Anda di halaman 1dari 3

PENULISAN JURNAL MINGGU KETUJUH

NAMA

: NOR HIDAYATUL ZIANA BINTI JAHARI

TARIKH : 22 MAC 2015 26 MAC 2015


TAJUK

: MASALAH MURID HYPERAKTIF DAN BERJALAN SEMASA SESI PdP

PERMASALAHAN
Saya mengajar murid-murid tahun 2A2 untuk mata pelajaran Dunia Sains dan
Teknologi. Dalam kelas minggu ini saya dapati terdapat dua orang murid yang sangat
nakal. Mereka mengganggu rakan-rakan lain yang sedang melaksanakan aktiviti
yang saya berikan. Lalu, saya telah mendenda mereka berdua dengan diasingkan
dari rakan-rakan lain dengan berasingan di hadapan kelas. Walau bagaimanapun,
dendaan tersebut tidak menyekat atau memberhentikan mereka dari mengulangi
tingkah laku yang sama. Mereka berdua tetap membuat bising dan mengusik rakanrakan lain yang sedang melakukan tugasan yang saya berikan.
ANALISIS
Saya telah memasuki kelas ini sebanyak enam kali iaitu untuk mengajar
subjek Dunia Sains dan Teknologi. Kelas ini merupakan kelas kedua jika menurut
pencapaian akademik murid-muridnya. Tingkah laku mereka juga agak nakal
berbanding dengan murid yang lain. Namun, bukan semua murid di kelas tersebut
bertingkah yang sama. Hanya ada segelintir daripada mereka yang bersikap agak
nakal. Menurut guru kelas mereka, dua murid ini datang keluarga yang
berpendapatan rendah dan mempunyai masalah keluarga. Berkemungkinan kedua
murid ini hanya ingin mendapatkan perhatian dari saya yang merupakan guru baru
yang memasuki kelas mereka sementelah lagi saya seorang guru perempuan. Selain
daripada itu, mungkin juga mereka tidak memahami pengajaran saya pada hari
tersebut.

CADANGAN
Bagi mengelakkan kedua murid ini mengganggu rakan sekelas ketika proses
pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan kelak, guru boleh memanggil
kedua murid tersebut untuk sesi kaunseling individu. Menurut Mizan Adiliah Ahmad
Ibrahim dan Halimatun Halaliah Mokhtar (2006) manusia itu unik. Tidak akan ada
dua individu yang sama bahkan kembar seiras sekalipun. Setiap manusia
mempunyai nilai, persepsi, dan hasrat yang berbeza. Saya perlu cuba bina
hubungan yang baik bersama mereka dengan bertanyakan tentang diri mereka,
keluarga mereka dan minat mereka ke sekolah dengan harapan makin banyak yang
diketahui tentang seseorang, lebih mudah untuk memahami sikapnya. Saya
membuat penerokaan untuk mengetahui sebab-sebab mereka selalu mengacau
rakan sekelas semasa P&P dijalankan. Setelah mengetahui dan memahami
seseorang murid dengan lebih dekat, mungkin dapat dikenalpasti punca mereka
berkelakuan tertentu. Oleh itu, saranan yang sesuai boleh diberikan agar murid
tersebut tidak terus berkelakuan yang kurang menyenangkan guru.
Selain itu, selalu berinteraksi dengan bertanya khabar atau menegur murid
bila mana bertemu dengannya akan menambahkan lagi rasa senang hati di dalam
diri murid. Murid akan rasa ada orang mengambil berat tentang dirinya. Jika sebelum
ini, murid itu hanya dimarahi kerana berbuat nakal, kali ini dia rasa dihargai.
Kebarangkalian untuk murid tersebut bertingkah yang kurang menyenangkan kelak
akan berkurangan.
TEMPOH PENYELESAIAN
Saya akan mengambil langkah dengan membuat pemerhatian terhadap
murid-murid yang bermasalah dan akan menyelesaikan masalah ini dengan secepat
mungkin.

KESIMPULAN
Menurut Shertzer dan Stone (1974) kaunseling individu sebagai proses
interaksi yang memudahkan kefahaman bermakna mengenai diri dan alam
sekitarnya lalu menyebabkan penentuan matlamat-matlamat dan nilai-nilai untuk
tingkah laku masa hadapan.
Sesi kaunseling individu yang dijalankan bersama klien seperti murid di atas
bermatlamat untuk memperbaiki imej diri klien yang negatif (Mizan Adiliah Ahmad
Ibrahim dan Halimatun Halaliah Mokhtar 2006). Imej diri yang negatif merupakan
halangan bagi klien untuk mencapai cita-cita atau membuat sebarang tindakan. Klien
belajar memupuk ciri-ciri yang baik dan mengurangkan ciri-ciri yang negatif.

Disemak oleh guru pembimbing

Disemak oleh pensyarah pembimbing

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama :

Nama :

Tarikh :

Tarikh :