Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
OLEH
SITI NORFAZILAH BINTI MAT AIL
sitinorfazilahmatail@yahoo.com
ABSTRAK
Jurnal ini bertujuan untuk melihat tentang teori dan pemikiran yang terdapat dalam Novel
Mencari Azizah karya Khadijah Hashim. Menerusi Mencari Azizah, Khadijah Hashim mengajak
pembaca menyelami jiwa seorang wanita yang tabah dalam mencari identiti dan kekuatan diri.
Novel ini memuatkan nilai-nilai kasih sayang, kekeluargaan, ketuhanan dan nilai persahabatan
yang digarap dalam gaya bahasa yang menarik dan indah. Dalam Novel Mencari Azizah ini
didapati telah menggunakan teori feminisme, iaitu satu teori yang menunjukkan keunggulan
wanita. Penghasilan jurnal ini telah mengkritik pemikiran penulis terhadap watak utama dalam
novel dari sudut citra wanita, biologi, psikologi, sosial, ekonomi dan budaya yang berlandaskan
teori feminisme.
Kata Kunci: Feminism: Novel Mencari Azizah
PENGENALAN
Konsep Kritikan Sastera
Kritikan sastera adalah kajian tentang pemakaian teori keindahan itu dalam sesuatu karya
sastera yang tertentu. Tradisi kritikan sastera sebenamya bermula di Barat, iaitu sejak zaman
keagongan tamadun Greek dan Yunani, persekitaran tahun 500 SM. Semenjak itu dunia kritikan
sastera di Barat telah berkembang dengan pesat, hingga berjaya menghasilkan pelbagai teori, dan
aliran yang menjadi dasar kritikan sastera hingga mempengaruhi corak dan kegiatan kritikan di
negara-negara termasuk Malaysia. Bagaimanpun, sejarah perkembangan tradisi kritikan moden
di Malaysia masih baru dan agak perlahan kerana tidak mempunyai akar tradisi kukuh seperti di
Barat (Hashim Awang, 1988: 102). Kritikan karya sastera merupakan sebagai karya seni
mengkritik kelemahan yang ada pada kepelbagaian, keseimbangan dan kesatuan unsur-unsur
sesuatu karya sastera. Francois-Rene de Chateubriand, pengkritik sastera Perancis, pada tahun
1919, berpendapat bahawa kritikan sastera adalah kritikan keindahan (Wellek 1973: 599).
Mengikut Hashim Awang (1988: 104) perkembangan kritikan moden di Malaysia dapat
dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu sebelum perang (1930-1941), sebelum kemerdekaan (19421957) dan selepas merdeka (1960 hingga kini). Tradisi kritikan sastera sebelum perang berkait
rapat dengan perkembangan penciptaan cerpen yang mendapat tempat di kalangan penerbit
akhbar dan majalah ketika itu. Namun, pada peringkat ini, kegiatan kritikan sastera hanya
bertaku secara kecil-kecilan dan tidak mempunyai nilai dan kedudukan yang tinggi khususnya
dalam kalangan penerbit akhbar dan majalah ketika itu.
Biodata Pengarang
Khadijah Hashim (lahir 20 April 1942 di Batu Pahat, Johor, Malaysia) merupakan
novelis, penulis cerpen, pengarang pantun dan penyajak. Sebelum ini beliau pernah bekerja
sebagai guru dan juga sebagai penulis dengan akhbar tempatan Utusan Melayu (19741976) dan
Berita Harian (19761985). Beliau lebih dikenali sebagai penulis novel, dan telah menghasilkan
19 novel. Beliau turut mengembangkan daya kreatifnya dalam bidang cerpen, skrip drama radio,
buku kanak-kanak, puisi dan rima. Buku lagu kanak-kanak Sayang Sayang telah dipilih
sebagai Daftar Kehormat ("Honour List") oleh ("International Board on Books for Young People
-IBBY") di Basel, Switzerland (2002) dan Semerbak Poetry di Macau, China (2006).
Teori Feminisme
Teori Feminisme merupakan teori yang dipelopori oleh Elaine Showalter. Teori
feminisme ini adalah teori yang memperjuangkan wanita untuk mendapatkan tempat yang
sedarjat dengan lelaki dan untuk memperkasakan kuasa feminis. Teori, ideologi dan pemikiran
feminisme, walaupun secara umumnya sering ditanggapi secara negatif oleh sebahagian
masyarakat di alam Melayu, namun ianya tetap mempunyai nilai dan kepentingannya yang
tersendiri, khususnya dalam konteks wacana, disiplin dan ilmu kritikan sastera. Gagasannya
menyediakan alternatif bagi para pengkaji dan pengkritik, terutama dalam membaca dan
menanggapi persoalan citra wanita dalam penulisan kesusasteraan. Kerangka teori feminis,
khususnya teori ginokritik yang diketengahkan dalam wacana kritikan sastera dapat digunakan
sebagai wahana baru untuk mengkaji karya daripada perspektif wanita dan kajian budaya. Sekali
gus dapat mengalihkan tumpuan pengkritik yang selama ini hanya menggunakan teori dan
kaedah bersifat androsentrik dalam membincangkan karya sastera, termasuk tentang wanita.
Sebaliknya, kehadiran teori dan kerangka pemikiran feminisme ini memberikan ruang kepada
pengkritik untuk menilai kembali citra wanita dalam kesusasteraan.
Ciri-Ciri Teori Feminisme
Antara ciri-ciri teori feminisme ialah pertama teori ini menentang patriaki dan seksisme.
Hal ini demikian kerana sifat patriaki dan seksisme dalam masyarakat dan ketentuan hukum
merupakan penyebab ketidakadilan, dominasi dan subordinasi terhadap wanita, sehingga sebagai
konsekuensinya adalah tuntutan terhadap kesederajatan gender. Kesederajatan gender tidak akan
dapat tercapai dalam struktur institusional ideologis yang saat ini berlaku.
Ciri yang kedua ialah menolak peniruan pola pemikiran lelaki. Lelaki dikatakan
cenderung untuk memberikan gambaran yang tidak tepat mengenai wanita. Ketidaktepatan itu
berlaku kerana wujudnya salah faham dan misrepresentation tentang wanita oleh lelaki.
Kemunculan para pengkritik feminis adalah untuk menggunakan kepintaran mereka bagi
mendekonstruksikan cara melihat wanita mengikut pandangan lelaki. Perbincangan awal tentang
persoalan ini telah dilakukan oleh Simone De Beauvoir dalam The Second Sex (1949) yang
memperkatakan tentang wujudnya ketidaksamaan umum yang ditentukan oleh seks, kebudayaan,
dan sejarah. Beliau melihat bahawa wanita telah dijadikan dengan sifat-sifat rendah diri dan
tekanan ini berlipat ganda kerana lelaki beranggapan sifat sedemikian memang wujud secara
semula jadi. Beliau menyebut tentang lima faktor utama dalam perbincangan tentang
ketidaksamaan tersebut iaitu biologi, pengalaman, wacana, pengalaman tidak sedar dan keadaan
sosioekonomi.
Ciri yang ketiga pula ialah kesamaan sosial, politik, dan ekonomi antara kedua-dua
jantina. Feminisme merupakan kepercayaan kepada kesamaan sosial, politik, dan ekonomi antara
kedua-dua jantina, serta kepada sebuah gerakan yang dikendalikan berdasarkan keyakinan
bahawa jantina harus tidak merupakan faktor penentu yang membentuk identiti sosial atau hakhak sosiopolitik dan ekonomi seseorang.
Ciri yang terakhir ialah jantina harus tidak merupakan faktor penentu yang membentuk
identiti sosial atau hak-hak sosiopolitik dan ekonomi seseorang. Sebahagian besar ahli-ahli
gerakan kewanitaan khususnya bimbang akan apa yang dianggapnya sebagai ketaksamaan sosial,
politik, dan ekonomi antara kedua-dua jantina yang memihak kepada kaum lelaki sehingga
menjejaskan kepentingan kaum perempuan, sesetengah mereka memperdebatkan bahawa
identiti-identiti berdasarkan jantina, seperti "lelaki" dan "perempuan", merupakan ciptaan
masyarakat. Di bawah tekanan berterusan untuk mengikut norma-norma kelelakian, ahli-ahli
gerakan kewanitaan tidak bersetuju antara satu sama lain tentang persoalan-persoalan punca
ketaksamaan, bagaimana kesamaan harus dicapai, serta takat jantina dan identiti berdasarkan
jantina yang harus dipersoalkan dan dikritik.
