Anda di halaman 1dari 4

Adnan bin Saidi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Leftenan Adnan dilencongkan ke sini. Untuk sebuah filem bertajuk Leftenan Adnan lihat Leftenan Adnan (filem).

Adnan bin Saidi

Kesetiaan

Jumlah tahun

Regimen Melayu DiRaja

1933 - 1942

berkhidmat

Pangkat

Unit

leftenan Ke-2

7th Platoon, C Company,


Brigade 1 Malaya

Pertempuran

Anugerah

Battle of Pasir Panjang

Best recruit in the Malay


Regiment
(3 British medals)

Adnan bin Saidi atau lebih dikenali sebagai Lt. Adnan Saidi dilahirkan di Kampung Sungei
Ramal, Kajang, Selangor pada tahun 1915. Adnan Saidi merupakan anak sulung dalam
keluarganya. Adik-adiknya, Ahmad bin Saidi dan Amarullah bin Saidi juga merupakan
anggota tentera. Ahmad Saidi terbunuh dalam pertempuran selepas dia memasuki angkatan
laut pada tahun 1939. Kapalnya, HMS Pelanduk, ditenggelamkan oleh Jepun dalam pelayaran
ke Australia. Adiknya yang termudaAmarullah Saidi terselamat dari peperangan dan sekarang
bersara dan menetap di Kajang, Selangor.
Adnan Saidi menerima pendidikan di Pekan Sungei Ramal dalam aliran Inggeris. Dia merupakan
pelajar yang rajin dan berjaya dalam pengajiannya. Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan
terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar (alma mater) selama lebih satu tahun. Adnan Saidi
kemudiannya mengambil keputusan untuk memasuki tentera.
Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, Adnan Saidi memasuki Rejimen Askar Melayu (Malay
Regiment). Setahun kemudian, dia terpilih sebagai rekrut terbaik. Pada tahun 1936, Adnan dilantik
ke pangkat Sarjan kenaikan pangkat yang pantas bagi seorang tentera muda. Pada tahun 1937,
Adnan Saidi terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan memberi hormat di London bagi
menyambut pertabalan Raja George VI. Tidak lama selepas itu, Adnan Saidi sekali lagi dinaikkan
pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Major dan dihantar ke Singapura untuk kursus latihan pegawai.
Setelah menamatkan kursus sebagai Leftenan Muda, Adnan Saidi dilantik sebagai ketua Platun ke7, Kompeni 'C' .

Sebagai ketua keluarga[sunting | sunting sumber]


Sekembalinya Lt. Adnan Saidi daripada London, dia berkahwin dengan seorang guru
dikampungnya, Puan Sophia Pakih Muda dan mendapat tiga orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan
Zainudin (yang tinggal di Seremban dan Johor), dan seorang anak perempuan. Termuda di antara
tiga beradik, bayi perempuannya meninggal sejurus selepas kejatuhan Singapura.
Pada akhir 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Singapura dan membawa keluarganya bersamasama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk
keluarga Rejimen Askar Melayu.
Apabila berita peperangan Perang Dunia II semakin hampir, dan pihak Jepun bersedia untuk
menjajah Singapura, Lt. Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang Ini
merupakan masa yang getir bagi Lt. Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak
mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama.

Pertempuran di Bukit Candu[sunting | sunting sumber]


Sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu dan tindakan pantas tentera Jepun memaksa Tentera
British berundur ke Singapura. Pertempuran-pertempuran akhir
mempertahankan Singapura termasuk pertempuran di Pasir Panjang yang lebih dikenali
sebagai Pertempuran Bukit Candu. Bukit Candu dinamakan sempena kilang memprosescandu yang
dahulunya terletak di kaki bukit tersebut.
Pertempuran sengit telah berlarutan beberapa hari sebelumnya. Tentera Jepun yang biasa
bertempur dari ketumbukan Tentera ke 25 yang terkenal berjaya mengatasi kedudukan pertahanan
strategik di Singapura. Bukit Candu menandakan sempadan pertahanan terakhir. Ia merupakan
kedudukan pertahanan penting di Singapura berasaskan dua alasan strategik; ia boleh melihat
bahagian utara Singapura dan selain itu, sekiranya pihak Jepun mengawal permatang, ia
memberikan mereka laluan langsung ke kawasanAlexandra. Kawasan Alexandra merupakan tapak
depoh bekalan peluru dan bekalan utama, hospital tentera dan kemudahan utama Tentera British.
Dengan itu, permatang tersebut perlu dipertahankan bersungguh-sungguh.

