Anda di halaman 1dari 2

Ada sesetengah orang menyatakan bahawa peranan guru sangat penting sebagai pencorak

masa depan seseorang pelajar. Beri ulasan pendapat berkenaan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa peranan guru sebagai pencorak masa depan
seseorang pelajar adalah penting. Golongan guru ini telah memainkan peranan penting dalam
hidup pelajar selain ibu bapa pelajar masing-masing. Mereka telah banyak berkorban masa bagi
mendidik pelajar. Guru ibarat pelita hidup kerana mereka tidak berhenti memberikan ilmu
pengetahuan kepada pelajar. Mereka juga dianggap sebagai pengganti ibu bapa sekolah. Ini
kerana apabila pelajar mempunyai masalah, mereka dapat memberitahu guru mereka supaya
dapat menyelesaikannya.
Apabila perkataan guru dikatakan, perkara pertama yang difikirkan adalah kerja rumah
yang banyak atau disiplin yang sangat ketat. Pernahkah pelajar fikir tentang kebaikan guru?
Mungkin terdapat antara pelajar yang berfikir kebaikan guru-guru. Guru-guru adalah seperti ibu
bapa kedua dan sekolah merupakan rumah kedua melihat masa yang panjang yang dihabiskan di
sana. Semua rumah mempunyai peraturan yang berkenaan. Sama juga dengan sekolah. Di
sekolah, pelajar mesti mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan ditentukan. Dan terdapat
orang tertentu yang akan memastikan semua murid mematuhi peraturan itu. Guru adalah orang
penting dalam membina keperibadian dan kesahsian diri yang baik. Ini hanya dapat berlaku
apabila guru mendisiplin murid-murid melalui cara psikologi dan bimbingan. Dengan ini, selain
sekolah menjadi sekolah yang tenteram, murid akan menjadi lebih baik dan lebih menghormati
orang lain serta menjadi murid yang lebih berdisiplin.
Pada setiap hari, pelajar akan menghabiskan sekurang-kurangnya 8 jam dalam sekolah.
Dalam 8 jam ini, guru akan bersamaan dengan murid-murid sekurungnya-kurangnya 7 jam.
Tidak kira hujan atau tidak, guru akan memberikan ilmu pengetahuan kepada murid. Sejak murid
berumur 4, guru telah mula memainkan peranan penting dalam hidup mereka. Guru telah
mengajar murid supaya mereka tidak akan menjadi sampah sarap masyarakat pada masa depan.
Walaupun perkerjaan guru dipandang rendah oleh sesetengah masayarakat, namun gurulah yang
membawa pelajar ke arah kejayaan. Mereka merupakan orang yang telah menjadikan pelajar
siapa yang mereka sekarang. Guru merupakan orang yang membentuk masa depan pelajar.
Dalam kalangan pelajar, terdapat sebahagian besar yang mengambil contoh guru mereka.
Ini kerana guru mereka telah memberikan semangat kepada pelajar mereka. Apabila pelajar tidak
bersemangat, guru akan meluangkan masa untuk membantu pelajar berkenaan untuk belajar
sambil memberikan semangat kepada pelajar untuk mencapai kejayaan. Guru senantiasa menjadi
pembakar semangat kejayaan seseorang pelajar. Terdapat antara guru yang akan menceritakan
cerita hidup mereka untuk membakar semangat pelajar agar mencapai kejayaan yang cemerlang
dalam kehidupan mereka dan tidak berputus asa.

Guru-guru di sekolah merupakan pembentuk akhlak. Pelajar diajar pelbagai nilai


murni agar mereka menjadi insane yang berguna pada masa yang akan datang. Pelajar diajar
pelajaran agama dan nilai-nilai moral agar dapat menjadi insan yang berlunaskan prinsip agama
masing-masing. Bukan senang hendak membentuk akhlak seseorang pelajar. Guru terpaksa
mengambil masa yang lama untuk membentuk akhlak pelajar dan berkat kesabaran guru-guru
tahap akhlak dan prinsip beragama di kalangan masyarakat semakin meningkat dari semasa ke
semasa.
Guru-guru juga merupakan penentu hala tuju seseorang pelajar. Mereka bukan sahaja
belajar malah diajar tentang cita-cita dan keperluan masa depan seseorang yang berjaya dalam
masyarakat. Guru-guru memimpin pelajar memilih kerjaya yang sesuai dengan kelulusan
mereka. Bidang-bidang yang diceburi oleh pelajar itu berasaskan pencapaian dan kebolehan
akademik mereka sendiri. Sesetengah pelajar akan belajar di sekolah biasa dan sesetengah yang
lain akan dihantar ke sekolah teknik. Kebolehan individu dalam bidang akademik atau teknikal
akan menentukan kerjaya masa depan mereka untuk memenuhi keperluan wawasan negara.
Berdasarkan ulasan yang diberikan di atas, kenyataan guru sangat penting sebagai
pencorak masa depan seseorang pelajar adalah benar dan tidak harus ada pertikaian lagi.
Sebenarnya, masyarakat tidak harus menyatakan bahawa kenyataan ini tidak benar kearana
terdapat beberapa keluarga yang anak lebih rapat dekat guru berbanding ibu bapa kerana ibu
bapa mereka terlalu sibuk berkerja dan tidak meluangkan masa untuk bersama mereka.

Anda mungkin juga menyukai