Prinsip-Prinsip Teori Feminisme
Teori kritikan feminisme menggunakan istilah koda atau kod yang juga disebut aspek
dalam analisis-analisisnya. Koda merupakan konsep tentang sesuatu yang telah dipersetujui akan
keciriannya. Koda ini bersedia untuk ditokok-tambah dan ditukar ganti mengikut kesesuaian
dengan tempat, zaman dan keperluan. Kod-kod yang telah diterima sebagai prinsip kritikan teori
feminisme adalah seperti berikut:
1.
Biologi
Menurut Elaine Showalter, pengkritik-pengkritik feminis seharusnya berfikir
perbezaan biologi dan hubunganya dengan penulisan tentang watak wanita. Pernyataan
ini bermaksud, apabila kita membincang mengenai biologi, janganlah hanya tertumpu
kepada tubuh wanita sahaja malahan perlu berfikir lebih jauh daripada itu. Sebagai
contoh, fungsi biologi wanita sendiri iaitu tugas mereka sebagai ibu, isteri, kakak dan
lain-lain. Pengkritik feminis yang menulis dalam perspektif biologi menekankan,
pentingnya tubuh badan mereka sebagai sumber inspirasi dalam tulisan mereka.
2.
Pengalaman
Pengalaman mempunyai kaitan yang erat dengan aspek biologi. Ini bermaksud,
perkembangan tubuh badan wanita yang merupakan satu pengalaman sejak meraka
dilahirkan sehingga mereka tua. Contohnya, pengalaman mereka melahirkan anak.
Pengalaman yang dialami kaum wanita amat berbeza dengan kaum lelaki. Perempuan
sejak kecil telah diasuh untuk menjelmakan sifat keperempuanan mereka. Contohnya,
menolong ibu membuat kerja rumah manakala lelaki pula sentiasa menolong bapanya
membasuh kereta dan lain-lain lagi. Maka, sejak dari kecil lagi, setiap individu telah
dibahagikan kerja mengikut jantina dan membesar dengan pengalaman yang berlainan.
Bagi golongan feminis radikal, aspek pengalaman ini perlu dihuraikan dengan sejelasjelasnya. Penjelasan ini diperlukan untuk membetulkan fakta sebenar yang digambarkan
oleh penulis lelaki.
3.
Psikologi
Pengetahuan ilmu psikologi penting kerana ia menjadi alat dan dasar kajian
untuk menghayati watak-watak dalam genre sastera. Wilbur Scott (1962) menyatakan
bahawa disiplin psikologi dapat diaplikasikan dalam karya sastera bagi menerangkan aksi
atau reaksi seseorang watak yang sukar diramal. Terdapat dua cabang psikologi dalam
bidang kesusasteraan iaitu:
i.
Psikologi pengarang
ii.
Psikologi watak-watak
Golongan feminis menitikberatkan psikologi dalam karya melalui psikologi
keinginan watak, cita rasa, tekanan perasaannya, jiwa dan segala sesuatu yang lahir dari
hati dan kata-kata watak.
4.
Sosial
Terdapat perbezaan antara sosial kaum lelaki dengan sosial kaum wanita apabila
dicerminkan dalam karya. Antara aspek sosial wanita yang dikenal pasti boleh digarap
dalam karya ialah proses sosialisasi (soal didikan, pendidikan, pekerjaan dan pergaulan),
tugas sosial (anak gadis, dara, ibu, isteri, nenek) dan kelas sosial wanita (kelas bawahan,
menengah dan atasan).
berbelah-bagi
meninggalkan
anak-anak
demi
untuk
mencapai
cita-citanya
menggenggam segulung MA. Novel ini juga mengangkat watak Azizah sebagai seorang wanita
pan Asian yang amat manis sama ada dari segi luaran mahupun dalaman. Namun, Azizah
sentiasa dibayangi dengan kehidupan rumahtangganya yang kecundang. Pergolakan dalam diri
Azizah bermula apabila beliau mendapat tahu suaminya telah berkahwin lain tanpa
pengetahuannya. Di perantauan, Azizah belajar untuk membina semula keyakinan diri disamping
mencari kekuatan diri yang telah lama hilang. Azizah juga berusaha mencari bapanya yang tidak
pernah ditemui sepanjang usianya 35 tahun.
