Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI

Syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya saya Abdul
Hadi Bin Tarip bersama ahli kumpulan yang terdiri daripada Kamisah Binti
Tiblan, Rumizah Binti Mohd Harris dan saya sendiri dapat menyiapkan
tugasan yang diberikan mengikut masa yang telah ditetapkan. Tugasan
EDU 3204 pengurusan bilik darjah dan tingkah laku dibuat secara
berkumpulan iaitu dalam tugasan bahagian A, kami perlu Mengumpul
maklumat

dalam bentuk nota konsep pengurusan bilik darjah sekolah

rendah. Kemudian, kami diminta untuk Membincangkan dalam bentuk


pembentangan ciri-ciri

guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah

yang berkesan dengan berfokus kepada isu kualiti Peribadi Guru serta
Membentang

dalam

bentuk

power

point

Pengurusan

Disiplin

menggunakan lima Model Pengurusan Disiplin. Dalam tugasan bahagian B


pula, kami diminta untuk merancang satu aktiviti permainan membina
hubungan Guru-Murid

dengan menekankan nilai bersyukur dan

melaksanakan aktiviti tersebut dalam

dengan menekankan aspek nilai

murni bersyukur serta pelaksanaan aktiviti tersebut perlu dirakam dan


hantar dalam bentuk cekra padat.
Kelemahan
melaksanakan

dan

tugasan

permasalahan
ini

adalah

yang

tugasan

saya
ini

hadapi

dilakukan

ketika
secara

berkumpulan dan amat sukar hendak memulakan tugasan ini kerana saya
dan ahli kumpulan perlu mencari bahan secepat yang mungkin dalam
tempoh yang diberikan. Semasa tugasan ini diberikan pada 26 ogos 2014,
kami masih belum membahagikan tugasan dan juga masih belum dapat
mencari isi penting dan belum memahami secara terperinci tentang
kehendak soalan tugasan. Selain itu, saya menghadapi masalah dalam
mencari bahan bagi tugasan saya kerana semasa berada di asrama,
pautan internet mempunyai masalah dan hal ini secara tidak langsung
memberi kesan untuk mencari bahan dan menyiapkan tugasan ini. Selain
itu juga, kengkangan masa untuk menyiapkan tugasan ini menjadi salah
satu kesulitan yang saya hadapi kerana tugasan ini memerlukan kerja
berkumpulan yang baik kerana sewaktu tugasan ini diberikan kami kami

sedang melakukan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah semester


3.oleh itu, untuk tugasan bahagian B telah dilakukan oleh kamisah Binti
tiblan kerana kami memilih sekolah yang berlainan semasa PBS.
Bagi mengatasi kelemahan dan permasalahan ini, saya dan
ahli kumpulan telah berdialog dan berkolaborasi bersama rakan-rakan di
kelas untuk memahami tugasan ini dengan teliti dan juga bertukar-tukar
bahan mengenai tugasan ini. Selain itu, akibat daripada masalah pautan
internet di asrama, saya telah mencari bahan-bahan untuk tugasan ini
semasa berada di dalam kelas ketika ada masa yang terluang. Saya dan
ahli kumpulan juga pergi ke perpustakaan Institut Pendidikan Guru
Kampus

Tawau

untuk

mencari

bahan

rujukan

dan

sumber

untuk

digunakan dalam pelaksanaan tugasan ini. Untuk memahami tugasan ini


dengan lebih teliti lagi, penerangan yang telah diberikan oleh Puan
Noraini

Binti

zakaria@Jakaria

pensyarah

bagi

kursus

EDU

3204

Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku semasa menyerahkan tugasan


ini pada 26 ogos 2014 telah banyak membantu saya dan rakan dalam
melaksanakan tugasan ini.
Namun, keperihatinan yang tidak jemu dari Puan Noraini Binti
Zakaria@jakaria, beliau telah memberikan penerangan sekali lagi pada 1
dan 2 september 2014 untuk membantu saya dan rakan sekelas yang lain
bagi memudahkan pelaksanaan tugasan ini. Untuk tugasan bahagian B
saudari Kamisah telah dapat melaksanakan tugasan permainan tersebut
dengan baik dan telah memudahkan kerja kami yang dilakukan secara
berkumpulan

kerana

saya

dan

ahli

kumpulan

yang

lain

dapat

berkomunikasi dengan baik dalam menyempurnakan tugasan ini. Secara


keseluruhannya, semua permaslahan yang saya dan ahli kumpulan hadapi
telah dapat atasi dengan baik walaupun pada permulaannya agak hambar
sedikit namun kami berjaya menyelesaikan dan melaksanakan tugasan ini
tepat pada masanya.
Kekuatan atau kelebihan yang dapat dilihat dalam melaksanakan
tugasan ini ialah saya dapat Menjelaskan konsep pengurusan bilik darjah
sekolah rendah dan membincangkan tugas dan tanggungjawab

guru

dalam pengurusan bilik darjah yang berkesan. Selain itu, saya dapat
mengaplikasikan pelbagai model pengurusan disiplin di dalam bilik darjah
serta menganalisis

masalah

termasuk murid-murid

disiplin

bilik darjah

untuk murid murid

berkeperluan khas dan memilih pendekatan

pendekatan yang sesuai dalam menanganinya. Sebagai bakal guru, saya


juga

mempelajari

bagaimana

menyediakan

pelan

perancangan

pengurusan bilik darjah yang berkesan dengan mengambil kira latar


belakang murid. Selain itu juga, Saya dapat Mengumpul maklumat dalam
bentuk nota

tentang

dan memberikan ciri-ciri

konsep pengurusan bilik darjah sekolah rendah


guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah

yang berkesan dengan berfokus kepada isu kualiti Peribadi Guru. Saya
juga dapat, Melakukan pembentangan berkenaan Pengurusan Disiplin bilik
darjah menggunakan lima model Pengurusan Disiplin. Serta turut
merancang

dan

melaksanakan

satu

aktiviti

permainan

membina

hubungan Guru-Murid dengan menekankan nilai bersyukur.


Oleh itu, secara keseluruhannya kursus EDU 3204 Pengurusan Bilik
Darjah Dan Tingkah Laku ini secara tidak langsung memberi impak yang
besar kepada saya sebagai bakal pendidik yang akan berhadapan dengan
karenah murid-murid yang amat mencabar generasi kini. Selain itu, saya
dan ahli kumpulan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak
Sekolah Kebangsaan Balung Tawau terutamanya kepada Guru Besar dan
Guru-guru serta murid-murid yang terlibat secara langsung atau tidak
kerana memberi kami peluang untuk melaksanakan tugasan bahagian B
di sekolah tersebut. Selain itu juga, tugasan ini memberi saya satu isi
penting untuk saya praktikkan semasa bertugas di sekolah pada masa
akan datang serta mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran
terhadap murid-murid agar mereka lebih meminati mata pelajaran
Pendidikan Islam apabila saya dapat mengaplikasikan apa yang saya
pelajari daripada kursus EDU 3204 Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah
Laku. Oleh itu, saya dan ahli kumplan berharap tugasan kali ini menepati
piawaian Madam Noraini Binti Zakaria untuk memberikan markah
penilaian yang baik kepada tugasan saya dan ahli kumpulan.sekian.

Disediakan Oleh :
(...................................)
Abdul Hadi Bin Tarip