Pertahanan permatang itu telah ditugaskan kepada Kompeni 'C' . Kompeni 'C' merupakan
sebahagian satu pasukan kecil Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu (1 Melayu). Batalion 1
Melayu dan Batalion 2 Melayu,[1] bersama-sama dengan batalion ke-2 "Loyal Regiment" Tentera
British dipusatkan menjadi Briged Infantri Pertama Malaya (1st Malaya Brigade)
Pada 13 Februari 1942, Division Chrysanthemum Tentera Imperial Jepun yang handal di bawah
pemerintahan Lt. Gen. Renya Mutaguchi menumpukan perhatian mereka kepada persisiran selatan
Singapura - Permatang Pasir Panjang. Pada pagi tersebut, permatang tersebut dibedil bertalu-talu
dengan sokongan udara, mortar berat dan bedilanmeriam. Kompeni 'C' dan Lt. Adnan Saidi ketika
itu[2] telah ditempatkan di Perkampungan Pasir Panjang telah memberikan tentangan hebat.
Akhirnya tentera Jepun terpaksa berundur disebabkan tentangan sengit daripada Kompeni 'C'.
Adnan dan orang-orangnya telah membina benteng pertahanan Rejimen di kawasan tanah tinggi,
yang dikenali sebagai Celah (Gap). Walaupun mempunyai bilangan anggota yang lebih ramai,
pasukan Jepun di bawah Major Kimura gagal menembusi barisan pertahanan di Celah (Gap).
Pada tengah malam 14 Februari 1942, Kompeni 'C' menerima perintah untuk bergerak ke tapak
pertahanan baru - Pt. 226, Bukit Candu. Lebih ramai askar tambahan ditempatkan ke pasukan di
bawah pimpinan Adnan menjadikan jumlah keseluruhannya 42 kesemuanya. Selepas meninjau
persekitaran dengan cermat, Lt. Adnan Saidi memerintah orang-orangnya untuk memperkukuhkan
benteng pertahanan mereka dengan beg pasir. Kawasan bukit tersebut dikelilingi dengan benteng
beg pasir.
Pada awal petang 14 Februari, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Daripada Jalan Pepys
Road mendaki Pt.226, Adnan Saidi yang ketika itu berusia 27 tahun, memantau kontinjen "tentera
Sikh" daripada Tentera British India (British-Indian Army) mara. Penglihatannya yang tajam dan
kecerdasan fikirannya membolehkan Lt. Adnan perasan sesuatu tidak kena apabila menyedari
tentera berturban yang mara itu bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga
seperti Tentera British. Menyedari helah tersebut, Lt. Adnan Saidi dan anak buahnya melepaskan
tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat, dengan itu memaksa
tentera Jepun berundur.
Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar-besaran dalam bilangan yang
besar. Serangan tersebut menumpaskan Lt. Adnan Saidi dan tenteranya. Dengan bilangan yang
jauh lebih kecil dan kekurangan peluru, Regimen Melayu bertempur dalam pertempuran sehingga
ke mati.walaupun leftenan adnan terkorban,namun lebih daripada 800 askar yang telah dibunuh
oleh leftenan adnan dan regimennya.

Kematian pejuang[sunting | sunting sumber]


Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom
tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis gun.
Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet.
tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya
pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh
orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan
semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh.
Korporal Yaakob, yang mendapat Pingat Keberanian Medal of Gallant, merupakan salah seorang
daripada mereka yang terselamat dalam pertempuran Bukit Candu. Dalam kacau-bilau
pertempuran, beliau yang cedera jatuh di atas mayat mereka yang terkorban. Beliau terselamat
dengan berpura-pura mati disamping mayat rakannya dan melihat kematian mengerikan Adnan
Saidi. Musuh yang menang berjaya menawan Lt. Adnan. Akibat perasaan dendam kerana
keberaniannya melawan Jepun, ketua platun itu diseret sebelum diserkup dengan guni. Tentera
Jepun kemudiannya telah menggantungkan kakinya pada pokok ceri. [3], [4] Kerana meradang akibat
kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah menikamnya dengan bayonet berkali-kali.
Dalam kejadian lain disebut lehernya telah dikelar. Kejadian ini dilihat oleh Koperal Yaakob. Selepas

pertempuran, pihak Jepun melarang sesiapapun menurunkan mayatnya untuk dikebumikan, dan
tiada seorangpun yang berani. Malah menurut beberapa sumber, tubuh Lt. Adnan Saidi yang
dicacatkan itu dibakar menjadi abu.
Beberapa tahun lalu, Haji Burhan Muslim, yang tinggal berhampiran Bukit Candu, teringat telah
memanjat bukit dengan sepupunya beberapa hari selepas pertempuran tersebut. Dalam salah satu
rumah banglo yang terdapat di bukit Lorong Pepys, dia melihat mayat askar Melayu yang dipancung
merata-rata. Dalam salah satu bilik, terdapat mayat seorang tentera Melayu yang lehernya dikelar.
Pakaian seragamnya basah dengan darah. Melihat kepada lencana yang terdapat pada pakaian
seragamnya, Haji Burhan percaya bahawa dia adalah pegawai berpangkat. Dia percaya bahawa
mayat tersebut mungkin mayat Lt. Adnan Saidi, (mungkin membuktikan mayat Lt. Adnan Saidi tidak
dibakar).
Keberanian Lt. Adnan Saidi bersama kontinjen 42 orang anggota Askar Melayu yang telah
bertempur mati-matian untuk mempertahankan permatang Pasir Panjang merupakan satu episod
yang kini kekal dalam lipatan sejarah. Pertempuran sengit itu disebut khusus dalam perutusan Lt.
General A. E. Percival berkenaan Pemerintahan Operasi Malaya dari tarikh Disember 1941
sehingga 15 Februari 1942:
"Selepas dua jam dibedil dengan meriam dan motar, tentera Jepun menyerang Regimen
Melayu yang mempertahankan Permatang Pasir Panjang. Regimen Melayu bertempur
dengan gagah beraninya tetapi mengalami kehilangan jiwa yang teruk, dan menjelang
petang musuh sampai ke Celah (Permatang Pasir Panjang)..."
"After two hours of heavy shelling and mortaring, the Japanese attacked the Malay
Regiment which was holding Pasir Panjang Ridge. The latter fought magnificently, but
suffered heavy casualties, and by afternoon the enemy had reached the Gap (Pasir Panjang
Ridge)"
[5] [6]

Di tapak bersejarah ini, pertempuran bagi pertahanan terakhir Singapura telah berlarutan
selama 48 jam, berakhir dengan satu-satunya pertempuran jarak dekat tangan-ke-tangan
(yang direkodkan) dengan Tentera Jepun.

Anda mungkin juga menyukai