Di kemuncak cerita, usaha yang ditunjangi dengan keberanian dan pertolongan rakanrakannya untuk mencari ayah membuahkan hasil. Jejak kasih itu telah merubah keseluruhan
7
hidup Azizah. Dirinya yang dulu dipandang rendah oleh bekas suami dan ibu mertuanya, kini
menjadi pujaan dan harapan mereka untuk menyelamatkan perniagaan dan maruah sebagai
keluarga bangsawan. Novel ini diakhiri dengan cukup dramatik di mana Azizah berjaya
mengembalikan semula harga diri dan kekuatan dirinya, ayah yang tidak pernah ditemui sejak
dalam kandungan kini telah bersua muka, bekas suami dan ibu mertua yang dulu
meminggirkannya telah kembali menerimanya.
Kritikan Watak Azizah Berdasarkan Teori Feminisme
Melalui watak Azizah, Khadijah Hashim telah berjaya menggambarkan keseluruhan
cerita ini yang ingin disampaikan kepada pembaca kerana Azizah merupakan watak utama dalam
novel tersebut. Oleh yang sedemikian, sebagai memenuhi norma manusia biasa, pengarang
mewujudkan berbagai-bagai situasi bagi menggambarkan kelebihan dan kelemahan Azizah
sebagai seorang wanita dalam menghadapi kemelut kehidupan. Novel ini sesuai dengan teori
feminisme yang mengangkat keunggulan dan martabat wanita daripada menjadi mangsa kepada
mereka yang mementingkan darjat. Melalui watak Azizah dalam novel Mencari Azizah ini,
kritikan yang dilakukan terhadap nilai dan perwatakan Azizah adalah berdasarkan kepada teori
feminisme. Teori feminisme yang dibincangkan adalah melalui beberapa sudut iaitu daripada
sudut citra wanita, sudut biologi, sudut psikologi, sudut sosial, sudut ekonomi dan sudut budaya.
1.
dikemukakan, dan digambarkan oleh penulis novel dalam novel mereka. Citra atau imej wanita
bermaksud melihat wanita sama ada dari sudut fizikal, peranan dan penglibatannya sebagai
tokoh yang menggerakkan cerita dalam novel. Dalam Novel Mencari Azizah, watak Azizah
8
digambarkan mempunyai semangat perjuangan, kesungguhan serta pengorbanan yang tinggi dan
kuat setanding dengan kaum lelaki dalam membela maruah dan mengejar cita-citanya. Azizah
berjaya mengalihkan kesedihannya dengan sesuatu yang lebih positif iaitu menyambung
pelajaran di peringkat master di sebuah universiti di Iowa. Dalam keadaan diri yang penuh
dengan konflik jiwa, Azizah berjaya membina semula keyakinannya. Kesungguhan Azizah ini
dapat digambarkan dalam petikan di bawah ketika Azizah bermonolog panjang dengan dirinya:
Seharusnya aku tidak berada di sini. Kalau setakat hendak mendapat masters, di
universiti Malaysia pun boleh. Tetapi kenapa aku di sini? Bukan. Bukan masanya untuk
menyesal. Aku sendiri yang membuat pilihan belajar di Iowa. Jauh daripada Zamri.
Kalau begitu tepatlah kata Kamaliah, aku datang ke Iowa untuk mengubat hati yang luka.
Apapun tanggapan Kamaliah, sebenarnya tidak penting bagiku. Soal pokok, aku mesti
berjaya membina hidup baru.
(Mencari Azizah; hal. 69)
Berdasarkan petikan tersebut pengarang cuba menyatakan tentang semangat Azizah yang
kuat dan utuh berjuang demi mengejar cita-citanya serta untuk mengubati hatinya yang sedang
terluka. Jika dinilai secara jelas, pengarang sememangnya ingin menonjolkan watak wanita
sebagai pejuang yang membela nasib dan maruah dirinya yang telah dipandang rendah oleh
suami dan mertuanya. Semangat Azizah yang kuat dan utuh ini berseuaian dengan penggunaan
teori feminisme kerana teori ini menyatakan bahawa wanita mempunyai imej, pengalaman,
suara, keinginan, wawasan, bahasa dan budaya mereka sendiri untuk mempertahankan hak dan
kehidupan mereka supaya menjadi lebih baik.
