Anda di halaman 1dari 10

BIG PERINGKAT 2/PPG/LC/MT21/2013

PENGENALAN PROGRAM BINA INSAN GURU


Guru adalah pembina generasi Malaysia. Pembangunan modal insan berkualiti
tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu,
berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi
menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki
dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran
profesional yang mantap serta diperkasakan dengan penguasaan kemahiran dan
teknologi baru, penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan
sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat negara.
YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia
ketika membentangkan

Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen telah menegaskan

bahawa pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik,


menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual,
pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi.
Selaras dengan hasrat ini, pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan
berpaksikan hasrat serta komitmen untuk membentuk, memupuk dan melahirkan insan
guru yang berkualiti, iaitu yang memiliki pengetahuan dan ketrampilan profesional yang
tinggi serta ciri dan kualiti sahsiah yang terpuji.
Kursus Bina Insan Guru (BIG ) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan
dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini
melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian.
Program ini direalisasikan dalam tiga fasa yang dilaksanakan ditempat masing masing
dalam sepanjang tempoh pengajian. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar
dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan
pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara
berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan

BIG PERINGKAT 2/PPG/LC/MT21/2013

sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu
menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.
Pelaksanaan Bina Insan Guru ( BIG ) lebih menekankan kepada pembelajaran
di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha
memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan di kalangan
pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha
pembinaan insan guru yang unggul ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan
budaya Institut Pendidikan Guru (IPG).

BIG PERINGKAT 2/PPG/LC/MT21/2013

MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BIG PPG


Program Bina Insan Guru ( BIG ) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang
mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan
diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan
guru merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan
berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah
pembina generasi negara. Program BIG akan bermula dengan Peringkat 1Perkhemahan I ( 45 Jam ) yang akan dilaksanakan pada semester ke dua dan ke tiga.
5 jam pertama di laksanakan di IPGK dan 40 jam lagi dilaksanakan secara berasaskan
sekolah ( school based ).Fokus aktiviti Peringkat 1 ini adalah untuk memberi peluang
kepada pelajar:

1.

Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan
keperluan persekitaran yang berbeza.

2.

Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau
aktiviti

3.

Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.

4.

Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina
pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.

5.

Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan
berdikari dan penampilan diri yang sesuai.

6.

Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah.

BIG PERINGKAT 2/PPG/LC/MT21/2013

7.

Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani ( spritual ) dan
sosial.

8.

Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam


melaksanakan tugas secara berkumpulan.

9.

Berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan
kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan

BIG PERINGKAT 2/PPG/LC/MT21/2013

LAPORAN TAKLIMAT BIG PERINGKAT 2


TARIKH
:
MASA
:
HARI
:
TEMPAT
KUMPULAN SASARAN:
UJUAN
PENCERAMAH
:
PERKARA YANG
DITAKLIMATKAN

24 Februari 2013
0800 hingga 1100 pagi
Ahad
Dewan Kenanga IPG Kampus Rajang, Bintangor.
Pelajar PPG Kohort 1 Ambilan Jun 2011
Taklimat Bina Insan Guru Peringkat 2
Cik Wong Swe Lang
1. BIG peringkat 2 ini hendaklah memmenuhi masa 20 jam.
:

2. Wajib dikendalikan oleh pelajar PPG.


3. Setiap aktiviti hendaklah dibuat laporan dan refleksi
4. Berikut ialah antara aktiviti yang perlu dilakukan oleh para
pelajar PPG:
a. Laporan taklimat BIG peringkat 2
b. Aktiviti kemasyarakatan (gotong-royong)
c. Kelas tambahan untuk murid UPSR
d. Ceramah teknik menjawab soalan UPSR
e. Latihan Dalam Perkhidmatan

CATATAN

f. Kem motivasi
Dalam taklimat ini Cik Swe Lang menyatakan bahawa para
pelajar tidak perlu membuat rakaman video, tetapi
mengambil gambar tidak kurang daripada sepuluh.
Folio BIG peringkat dua ini hendaklah dihantar kepada
pensyarah penilai kumpulan masing-masing pada bulan
September 2013.

REFLEKSI TAKLIMAT BIG PERINGKAT 2:

BIG PERINGKAT 2/PPG/LC/MT21/2013

Pada 24 Februari 2013 yang lalu, saya bersama dengan rakan-rakan pelajar PPG
Kohort 1 Ambilan Jun 2013 telah meghadiri satu taklimat Bina Insan Guru (BIG)
Peringkat 2 yang ditempatkan di Dewan Kenanga Institut Pendidikan Guru Kampus
Rajang Bintangor. Taklimat ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul
11.00 pagi. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Cik Wong Swe Lang.
Dalam taklimat tersebut, beliau telah menyampaikan tentang perkara-perkara
atau aktiviti-aktiviti yang perlu pelajar PPG Kohort 1 laksanakan utnuk memenuhi
kriteria atau kredit masa BIG peringkat 2 ini. BIG peringkat kedua ini hendaklah
dilaksanakan dalam masa

20 jam. Berikut adalah anata aktiviti-aktiviti yng perlu

dilakukan oleh kami sebagai pelajar PPG:


Selain itu juga Cik Wong Swe Lang juga telah memberitahu para pelajar PPG
bahawa setiap aktiviti yang dilakukan hendaklah dibuat laporan dan refleksi. Dalam
refleksi itu, para pelajar PPG dikehendaki menyatakan apa yang telah dipelajari oleh
para pelajar daripada aktiviti berkenaan. Beliau juga menegaskan bahawa refleksi
adalah merupakan satu item yang amat penting kerana refleksi itu merupakan fokus
penilaian pensyarah penilai.
Kekuatan :
Taklimat ini telah dilaksanakan dengan menepati masa yang telah ditetapkan di dalam
jadual. Perkara yang ingin disampaikan oleh pensayarah adalah jelas dan senang
difahami oleh para pelajar PPG Kohort 1. Hasil daripada mengikuti taklimat BIG ini,
saya telah memperolehi maklumat dan pengetahuan tentang perkara-perkara yang
perlu saya lakukan semasa menyiapkan folio BIG peringkat 2 ini. Taklimat yang
disampaikan oleh penceramah telah memberi gambaran yang amat jelas kepada saya
mengenai tugasan yang perlu saya lakukan.
Kelemahan:

BIG PERINGKAT 2/PPG/LC/MT21/2013

Penyampaian penceramah agak cepat, terutamanya bahan slaid yang tayangan


sehingga para pelajar PPG tidak sempat membuat catatan tentang perkara-perkara
penting BIG tersebut. Kelemahan yang kedua ialah, pensyarah tidak mengedarkan
bahan bercetak kepada pelajar PPG. Ini telah menyukarkan kami untuk membuat
tugasan kerana tiada bahan rujukan. Tambahan pula bukan semua perkara yang
disampaikan melalui ucapan itu dapat dicatat semua atau dapat diingati semua. Oleh
itu, apabila hendak membuat tugasan ini, kami agak kelam kabut dan terpaksa
menghubungi rakan-rakan yang lain tentang perkara yang perlu di buat.
Oleh itu, untuk menambahbaikan program ini, saya mencadangkan agar pihak IPG
mengedarkan bahan rujukan atau panduan BIG ini kepada para pelajar PPG, supaya
senang bagi kami membuat rujukan dan masa juga tidak banyak terbuang begitu
sahaja.

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM

BIG PERINGKAT 2/PPG/LC/MT21/2013

BIG PERINGKAT 2/PPG/LC/MT21/2013

BIG PERINGKAT 2/PPG/LC/MT21/2013

Anda mungkin juga menyukai