Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
2.1
Pengenalan
Dari segi pembinaan bangunan adalah secara am terdapat beberapa pihak yang
terlibat didalam membuat keputusan iaitu perekabentuk atau perunding, kontraktor atau
pembina dan pemilik. Salah seorang atau kesemua daripada mereka berkemungkinan
menjadi punca kecacatan dan kerosakan bangunan. Antara yang juga menjadi penyebab
kecacatan kecacatan bangunan berpunca kerana arahan pengurusan projek yang tidak
sekata, kekurangan maklumat, keputusan sering berubah, pemantauan yang tidak efisien
dan sambil lewa juga turut mempengaruhi kerosakan dan kecacatan bangunan.(Dr.
Ahmad b. Ramly, 2002)
2.2
Pembinaan Bangunan adalah suatu industri binaan yang mana boleh dibahagikan
kepada tiga iaitu bangunan industri, bangunan perdagangan dan bangunan perumahan
2.2.1
Bangunan Perumahan
Rumah pangsa
2.
Rumah teres
3.
Rumah sebandung
4.
Rumah sesebuah
5.
Rumah kedai
6.
7.
Rumah berangkai
Sesuatu projek yang hendak di bina oleh pemaju perlu mengikut prosedur tertentu
bagi mendapat kelulusan dan kebenaran merancang daripada pihak berkuasa tertentu.
2.2.2
Peringkat Pembinaan
Beberapa proses yang perlu diteliti dalam masa peringkat pembinaan oleh
pegawai penguasa diantaranya adalah seperti berikut
a)
b)
Pastikan kontraktor sediakan pagar hadang (hoarding) serta di kawal dan kawasan
pembinaan dalam keadaan memuaskan supaya kerja-kerja dapat berjalan licin.
c)
Mesyuarat Tapak
d)
Pemeriksaan Kerja
e)
f)
Keselamatan Di Tapak
g)
h)
2.2.3
Peringkat Penyiapan
Semasa peringkat penyiapan beberapa yang mesti diteliti seperti yang dinyatakan
dibawah ini.
a)
Akaun Akhir
b)
Pentauliahan
c)
Manual operasi
d)
2.3
Kecacatan atau pun kerosakan pada bangunan adalah perkara yang lazim berlaku
pada bangunan. Oleh itu mutu pembinaan hendaklah dititikberat untuk mengelakan
kecacatan atau kerosakan pada bangunan yang boleh menjejaskan kepercayaan pembeli.
Ia akan menggambarkan sikap atau kecuaian pihak yang bertanggungjawab dan akan
menimbulkan berbagai implikasi.
i.
Lantai
ii.
Dinding
iii.
iv.
Siling
v.
vi.
Cat
2.3.1
vii.
Tandas
viii.
Pendawaian Elektrik
Lantai
Kerosakan pada lantai adalah disebabkan oleh kemasan yang tidak sempurna dan
juga disebabkan oleh kecacatan strukur bangunan tersebut. Diantara kecacatan tersebut
adalah sebagaimana berikut,
i.
Kecacatan kemasan
ii.
iii.
iv.
v.
Kemasan yang digunakan adalah untuk melindungi dan juga untuk mencantikkan,
contohnya seperti terrazzo ketidaksempurnaan semasa pemasangan yang boleh
menyebabkan kemasan tertanggal dan wujud alur dibahagian tepi lantai. Ini adalah
kerana mungkin ukuran lantai dibina tidak mengikut pelan.
Apabila lantai yang telah siap dikonkrit iaakan ditutupi satu lapisan lepa yang
biasanya setebal 25 mm. lapisan ini diratakan dalam bentuk simen pelicin ataupun untuk
dilekatkan kemasan seperti jubin. Kecacatan dikesan apabila lantai dilihat beralun atau
didapati terdapat takungan air.
Faktor-faktor yang menyebabkan adalah kerana kurang kemahiran dalam kerjakerja penyudah. Pekerja-pekerja yang kurang pengalaman atau pun yang diberi upah
murah, akan membuat kerja-kerja dengan cepat dan kurang teliti.