2.
Sudut Biologi
Dalam sudut biologi, Khadijah Hashim menekankan aspek-aspek pembangunan sifat dan
hak sebagai seorang isteri. Azizah berjaya bangkit daripada kegagalannya di alam rumah tangga.
9
Dengan satu semangat baru, Azizah cuba keluar dari kepompong seorang wanita yang pasrah
menerima apa saja. Walaupun telah biasa hidup dalam kemewahan dan kesenangan, Azizah
berjaya berdikari dan sanggup menerima cabaran baru di tempat orang. Sikapnya itu dapat dilihat
dengan jelas berdasarkan petikan di bawah:
Azizah kini adalah Azizah baru masih bernyawa, belum patah hati, belum hilang
semangat. Aku mahu hidup seribu tahun lagi! Akan kubuktikan pada dunia bahawa
terdirinya Azizah di sini bukan lari daripada kenyataan hidup. Berdirinya aku di bumi
Iowa bukan kerana merajuk diceraikan Zamri. Semangatku segagah pohon maple itu,
tegak berani menghadapi pertukaran cuaca empat musim.
(Mencari Azizah; hal. 65)
"Teguhkan iman, kuatkan semangat, Azizah sekarang bukan Azizah dulu yang berpaut
bergantung pada orang lain. Izinkan aku mencorak masa depanku."
(Mencari Azizah; hal. 17).
Berdasarkan beberapa contoh petikan yang diambil daripada novel, Khadijah Hashim
telah menggarapkan ciri-ciri perjuangan dalam watak Azizah. Khadijah Hashim lebih
menfokuskan Azizah sebagai seorang wanita yang kuat semangat dalam meneruskan
kehidupannya walaupun dia mempunyai dirinya bergolak dengan masalah rumahtangga. Di
dalam novel ini, Azizah menjadi elemen penghidup dalam menyampaikan mesej. Penerapan kod
biologi yang dimasukkan oleh Khadijah Hashim dalam novel ini boleh dikatakan sebagai satu
penyampaian yang baik dalam memartabkan golongan wanita terhadap perjuangan dalam
menempuhi kehidupan yang dipenuhi dengan konflik dan masalah.
3.
Sudut Psikologi
Watak Azizah yang digambarkan sebagai seorang wanita yang telah berkahwin, dan ibu
anak-anaknya serta dalam masa yang sama mempunyai semangat yang tinggi dalam mengejar
10
cita-citanya. Walau bagaimanapun, Azizah perlu menghadapi suasana baru sebagai seorang
pelajar tua di universiti, situasi ini memerlukan Azizah menewaskan nafsu yang mendorong
kepada kegagalannya dalam mengejar cita-citanya seperti sifat malas, tiada mood untuk belajar
atau sebarang perbuatan yang tidak membantu kejayaannya. Sebagai seorang dewasa yang telah
lama meninggalkan alam pembelajaran, Azizah cuba sedaya-upaya untuk menumpukan
perhatian pada pelajaran walau kadangkala terleka melayan perasaan mahupun gangguangangguan lain seperti televisyen. Situasi ini jelas digambarkan dalam petikan:
Assignment belum selesai. Lusa mahu diserahkan kepada pensyarah. Azizah sekarang
bukan Azizah dulu. Mesti bijak mengatur masa, bukan leka menonton televisyen.
(Mencari Azizah; hal. 45)
Dari satu sudut, Azizah dillihat sebagai seorang wanita yang mendendami bekas suami
dan ibu mertuanya yang selama ini meminggirkannya dan memandang rendah padanya. Ini
kerana, sepanjang perkahwinannya, Azizah seolah-olah tidak punya hak untuk bersuara sebagai
seorang wanita mahupun isteri. Azizah sering diketepikan dalam apa jua perkara yang berkaitan
keluarga mahupun syarikat. Keadaan ini jelas melalui kata-kata Zamri kepada Azizah:
Awak tahu apa tentang business. Duduk saja di rumah jaga anak.
(Mencari Azizah; hal. 29)
Azizah juga turut dipinggirkan oleh ibu mertua. Ia dapat dilihat dalam situasi seperti di bawah:
Perbincangan ibu mertua dengan anak-anaknya usah disampuk sebab itu adalah urusan
keluarga. Dia cuma ditugaskan untuk menghidangkan kopi. Dia seolah-olah bukan
sebahagian daripada ahli keluarga itu.
(Mencari Azizah; hal. 151)
Berdasarkan petikan pertama di atas dapat digambarkan bahawa sifat Azizah adalah
seorang wanita yang berpendirian tegas serta mempunyai semangat yang tinggi untuk
11
meneruskan pengajiannya demi mencapai cita-cita. Bagi contoh petikan kedua dan ketiga pula,
watak Azizah telah digarapkan dengan nilai kesedihan akibat terkilan dengan sikap bekas suami
dan ibu mertuanya yang selalu meminggir dan memandang rendah padanya. Khadijah Hashim
menggambarkan watak Azizah sebagai seorang wanita baik hati, lemah lembut, mudah tersentuh
dan sebagainya. Dalam teori feminisme Showalter mengatakan, perempuan menolak bentuk
ketergantungan pada laki-laki, perempuan sebagai sumber seni yang otonom, pejuang hak-hak
wanita memperpanjang analisis budaya ke bentuk dan teknik literatur (Baru, 139). Dalam novel
ini Khadijah Hashim telah mewujudkan semangat juang yang tinggi dalam watak Azizah dalam
menempuhi liku-liku kehidupannya tanpa bergantung kepada suami dan mertuanya.
4.
Sudut Sosial
Watak Azizah yang ditonjolkan daripada sudut sosial memberi penekanan bagaimana dia
melihat dirinya dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Dalam membina estim yang
positif Azizah telah menanamkan rasa yakin bahawa dia mampu menentukan kedudukan dirinya.
Azizah tahu bahawa dia bukan anak haram seperti yang digembar-gemburkan oleh orang-orang
kampung seperti dalam petikan di bawah:
Emak dihina oleh orang kampung kerana melahirkan seorang bayi berwajah mat saleh.
Orang kampung memfitnah kononnya emak berlaku sumbang sebelum bernikah.
(Mencari Azizah; hal. 15)
Anak dara gatal! itu gelaran diberi.
Padan muka ditinggalkan dek orang putih! tempelak jiran-jiran Mak Long.
(Mencari Azizah; hal. 57)
12
mengatakan dia hanya mahu mencari populariti. Azizah tetap bertegas dengan tindakannya. Ini
kerana walau apapun pendapat dan pandangan orang, keputusan akhirnya masih terletak di
tangan sendiri. Ketegasannya ini jelas dipaparkan melalui petikan:
Dalam suasana bening bersendirian menunggu bas tengahari itu dia masih bertanya: jika
bukan aku yang berusaha mencari ayah, siapa lagi?
(Mencari Azizah; hal. 124)
Setelah meneliti cara terbaik untuk mencari ayahnya, Azizah bersetuju dengan cadangan
Robert, rakannya seuniversiti untuk mengiklankan berkenaan ayahnya di media massa.
Ah, apa hendak dihairankan, dasar langit terbuka, entahkan emak dan ayah Sudin pun
sudah tahu. Kalau berita itu tersiar di CNN tentu saja tersiar di televisyen Malaysia.
(Mencari Azizah; hal. 186)
Dari aspek sosial Khadijah Hashim telah berjaya mengaitkan novel ini dengan teori
feminisme. Hal ini demikian kerana, Terdapat perbezaan antara sosial kaum lelaki dgn sosial
kaum wanita apabila dicerminkan dalam karya. Dalam Novel Mencari Azizah ini, Khadijah
Hashim telah menunjukkan perubahan dalam watak Azizah apabila dia sanggup menanggung
risiko mencanangkan mengenai pencarian ayah kandungnya di media massa walaupun menerima
kutukan dan pandangan sinis orang lain yang mengatakan dia hanya mahu mencari populariti.
