Anda di halaman 1dari 48

Antara bidang-bidang kerjaya yang telah dipilih oleh pengarang buku berkenan ialah:

Aktuari
Arkitek
Bioteknologi
Bioperubatan
Veterinar
Dietetik
Juruterbang
Sains Nuklear
SAINS AKTUARI
Perkembangan pesat yang berlaku di dalam industri kewangan, pelaburan dan
insurans dalam pembangunan negara memerlukan ramai tenaga mahir di bidang ini.
Namun, kepakaran di bidang ini masih berkurangan.

Skop bidang ini meninjau pelbagai peristiwa serta menganalisis pelbagai


ketidaktentuan yang mempunyai kesan ke atas hayat manusia seperti kelahiran,
kematian, perkahwinan, penyakit, kemalangan, persaraan dan kesan kewangan dalam
masyarakat.

Ciri-ciri peribadi yang diperlukan:


1. Meminati bidang ini.
2. Berpengetahuan di bidang matematik, statistik dan ekonomi.
3. Mahir di bidang computer
4. Mempunyai kemahiran menganalisis.

Seorang aktuari merupakan ahli perniagaan profesional yang


berhubungkait dengan rekacipta insurans, pencen dan programprogram kewangan yang lain.
Melalui aplikasi kebarangkalian, statistik, teori risiko dan prinsipprinsip kewangan, seorang aktuari dapat mengira risiko masa
hadapan berkaitan dengan program insurans, anuiti dan pencen.
Untuk mencapai kesemua ini, seorang aktuari harus terdahulunya
mengumpul dan menganalisa data untuk membentuk model
matematik. Model-model kebarangkalian penyakit, kematian,
kemalangan dan sebagainya serta jadual-jadual kebarangkalian
pengangguran dan sebagainya dibina.
Selepas kesemua kebarangkalian dan kos syarikat dikira, seorang
aktuari mampu menetapkan harga premium yang akan memenuhi
keperluan pembayaran manfaat insurans yang dijangkakan.
Seorang aktuari pernah dikenali sebagai arkitek kewangan dan ahli
matematik kemasyarakatan disebabkan oleh kombinasi unik

kemahiran analisis dan perniagaan mereka dalam menyelesaikan


masalah kewangan dan sosial yang kian meningkat.
Pengiraan dan perancangan seorang aktuari adalah tulang
belakang industri insurans dan sekuriti kewangan.
Kerja-kerja aktuari banyak melibatkan matematik, seorang aktuari
juga mesti senantiasa mengikuti perkembangan isu-isu semasa
dan tren perniagaan, sains kemasyarakatan , undang-undang dan
ekonomi.
Seorang yang ingin menjadi seorang aktuari haruslah

Pelajar cemerlang yang sangat baik dalam matematik.

Seorang suka menyelidik dan senantiasa ingin tahu yang gemar


mempelajari sesuatu dan suka menyelesaikan masalah rumit.

Seorang yang gemar permainan strategi seperti catur dan


permainan komputer yang mencabar.

Seorang yang gemar menulis dan berkomunikasi dengan orang


lain.

Minat dalam isu-isu sejarah, sosial, perundangan dan politik.

Seorang yang mempunyai motivasi diri dan mempunyai sifat


kepimpinan.
Itulah apa yang saya tahu sedikit sebanyak tentang kos ini.Diharap
artikel ini dapat membantu anda.Saya sekarang merupakan student
tahun satu sains aktuari di USIM.Untuk memohon kursus ini anda perlu
mendapat sekurang2nya 8A dan A1 dalam math dan addmath.Bagi
student sastera pun boleh memohon kos ini tapi result kena skor
tinggi2.Bagi student matrik lak, kena skor 3.9 or 4flat.
TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


Universiti Teknologi Mara (UiTM)
SYARAT-SYARAT UMUM
Kepujian mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik, Matematik
Tambahan, Fizik atau Kimia dan mana-mana mata pelajaran lain.

menawarkan program-program matrikulasi sains hayat dan fizik yang memerlukan


pelajar lulus peperiksaan gred satu dengan mendapat kepujian bahasa Melayu,
Matematik, Matematik tambahan serta kepujian sekurang-kurangnya dua mata
pelajaran lain.

ARKITEK

TUGAS seorang arkitek ialah mereka bentuk sesuatu bangunan yang sesuai dengan
kehendak-kehendak pengguna, kos, alam sekitar dan memenuhi syarat-syarat undangundang dan akta perancangan setempat.

seorang arkitek bertanggungjawab untuk menyelaras dan mengawasi pelaksanaan


sesuatu projek bangunan dari mula hingga ke akhir

SYARAT-SYARAT
o lulus Sarjana Muda Seni Bina dan institusi pengajian tinggi tempatan atau luar
negara yang diiktiraf.
o lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Arkitek Malaysia dan
Pertubuhan Arkitek Malaysia bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai arkitek
bertauliah.

Terdapat beberapa cara untuk melanjutkan pengajian di bidang ini:

Di Universiti Teknologi Malaysia ( misalnya, para pelajar perlu mendapatkan


kelulusan yang baik di peringkat atau mereka perlu mendapat lima kepujian dalam
lima mata pelajaran termasuk bahasa Melayu dan matematik. Pelajar akan mengikuti
pengajian selama tiga tahun dan dianugerahkan diploma. Pelajar yang layak akan
dibenarkan melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah untuk tempoh tiga tahun.

Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan.


Matrikulasi Sains menawarkan tempoh pengajian selama satu setengah tahun sebelum
mengikuti pengajian Sarjana Muda Seni Bina di UM dan
Program ini memerlukan calon lulus peperiksaan serta mendapat kepujian bahasa
Melayu, Matematik, serta tiga mata pelajaran yang lain.

Terdapat pelbagai saluran lain lagi untuk mengikuti bidang ini.


Untuk mengikuti pengajian Sarjana Muda Sains Seni Bina di UM dan calon perlu
lulus dan mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian dan lulus bahas melayu.
Calon juga perlu lulus STPM dengan mendapat prinsipal yang baik, khususnya dalam
mata pelajaran Matematik dan Fizik.
________________________________________

BIOPERUBATAN
BIDANG sains kesihatan sentiasa diperlukan dari semasa ke semasa dengan
tujuan mengekalkan tahap kesihatan rakyat. Keperluan tenaga mahir untuk
meningkatkan perkhidmatan kesihatan sangat diperlukan.

Beberapa universiti tempatan menawarkan kursus ini, Antaranya ialah


Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), dan
Universiti Putra Malaysia (UPM), yang menawarkan kursus ini di peringkat
ijazah sarjana muda.

Program di universiti bertujuan menyediakan siswazah yang terlatih serta


mahir di dalam bidang penyelidikan, kaedah diagnosis di makmal, pengurusan
makmal di hospital mahu pun industri, pengawalan mutu hasil pengeluaran
industri, pemasaran bahan-bahan berkaitan bidang perubatan, pengawalan
penyakit dan pengurusan industri makanan dan farmaseutikal dan mempunyai
pengetahuan dasar di dalam bidang sains perubatan serta mempunyai
pengetahuan mendalam mengenai beberapa cabang sains kesihatan.

Semasa pengajian, pelajar didedahkan dengan kursus-kursus seperti anatomi,


biokimia, fisiologi, kesihatan, epidemiologi, mikrobiologi, patologi,
farmakologi, entomologi, dan sains kesihatan persekitaran.

Siswazah program ini mempunyai pengalaman yang luas mengenai


pengendalian peralatan makmal berteknologi tinggi di dalam tugas seharian
mereka.

Lulusan di bidang ini tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan


pekerjaan kerana permintaan sumber manusia agak banyak.

Syarat menceburi bidang ini - memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang
sains

Syarat Melanjutkan Pengajian


o Cara pertama: Calon perlu lulus cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia ( aliran sains serta kepujian mata pelajaran bahas Melayu dan
mata pelajaran sains lain. Kelulusan ini membolehkan mereka
melanjutkan pelajaran ke program matrikulasi atau asasi sains
Kementerian Pendidikan untuk tempoh satu setengah tahun.
Selepas menamatkan pengajian, pelajar akan ditawarkan ke program
sains di peringkat sarjana muda berdasarkan peperiksaan
matrikulasi/asasi sains.
o Cara kedua: Calon perlu lulus peperiksaan dan kepujian mata pelajaran
bahasa Melayu. Selain itu, calon perlu lulus Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia (STPM) serta mendapat gred yang baik tiga daripada mata
pelajaran biologi, kimia, fizik dan matematik.
o Cara ketiga: memiliki diploma sains daripada universiti tempatan atau
Universiti Teknologi Mara ( juga boleh memohon mengikuti program

ini melalui kemasukan kes khas.


o Cara keempat: Universiti tempatan juga mengambil pelajar melalui
saluran kedua. Cara ini memerlukan calon lulus serta mendapat
kepujian mata pelajaran bahasa Melayu, kimia, biologi dan Matematik.
o Selain itu, calon telah mempunyai pengalaman kerja sekurangsekurangnya lima tahun sebagai pembantu makmal, juruteknik,
pembantu perubatan, inspektor kesihatan, jururawat dan guru sains.
Bidang Sains Bioperubatan adalah bidang yang berteraskan Sains Kesihatan dan menyiapkan
individu sehingga membolehkannya berfungsi sebagai salah satu anggota pasukan yang turut
terdiri daripada doktor perubatan dan teknologis yang bekerjasama untuk menghasilkan
keputusan yang diperlukan untuk menilai sesuatu penyakit dan keberkesanan rawatan yang
diberikan. Selain mahir menggunakan peralatan makmal, seseorang graduan Sains
Bioperubatan juga boleh mengurus makmal diagnostik, perniagaan dan perindustrian.

(Panduan Prasiswazah, FSKB (UKM), 2004)


Petikan di atas adalah merujuk kepada kerjaya sebenar bagi seorang graduan Sains
Bioperubatan iaitu sebagai Pegawai Sains atau Pegawai Penyelidik yang boleh bekerja di
sektor awam dan swasta seperti di hospital, universiti, institut penyelidikan seperti IMR &
FRIM, makmal kesihatan awam, private laboratory seperti BP Healthcare, Pathlab
Healthcare dan BP Clinical Lab dan sebagainya. Ini kerana para graduannya telah
didedahkan kepada pelbagai ilmu pengetahuan seperti Anatomi, Fisiologi, Entomologi
Perubatan, Parasitologi Perubatan, Mikrobiologi, Patologi, Genetik, Biokimia, Farmakologi,
Imnunologi dan lain-lain.
Walaubagaimanapun, kerjaya dalam bidang ini tidak hanya terhad kepada dua jenis kerjaya
tersebut. Berbeza dengan program lain seperti program Optometri atau program Audiologi,
Sains Bioperubatan adalah satu bidang yang luas iaitu ia tidak memfokus kepada satu
disiplin sahaja. Ini memudahkan para graduannya untuk bekerja di pelbagai sektor yang
memerlukan kepakaran dan khidmat mereka. Antara kerjaya yang boleh diceburi adalah
seperti berikut:
1.

Pegawai R&D di KIST, Masterskill atau IPTS yang lain (dalam pembangunan kurikulum /
silibus Sains Kesihatan.

2.

Pembantu penyelidik di universiti (yang berhasrat untuk menyambung pelajaran dalam


master by research)

3.

Tutor/pensyarah di kolej PTPL, KIST, Masterskill, Mahsa atau IPTS yang lain

4.

Underwriter di Prudential, Great Eastern

5.

Eksekutif pemasaran (peralatan makmal) di syarikat-syarikat pembekal peralatan


makmal

6.

Journalist, Utusan Melayu Malaysia Berhad

7.

Tutor di universiti awam (yang mempunyai PNGK yang baik)

Namun tidak dinafikan, persaingan dalam pasaran kerja amatlah mencabar. Oleh itu, para
bakal graduan hendaklah melengkapkan diri mereka dengan sebaik mungkin dalam
pelbagai aspek bukan sahaja dalam ilmu pengetahuan malah kemahiran berkomunikasi,
penguasaan Bahasa Inggeris, penampilan diri yang baik dan keyakinan diri yang tinggi
haruslah diberi perhatian.

1. Pegawai sains bioperubatan di hospital mempunyai tanggungjawab untuk menyelidik


bahan2 diagnosis doktor kepada pesakit yang di hantar ke makmal. Contohnya:
sekiranya ada pesakit yang mempunyai ketumbuhan sel/tisu abnormal, doktor akan
hantar sel/tisu tersbut ke makmal untuk penyelidikan menyeluruh.
2. Pada masa ini, semua pensyarah universiti sama ada matrikulasi ataupun siswazah
hendaklah mempunyai sijil sarjana (masters). Bagi yang mempunyai sarjana
muda,biasanya boleh memohon tetapi akan dihantar untuk membuat sijil sarjana di
bawah biasiswa pusat berkenaan. Walaubagaimanapun, adalah lebih baik saudara/i
bertanyakan kepada pusat matrikulasi yang berkenaan kerana setiap pusat matrikulasi
mempunyai program pengambilan pensyarah mereka sendiri.

________________________________________

BIOTEKNOLOGI

Bioteknologi adalah bidang berkaitan dengan kegunaan mikrob, sel haiwan atau
tumbuh-tumbuhan atau enzim untuk memecah atau mentransformasikan bahan.

Hal ini memerlukan integrasi biokimia, biologi, mikrobiologi, kejuruteraan kimia


dan kejuruteraan proses.

Bioteknologi dianggap sebagai julat teknologi serba boleh yang dapat diterapkan
dalam pelbagai sektor industri. Antara disiplin semula jadi dalam alah genetik,
biokimia, kimia, sains pemakanan, kejuruteraan teknologi makanan, kejuruteraan
makanan, kejuruteraan kimia, kejuruteraan biokimia, elektronik dan mikrobiologi.

Syarat Melanjutkan Pengajian


o Cara pertama: matrikulasi/asasi sains ditawarkan oleh Kementerian
Pendidikan. Syarat yang diperlukan ialah perlu mendapat kepujian dalam
empat mata pelajaran termasuk sekurang-kurangnya dia mata pelajaran
sains.
o Cara kedua: rancangan Persediaan Khas (Jepun) tajaan Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) ini dijalankan di Universiti Malaya dan
mengambil masa setahun.
Syaratnya ialah anda perlu lulus serta mendapat tidak kurang empat
kepujian dalam mata pelajaran sains/teknik.
Selepas menamatkan program ini, anda akan melanjutkan pengajian di
beberapa universiti terkemuka di Jepun di bidang bioteknologi selama
empat tahun.
o Cara ketiga: Universiti-universiti tempatan juga mengambil calon daripada
lepasan STPM aliran sains/setaraf. Anda perlu lulus STPM serta mendapat
prinsipal E dalam pengajian am. Selain itu, anda perlu mendapat tidak
kurang dua prinsipal termasuk gred E dalam biologi. Calon yang
ditawarkan akan terus ke peringkat sarjana muda.
o Cara keempat: bagi calon yang berkelulusan diploma di bidang berkaitan
juga boleh melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda di universiti
tempatan. Diploma yang dimaksudkan ialah Diploma Sains, Diploma
Mikrobiologi dan Diploma Teknologi Makanan.

Bioteknologi merupakan sebidang yang terbaharu dan ia adalah pengetahuan


gunaan biologi. Ia cuba menduplikasi atau mengubah fungsi sesuatu sel hidup
supaya ia dapat berfungsi dengan cara yang terkawal dan dengan cara yang boleh
diramalkan secara tepat. Subjek-subjek yang diliputi dalam bidang ini termasuk
biologi, biokimia, kejuruteraan genetik, bioteknologi tumbuh-tumbuhan dan
pertanian.

Bagi mereka yang mempunyai ijazah dalam bidang bioteknologi peluang pekerjaan
wujud di syarikat-syarikat farmaseutikal, organisasi-organisasi bioteknologi yang
berorienrasikan penyelidikan, industri-industri makanan serta yang berasaskan
pertanian.
Untuk menyertai pengajian dalam bidang bioteknologi di sesebuah institusi
pengajian tinggi awam atau swasta, seseorang pelajar perlu memiliki gred yang
cemerlang di peringkat STPM atau A -Level dalam mata pelajaran kimia, fizik,
matematik dan biologi. Siswa-siswi di Universiti tempatan juga dikehendaki lulus
peperiksaan MUET.
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Universiti Malaysia Sabah,
Universiti Malaysia Sarawak.
Universiti Putra Malaysia dan
International Islamic University Malaysia
menawarkan Program Bachelor of Biotechnology yang memakan masa tiga tahun
(6 hingga 8 semester). Yuran bagi sesemester ialah RM 1,500. Ijazah yang di
anugerahkan oleh universiti-universiti itu adalah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Monash University Malaysia,
Kolej Damansara Utama (KDU) dan
Asian Institute of Medicine, Science and Technology (AIMST)
juga menawarkan program ijazah 3 tahun dalam bidang ini. Kos program ini
adalah dianggarkan di antara RM 20,000 dan RM 25,000.
Para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian adalah dinasihatkan supaya
menyemak dengan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Jabatan Perkhidmatan
Awam untuk mendapat tahu sama ada atau tidak program yang dijalankan oleh
institusi-institusi ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Beberapa universiti di Australia, New Zealand, Canada, United Kingdom dan
Amerika Syarikat menawarkan kursus ijazah jangka masa tiga tahun dalam

bidang ini. Senarai universiti-universiti luar negara yang diiktiraf boleh diperoleh
daripada Jabatan perkhidmatan Awam.
Perlu diingatkan bahawa menyedari tentang potensi sektor biotechnologi, pada
bulan April 2005 Kerajaan kita telah menubuhkan Malaysian Technology
Corporation bagi menarik pelaburan asing, memperdagangkan hasil penyelidikan
secara usahasama antara syarikat-syarikat tempatan dan asing serta memajukan
iindustri yang berpotensi ini. Usaha ini akan melibatkan pewujudan peluang
pekerjaan yang meluas dalam sektor ini. Untuk menggalakkan lagi industri ini,
YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawai, semasa
melanancarkan Belanjawan Nasional 2005 baru-baru ini, telah mengumumkan
peruntukan sebanyak RM 100 juta bagi pembangunan industri ini, khususnya
dalam tiga bidang yang strategik - pertanian, kesihatan (termasuk farmaseutikal)
serta industri biotechnology. Semua usaha Kerajaan ini membuktikan sektor
bioteknologi mempunyai potensi tinggi dan akan memainkan peranan terpenting di
Negara kita selama-lamanya. Lantaran itu, para pelajar perlu menceburkan diri
secara bergiat dalam bidang ini.
________________________________________

DIETETIK

Pesakit yang berpenyakit berkaitan dengan makanan dapat dirujuk kepada ahli
dietetik.

Ahli dietetik dapat memberikan khidmat nasihat dari segi penilaian status pemakanan
individu atau kelompok dan seterusnya menyarankan pemakanan yang sesuai.

Syarat Melanjutkan Pengajian


o Cara pertama: pelajar perlu mencapai keputusan yang baik dalam aliran sains
dengan mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu, matematik, kimia
dan biologi untuk melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi sains
Kementerian Pendidikan.
o Cara kedua: Pelajar perlu lulus peperiksaan denga mendapat kepujian mata
pelajaran bahasa Melayu. Selain itu, perlu lulus juga STPM dengan mendapat
sekurang-kurangnya gred D mata pelajaran biologi.
o Cara ketiga: memberi pertimbangan kepada calon melalui kemasukan saluran
kedua. Calon perlu lulus dan mendapat kepujian bahasa Melayu, biologi,
kimia dan matematik. Di samping itu, perlu mempunyai lima tahun
pengalaman bekerja sama ada sebagai pembantu makmal, pembantu
perubatan, juru rawat, guru sains rumah tangga atau pembantu
o Cara keempat: Melalui kemasukan kes khas, calon perlu mempunyai
kelayakan iaitu diploma sains dari atau kelulusan lain yang berkaitan, yang
diiktiraf universiti.
________________________________________

KEDOKTORAN VETERINAR

Para pelajar yang mengikuti kursus ini, apabila menamatkan pengajian kelak akan
berkhidmat di bidang perubatan dan sains kesihatan haiwan.

Doktor haiwan akan melakukan aktiviti perubatan seperti mendiagnosis penyakit,


merawat kecederaan, menentukan jenis ubat untuk haiwan, memberi ubat pelalai dan
menjalankan pembedahan haiwan.

Lulusan bidang ini boleh mendapatkan pekerjaan di ladang ternakan, di industri


ternakan dan pengeluaran makanan, klinik-klinik haiwan, Kementerian Pertanian,
zoo, makmal-makmal haiwan, universiti (pensyarah), membuka klinik haiwan sendiri
dan banyak lagi.

Syarat Melanjutkan Pengajian


o Cara pertama: Lulus dan mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu.
Calon juga perlu dengan gred baik dalam mata pelajaran biologi pada
peringkat STPM dan kepujian mata pelajaran kimia pada peringkat atau lulus
dengan gred baik mata pelajaran kimia peringkat STPM dan kepujian biologi.
________________________________________

JURUTERBANG

Dari Segi pendapatan, kerjaya ini menjanjikan gaji yang cukup lumayan serta
ditambah dengan pelbagai insentif lain selaras dengan tugasnya yang cukup
mencabar dan berisiko.

Ciri-ciri Peribadi yang Diperlukan


1. Mempunyai minat yang mendalam terhadap kerjaya
2. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani
3. Komitmen yang tinggi serta minat yang mendalam di bidang ini.
4. Boleh berkomunikasi dengan baik.
5. Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.
6. Menguasai mata pelajaran sains, matematik dan fizik.
7. Berumur di antara 18 hingga 24 tahun.
8. Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental.
9. Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa
bantuan optik dan tidak buta warna).
10. Ketinggian minimum tidak kurang daripada (5 kaki 4 inci).
11. Sanggup bekerja di luar stesen dala tempoh masa singkat atau lama

Syarat Mengikuti Latihan Penerbangan


untuk menjadi seorang juruterbang pesawat penumpang atau kargo, anda perlu
lulus latihan penerbangan dari institut atau latihan sekolah penerbangan yang
diiktiraf dalam dan luar negara.

Tempat Mengikuti Latihan Penerbangan


Terdapat banyak sekolah latihan penerbangan di dalam atau luar negara.
Di antara sekolah latihan penerbangan tempatan termasuklah MAS, dan Air
Semasa berada di sekolah latihan, peserta akan mengikuti latihan penerbangan
secara teori dan praktikal dalam tempoh yang ditetapkan. Selepas mengikuti
latihan dengan jayanya, anda akan memperoleh lesen penerbangan.

Syarat Mengikuti Latihan Penerbangan


Pelajar yang berminat untuk mengikuti latihan penerbangan perlu lulus dengan
mendapat kepujian bahasa melayu dan sekurang-kurangnya C4 dalam
matematik, fizik dan bahasa Inggeris.
________________________________________

SAINS NUKLEAR

Sains nuklear merupakan bidang baru yang mempunyai peranan


penting dalam sektor industri.

Ia merupakan ilmu yang berkaitan dengan penggunaan teknik-teknik


nuklear dalam bidang-bidang pertanian, perubatan, industri, teknologi,
alam sekitar dan sains asas.

Dari segi kerjaya, lulusan di bidang ini tidak menghadapi masalah


untuk mendapatkan pekerjaan kerana tenaga dan kepakaran mereka
diperlukan sama ada di sektor awam dan swasta.

Di antara jawatan yang boleh disandang ialah termasuklah


o jurutera kawalan mutu,
o penyelidik,
o pegawai di bidang pengawalan alam sekitar,
o perunding,
o pegawai di Institut Teknologi Nuklear Malaysia
o ( serta para pegawai di syarikat-syarikat perindustrian.

Mereka juga boleh berkhidmat di bidang industri rawatan sisa


radioaktif, perubatan serta institusi pengajian tinggi yang masih
memerlukan tenaga mahir di bidang yang berkaitan teknologi sinaran.

Secara umum, kerjaya boleh dibahagikan sekurang-kurangnya kepada lapan bidang utama:
1. Bidang kewangan/perniagaan/hartanah
2. Bidang penulisan dan komunikasi
3. Bidang saintifik/perubatan
4. Bidang perkeranian dan pentadbiran
5. Bidang seni reka dan kreatif
6. Bidang teknikal
7. Bidang keusahawanan
8. Bidang perkhidmatan
Bidang kerja dan contoh-contoh jawatan:
1. Kewangan/Perniagaan
(Berminat dengan kerja-kerja jualan, cenderung ke arah kewangan dan perniagaan, suka
bergaul dan mempengaruhi orang ramai)
Pentadbiran dan pengurus bank
Perancang dan pengurus kewangan
Pengurus dan agen insurans
Eksekutif jualan dan pemasaran
Pengurus pengiklanan
Eksekutif akaun
Akauntan/juruaudit
Aktuari
Pegawai bank
Pemerosesan data
Penganalisis data
dan lain-lain
2. Penulisan dan Komunikasi
(Bagi yang berminat dalam bidang penulisan, sastera dan seni)
Wartawan
Editor
Jurubahasa
Penterjemah
Penerbit rancangan radio/televisyen
Pengacara radio/televisyen
Penulis skrip

Perunding komunikasi
dan lain-lain

3. Perubatan/Sains
(Bagi yang meminati kerja-kerja penyelidikan dan mempunyai kaitan dengan sains dan
masyarakat)
Doktor (am/bedah/gigi/mata/pakar)
Doktor haiwan
Jururawat
Pembantu makmal/pembantu perubatan
Juru radiologi
Ahli farmasi
Juru terapi
Saintis
Ahli biologi/kimia
Pakar nuclear
Ahli geologi/geofizik
dan lain-lain
4. Perkeranian dan Pentadbiran
(Bagi yang berminat melakukan tugas berkaitan dengan pentadbiran, kesetiausahaan
dan merekod maklumat)
Pengurus perjawatan
Pegawai sumber manusia
Pegawai tadbir
Pembantu undang-undang
Kerani
Setiausaha
dan lain-lain
5. Seni Reka dan Kreativiti
(Bagi yang minat melukis, mereka dan mencipta bahan-bahan seni dan kreatif)
Pelukis
Pelukis grafik/batik
Pereka fesyen/barang kemas/seramik dan sebagainya
Pereka bentuk dalaman
Jurugambar
Juru solek
dan lain-lain
6. Teknikal
(Berminat mengendali, mereka bentuk, mereka cipta, membina atau membaiki peralatan
mesin dan perkara teknikal lain)
Arkitek
Perancang Bandar dan Wilayah
Juruteknik

Juruukur
Mekanik
Jurutera (Elektronik/Elektrik/Awam dan lain-lain)
Pakar runding
Dan lain-lain

7. Keusahawanan
(Bagi yang yang suka bekerja sendiri dengan menjalankan perniagaan dan perusahaan)
Perniagaan runcit
Perusahaan Kilang
Pemborong
Kontraktor
Pengusaha hotel
Perusahaan bengkel
Perusahaan butik
dan lain-lain
8. Perkhidmatan
(Bagi yang suka melakukan kerja-kerja sosial atau melibatkan orang ramai)
pensyarah/guru
Pustakawan
Pegawai Perhubungan Awam
Peguam/pendakwaraya/hakim
Polis/askar
Pemandu pelancong
Kaunselor
Pramugari/pramugara
Tukang masak profesional
dan lain-lain

Polis DiRaja Malaysia


Pendahuluan
Polis DiRaja Malaysia adalah salah satu perkhidmatan yang terbesar di negara ini. Oleh
kerana fungsinya yang berbeza-beza dan unik maka sudah semestinya ia memberi banyak
peluang yang tidak boleh didapati dalam perkhidmatan lain. Pelbagai bahagian yang
terdapat di dalamnya boleh menawarkan peluang kerjaya yang mencabar dan
menyeronokkan. Di samping berpeluang berkhidmat untuk negara, anda juga dapat
mencungkil dan mengasah bakat terpendam yang mungkin ada pada diri anda.
Prospek Kerjaya
Peluang-peluang sentiasa terbuka bagi anda untuk berada dalam salah satu daripada unitunit yang tersebut di bawah ini mengikut Jabatan-jabatan dalam merealisasikan impian
anda.
Pengurusan * Cawangan Pentadbiran * Cawangan Kebajikan * Bahagian Latihan *
Cawangan Penyelidik / Pembangunan * Cawangan Perkhidmatan * Bahagian Tatatertib *
Bahagian Perkhidmatan / Perjawatan * Bahagian Hal Ehwal Awam * Cawangan
Perhubungan Awam * Bahagian Istiadat * Cawangan Pembantu * Cawangan Persatuan
Polis * Cawangan Kem Komandan * Majlis Sukan PDRM
Jabatan KDN/KA * Urusetia * Pentadbiran * Pembangunan / Bekalan * Gerakan * Pasukan
Simpanan Persekutuan (PSP) * Unit Berkuda * Pasukan Gerakan Am * Pasukan Gerakan
Khas * Cawangan Trafik * Cawangan Marin * Unit Udara Polis
Jabatan Siasatan Jenayah * NCB / Interpol * Bahagian D1 - Pentadbiran * Bahagian D2 Pusat Pendaftaran Jenayah * Bahagian D3 - Naziran * Bahagian D4 - Risikan Jenayah *
Bahagian D5 - Pendakwaan / Undang-undang * Bahagian D6 - Bantuan Teknik * Bahagian
D7 - Kongsi Gelap / Judi / Maksiat * Bahagian D8 - Penyelidik / Perancang * Bahagian D9 Siasatan Khas * Bahagian D10 - Forensik * Bahagian D11 - Bahagian Seksual Dan KanakKanak

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil * Bahagian Siasatan Pengubahan Wang Haram Zon
Utara/Timur * Bahagian Siasatan Pengubahan Wang Haram Zon Tengah/Selatan/Sabah &
Sarawak * Bahagian Siasatan Forensik Accounting * Bahagian Siasatan Kewangan *
Bahagian Siasatan Koperat * Bahagian Siasatan Lain-lain Pemalsuan * Bahagian Siasatan
Jenayah Siber & Multimedia * Bahagian Operasi/Bantuan Teknik * Bahagian
Pentadbiran/KAB * Bahagian Penyelidikan/Risikan * Bahagian Naziran * Bahagian
Perundangan * Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik * Bahagian Siasatan Khas * Bahagian Penyelaras /
Perhubungan Antarabangsa * Bahagian Pentadbiran * Bahagian Seliaan * Bahagian Latihan
* Bahagian Logistik * Bahagian Pendaftaran * Bahagian Tahanan * Risik Zon I * Risik Zon II *
Perlucuthakan Harta * Soal Siasatan * Pakar / Bantuan Teknik
Jabatan Logistik * Cawangan Naziran * Pelupusan / Stok / Verifikasi / Hapus Kira *
Pengkajian / Perolehan * Perolehan Am * Perolehan Teknikal * Bahagian Bangunan *
Bahagian Kewangan * Gaji Pasukan Gerakan Am * Bahagian Pengangkutan * Bahagian
Persenjataan * Bahagian Teknologi Maklumat * Bahagian Komunikasi
Bagaimana?
Anda boleh memasuki perkhidmatan polis melalui 3 cara iaitu, sebagai

Konstabel Sokongan,
Konstabel dan
Inspektor.

Jika anda terpilih, anda akan menjalani kursus asas selama 3-12 bulan di pusat-pusat
latihan polis bagi mempelajari undang-undang, sains kepolisan, kawad, persenjataan,
latihan jasmani, termasuk seni mempertahankan diri. Anda juga akan menjalani latihan
amali di daerah-daerah polis selama 9 bulan. Setiap ahli pasukan mesti melalui tempoh
percubaan selama 3 tahun sebelum disahkan dalam jawatan.
Kenaikan Pangkat
Setiap anggota dalam perkhidmatan polis mempunyai peluang yang sama untuk kenaikan
pangkat. Setiap anggota akan dinilai dari aspek tempoh perkhidmatan, kecemerlangan
dalam tugas dan rekod perkhidmatan yang baik.
Kelayakan Inspektor
1) INSPEKTOR (LELAKI / WANITA) 1.1 Jabatan : Polis Diraja Malaysia 1.2 Kumpulan
Perkhidmatan : Pengurusan & Profesional, Sokongan (Skim Perkhimatan Bersepadu) 1.3
Klasifikasi Perkidmatan : Perkhidmatan Polis
2) JADUAL GAJI : Gred YY11 (Sila rujuk Laman Web Rasmi PDRM dibawah Panduan
Kerjaya)

3) SYARAT LANTIKAN
3.1 Wargenegara Malaysia
3.2 Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun pada tarikh tutup iklan
3.3 Kelayakan:3.3.1 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan ATAU
3.3.2 Diploma dalam bidang pentadbiran awam atau perakaunan yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred YY11: P1T4 ); ATAU
3.3.3 Diploma Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan Senibina, ukur
atau Ukur Bahan atau Sains Haiwan dan Penternakkan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred YY11 : P1T5); DAN
3.3.4 Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.
3.3.5 Permohonan dikehendaki memastikan kelayakan yang dimiliki adalah diiktiraf
oleh Kerajaan (JPA) untuk tujuan lantikan ke dalam perkhidmatan awam. Sila rujuk ke Unit
Pengiktirafan Kelayakan, Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia untuk
mengenal pasti pengiktirafan Kelayakan yang dimiliki atau layari laman web Pengitirafan
Kelayakan www.jpa.gov.my
4) Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Bagi Jawatan Inspektor Pegawai sedang
berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Polis Rendah Polis dan Konstabel adalah layak
dipertimbang oleh Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak yang diberi kuasa olehnya untuk
kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Inspektor, tertakluk kepada kekosongan
jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i) Mempunyai kelayakan di perenggan di atas, atau
ii) Lulus Peperiksaan Khas
iii) Diperakukan layak dan sesuai oleh Pegawai Memerintahnya, dan
iv) Berumur tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan.
Inspektor yang dilantik secara terus atau kenaikan pangkat secara lantikan adalah
dikehendaki dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.
Kelayakan Konstabel

* Warganegara Malaysia * Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan. * Kelayakan :- * Lulus SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan DAN mendapat Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ATAU; * Telah menduduki SPM
mengikut sistem terbuka dengan mendapat Kepujian dalam 2 mata pelajaran termasuk
Bahasa Malaysia dan lulus dalam empat mata pelajaran lain dalam satu peperiksaan atau 2
peperiksaan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut. * Calon-calon yang memiliki kelulusan
akademik yang lebih tinggi dari kelulusan SPM juga layak memohon.
Kelayakan Fizikal
Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut: * Tinggi sekurangkurangnya 1.63m bagi calon lelaki dan 1.57m bagi calon wanita tanpa sepatu; * Berat badan
sekurang-kurangnya 50kg bagi calon lelaki dan 48kg bagi calon wanita * Mempunyai ukuran
dada yang biasa sekurang-kuranya 81cm dan 86cm semasa menarik nafas (lelaki sahaja) *
Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan * Pengecaman warna
dan pendengaran yang tidak cacat * Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan
termasuk pemeriksaan X-ray
Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Bagi Jawatan Konstabel
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Polis Rendah Polis dan
Konstabel Sokongan/Konstabel Orang Asli adalah layak dipertimbang oleh Suruhanjaya
Pasukan Polis atau pihak yang diberi kuasa olehnya untuk kenaikan pangkat secara lantikan
ke jawatan Konstabel, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam
perkhidmatan dan:
i)
ii)
iii)
iv)

Mempunyai kelayakan di perenggan di atas, atau


Lulus Peperiksaan Khas
Diperakukan layak dan sesuai oleh Pegawai Memerintahnya, dan
Berumur tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan.

Kontabel yang dilantik secara terus atau kenaikan pangkat secara lantikan
adalah dikehendaki dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

Kelayakan Konstabel Sokongan


* Warganegara Malaysia * Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan pada tarikh temuduga *
Tamat Tingkatan III atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya * Berkebolehan bertutur
dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan * Keutamaan diberi kepada caloncalon yang mempunyai pengalaman mengendaklikan bot, berkebolehan di dalam bidang
sajian makanan atau memiliki lesen memandu Kelas D Taraf Jawatan : TETAP

Kelayakan FizikalMempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancainderaseperti berikut: *


Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi calon lelaki dan 1.52m bagi calon wanita tanpa
sepatu; * Berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi calon lelaki dan 48kg bagi calon
wanita * Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kuranya 81cm dan 86cm semasa
menarik nafas (lelaki sahaja) * Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji
berasingan * Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat * Diakui sihat oleh
Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray
Penaklukan di bawah syarat-syarat Skim Perkhidmatan Pegawai yang memasuki
perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat Skim Perkhidmatan berkenaan
yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke
semasa.
Faedah Kerja
Calon-calon yang berjaya dilantik akan mendapat faedah kerja yang menarik, antaranya :- *
Imbuhan Tetap Perumahan Inspektor - RM 420.00 Konstabel - RM 275.00 Konstabel
Sokongan - RM 230.00 * Imbuhan Tetap Khidmat Polis Inspektor - RM 160.00 Konstabel RM 115.00 Konstabel Sokongan - RM 95.00 * Bayaran Insentif Wilayah (Bertugas ke Sabah
dan Sarawak dan sebaliknya ke Semenanjung) diberi berdasarkan peratusan gaji yang
diterima * Bayaran intensif PDRM RM 200.00 * Elaun pakaian seragam Inspektor - RM
500.00 Konstabel - RM 300.00 * Bayaran Insentif Pertukaran/Perjalanan/Penginapan/Makan
dan Sarapan * Kemudahan perubatan percuma * Kenaikan pangkat * Bayaran Insentif
Teknikal
Cara Memohon
Konstabel & Konstabel Sokongan Permohonan hendaklah dengan menghantar borang POL
1/2008 yang boleh didapati di semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) apabila iklan bagi
jawatan berkenaan disiarkan di akhbar-akhbar tempatan dan laman web rasmi PDRM
(www.rmp.gov.my).
Peringatan * Hanya pemohon yang layak selepas proses akan dipanggil untuk temuduga *
Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup
hendaklah menganggap permohonan sebagai tidak berjaya.
Pertanyaan Unit Pengambilan Cawangan Perjawatan Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia
Bukit Aman. 50560 Kuala Lumpur Tel : 03-22626314, 03-22626315, 03-22626316, 0322626320 Sumber daripada Laman Web Polis DiRaja Malaysia
0

Bidang sains forensik

mengaplikasikan pengetahuan dari bidang-bidang fizik, kimia dan juga biologi dan
memainkan peranan utama dalam pengenalpastian, identifikasi dan pemeriksaan bukti
fizikal.
Berdasarkan sejarah, bidang ini muncul di negara ini disebabkan berlakunya kes-kes
yang melibatkan perundangan dan ia bertujuan untuk membantu pihak penguatkuasaan
serta kehakiman bagi mengukuhkan bukti serta sebagai saksi pakar di dalam sistem
perundangan. Oleh itu, ia muncul seiring dengan sistem kehakiman yang telah digubal.
Masalah yang kerap kali dihadapi oleh ahli kimia semasa menyelesaikan kes-kes yang
melibatkan analisis forensik ialah :
o i. Change in Evidence Berlaku percanggahan bukti iaitu bukti yang dikemuka
kan tidak serupa dengan bukti yang dibawa oleh pegawai penyiasat. Di samping
itu juga, kadang-kadang berlaku percanggahan bukti di mahkamah yang mana
bukti yang dikemukakan tidak serupa dengan bukti yang tertera di dalam laporan.
o ii. Change of Custody Berlaku percanggahan aliran atau flow prosedur kerja di
dalam pemeriksaan bukti.
o iii. Masalah sampel Masalah sampel yang dihantar tidak bersesuaian dengan
analisis yang hendak dijalankan. Di samping itu, sampel yang dihantar tidak
menepati apa yang disarankan di dalam prosedur penghantaran sampel.
o iv. Orang Awam Orang awam tidak memahami ilmu mengenai forensik serta
kadang-kadang mencampuri urusan di dalam menjalankan pemeriksaan di
tempat kejadian.

Menurut Ketua Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Madya
Dr. Abdul Rahim Yacob, kebiasaannya bidang sains forensik dikaitkan dengan agensi
penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kastam Diraja Malaysia (KDRM),
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan lain-lain lagi.
Namun demikian, bidang forensik di Malaysia adalah di bawah bidang tugas Jabatan Kimia yang
menerima sampel-sampel daripada agensi penguatkuasaan.
Beliau berkata, bidang forensik telah lama dimanfaatkan dan dipraktikkan di negara ini melalui
kes-kes yang melibatkan perundangan. "Ia memberikan suatu keputusan yang tepat serta jitui
dalam analisis yang dijalankan bagi membantu agensi penguatkuasaan dan membantu
ketenteraman awam serta kesejahteraan negara,'' katanya.
Rakyat telah mula menyedari manfaat bidang forensik melalui media contohnya dalam siri
Crime Scene Investigation (CSI) yang dipaparkan di kaca televisyen.

Namun demikian, Jabatan Kimia juga telah mengadakan banyak pameran-pameran dalam
forensik contohnya dalam bidang sains ekspo sains negara serta pameran-pameran di sekolahsekolah sekitar Malaysia.
Mengenai kepakaran pula, beliau menjelaskan, kepakaran tempatan bagi bidang forensik
sentiasa tidak mencukupi bagi cabang-cabang forensik yang telah dinyatakan kerana apabila
negara semakin maju, penjenayah juga semakin pintar.
Namun demikian, bagi bidang perubatan yang melibatkan patologi kita sangat berkurangan
doktor yang arif dalam bidang ini.
Bidang fisiologi dan klinikal forensik juga kita agak ketinggalan berbanding dengan negaranegara barat.
Selain itu, Malaysia juga kekurangan tenaga pengajar (pensyarah) yang arif bukan sahaja dari
segi teori tetapi pengalaman dalam bidang forensik. "Saya tidak dapat menentukan jumlah
secara tepat kerana ia melibatkan agensi penguatkuasaan,'' ujarnya.
Bagaimanapun, Malaysia telah melatih kepakaran tempatan untuk menceburi bidang forensik
iaitu melalui ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah dalam bidang forensik melalui
universiti tempatan iaitu
Universiti Malaya (UM),
Universiti Sains Malaysia (USM),
UTM dan
Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Selain itu, ahli kimia di Jabatan Kimia juga telah di dedahkan dengan kursus-kursus yang
melibatkan bidang forensik dijalankan Ibu Pejabat Jabatan Kimia. Jabatan Kimia melalui Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) telah menghantar tenaga kerjanya untuk kursus-kursus sangkutan ke
luar negara.
Namun demikian, pihak kerajaan perlu mengambil langkah proaktif bagi menghantar ramai ahli
kimia dan doktor bagi menceburi cabang forensik yang lain. Dalam pada itu beliau berkongsi
pendapat bahawa, Akta Identifikasi DNA dapat membantu dalam siasatan jenayah
menggunakan sains forensik iaitu akta identifikasi DNA menerangkan setiap suspek perlu
memberikan DNA mereka kepada pihak Hospital melalui darah, finger tip atau swab bagi tujuan
identifikasi DNA.
Oleh itu, ia memudahkan pihak Jabatan Kimia membuat perbandingan dan pemprofilan DNA
yang dijumpai di tempat kejadian dengan profil DNA yang diberi oleh suspek. Persamaan antara
dua profil DNA tersebut semata-mata tidak boleh membuktikan seseorang itu bersalah atau tidak
ke atas jenayah tersebut. Walaubagaimanapun, Ia boleh diguna- kan bersama bukti-bukti yang
lain.
Ahli Forensik adalah individu yang bertanggungjawab menyiasat jenayah dengan mengumpul
dan menganalisis bukti fizikal seperti cap jari, bekas tapak kasut, kesan laluan tayar kenderaan
dan juga autopsi.
Perkataan "forensik" bermaksud "yang berkaitan dengan hukum". Yang mana sains forensik
menyelesaikan masalah hukum dengan menerapkan prinsip-prinsip saintifik.

Ahli forensik melakukan komprehensif saintifik kimia dan analisis tentang bukti fizikal yang
diajukan oleh lembaga penguatkuasa undang-undang.
Pekerjaan mereka seringkali berperanan dalam menangkap dan membasmi jenayah. Walaupun
kebanyakan tumpuan sains forensik adalah berkenaan tentang kes-kes jenayah dan kadangkala disebut sebagai criminalist, mereka turut bekerja di dalam sistem penghakiman sivil,
contohnya melakukan perbandingan tulisan tangan untuk menentukan kesahihan tanda tangan
terhadap surat wasiat.

Kerjaya forensik boleh dibahagikan kepada 2 bahagian utama iaitu


Di

makmal
lapangan.

Setiap satu daripadanya saling kaitan antara satu sama lain. Kesukaran sesuatu kes adalah
bergantungan kepada jumlah bahan bukti yang ditemui di tempat kejadian, sebelum
dikumpulkan untuk dianalisis.
Lapangan.
Penyiasatan terhadap kes jenayah yang berlaku di tempat kejadian seperti kebakaran, letupan,
dan pembunuhan. Segala bukti-bukti di tempat kejadian seperti cap jari, bekas tapak kasut,
kesan laluan tayar kenderaan, tompokan darah, kesan kebakaran atau letupan direkodkan dan
dikumpulkan untuk dianalisis.
Kerjaya Forensik ini memerlukan penglihatan yang tajam kerana sehelai rambut yang melekat
pada kertas hitam di dalam kawasan yang hitam dan gelap boleh dijadikan bukti yang sahih
untuk membawa penjenayah yang terlibat ke muka pengadilan.
Makmal.
Segala bahan bukti yang telah dikumpulkan semasa di tempat kejadian di perhalusi dan
dianalisis untuk mendapatkan kaitan terhadap kes.
Berikut merupakan 4 skop utama bidang kerja ahli forensik

Merakam jejak penemuan dan mengumpul bukti daripada adegan-adegan jenayah atau
kemalangan.

Menganalisis sampel seperti rambut, cairan tubuh, kaca, cat dan ubat-ubatan di makmal.

Mengaplikasi pelbagai teknik yang sesuai seperti perbandingan DNA profil, menjangka
masa kejadian, serta deduksi terhadap kes.

Memberikan bukti di mahkamah, sebagai bukti sahih untuk mensabitkan tertuduh


bersalah.

Antara skop-skop bidang tugasan kerja ahli forensik yang lain adalah

Memeriksa, menguji, dan menganalisis sampel rangkaian, zat kimia, fizikal bahan, dan
bukti balistik.

Merakam, mengukur, dan membuat pengujian data-data dan bukti-bukti jenayah di


tempat kejadian dengan menggunakan peralatan khas.

Menginterpretasikan penemuan-penemuan makmal dan keputusan ujian untuk


mengenalpasti dan mengelaskan bahan, material, dan bukti-bukti lain yang dikumpulkan
di tempat kejadian.

Mengumpul dan mengekalkan bukti-bukti jenayah yang digunakan untuk menyelesaikan


kes-kes.

Membuat perbandingan balistik, cap jari, tulisan tangan, dokumen, elektronik, perubatan
serta bahan kimia, mengenai bukti dan deduksi terhadap bagaimana jenayah dilakukan.

Melakonkan semula jenayah di tempat kejadian untuk menentukan hubungan di antara


bukti-bukti sedia ada.

Menyiapkan laporan kes, deduksi penemuan, kaedah penyiasatan, serta hasil daripada
kajian makmal.

Seorang ahli forensik perlulah mempunyai


ciri-ciri krediabiliti seperti
berkemahiran berkomunikasi dengan lancar,
mempunyai daya fokus dan pemerhatian yang tajam,
bekerja secara logikal dan berstruktur,
berkebolehan untuk bekerja dalam suasana yang tegang,
berkemahiran untuk membuat deduksi bayangan serta
mempunyai daya imaginasi yang tinggi.
Oleh itu, bagi adik-adik yang berminat untuk menjadikan kerjaya forensik ini sebagai satu
profession, adik-adik bolehlah mengikuti

pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia Industri) sebelum melanjutkan pengajian ke
bidang Sarjana Sains (Sains Forensik) yang mana ditawarkan di Universiti Teknologi
Malaysia.
Melalui kursus ini juga, adik-adik berpeluang untuk merasai suasana kerja ahli forensik yang
sebenar melalui penempatan praktikum makmal (Lab Practicium) di Makmal Forensik Polis
DiRaja Malaysia(PDRM) semasa Latihan Industri serta merasai sendiri suasana di dalam
mahkamah sebagai saksi pakar melalui sesi Moot Court.

Pengurusan sumber manusia


Pengurusan sumber manusia sebagai satu bidang akademik
meliputi suku bidang seperti pengambilan dan pemilihan; latihan
dan pembangunan sumber manusia; pampasan dan faedah;
perhubungan perusahaan; penilaian prestasi; dan keselamatan
serta kesihatan pekerja.
Seseorang pengurus sumber manusia secara asasnya
bertanggungjawab bagi menyelaras semua aktiviti yang terlibat
dalam fungsi pengurusan sumber manusia supaya organisasi
mencapai matlamatnya yang ditetapkan terlebih dahulu dengan
sempurna.
Seseorang pengurus sumber manusia terlibat dalam merancang
aktiviti seperti pengambilan, pemilihan, mengendalikan program
latihan dan mendengar pelbagai sungutan dan rungutan daripda
pekerja dan memberi keyakinan kepada mereka melaksanakan
tugas mereka secara cekap dan berkesan.
Ia biasanya menetapkan dasar di dalam sesebuah organisasi. Ia
juga akan mengubahsuai dasar mengikut keperluan, keadaan
atau perubahan dar masa ke semasa.
Seseorang pengurus perlu memahami serta menganalisis dan
mengurus perubahan yang berlaku di persekitaran - seperti
perubahan teknologi, perubahan demografi, tekanan persaingan
dan permintaan pasaran.
Pelajar yang ingin mendapat ijazah dalam bidang ini bolh berbuat
demikian di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar
negara. Sebelum meneruskan pelajaran di luar Negara, pelajar
dinasihatkan supaya mendapat maklumat terkini daripada
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai kolej atau universiti
yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Bagi memasuki universiti tempatan, seseorang pelajar perlu


memiliki gred yang baik dalam sekurang-kurangnya empat mata
pelajaran di peringkat STPM.
Ijazah dalam bidang ini melibatkan kerja kuliah selama lapan
semester dan memakan belanja sebanyak RM 8,000.
Perbelanjaan di kolej swasta adalah kira-kira sebanyak RM 15,000
RM 20,000.
Mereka yang memmpunyai ijazah yang baik dalam bidang
pengurusan manusia, boleh mohon kerja di pelbagai
Kementerian/Jabatan Kerajaan, di syarikat-syarikat tempatan
termasuk multinasional dan organisasi antarabangsa seperti Bank
Dunia, Bank Pembangunan Asia, UNESCO, UNDP atau agensiagensi lain Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations).
Mereka yang ingin mewakili Kerajaan Malaysia di luar Negara
boleh mohon untuk memasuki Perkhidmatan Tadbir dan
Diplomatik. Pemohon bagi perkhidmatan ini dipilih beasaskan
kepada pengetahuan, kemahiran komunikasi, penguasan serta
kecekapan dalam kedua-dua bahasa, iaitu, Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris.
Gaji permulaan di sektor awam berjumlah lebih kurang RM 1,800.
mereka yang mempunyai pengalaman sebanyak 10 tahun, jika di
naikan pangkat, boleh menerima gaji sebanyak RM 7,000.
Di sektor swasta gaji ditentukan mengikut pengalaman dan
kemahiran.
Siswazah dalam bidang ini boleh juga mohon untuk jawatan
pensyarah di institusi pengajian tinggi selepas mendapat ijazah
sarjana.
Kerja ini juga mempunyai potensi yang baik dalam jangka
panjang. .