Cara pembaikan keretakan adalah dengan cara membina semula lapisan lepaan
yang baru atau menampal semula bagi keretakan yang sedikit. Kandungan campuran
simen-pasir tidak lebih daripada 1 : 3.
Kelembapan pada permukaan lantai adalah akibat dari penyerapan air bawah
tanah oleh lantai yang bersentuhan dengan tanah yang lembap. Masalah ini terjadi kerana
bahan konkrit tersebut menjadi berliang dengan ini ia akan menyerap lembapan daripada
tanah. Kenaikan air bumi juga adalah disebabkan oleh penambahan beban asas bangunan
terhadap tanah dengan ini akan menyebabkan air dalam zarah tanah tersebut mengalir
keluar dan diserap oleh lantai tersebut. Apabila lembapan ini menjadi banyak, kemasan
yang dipasang akan mudah tertanggal dan juga akan mengeluarkan bau yang kurang
menyenangkan.
Untuk mengelak berlaku lembapan satu lapisan kalis air perlu diletak di bawah
lantai dan juga pada dinding. Lapisan kalis air hendaklah diletakkan tidak kurang dari
150 mm dari aras tanah. Lapisan ini hendaklah diletak semasa dalam proses pembinaan.
2.3.2
Dinding
Bahagian dinding adalah penting dijaga dengan baik semasa pembinaan dan juga
ketika kerja-kerja melepa kerana ia akan memberi gambaran tahap kemahiran pekerja.
Kecacatan semasa penyambungan balik kerja-kerja melepa yang tidak siap sepenuh akan
lebih ketara kelihatan pada dinding mempunyai permukaan yang luas. Jenis-jenis
kecacatan yang biasa terjadi pada dinding adalah seperti berikut
a. Keretakan Dinding
b. Dinding Melengkung
c. Kerosakan jubin
d. Cat tertanggal
Keretakan yang biasa didapati pada lepaan dinding adalah dalam bentuk
melintang, pugak, pepenjuru atau secara random atau pun di panggil flaking.
Keretakan ini berlaku disebabkan oleh perbezaan pengembangan bata dengan lepa agak
besar, pergerakan struktur. Tindakbalas kimia akibat serangan larutan sulfat yang terdapat
dalam bata tanah liat bertindak balas dengan trikalsium aluminat dari simen. Tindak
balas ini menyebabkan simen mortar mengembang.
Pergerakan struktur bangunan yang disebabkan aktiviti pembinaan, perlombongan
dari kawasan berhampiran dan serangan kimia keatas asas akan menyebabkan struktur
tidak stabil boleh menyebabkan berlaku keretakan pada dinding.
Pembaikian keretakan dinding ialah dengan cara membersih bahagian yang retak
dan ruang tersebut hendaklah dipenuhi dengan konkrit.
Manakala flaking pula berlaku apabila cat bahagian luar mengelupas ataupun
tertanggal. Puncanya disebabkan perbezaan pengecutan cat antara lapisan dalam dan
luar.
Masalah ini kebiasaan hanya berlaku pada dinding bangunan yang agak luas
permukaannya. Masalah ini terjadi kerana beban bata yang diikat terlalu tinggi sebelum
bata pada bahagian bawah belum cukup keras untuk menanggung beban bata yang
diatasnya. Dan juga lapisan esmet tidak diletak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Jika masalah ini menjadi serius dinding tersebut hendaklah dirobohkan kerana ia
mungkinakan membahayakan penghuni rumah.
Kerosakan jubin dinding yang biasa terjadi adalah seperti tertanggal dan pecah.
Masalah ini adalah kerana penggunaan bahan yang kurang bermutu, semin ikatan yang
sedikit. Penggunaan bahan yang kurang bermutu akan juga menyebabkan senang pecah
semasa kerja-kerja pemotongan.
2.3.2.4
Cat Tertanggal
Kecacatan yang terjadi pada cat adalah disebabkan faktor kelembapan yang mana
menyebabkan kurang lekatan dinding. Untuk mengelak berlaku cat daripada tertanggal,
kerja-kerja mengecat hendaklah mengikut spesifikasi yang ditentukan. Mana-mana
bahagian yang mengalami kecacatan hendaklah sapu semula.