Ketegasan Azizah dalam membuat keputusan untuk mencari ayah kandungnya, menunjukkan
tugas sosial Azizah sebagai seorang anak yang bertanggungjawab untuk mencari ayah
kandungnya yang digarapkan dalam teori feminisme ini.
5.
Sudut Ekonomi
Watak Azizah digambarkan sebagai seorang wanita yang hidup dalam kesederhanaan
walau pun suami dan ibu mertuanya merupakan daripada golongan bangsawan. Selain itu, pada
13
watak Azizah, Khadijah Hashim telah menggambarkannya sebagai wanita yang dipandang
rendah oleh suami dan mertuanya. Hal ini demikian kerana Azizah banyak menerima tekanan
daripada suami dan ibu mertuanya. Keadaan ini ditunjukkan dalam apabila Azizah sering
bermonolog kepada dirinya sendiri seperti petikan di bawah:
Akulah manusia bodoh yang menurut kata membuta tuli tidak ubah macam hamba.
Makan dilayan, nasi mesti disenduk ke pinggan, Cuma tidak disuap ke mulut. Segala
yang teringin mesti dimasakkan. Ikut segala keletahnya. Ada masanya tidak mahu
masakan pembantu, aku juga yang jadi babunya. Begitulah taatnya aku melayan Datin
Mariah, tetapi apabila Zamri berkahwin lagi dia tidak pun membantah, malah gembira
kerana dapat merapatkan dua keluarga bangsawan. Aku pula diungkit-ungkit sebagai
tidak kufu.
(Mencari Azizah; hal. 6)
Zamri yang besar panjang ini pun masih takut dengan ibunya, masih tidak dapat
berfikiran rasional. Apa gunanya mendukung biawak hidup? Demi maruah! Maruah apa
kalau semuanya hampir tergadai? Mujurlah ada penyelamatnya. Tetapi penyelamat itulah
pula yang menyingkir Azizah daripada keluarga bangsawan Datin Mariah.
(Mencari Azizah; hal. 29)
Zamri tidak dapat menjaga harga diri Azizah di mata keluarganya sebaliknya Zamri
sendiri yang menafikan kesempurnaan kendiri dan sosial Azizah melalui kata-katanya
Awak fikir senang hendak menguruskan perniagaan dua syarikat menjadi satu! itu
pula alasannya. Jawapan itu sekaligus memperkecilkan kebolehan Azizah yang
mempunyai ijazah ekonomi. Apakah kerana aku ini suri rumah sepenuh masa, maka
pandanganku, ideaku tidak boleh dipakai? Bodoh benarkah aku? Aku masih membaca,
masih mengikuti perkembangan dunia.
(Mencari Azizah; hal. 31)
14
Khadijah Hashim telah menghidupkan watak Zamri sebagai seorang lelaki yang angkuh
atau sombong kerana dia telah memperkecilkan kebolehan Azizah yang mempunyai ijazah
ekonomi. Selain itu, watak mertua Azizah juga digambar sebagai seorang yang sangat
mementingkan darjat. Dia menjadikan Azizah seperti seorang babu di dalam rumahnya. Azizah
dilayan seakan-akan orang gaji bukan sebagai menantu. Watak Zamri yang telah ditonjolkan
oleh pengarang dalam novel ini telah memantapkan lagi kesesuaian penggunaan teori feminisme
yang menekankan keunggulan darjat wanita melalui watak Azizah. Azizah lahir daripada
golongan yang sederhana tetapi mempunyai suami dan mertua daripada golongan kaya. Walau
pun begitu, Azizah tidak pernah menumpang kekayaan yang dimiliki oelh suami dan mertuanya.
Azizah nekad untuk menyambung pengajiannya di luar Negara demi memperbaki kehidupannya.
Dengan menggunakan teori kritik feminis, karya atau novel Mencari Azizah yang dihasilkan ini
bermatlamat untuk memastikan sama ada gambaran wanita mencabar atau sebaliknya
memperkukuhkan ideologi patriarki dan nilai-nilai yang sedia ada, khususnya yang berkait
dengan hubungan gender.
6.
