Anda di halaman 1dari 2

Contoh Teks Pengacara Perhimpunan Pagi

1. Pengacara mengambil tempat pengacara majlis.


2. Pengacara memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan.
2.1

Yang berusaha Tuan Guru Besar Tuan/Puan/Marsilah Binti Ibram


Yang dihormati Guru Penolong Kanan Satu Tuan/Puan....Goh Hon Lee
Guru Penolong Kanan HEM Tuan/Puan Thamaianthee a/p ghanasundaram
Guru Penolong Kanan Kokurikulum Tuan/Puan Nizam bin Mat Isa
Guru-guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Selayang Baru 2 yang
dikasihi dan dirahmati Allah swt. sekalian,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

2.2

Bagi meneruskan majlis perhimpunan pagi ini, dengan segala hormatnya


dipersilakan guru-guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Selayang Baru 2
berdiri untuk sama-sama kita nyanyikan 4 buah lagu:
a) Negaraku
b) Selangor
c) Dan Lagu Sekolah
Dengan segala hormatnya, hadirin diminta berdiri.

2.3

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dengan segala hormatnya dipersilakan
pengawas bertugas saudara ................................................... untuk merafakkan
doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

2.4

Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara ....................................... atas


bacaan doa itu tadi. Kita teruskan majlis dengan mempersilakan pengawas
bertugas saudara................................................... untuk mengetuai pembacaan
ikrar rukun negara dan ikrar sekolah. Dengan segala hormatnya majlis
mempersilakan.

2.5

Majlis mengucapkan terima kasih kepada pengawas bertugas atas bacaan


ikrar sebentar tadi.

Ucapan pembukaan..
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah swt yang Maha Esa lagi
Maha Berkuasa kerana telah mengizinkan kita untuk berhimpun sekali lagi
pada pagi ini. Malahan, kita juga mengucapkan syukur kerana sentiasa
dilimpahkan kasih sayang Allah yang tidak berbelah bagi. Kerana kasih
sayangNyalah maka kita berada di sini bagi meneruskan agenda hidup kita
sebagai hamba yang bersyukur.
Guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati sekalian,
Kita teruskan majlis pada pagi ini dengan mempersilakan En./
Puan ................................................................. untuk menyampaikan ucapan
mingguan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
#(Hadirin mendengar ucapan guru bertugas minggu lepas)
2.6

Kita mengucapkan terima kasih kepada En/Puan............................................ atas


ucapan beliau yang mengandungi nasihat dan teguran berguna buat kita
semua. Apa yang disampaikan sebentar tadi diharap dapat dipatuhi, dituruti
dan dijadikan iktibar buat kita. Antara perkara penting yang harus kita ingat
ialah:

2.7

Ucapan pentadbir......Bagi meneruskan acara, majlis dengan segala hormatnya


menjemput Yang Berbahagia....................................

2.8

Guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati sekalian.


Untuk makluman semua, guru yang bertugas pada minggu ini ialah:
a) Cikgu Syazwani,Cikgu Aini, Cikgu Alexson,Cikgu Badrul,
Jika terdapat sebarang masalah atau memerlukan sebarang bantuan, silalah
berjumpa dengan guru-guru bertugas pada minggu ini.

Perhimpunan rasmi mingguan berakhir di sini. Para guru boleh bersurai dan para pelajar boleh bersurai
mengikut barisan kelas masing-masing dalam keadaan tertib.

Anda mungkin juga menyukai