2.3.3
Punca kerosakan kayu boleh disebabkan oleh kelembapan, cuaca, serangga dan
usia. Kesan kelembapan boleh menyebabkan kayu menjadi lemah. Pengaruh cuaca adalah
disebabkan oleh hujan, pancaran matahari dan angin. Manakala serangga menjadikan
kayu sebagai makanan. Penggunaan kayu sebagai pintu dan tingkap akan menerima
kesan tersebut yang akan menyebabkan berlaku kecacatan.
i.
ii.
iii.
iv.
Pemasangan yang kurang teliti akan menyebabkan kecacatan ini atau pun
penggunaan saiz tidak mengikut spesifikasi juga boleh menyebabkan berlaku masalah ini.
Kualiti kayu yang mempunyai kandungan lembapan yang tinggi boleh menyebabkan
pengembangan, ini akan mengakibatkan daun pintu atau tingkap bergesel dengan bingkai
(frame). Dengan mengecat dan juga menggunakan minyak pengering akan menghalang
berlakunya lembapan. Bagi saiz yang tidak tepat hendaklah dipotong mengikut
spesifikasi yang ditetapkan
Penggunaan bahan yang digunakan tidak berkualiti yang mana ia tidak tahan
kepada cuaca. Apabila terkena pada keadaan cuaca panas yang berterusan ia akan
menyebabkan kayu bingkai menjadi bengkok. Masalah ini kerana kayu tersebut tidak
dijemur secukupnya untuk membuang lembapannya. Ini akan mengakibatkan berlaku
pengecutan dan pengembangan. Cara pembaikian adalah dengan adalah dengan
menggantikan jika berlaku pada tahap yang melampau.
Pemasangan yang kurang teliti atau pun menggunakan pekerja yang kurang cekap
akan menyebabkan kecacatan ini. Penandaan lubang atau penyelaknya kurang cermat
menyebabkan berlaku masalah ini.
Dengan memasang semula penyelak mengikut lubang yang dibuat akan dapat
menyelesaikan masalah ini.
Pemasangan yang kurang kemas dan teliti, penggunaan saiz tidak mengikut
spesifikasi akan menyebabkan ada gap antara dedaun pintu atau tingkap dengan
frame, dengan ini air hujan dapat masuk kedalam. Ruang atau gap hendaklah ditutupi
dengan jalur kalis air untuk mengelak resepan air kedalam rumah.
2.3.4
Siling
Terdapat dua jenis siling yang biasa digunakan iaitu siling konkrit dan juga siling
asbestos. Siling konkrit adalah bagi rumah pangsa dan siling asbestos pula bagi rumahrumah setingkat. Masalah yang biasa berlaku pada siling adalah sebagaimana berikut,
i.
ii.
iii.
iv.
Siling berlubang
Lepaan siling adalah mengikut lantai konkrit, apabila pemasangan acuan semasa
kerja-kerja konkrit tidak tidak teguh ia akan menampak kecacatan tersebut apabila acaun
tersebut dibuka. Pembaikian hendaklah dengan dipahat pada bahagian tersebut untuk
meratakan dan dilepa semula.
Siling bertukar menjadi tompok-tompok hitam apabila air meresap kedalam, ini
biasanya terjadi pada bahagian bilik air. Rumah pangsa mempunyai kedudukan bilik air
yang sama dengan bahagian bawah apabila berlaku bahagian atas ia akan memberi kesan
kepada penghuni di bahagian bawah. Cara pembaikian adalah dengan membaiki
kebocoran dengan membuat lepaan semula pada bilik bahagian atas.
Faktor kelendutan ini adalah kerana berpunca daripada pemasangan struktur siling
(ceiling joist) yang kurang kuat dan juga penggunaan kayu yang bengkok. Dengan
menambah struktur siling atau menggantikan kayu yang lebih lurus akan dapat
menyelesaikan masalah melendut.
Siling asbestos berlubang terjadi kerana penyambung struktur siling yang kurang
sempurna. Dan siling pula dipasang secara berlurah, pada bahagian ini lah yang akan
berlubang apabila penyambungan ceiling joist tidak sempurna.
2.3.5
Bumbung
Masalah utama pada bumbung adalah kebocoran, ini kerana ia terletak dibahagian
yang paling atas yang terdedah terus kepada cuaca. Elemen-elemen cuaca seperti
pancaran matahari, air hujan, angin adalah antara faktor yang menyumbang kepada
kecacatan bumbung disamping disebabkan oleh kerja-kerja pemasangan jubin bumbung
yang tidak cermat. Antara jenis-jenis kecacatan lain adalah seperti berikut :i.
Kerosakan jubin
ii.
iii.
Kebocoran Bumbung
Kecacatan jubin adalah seperti keretakan atau pecah dan juga tertanggal. Jubin
bumbung biasanya diperbuat daripada tanah liat akan mengalami pengembang dan
pengecutan apabila terdedah kepada keadaan cuaca panas dan sejuk, oleh itu akan boleh
menyebabkan keretakan. Pada bahagian yang retak akan meresap air hujan dan
menyebabkan kebocoran dan mengakibat permukaan siling menjadi basah. Jubin
tertanggal adalah disebabkan oleh pelekat simen tidak sempurna.
Punca kecacatan ini adalah disebabkan lebihan beban atau struktur kayu kekuda
rosak diserang serangga atau anai-anai yang mana tidak dapat menanggung beban.
Untuk mengelak kecacatan akibat serangan serangga struktur kayu ini hendaklah
mengguna kayu yang telah diawet
Tindihan kepingan atap tidak cukup kuat untuk mencegah air hujan mengalir
masuk melalui sambungannya. Untuk kecerunan bumbung sebesar 5, tindihan yang
sesuai ialah sekurang-kurangnya 75mm. Jarak atau besarnya tindihan ini perlu ditambah
sebanyak 12.5mm bagi setiap 5 pengurangan besarnya tindihan ini perlu ditambah
sebanyak 12.5mm bagi setiap 5 pengurangan kecerunan. (Mat Lazim Zakaria, 1992)
2.3.6
Cat
Masalah kecacatan pada cat ialah kerana permukaan yang disapu tidak mengikut
spesifikasi yang ditetapkan oleh pengeluar bahan cat tersebut. Cat tersebut menjadi cepat
luntur atau menjadi tertanggal.
2.3.7
Tandas
Kerosakan pada bahagian tandas adalah kelengkapan dalam bilik tandas dan
masalah w.c (water closet) tersumbat. Faktor kerosakan ini disebabkan oleh kecuaian
semasa pemasangan iaitu pemegang pili air tertanam dalam jubin dan lebihan simen
semasa melepa menghalang laluan air buang.
Untuk mengelak masalah w.c (water closet) atau laluan air buang tersumbat
semasa kerja-kerja melepa atau kerja konkrit bahagian tandas, w.c (water closet) dan
laluan air buang hendaklah ditutup untuk menghalang lebihan konkrit masuk kedalam w.c
(water closet) dan laluan air buang. Bahagian sekeliling pemegang pili yang tertanam
hendaklah dipahat bagi untuk penyenggaraan akan datang.
2.3.8
Elektrik
Masalah kerosakan peralatan elektrik adalah lampu tidak menyala, suis dipasang
terbalik dan kehilangan peralatan suis utama dan ELCB.
2.4
i.
ii.
iii.
iv.
v.
Kecuaian pekerja
vi.
2.4.1
ii.
2.4.2
Apabila pengawalan yang kurang teliti akan menjejaskan kualiti pembinaan yang
mana akan menyebabkan kacacatan pada bangunan tersebut. Ini juga akan menjejaskan
perancangan,dan tidak mengikut program yang dirancang dengan ini akan menyebabkan
projek lambat siap. Dengan ini banyak bahan binaan akan terdedah kepada cuaca dan
menyebabkan kerosakan kepada bahan binaan ini akan menyebabkan kerugian.
