Berdasarkan Jurnal Pendidikan Jilid 27(1), 2007 dapatlah saya merumuskan
bahawa secara keseluruhannya, artikel tersebut menyentuh aspek akaunbiliti dan intergriti seseorang guru sebagai agen pelaksanan kurikulum serta perkaitan tentang tugas dan pengalaman dalam erti tanggungjawab seseorang guru. Mengikut
Kamus
Dwibahasa,
perkataan
akaunbiliti didefinasikan
sebagai
tanggungjawab yang diamanahkan kepada seseorang atau tanggungjawab terhadap
sesuatu. Akaunbiliti ini juga adalah mngenai disiplin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima kepertanggungjawaban terhadap ssuatu keputusan yang telah diambil. Jika diperkatakan tentang akaunbiliti keguruan pula, ia lebih membawa makna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akaunbiliti atau tanggungjawab seseorang induvidu guru yang merangkumi akaunbiliti guru terhadap pelajar, diri guru itu sendiri , sekolah , masyarakat dan Negara dan profesion keguruaan amnya. Akauntabiliti guru terhadap anak murid bila mana seseorang guru haruslah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan penuh dedikasi sebagai contoh semasa berada di dalam bilik darjah , seseorang insan guru perlulah mematuhi masa yang telah diperuntukkan di dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah sentiasa memikirkan kemajuan , kebajikan dan keselamatan murid murid berbanding hal-hal lain. Seseorang yang bergelar guru yang bertanggungjawab haruslah bersikao adil terhadap anak didiknya tanpa mengira kaum , agama dan bahasa, faktor jasmani , emosi mental, politik social dan perkara-perkara lain yang kadang kala menjadi satu sensitivity anak muridnya. Guru hendaklah sentiasa membimbing serta mengajar murid-murid di dalam bilik darjah tanpa sebarabg bayaran atau hadiah daripada mereka bahkan guru sebaliknya perlu sekali sekal memberi hadiah kepada murid sebagai tanda penghargaan ataupun pencerus kepada motivasi bagi menggalakkan minat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Berusaha untuk memberi contoh teladan yang baik dari aspek pemakaian dan juga penampilan , berbudi bahasa dan bersopan santun ketika bekerja juga pelu dijadikan amalan supaya murid akan menjadikan guru sebagai role model yang bakal menjadikan guru sebagai sumber inspirasi dan
Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru
ikutan yang baik. Ini adalah kerana seseorang insan guru itu merupakan induvidu yang layak dihormati oleh anak didiknya, oleh itu perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tiadak akan dibenci, di pandang serong dan tidak lagi dihormati oelh anak muridnya sendiri. Akauntabliti guru terhadap dirinya sendiri adalah satu aspek yang boleh dibincangkan di sini. Seorang guru itu seharusnya sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya sendiri agar dapat memikul amanah dan tanggungjawab sebagai seorang pendidik dengan sebaik-baiknya. Emosi hendaklah sentiasa dikawal oleh guru itu sendiri dan juga perlu sentiasa berusaha untuk menghindari diri dari sebarang ketegangan jiwa yang dikhuatiri boleh menjejaskan tugasnya. Sebagai seorang insan guru, perlu sentiasa bijak mengurusan kewangan sekiranya perlu dengan penuh rasa tanggungjawab dan bijaksana serta dapat mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini kerana jika guru itu gagal menguruskan kewabgab maka masalah ini akan mengheret kepada masalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses