Anda di halaman 1dari 1

Cara hendak membuat penapis semula jadi

Bagi menghilangkan bau, anda boleh gunakan kaedah


penapisan semulajadi. Jika merujuk kepada sistem
penapisan di Homestay saya diatas, Tangki 2 digunakan
sebagai sistem penapis untuk menghilangkan bau.
Didalam tangki ini mengandungi beberapa lapisan.
Lapisan dibawah sekali adalah lapisan batu kerikil
setebal 6 inci. Diatas lapisan batu kerikil ini
adalah lapisan pasir halus setebal sekurang-kurangnya
12 inci. Diatas lapisan pasir halus ini diletakkan
lapisan arang setebal 6 inci dan diatas lapisan arang
ini diletakkan lapisan pasir sekali lagi setebal 3
inci. diantara setiap lapisan ini diletakkan jaringan
halus yang memisahkan setiap lapisan ini....
InsyaAllah air yang keluar dilapisan bawah tangki ini
sangat jernih dan tidak berbau kerana bau air itu
telah diserap oleh arang serta pasir....itu secara
ringkasnya.

Anda mungkin juga menyukai