Teknologi Maklumat (IT) sebagai


kejaya.
IT merupakan sebidang yang luas dan meliputi semua bentuk
teknologi yang di gunakan untuk mencipta, memproses,
menyimpan, bertukar-tukar dan menggunakan maklumat atau
informasi dalam pelbagai bentuknya (seperti data perniagaan,
mesej suara, imej pegun, filem, peresembahan multimedia dan
bentuk lain).
Ia merupakan istilah sesuai bagi memasukkan telefoni dan
technologi komputer dalam seperkataan. Tambahan pula, IT ialah
juga satu bidang yang berkembang pesat. Ia mengubah dunia
secara radikal dengan memperkenalkan pelbagai cara baru
menjalankan perniagaan, membuat sesuatu kerja, mengurus
hiburan dan mencipta seni.
Pendeknya, ia meliputi perkara-perkara berkaitan dengan
pelanjutan sains komputer dan teknologi yang berkait rapat
dengan perkakasan dan perisian komputer, reka bentuk,
perkembangan, pemasangan serta pelaksanaan sistem-sistem
maklumat dan penggunaan (applications).
Mata pelajaran yang termasuk dalam bidang pengajian ini ialah
penciptaan perisian,

pengaturcaraan,
sistem informasi perniagaan dan pengurusan,
sistem pengurusan pangkalan data,
reka bentuk grafik,
animasi,
multimedia,
reka bentuk laman web,
sistem rangkaian,
kejuruteraan perkakasan,
sistem komunikasi data dan
sistem komputer digital.
Mereka yang telah lulus SPM / STPM boleh mengikuti kursus ijazah
sarjana muda dalam bidang Teknologi Maklumat di mana-mana
institusi pengajian tinggi tempatan (awam atau swasta). Ijazah
yang dianugerahkan oleh sesebuah universiti asing yang tertentu
juga diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Oleh itu, bakal pelajar perlu menyemak senarai institusi-institusi
pengajian tinggi luar negara yang diiktiraf dengan Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum mengikuti kursus di seberang
laut.
Peluang pekerjaan dalam bidang ini banyak sekali dan boleh
dikatakan cerah kerana penggunaan komputer ialah berleluasa
atau sejagat. Siswazah boleh mencari kerja di agensi-agensi
kerajaan; firma pembuatan dan khidmat; organisasi perdagangan;
syarikat pembuatan computer; utility awam; bank tempatan dan
luar negeri; organisasi penyelidikan; penguasa tempatan,
institusi-institusi pengajian tinggi, organisasi antarabangsa atau
bekerja sebagai perunding untuk memeberi solusi IT kepada
pelbagai agensi termasuk kerajaan.
Mereka yang menceburkan diri dalam bidang IT diberi pelbagai
gelaran bergantung kepada bidang kepakaran serta
pengkhususan mereka:
pengaturcara penggunaan;
penganalisis sistem;
pentadbir pangkalan data;
pentadbir sistem;
perundig perisian;
pentadbir rangkaian;
pereka bentuk laman web;
pakar multimedia;

pakar animasi;
pengurus sistem maklumat;
pentadbir laman web;
pengurus projek IT;
jurutera perkakasan;
juruaudit sistem komputer;
jurutera perisian;
pakar reka bentuk pangkalan data; dan
penganalisis komunikasi data.
Mereka yang berkelayakan IT berupaya mendapat gaji yang lebih
lumayan jika sekiranya mereka memiliki satu kelayakan
profesional yang didambakan Microsoft Certified Professional
(MCP).
Di Malaysia, seorang profesional IT yang baru boleh mendapat
gaji permulaan di antara RM 2,000 dan RM 2,500 sebulan .
Mereka yang mempunyai pengalaman kerja lebih kurang enam
(6) tahun serta pengetahuan dan kemahiran dalam pentadbiran
rangkaian (network administration), reka bentuk laman web, reka
bentuk grafik dan animasi, pengiklanan multimedia dan solusi
perniagaan (business solutions) boleh mendapat gaji kira-kira RM
6,000- 8,000 sebulan.
Kerjaya Pramugari

Salah satu kerjaya yang mendapat ramai penimatnya ialah kerjaya sebagai seorang
pramugari.
1. Tugas Asas
Tugas as seorang pramugari atau pramugara ialah
memastikan keselamatan penumpang disetiap masa.
Inilah tugasan yang mewajibkan syarikat penerbangan membawa pramugari/ra
semasa terbang.
Tugasan lain ada lah ditambah termasuk
tugas menghidang makanan dan membuat jualan kepada penumpang.

2. Ukuran Pencapaian
Ukuran pencapaian seorang anak kapal adalah agak sukar dan menjadi persoalan
dibeberapa pihak. Munkin ada mudah nya hanya dengan menggunakan ukuran
berasaskan 'complaint' atau compliment yang diterima. Semakin banyak pujian
maka semakin tinggilah ukuran nya. Kalau sesaorang itu banyak mendapat
complaint maka kuranglah pencapaian dia.
3. Struktur Jawatan Kerjaya.
Struktur nya mengikut keadaan syarikat. Dibawah dinyatakan contoh sebuah
syarikat Penerbangan Antarabangsa:
a. Mula Kerja sebagai - Junior Cabin Crew - berkhidmat didalam kapal kecil
seperti B737.
b. Anak Kapal Senior - Bertugas didalam kapal yang lebih besar seperti B747.
Kapal ini anggap sebagai wide-body dan mempunyai 2 aisle - 2 lorong didalam
cabin nya.
c. Steward/stewardess Kanan - Jawatan yang diberi kepada The crew in charge in a
flight for a small aircraft.
d. Supervisors Cabin - Crew yang bertugas sebagai supervisor didalam kapal besar
seperti B747.
e. Controller - Menjaga sesuatu fleet atau jenis kapal, seperti B747 atau A330. Ini
mrupakan tugas dipejabat dan jarang jarang terbang.
4. Main activities

The main activities for the job of cabin crews can be divides based on the phases of
the work:
a. preflight briefing - conducted for a specific flight and performed by the crew in
charge.
b. Pre flight preparation - When the crew complete the briefing, they will go the
aircraft. They will spend about 1 hour to prepare for the flight. They make sure the
main safety equipments are in place, the demo units available, the toilets are
prepared, the foods are as per listing..etc..etc.
c. Passengers' reception - they play the host to the incoming passengers, welcome
them and guide them to their seats.

d. Predeparture - on pushback, the captain starts the engines, the cabin crews will
do the demonstration on the use of safet equipments.
e. The dinner is served when the flight stabilize in cruise mode.
f. On landing at the destination, the cabin crew thanks the passengers and ensure
that everyone go out. Then there is acheck list to follow and a report to write.
Qualification and prerequisites:

a. Education: Most airline will accept graduate out of 10 - 11 years of schooling.


This is equivalent to O level in the British Education System. There are some
airlines that demand higher qualification, such as Degree or Diploma.
b. Physical requirements - As the crew has to perform the safety function, he has to
be able to access the equipments situated on the overhead compartment.
Working Condition

a. Crews work at odd hours, depending on the flight schedules


b. They work long hours, some flight can be 12 hours and they are expected to
perform for 12 hours.
c. They crews are expected to handle passengers. Some may not be nice and can be
rude to crew.
Gaji dan Imbuhan

Bergantong dengan syarikat mana anda berkerja. Biasa nya di Malaysia, MAS
membayar yang tertinggi di ikuti oleh Airasia dan Firefly.
Pendapatan Pramugari terdiri dari gaji pokok, biasa nya tidak tinggi. Pramugari
akan mendapat alaun yang kadang kadang lebih dari gaji.

Bagaimana Menambahkan Harga Diri Anda?


Harga diri (self-esteem) merujuk kepada penilaian subjektif seseorang tentang dirinya sebagai positif
atau negatif. Dalam kata lain, ia bermakna bagaimana anda memandang diri anda. Jika anda
berfikir anda adalah seorang yang bijak, rajin, gembira, yakin, berkebolehan dan boleh berinteraksi
dengan orang lain tanpa apa-apa hambatan, anda boleh disifatkan sebagai seorang yang mempunyai
imej diri yang sihat atau positif, iaitu, anda adalah seorang insan yang mempunyai harga diri yang
tinggi.
Pandangan serta tanggapan kita mengenai diri kita mempunyai kesan yang amat kuat
terhadap cara kita memperlakukan kita sendiri dan orang lain dan juga pilihan yang kita buat.
Berikut ialah sedikit petua untuk mempertingkatkan harga diri kita :

Habiskan sedikit masa dengan orang yang menyukai dan menyayangi anda.

Setiap hari buat satu pernyataan mengenai diri anda. Sebagai contoh, Saya adalah
seorang yang mudah disayangi dan penyayang merupakan satu mesej yang boleh
memajukan satu imej diri yang positif dan sihat.

Ucapan terima kasih kepada orang. Puji orang tanpa apa-apa sekatan jika diberi bantuan.
atau kerjasama. Ini akan menambahkan harga diri anda apabila anda menyedari orang lain
menghargai rasa terhutang budi anda.

Tolak sama sekali mesej negatif dan pilih mesej postif sahaja.

Tolong orang yang memerlukan bantuan untuk menyiapkan sesuatu projek atau kerja; lawati
orang yang uzur di hospital atau menajar kanak-kana pada masa lapang. Jika anda merasa
gembira apabila anda menunjukkan tingkah laku yang positif, perasaan ini boleh
menambahkan imej diri anda.

Melahirkan pandangan serta perasaan anda tanpa ketakutan. Menyatakan dengan tegas hak
anda untuk membuat keputusan sendiri menunjukkan anda menganggap anda sebaai
seorang yang pentig. Sifat pendesak merupakan sebahagian penting daripada imej diri yang
positif. Komunikasi seperti ini adalah diperlukan untuk meminta sahabat, keluarga dan orang
lain kerrjasama dan sokongan untuk membuat sesuatu .

Libatkan diri dalam program senaman harian. Ini boleh menambahbaikkan kesihatan anda.

Beri perhatian kepada rupa diri anda. Pakai baju yang kemas dan bersih setiap hari.
Kelihatan kemas akan membolehkan anda merasa yakin dan gembira.

Hiraukan orang yang mengkritik atau membidas anda atau mereka yang menganiayai anda
tau mereka yang mempunyai harga diri yang rendah dan sikap negatif.

Libatkan diri dalam projek yang boleh menggembirakan hati anda.mengikut keupayaan
anda.

Buat pilihan hidup dengan sendiri dan jangan membiarkan orang lain membuatnya bagi anda.

Bagaimana Menguasai Bahasa Inggeris


Satu tinjauan terbaharu menunjukkan lima puluh peratus kependudikan dunia akan
bertutur atau akan belajar Bahasa Inggeris menjelang tahun 2015. Dua billion orang
akan mula belajar bahasa Inggeris dalam 10 tahun yang berikut - ini bererti
sejumlah tiga bilion orang akan bertutur dalam Bahasa Inggeris dalam 10 tahun
dari sekarang. Pada masa kini, kira-kira 500 juta orang boleh bertutur dalam
English. Globalisasi Bahasa Inggeris ini berlaku kerana bahasa ini
merupakan bahasa yang paling popular kerana ia merupakan bahasa internet,
bahasa perdagangan, bahasa sains dan teknogi dan bahasa diplomatik. Ia juga
menjadi bahasa utama di beberapa buah negara di dunia sekarang. Tambahan
pula, English merupakan bahasa utama dan umum dalam bidang komunikasi dan
interaksi global i serta transaksi perniagaan. Kebanyakan bahan bacaan dan rujukan
dalam internet terdapat dalam Bahasa Inggeris; kebanyakan buku ilmiah dalam
bidang-bidang seoerti undang-undang, sains dan teknologi, perubatan dan
perakaunan diterbitkan dalam bahasa ini. Oleh itu, English telah menjadi lingua
franca (bahasa perantaraan) dunia moden. Jika kita ingin menjadi sebahagian
daripada masyarakat berilmu dan perpengetahuan (Knowledge Society) dan
menghadapi secara berkesan cabaran-cabaran globalisasi, kita, terutamanya
golongan belia-beliawanis dan generasi muda, dikehendaki mengambil sikap yang
membina dan positif terhadap pembelajaran dan penguasaan Bahasa Inggeris.