Peranan penyelia adalah penting dalam memastikan kualiti dan mutu bahan yang
digunakan untuk pembinaan. Mereka perlu mengawal setiap tahap pembinaan yang
dijalankan oleh kontraktor supaya ia memenuhi perkara dalam kontrak dan memenuhi
spesifikasi sebagaimana yang dinyatakan.
Dengan ini perlu ada borang semakan bahan dan borang semakan kerja-kerja
yang akan dijalankan supaya kecacatan dapat dikurangkan. Setiap kerosakan hendaklah
dicatat dan dilapor untuk pembaikian sebelum kerja-kerja pembinaan dilakukan.
2.4.3
Penggunaan bahan yang bermutu rendah ini akan dapat menjimatkan kos, tetapi
bahan ini tidak mencapai tahap spesikasi. Penggunaan bahan yang bermutu rendah adalah
faktor yang menyumbangkan kepada berlaku kecacatan dan kegagalan pada struktur
binaan tersebut.
Tempoh hayat
iii.
Peluwapan
Bahan bangunan yang terdiri dari bahan yang mudah menyerap dan
menyimpan kandungan air.
iv.
Hakisan
Bahan bangunan yang tidak dapat bertahan kepada bebanan, geseran
dan penggunaan yang berulang-ulang keatasnya.
v.
Pengaratan
Bahan bangunan yang mudah berkarat dan telah dipasang begitu
terdedah kepada cuaca, panas atau hujan tanpa apa-apa salutan,
penyadur atau pelapisnya
vi.
Peleraian bahan
Sesetengah bahan bangunan yang tidak dapat bertahan lama, mudah
patah, peroi, pecah kepada cebisan-cebisan kecil atau jatuh sebagai
serbuk halus. Hal ini berlaku jika bahan berkaitan terdedah terlalu
lama kepada haba panas ataupun cahaya matahari.
Ramly, 2002)
(Dr. Ahmad b.
2.4.4
i.
ii.
iii.
iv.
2.4.5
Kecuaian Pekerja.
2.4.6
Pergerakan Tanah
2.4.6.1 Gegaran
Ia berlaku kerana penggunaan tapak yang ditimbus tanpa mampatan yang cukup
atau mengguna tapak jenis peroi, longgar dan lembut. Kekurangan asas atau cerucuk juga
boleh menyebabkan tapak bangunan tidak kukuh dan stabil. Sebarang tapak akan
menyebabkan struktur bangunan dan bahagian-bahagian bangunan di atas turut ikut
menurun. Bahagian-bahagian bangunan yang jarang diberi perhatian dalam masalah
pemampatan, ialah kawasan bahagian luar dan di sekeliling bangunan.
Kesan pembangunan sekitar adalah sessuatu yang tidak dapat dielakkan. Ia boleh
memberi impak kepada bangunan berhampiran. Terdapat dua kemungkinan punca
kerosakan boleh berlaku dari kawasan-kawasan pembangunan sekitar. Pertama gegaran
yang berlaku ketika kerja-kerja pembinaan sekitar berjalan, terutama diwaktu menanam
cerucuk. Kedua, struktur tanah terungkai yang mana tanah tapak mengalami gerakan
secara mendatar atau menegak. Ia boleh berpunca dari kerja-kerja pengorekan di tapak
2.4.7
Dengan ini rekabentuk untuk menghadapi kesan ini adalah diperlukan untuk
mengelak kegagalan pada elemen-elemen binaan.
2.4.7.1 Perubahan Suhu
Kesan kelembapan akan menyebabkan struktur binaan akan menjadi kotor dan
besi berkarat, kayu reput, pemasangan wayar elektrik tertanggal, lepaan tertanggal dan
sebagainya. Kesan ini akan menjadikan bahan bangunan kurang kukuh, mudah rosak
menyebabkan berkulat, cendawan dan pokok renek tumbuh diatas bangunan.
Kesan ini berlaku kerana air meresap kedalam bangunan melalui binaan berliang,
lubang yang tidak tertutup, pemeluwapan, tindakan rerambut dan sebagainya. Ini akan
mendatangkan masalah kelembapan pada dinding bangunan, boleh mengurangkan
kekuatan struktur akibat karatan dalaman, merosakkan lepaan dan cat bangunan.