Sudut Budaya
Khadijah Hashim menampilkan watak Azizah sebagai pencerita dan pengolah terhadap
budaya dan tradisi yang diamalkan sebagai seorang yang beragama islam. Meskipun zaman
sudah beralih kepada era kemodenan, namun Azizah tetap berpegang teguh dan mengamalkan
adat dan budaya dan tanggungjawab sebagai seorang wanita yang beragama islam. Azizah masih
dapat mendidik jiwanya agar tidak menurut kata hati. Azizah cuba menerima takdir hidupnya
dengan cara yang paling baik iaitu berserah kepada Allah dan cuba mencari kembali dirinya yang
telah hilang. Azizah pasrah dengan ketentuanNya seperti yang dipaparkan dalam petikan
tersebut:
15
Kenapa mesti bersedih? Bukankah ini pilihanku? Usah gelisah resah. Di mana pun aku
berada aku masih di bawah lindunganMu...Kenapa aku mesti di sini? Alangkah selesanya
kalau di rumah bersama anak-anak! Allah, berilah aku petunjuk dalam menjalani hidup di
tempat yang jauh ini. Permudahkan hidupku di sini.
(Mencari Azizah; hal. 37 & 110)
Atas keyakinan itulah Azizah tidak henti-henti berdoa. Baginya dia tidak mahu menjadi
seorang hamba yang sombong kepada tuhannya sendiri. Sikap ini jelas ditunjukkan dalam
petikan berikut:
Doa itu ibadat. Mereka yang tidak berdoa pada Allah adalah orang yang sombong.
Sombong? Hendak sombong pada siapa? Aku tidak sombong. Aku tahu betapa kecilnya
aku di bumi Mu, Allah!
(Mencari Azizah; hal. 114)
jiwa manusia. Perasaan cinta dan kasih sayang yang dimuatkan dalam novel ini sarat dengan
pergolakan jiwa dan konflik yang berlaku dalam watak utamanya. Di sinilah letaknya unsur
dedaktik atau unsur pengajaran yang ingin disampaikan dalam novel ini iaitu bagaimana Azizah
menangani konflik dalaman seterusnya mencari kekuatan untuk meneruskan hidup.
Sebagai watak yang protagonis dalam novel ini, Azizah merupakan simbol seorang
wanita yang berhati tabah, optimis melihat masa depannya dan sanggup menghadapi risiko
dalam mencari kebenaran. Perjalanan novel yang penuh dengan konflik ini juga diwarnai dengan
watak-watak sampingan yang antagonis seperti suami Azizah iaitu Zamri dan Datin Mariah, ibu
mertuanya. Kehadiran watak-watak antagonis ini melahirkan satu suasana tegang dalam
kehidupan Azizah. Konflik dan pergelutan jiwa Azizah berlaku sepanjang keterlibatan Azizah
bersama watak-watak ini. Selain itu muncul juga watak-watak sampingan lain yang lebih optimis
seperti watak yang menjadi sahabat Azizah iaitu Robert, Kelvin dan Kamaliah. Watak-watak
inilah yang menguasai perjalanan cerita ini untuk tampil lebih menarik.
Bersesuaian dengan konflik yang banyak ditimbulkan dalam novel ini, Khadijah Hashim
menggambarkan dengan begitu baik sekali bagaimana sesebuah konflik itu berakhir jika dapat
ditangani dengan bijak. Lalu Novel Mencari Azizah ini mengajar kita pelbagai persoalan yang
di kemukakan oleh pengarang cerita ini melalui watak utamanya. Novel ini mengajar kita erti
ketabahan dan kekuatan diri yang disertai dengan nilai-nilai kasih sayang dan kekeluargaan serta
sikap berserah diri pada Tuhan bersesuaian dengan teori feminisme.
17
Rujukan
Khadijah Hashim (1998). Novel Mencari Azizah. Terbitan K Publishing Sdn. Bhd (144639U) No. 39, Jalan Nilam , Subang Square FTTS, Subang Hi-Tech Industrial Park, Batu
Tiga, 40000 Shah Alam, Selangor, Darul Ehsan.
http://id.wikipedia.org/wiki/Feminisme
http://www.slideshare.net/sassyairah/teori-feminisme
http://ekookdamezs.blogspot.com/2012/06/pengertian-feminisme-dan-macam-macam.html
18