Terdaptat beberapa cara untuk belajar dan menguasai English. Cara yang
amat penting
ialah
untuk benar-benar
menunjukkan
keinginaan
bagi belajar bahasa ini dan membelanjakan masa yang mencukupi dan
secara konsisten bagi menguasai bahasa ini. Berikut ialah petua praktikal atau
panduan mengenai cara yang terbaik untuk menguasai English language.

1. Baca surat khabar harian, rencana pengarang, makalah dan cerprn dan
novel yang yang baik. Juga dengar siaran berita BBC, CNBC, CNN dan
stesyen-stesyen radio dan tv tempatan- ini boleh membantu anda
menambahbaikkan sebutan English.

2. Baca stiap hari. Lebih baik jika and baca selama sejam sehari tanpa apaapa hambatan. Jika anda membahagikan jam pembelajaran kepada
jangka masa kecil sebanyak 15 minit sepanjang hari, penumpuan anda akan
menjadi kuat dan anda boleh belajar cepat dan pengingatan anda juga boleh
meningkat.

3. Masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan orang dalam pembelajaran


Bahasa Inggeris ialah ketakutan mereka sendori. Mereka takut mereka tidak
berupaya menyatakan sesuatu secara betul dan tepat dan lantaran itu
meraka enggan bercakap. Cara yang paling cepat untuk belajar sesuatu
bahasa baharu ialah buat nya berulang kali. Sama seperti yang lain,
pembelajaran English memerlukan latihan. Jangan memebenarkan ketakutan
anda menjejaskan apa anda ingin mencapai. Gunakannya atau
hilangkannya ( use it or lose it ) merupakan satu nasihat yang perlu diikuti
dalam perkara ini.

4. Gunakan pelbagai sumber, alat dan kaedah untuk belajar English. Internet
ialah suatu sumber yang penting sempurna bagi belajar English. Cuba buat
kuiz secara talian yang disediakan oleh BBC World Service dan pihak yang
lain. Ini akan membolehkan anda menilai tahap kemahiran anda dalam
Bahasa Inggeris.

Cara- Cara untuk Menghadapi dan Mengatasi Tekanan Tekanan


atau stress merupakan sebarang jenis perubahan yang
menyebabkan rasa tegang fizikal, emosional dan psikologi. Ianya
adalah biasa. Semua insan mengalami tekan yang berkaitan
dengan kerja, keluarga, keputusan , masa depan, dll. Tekanan

adalah fizikal serta mental. Ia di sebabkan oleh kejadian utama


kehidupan seperti kesakitan, kematian orang yang kita sayangi,
sesuatu perubahan dalam tanggungjawab atau dugaan di tempat
kerja, kenaikan pangkat, kerugian, masalah kewangan atau
perubahan yang tiba-tiba atau yang tidak dijangka. Sebagai
respons kepada tekanan harian , badan kita secra automatik
menambahkan tekanan darah, denyutan jantung, pernafasan,
metabolisme dan aliran darah ke otot anda. Respons ini bertujuan
untuk membantu badan anda bereaksi secara pantas dan
berkesan terhadap sesuatu keadaan yang tegang. Bagaimanapun,
apabila anda sentiasa bereaksi terhadap kedaan yang banyak
tekanan (stressful), sama ada kecil atau besar, tanpa membuat
penyesuaian fizikal, mental, dan emosional bagi menangani
kesannya, maka anda boleh mengalami tekanan yang boleh
menjejaskan kesihatan, kesejahteraan, tenaga, kecerdasan dan
hubungan peribadi dan profesional anda. Lantaran itu, anda perlu
memahami unsur-unsur utama yang boleh membawa tekanan
dalam kehidupan anda dan mengambil tindakan untuk
mencegahnya. Perlu diingatkan tekanan boleh membawa kesan
positif. Anda perlu sedikit tekanan untuk membuat kerja anda
dengan cemerlang. Kunci untuk mengurus tekanan ialah untuk
memastikan tahap tekanan yang sesuai yang boleh memberi
anda tenaga, keghairahan dan motivasi dan juga tahap tekanan
yang boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan anda.
Antara isu dan peristiwa yang menyebabkan tekanan jiwa ialah
perasaan tidak mempunyai arah haluan; perasaan tidak dapat
mengawal sesuatu keadaan; rasa bersalah terhadap kelewatan
atau kegagalan untuk menyempurnakan komitmen; terlalu
banyak komitmen berbanding dengan masa yang ada;
perubahan, terutamanya perubahan yang anda sendiri tidak buat;
sesuatu keadaan yang tidak menentu dan dugaan tinggi terhadap
diri anda. Kesan tekanan bergantung kepada bagaimana kita
memandangnya - sikap . kita terhadap sesuatu keaddan.
Misalnya, berpindah rumah merupkan keadaan tekanan yang
tinggi. Tetapi sama ada tekanan yang anda alami itu melemahkan
atau sangat menggembirakan bergantung kepada bagaimana
anda bereaksi terhadap situasi yang tertentu itu. Adakah ia satu
pengalaman pahit atau satu cabarang yang merangsang? Cara

yang terbaik untuk menangani tekanan ialah untuk


membasminya. Misalnya, jika anda tahu anda mempunyai alergi
terhadap kain bulu biri, anda harus hentikan memakai pakaian
itu. Maka dengan itu tekanan anda akan hilang. Jika tekan anda
adalah disebabkan oleh sesuatu keadaan, anda perlu memilih
sesuatu teknik yang boleh digunakan dengan serta merta apabila
dihadapinya pada saat itu juga. Ubah tekanan anda kepada satu
motivatordengan memandang sesuatu keadaan secara
positif.Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan tekanan dan
tegangan dan berasa senang dan tenang. Berikut ialah tujuh cara
yang pada pendapat saya merupakan cara yang paling berkesan
bagi mengatasi tekanan dalam jiwa kita. Senaman pernafasan.
Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk
mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan
otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas melalui lubang
hidung secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas
melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan penuh . Semasa
menhadapi tekanan, pernafasan menjadi lemah dan pantas.
Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif untuk
mengekekalkan keadaan tenang. Senaman pernafasan ialah
berguna kerana ia boleh dibuat di mana- mana sahaja dan ia
membawa kesan positif dengan serta merta. Kita hendaklah
menjadikan senaman sebagai satu tabiat haraian. Tafakur
(Meditation). Apabila bertafakur bersendirian tanpa apa-apa
gangguan , otak anda menjadi tenang dan hormon tertentu yang
memajukan kesihatan dibebaskan. Minda yang senang dan lega
membantu kita mengelakkan tekanan jiwa. Stiap hari kita perlu
membelanjakan sekurang-kurangnya lolima belas minit untuk
bertafakur. Penggambaran. Penggambaran atau visualization
membantu anda membayangkan anda mencapai tujuan dan citacita anda seperti menjadi sihat dan berasa tenang; menjalankan
tugas serta tanggungjawab dengan baik dan menangani situasi
konflik secara berkesan. Juga, membayangkan anda membuat
kerja yang anda mencuba untuk menguasai dengan cemerlang
sebenarnya berfungsi sebagai latihan fizikal. Jadi, anda boleh
menambahbaikkan prestasi anda melalui penggambaran.
Pengurutan (Massage). Terapi pengurutan mengurangkan
denyutan jantung dan melegakan badan anda. Ia juga

menambahkan kecerdasan minda kita. Minta sahabat anda


memberi massage atau dapatkan khidmat seorang professional
bagi membantu anda. Kelegaan otot. Berbaring, bersenangsenang dan dan membiarkan otot anda di muka, tangan, bahu
dan leher mengendur sekuarang-kurangnya tiga minit. Latihan ini
boleh dibuat mana-mana sahaja dan ini boleh membantu anda
berasa tenang dengan cepat dan mudah. Muzik. Terapi uzik
mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi mereka yang
mengalami tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik yang
sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan
dan mententeramkan minda anda. Anda perlu memilih muzik
ringan dan yang anda sukai dan denganya setiap hari.
Pengurusan masa. Kenalpasti kerja harian anda mengikut
keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya anda dapat
menyiapkannya mengikut keutamaan dengan tanpa melengahlengahkan. Kenalpast juga kerja yang tidak mendatangkan
sebarang faedah seperti gossip kosong, perbualan telefon dan
yang memebazirkan masa anda. Mebelanjakan masa yang lebih
bagi membuat kerja yang lebih penting. Selain teknik yang
diterangkan di atas, anda boleh main pelbagai aktiviti dengan
anak-anak; berjalan sekurang-kurangnya dua kilometer sehari;
pergi berenang di sungai atau pantai; beri perhatian kepada
pemakanan; tidur lapan jam setiap malam; dan menuntun
kartoon atau lawak jenaka (komedi) atau baca komik (kerana
mengikut pakar perubatan gelak ketawa dan kelucuan melegakan
otot, mengurangkan tekanan darah, menambahkan tahap tenaga,
dan menyegarkan sistem pernafasan dan darah kita).

