Anda di halaman 1dari 4

PENGACARAAN MAJLIS MJLIS JAMUAN PERPISAHAN DAN SELAMAT DATANG ST

ALPHONSUS
7.00 PTG

bissmillahirrahmanirahim

UCAPAN
ALUAN

indah matahari di siang hari


bunga kemboja berseri-seri
jamuan makan ...sama dirai
kita mulakan dengan ceria di hati
assalamualaikum dan salam sejahtera
yang berusaha en. JOSEPH NAM ANAK LIJAU GURU BESAR SK ST
ALPHONSUS
GURU-GURU PENOLONG KANAN
PN CASHIER CHENDU , EN KUEH GIAN BOH DAN EN. HILLARY
SINGKA
PN DANET CHUA , CIK JACKLYN JAWAI ,
RAKAN RAKAN GURU , STAF SK ST ALPHONSUS YG DIKASIHI
bersyukur kita ke hadrat ilahi,kerana pada hari yg berbahagia
ini, kita dapat bersama-sama berkumpul bagi memeriahkan
MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM DAN PERPISAHAN CIKGU ANNIE
AN NUING 2014
hadirin sekalian..
selain menjamu selera majlis ini bertujuan meraikan guru-guru
yg bakal berpindah dari sekolah st alphonsus ,ia juga menjadi medan
terakhir bagi kita untuk beramah mesra sesama kita, demi mempereratkan
silaturrahim antara satu sama lain setelah berpenat lelah dengan penglibatan
dlm pelbagai aktiviti yang dianjurkan sepanjang tahun ini.

Ibarat Pantun Yang Berbunyi


Anak Monyet Anak Kera
Anak Siang Bernama Tahim
Sambil Berkumpul Beramah Mesra
Mempereratkan Lagi Silaturrahim
Doa

Tuan2 dan puan2 sekalian


kalau pergi ke tanjung keramat,
anak manis jangan diangkat;
bersama kita memohon rahmat,
moga majlis mendapat berkat.

bagi memberkati majlis pada ptg ini,,dipersilakan ustaz ........... untuk memimpin
bacaan doa. dipersilakan yang berbahagia ustaz

majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ustaz ....... atas bacaan doa
sebentar tadi.

UCAPAN

hadirin sekalian

GURU BESAR

tak molek, jika ada alu tiada lesungnya


tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara
memulakan bingkisan ucapan, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan
yang berbahagia , encik joseph nam anak lijau guru besar sk st alphonsus ke
pentas untuk menitipkan sepatah dua kata.
dengan segala hormatnya dipersilakan
majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tn guru besar.

GURU
BERPINDAH
KELUAR

hadirin yang dihormati,


pergi ke kota beli selasih,
sayang si dara buat halwa;
berilah kata simpulan kasih,
sulamkan mesra satukan jiwa.
meneruskan bingkisan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang
diraikan puan annie anak nuing, untuk menyampaikan sepatah dua kata.
majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pn annie anak nuing

Penyampaian
cendermata

hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,


tiap pertemuan pasti ada perpisahan
itu adat, itu lumrah kehidupan
begitulah rentetan perjalanan
walau sukar untuk ditelan
tapi kaki tetap mengorak jalan
selagi hayat dikandung badan
kata orang,
tanam legundi tumbuh kelapa
terbit bunga pucuknya mati
budi tuan saya tak lupa
sudah terpaku di dalam hati

bagi tujuan itu, pihak sekolah telah menyediakan sedikit cendera hati kenang-

kenangan buat rakan akan berpindah ke stesyen yang baru.

tanpa membuang masa, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ............

En Joseph Nam utk menyampaikan cenderamata dari pihak


sekolah

Dijemput :- pn annie anak nuing


Majlis mengucapkan terima kasih
Makan

pulau pandan jauh ke tengah


gunung daik bercabang tiga
ucapan sudah cenderamata pun sudah
tiba masa menjamu selera
sorong papan tarik papan
makan keranji dalam perahu
suruh makan kita makan
janganlah segan janganlah malu
hadirin dijemput untuk menjamu selera...

aktiviti

Penutup

1. Pertukaran hadiah
2. permainan

Penutup
Dengan Berakhirnya jamuan makan Itu Tadi,Maka Selesai Sudah
Majlis Kita.
Jari Disusun Maaf Dipinta
.Salah Silap Harap Dimaaf
Terkasar Bahasa Mau pun Gurau Senda
Jangan Disimpan Di Dalam Hati
Ini Sekadar Penghibur Saja
semoga Menjadi Kenangan Yang Abadi
tetapi sebelum itu,
dari rokan ke indragiri,
membawa tinta ke kuala linggi;
baliklah tuan rehatkan diri,
esok kita bertugas lagi.

sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai