan dan pertambahan permintaan bijih
timah di Eropah, British mewujudkan kestabilan politik serta menawarkan jaminan keselamatan
seperti yang telah termaktub dalam Perjanjian Pangkor.
3.7 PENDIDIKAN
Perubahan dalam sistem pendidikan, sistem pendidikan yang diperkenalkan British berlainan
sekali dengan sistem pendidikan pondok. Sistem pendidikan Inggeris yang pertama dengan
tertubuhnya Penang Free School pada 1816. Ia bermula dengan niat murni iaitu untuk
meningkatkan pengetahuan di kalangan anak-anak tempatan, tetapi kebolehan untuk mencapai
matlamat tersebut sebenarnya hanyalah minimum hanya dihadkan pada peringkat sekolah rendah
sahaja dan sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, sekolah Melayu masih tidak
didirikan. Wujud juga sekolah vernakular untuk orang Cina dan orang India. British
sememangnya tidak pernah berniat untuk memajukan ekonomi, awalnya sekolah dibina oleh
mubaligh Kristian.
3.8 PENGHAPUSAN SISTEM PERHAMBAAN
4Zaini Othman.(2005). Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur: FajarBaktiSdn Bhd.Hlm. 59.

Sistem hamba telah lama diamalkan di Tanah Melayu, kedatangan pihak British telah dihapuskan
kerana pihak British mementingkan nilai kemanusiaan dan menganggap sistem perhambaan ini
tidak berperikemanusiaan. J.P. Rodger di Pahang telah memperkenalkan beberapa undangundang baru pada tahun 1889 dan ia dipersetujui atau diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri.
Ianya merangkumi juga sistem perhambaan. Manakala J.W.W.

Birch di Perak turut

menghapuskan sistem perhambaan ini telah menimbulkan kemarahan kepada pihak pembesar di
Perak. Kerana telah menggugat kepentingan ekonomi mereka. Malahan sangat membenci
tindakan J.W.W. Birch membebaskan hamba wanita dan memberi mereka perlindungan.

Anda mungkin juga menyukai