Bagaimana Mendengar Sesuatu Secara Aktif Pendengaran


(listening) merupakan suatu kemahiran yang asas dan utama
dalam proses kounkasi. Tetapi, aktiviti ini diabaikan atau pun tidak
diberikan perhatian yang serius oleh kebanyakan orang. Menurut
seorang pakar komunikasi, Paul Rankin, 70% daripada waktu tidak
tidur kita dalam sehari digunakan untuk berkomunikasi dan 45%
daripadanya digunakan untuk mendengar sesuatu. 30% lagi
digunakan untuk percakapan/perbualan; sebanyak 16% daripada
masa komunikasi anda digunakan untuk bacaan dan hanya 9 %

masa anda dihabiskan untuk penulisan. Kajian yang telah dibuat


oleh kebanyakan pakar menunjukkan bahawa kira-kira 85%
daripada pengetahuan kita diperolehi melalui pendengaran. Para
eksekutif melaporkan bahawa mereka menghabiskan 80%
daripada waktu kerja mereka dalam mesyuarat, perbincangan
melalui telefon, atau interaksi secara bersua; dan kebanyakan
pekerja menghabiskan 60% daripada masa kerja dalam
pendengaran. Kajian juga menunjukkan kebanyakan orang hanya
mengingat sebahagian daripada apa yang mereka mendengar
sejurus kemudian mereka menghadiri ucapan seseorang.
Sebenarnya, kita hanya mampu mengingat kira-kira 50%
daripada apa yang kita mendengar dalam masa lapan jam.
Mengikut suatu kajian baru-baru ini, kebanyakan orang
mendengar hanya 30% daripada apa yang dikatakan. Active
listening tidak bererti mendiam diri atau bersetuju dengan apa
yang dikatakan atau membiarkan seorang penceramah merapu
bagi tempoh masa yang tidak pasti. Sebaliknya, ia bererti
menimbang sebab yang sebenar kenapa orang lain itu mahu
bercakap dengan anda; membantu orang lain melahirkan
perasaan dan ideanya; membantu orang lain menyelesaikan
masalahnya; membuat respons yang boleh menggalakkan
komunikasi yang berterusan tanpa apa-apa persetujuan atau
penolakan; melayan orang lain sebagai seorang dewasa; menyoal
bagi menjelaskan fakta; mengawal perasaan anda sendiriterutamanya ketidaksabaran dan kemarahan; membuat
kesimpulan tentang apa yang dinyatakan tanpa komitmen atau
komen atau kritikan; dan mendapat tahu jika sebarang tindakan
diperlukan daripada anda. Pada lazimnya, listening meliputi
pendengaran , pemahaman, perhatian yang mendalam, analisis
serta penilaian mesej lisan dan tindakan ke atas apa yang telah
didengar. Listenig melibatkan balasan secara intelektual dan
emosi. Active listening berlunaskan anda adalah penting bagi
saya; saya faham dan terima dan akur bahawa apa yang kamu
fikir, merasa dan perlukan adalah benar. Perlu ditegaskan
pendengaran secara aktif merupakan suatu kemahiran dan
seperti kemahiran yang lain, latihan dan amalan adalah penting.
Kita boleh mempelajarinya untuk berbuatnya secara baik serta
berkesan. Tambahan pula, kita boleh menambahbaikkannya

sepanjang hayat kita. Active listenig adalah penting untuk


mencapai kejayaan dalam kareer kita. Kita perlu mengubah tabiat
buruk pendengaran kita dan menjadi sebagai seorang good active
listener. Anda menjadi active listener apabila anda membuat
suatu ringkasan atau rumusan mengenai points atau hujah atau
alasan penting yang dikemukakan oleh seseorang, menilainya
dan menanya soalan bagi mendapat penjelasan mengenai apa
yang diutarakan oleh seorang penutur. Tumpuan perhatian
kepada minat atau kebimbangan atau kerisauan, bunyi bising,
gangguan dan rupa serta perawakan penceramah menjadi
rintangan kepada pendengaran yang berkesan atau aktif. Berikut
ialah sedikit tips untuk mendengar sesuatu secara aktif dan
berkesan: a. Berhenti. Sebelum anda memebri perhatian kepada
apa yang orang lain mungkin merasa dan berkata, anda harus
hentikan apa yang anda buat dan hapuskan semua halangan
kepada komunikasi seperti bunyi bising. Beri tumpuan kepada
orang yang berkata sesuatu. b. Lihat. Perhatikan tanda-tanda
atau petunjuk komunikasi bukan lisan yang boleh membantu
anda mengenal pasti perasaan orang lain. Ini adalah kerana
kebanyakan emosi ditunnjukkan melalui tanda-tanda bukan lisan.
Pandang muka orang, dengar suara orang dan perhatikan bahasa
gerak- geri orang (body language), seperti bagaimana mereka
duduk, berdiri dan membuat gerak isyarat ketika bercakap. c.
Dengar. Dengar dengan teliti apa yang dikatakan oleh seseorang.
Orang itu mungkin tidak akan memberitahu anda tentang
perasaan anda. Lantaran itu, anda perlu mencari kiu atau tanda.
Padankan kiu lisan dan bukan lisan dan mendaat tahu kandungan
serta emosi mesej orang yang berkenaan. d. Tanya soalan. Anda
perlu kemukakan soalan kepada orang yang bercakap untuk
mendapat tahu idea atau mesejnya secara jelas. Anda harus
gunakan perkataan seperti bagaimana, apa, siapa, kenapa dan
bila untuk maksud ini. Semua soalan yang dibangkitkan perlu
bertujuan untuk mendapat maklumat tambahan, penjelasan
mengenai sesuatu perkataan atau frasa atau fakta atau maklumat
dan untuk menyemak perasaan atau makna seseorang atau bos
anda. e. Memparafrasakan kandungan. Ini bererti anda perlu
menyatakan semula atau merumuskan dalam perkataan anda
sendiri apa yang anda faham tentang apa yang dikatakan atau

disebut oleh orang lain. Dari masa ke semasa


merumuskan/meringkaskan secara pantas mesej yang
disampaikan oleh orang lain setakat itu bagi mengelakkan
kekaburan atau kekeliruan. Contoh: Yasmin: Saya fakir kerja saya
adalah berat sangat. Saya tidak layak untuk buat kerja itu.
Rohani: Anda berpendapat anda tidak mempunyai kemahiran
yang sesuai untuk menjalankan tugas anda?
******************************************************************
*************************
BEST PAYING JOBS IN MALAYSIA
Truth be told, getting some statistics on Malaysian setting, is not as easy as I thought it would
be. It is either private or confidential (P&C) or you have to pay incredible amount of money
to research consulting companies for the research they have done.
I did a search in the Net, it is amazing how much info I can get, on other countries. Malaysia?
Very limited and not so detailed and comprehensive.
Since the audience of my writings goes mostly to fresh and/or would-be graduates, then, lets
focus on that first.
It is important for students and graduates to get to know the profession and the industry they
are getting into. I have made that statement once or twice before. Remember, your main
purpose is to get a job. Preferably a paying job.
What are the best paying jobs in Malaysia?
A survey done by a recruitment agency, a popular employment services company in
Malaysia, had the following results:
Top five highest paying Fresh Graduates positions

Industry

Specialization

Average Salary (50%


percentile)

Semiconductor/Wafer Fabrication

Bachelors Degree/Professional
Degree/Post Graduate Diploma in RM 2400
Engineering

Banking

Bachelors Degree/Professional
Degree/Post Graduate Diploma in
RM 2100
Computer Science/Information
Technology

Manufacturing

Bachelors Degree/Professional
Degree/Post Graduate Diploma in RM 2089
Engineering

Science &
Technology/Aerospace/Biotechnology

Bachelors Degree/Professional
Degree/Post Graduate Diploma in RM 2050
Engineering

Electrical & Electronic

Bachelors Degree/Professional
Degree/Post Graduate Diploma in RM 2050
Sciences

Please be reminded that, these figures denote an average. Variations will occur depending on
the size of the company, job demands and other perks that are packaged into the pay.
You should be made aware that, these are the figures you should be quoting for when
applying for the job. I have seen job applications from fresh graduate demanding, and I mean
demanding 50% to 100% more than the figures above. Either they think too highly of
themselves, or ignorant of current market value. However, just in case you are interested to
know, where your job is leading towards, in terms of pay, the agency also provided the
following results:
Top five highest paying Senior Management positions
Industry

Specialization

Average Salary
(50% percentile)

Manufacturing

IT/Computers

RM10390

Services

IT/Computers

RM 9950

Oil/Gas/Petroleum

Marketing and Business


Development

RM9604

Telecommunication

Non-Technical Sales

RM9500

Financial
Services/Securities/Insurance

Human Resources
/Administration/Personnel

RM9345

As a comparison, how do we stand up against the Americans.


The best-paying jobs in America
Occupation

Annual salary (USD)

Avg. hours per week

Surgeons

$189,590

63

Anesthesiologists

$181,420

60

Obstetricians, gynecologists

$179,640

57

Internists, general

$158,350

60

Pediatricians, general

$142,360

53

Family, general practitioners

$136,260

54

Psychiatrists

$135,220

46

CEOs

$134,960

Varies greatly

Dentists

$133,350

37.6

Source: U.S. Bureau of Labor Statistics


You will notice that the surveys done in Malaysia does not cover the medical profession.
Rightly so! The medical profession is a highly specialized profession with requiring special
aptitude and capabilities. Many do not have them. I am one of them.
Yes, it would be nice to have that extra money. Who wouldnt? Furthermore, why would I be
going into a job that hardly pays?
True, we all could use that extra cash to help us in our daily and monthly expenses, like
paying for the house, car, bills and other expenses. Including some luxury indulgence every
now and then, like traveling overseas.
Try not to choose a job solely on how much money it makes.
Remember the saying money cant buy love or happiness? Well, the reason the saying has
been around for a long time is because it is true.
The point I would like to make is, and it has been in my previous 2 3 articles that, If you
like what you do, you end up doing it very well, you get noticed, and you will eventually get
paid.
As mentioned earlier, you need to have the right attitude to get into a specific profession.
Like a doctor. Or if you are not good in mathematics, like me, you might want to stay away
from becoming an engineer, architect, physicist and etc.
Or if language is not your thing or you do not have the gift of the speech, maybe you should
not try to become a TV newscast, a TV host or a radio DJ. I am not saying dont go for it. You
can. Maybe you need extra help and training to get you there. But, be aware of what your
strengths and weaknesses are.
Take a simple test. If I ask you to write or tell me something you are interested in, what topic
or area that you can go on writing or speaking effortlessly, passionately and with a glow on
your face that others reading or listening to you can tell you are really into it?
Think about it, shouldnt you be doing the thing you love. You are going to spend an
enormous amount of time, between 8 10 hours a day, 5 6 days a week (sometimes more)
doing this job you are in. If you can find a job that has some promise of a career path, it pays
well AND you love doing it, well go for it.
But if not, consider carefully the decision you have to make because the best-paid jobs are
those that pay off not only in money, but also in satisfaction and happiness.

Accountant
Actuary
Financial adviser
Financial analyst
Logistician
Meeting planner
Public relations specialist
Sales manager
Training specialist

Creative and Service Jobs:


Commercial pilot
Curator

Film and video editor


Gaming manager
Heating, air conditioning and refrigeration technician
Interpreter/Translator
Multimedia artist
Technical writer

Healthcare Jobs:
Athletic trainer
Dental hygienist
Lab technician
Massage therapist
Occupational therapist
Optometrist
Physician assistant

Physical therapist
Physical therapist assistant
Radiologic technologist
Registered nurse
School psychologist
Veterinarian
Social Service Jobs:
Clergy
Court reporter
Education administrator
Emergency management specialist
Firefighter

Marriage and family therapist

Mediator
Medical and public health social worker
Special-education teacher
Urban planner

Technology Jobs:
Biomedical engineer

Civil engineer
Computer software engineer
Computer support specialist
Computer systems analyst
Environmental engineering technician
Environmental science technician

Hydrologist
Meteorologist
Network architec
Pautan:http://sg.finance.yahoo.com/news/The-50-Best-Careers-of-usnews2389565045.html?x=0